Monday, August 27, 2012

1 Hari Sebelum Hari Raya

Selamat hari raya semua. Pejam celik pejam celik err pejam dan celik lagi da seminggu lebih dah raya. Ada niat nak buat live update start malam raya tu. Tapi, asal saya pegang tab je, ada yang nak merampas. Ni belum ada anak dah main rebut-rebut *sigh*

Setelah bermusyawarrah dan berdiskusi secara damai, tahun ni kami beraya di rumah saya dulu. Tapi sebenarnya raya 1st tu pun raya dengan both families. Cuma yang beza siapa dulu, siapa kemudian saja.

Sehari sebelum raya, konon-konon nak balik Klang lepas sahur. Takut jammed. Padahal dari Shah Alam je pun. Keluar kau sekarang Yaty!! Tapi sebab tak tahan menagntuk, suami kata tidur dulu, nanti beliau kejut. Sekali terjaga dah pukul 9 lebih. Danggg!! Nak jalan jauh ni. Habislah. HAHA.

Saya jerit-jerit panggil suami. Mengada sungguh. Pantang tak nampak depan mata, macam kucing hilang anak. Rupanya beliau basuh kereta saya di luar. Jadi tak perasan dah pukul berapa. Rushing-rushing mandi. Nasib lah dah siap packing baju suami. Jadi, kami berkonvoi 2 kereta balik kampung. HOHO. Balik kampung.

Sampai rumah emak, semua dah mula gotong royong potong bawang segala. Tugas saya blender semua bahan-bahan. Mudah. Duduk depan blender dan tekan. HAHA. Kata mengandung, kena la bagi tugas mudah-mudah. Suami take over kerja basuh ayam dan kopek mengopek.

Pukul 1, laki bini berangkat masuk bilik dan tidur tak sedar diri. HAHA. Teruk betul.

Lepas Asar kami ke seksyen 7 nak cari tudung. Berpusinglah dari satu kedai ke satu kedai. Beli tudung last minute memang cari nahas. Warna yang berkenan memang takda dah la. Yang akan-akan pun redha je lah, daripada free hair di pagi raya. Tak naya? Ok rhyme sangat.

Lepastu pergi bazar cari kuih pulak. Memang takda sapa dah jual kuih kat bazar. Mostly, orang jual air dan makanan berlauk. Hampa betul.

Petang tu kami berbuka dengan ketupat dan rendang. Emak masak rendang ayam dan rendang daging hitam. SIL pula buat kuah kacang. Perghh, perghh, perghh. Tapi suami kelakar. Dia minta nasi untuk berbuka sebab ketupat hanya boleh makan pagi raya je. -___-"

Lepas Maghrib kami keluar lagi ukur jalan. Dah kata raya di bandar, memang lengang habis jalan. Nak baring guling-guling tengah jalan pun boleh. Kami pergi Setia City Mall cari kasut raya.

Sampai sana takyah rebut parking pun. Heaven. Lepastu ada orang mengidam aiskrim Mc D. Kena la tunaikan dulu. Dah beratur panjang dan lama baru lah pergi cari kasut. Masa tu dah pukul 10 dah. Dapat yang berkenan di hati kat Clarks terus balik.

Bila call emak, rupanya ,mereka pergi Seksyen 7 cari tudung. Kami pun join mereka. Lepastu pergi supper kat Old Town. Pukul 12 baru sampai rumah. Orang lain malam-malam raya sibuk merendang, mengtupat, pasang langsir pelita segala. Kami satu family pergi ukur jalan. HAHA. Urban sangat.

Tapi, itulah malam raya paling best ever sebab ada suami. Kihkih. Maaf Zahir Batin semua O:-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

6 feedback:

Hazz Nieza said...

Selamat Hari Raya Yati. ;)

Cik Siti Hajar said...

selamat hari raya kak..

samalah kita... klang kalau malam raya ke shah alam mmg ukur jalan laa...

beginilah raya di "kampung" klang...

Syera Begam said...

selamat hari raya..
just found ur blog..interesting ;)

Miss Sunshine said...

huhu.. samelah kita.. =)
malam raya pergi berjimba-jimba kat complex pkns.. tapi mmg penuh manusia... bukan kite yang beli.. En Suami yang dapat rembat sepasang baju melayu

~ NANA ~ said...

slmt hr raya dear...

best la dia blh berjimba mlm raya tu...i mlm raya baru sampai umah mertua

miss nina said...

Selamat hari raya yaty:)
makn puas2 ye, pasni kena pantang