Tuesday, August 14, 2012

33 Weeks - Darah Tinggi, Tiroid dan Kencing Kotor? Goshhh

Esok nak check up 35 weeks. Harap semua ok saja.

# Berat menurun, mungkin sebab berpuasa. Nurse tak hairan dan pelik. Saya yang muka bak sunshine. Berat turun tu. Haruslah saya gembira satu macam.

# Masa 7 bulan, saya di diagnos ada tiroid. Kena pergi Bukit Kuda untuk ambil darah segala hal. Bila result keluar. Na-da. Free tiroid. Kala orang ada tiroid, bacaan darah dia 29 ke atas. Mine? 10.9. Kan jauh. Dalam hati sedikit bengkek sebab membazirkan darah aku saja. Dah kata dah leher ni besar sebab aku ni demok. Takkan badan besar ni, leher tirus cam zirafah? Geddit? Geddit?

# Bacaan hemoglobin darah pun rendah tempoh hari. Nurse suruh makan kerang, hati, et cetera et cetera et cetera. Tapi check up kali ni, bacaan sudah naik atas 10 semula.

# Waktu buat detail scan, Dr. Thani suspect ada darah tinggi. Beliau dah bagi aspirin. Lepastu cerita darah tinggi lenyap dari ingatan until recently bila check up dengan Dr. Norleen, darah saya melambung ke 130/80. Tinggi tu. Doc dah bagitau siap-siap, dia kena monitor closely kenaikan darah ni. Kalau tak turun, dia suruh ready masa minggu merdeka tu untuk induce atau awal September. Saya dah cuak habis. Hopefully tak payah la sampai induce. Biar anak keluar dengan rela hati. Sobsss

# Bila check up di KK, ada kencing kotor pula. Danggg. Bulan-bulan puasa memang la kurang minum air masak. Sepatutnya perlu ke Bukit Kuda lagi hari ni, tapi memang takla nak pergi lagi. Dah la ramai. Boleh jadi haus menunggu kang. So, no. Esok akan check up di DEMC pula. Jadi, baiklah saya buat esok saja.

# since Friday, saya diserang flu and fever. Memang seksa dan buat orang tak tidur malam. I have to telan juga ubat selsema sebab memang tak boleh nak bernafas langsung. Bila kahak cair, dia beserta dengan blood stain sekali.

# Can you imagine, dah nak hujung-hujung preggy ni, berapa banyak penyakit yang Doc diagnos ada pada saya. Mula-mula memang down sebab tengok orang lain pregnant ok je. Tapi, bila di fikir semula, mungkin ini kifarah atas dosa-dosa saya sebelum ni. Saya redha. Asalkan baby sihat dan both of us selamat dah cukup untuk kami.

Published with Blogger-droid v2.0.6

10 feedback:

SURIA AMANDA said...

semoga kamu kuat..x lama jer lagi...harap2 sempat makan ketupat dan rendang..juga kuih raya..

Umie Aisya said...

Kita senasib la yati. Byk je penyakit. Tak efek baby xpe gak. Xpe doa byk2. InsyaAllah semua dipermudahkan. :)

bujal X said...

semoga semua urusan dipermudahkan~~semoga selamat melahirkan,semoga baby selamat dilahirkan~~

*bukit kuda mana? klang eh?

Shakina Farhan said...

Sama la turun berat 1 kg tp doctor relaks je..3rd tri mmg byk sakit2 dtg kn..huhu..Redha jela..

Norhidayah Rasin said...

banyak nye penyakit awk yati..pembawakan baby la tu.moga selamat bersalin ye =)

e.t.t.y said...

adeh yati. sabar ye. hujung hujung ni mmg camtu lah kekdahnya...

harap harap tak kena induce mcm gueeee....

tiramisu said...

yati, same... Huhu... Kencing kotor gak...

Zuhaini said...

kencing kotor..? kasihan.. takpe, jangan risau, tu normal..
anyway, day bust persiapan bersalin? set lepas bersalin dah ada? kalau nak Shaklee punya set berpantang, boleh hubungi saya ya.. tq.

Zuhaini
http://www.my-alia.com

eLL said...

T, due memang akhir bulan 8 ke?
insya allah selamat semuanya, aminnn

intan said...

nak bersalin memang berat turun sikit dear. mak bidan yang bagitahu hehehe.