Friday, July 27, 2012

Malam Ini Aku Menangis

Selalunya Jumaat saya ceria sebab, bila balik sekolah, saya tahu ada yang menanti.

Tapi, tapi, tapi

Tidak untuk Jumaat ini. Dari semalam saya keep asking Dak Yang, sempat tak balik rumah? Sempat tak balik rumah?

Mula-mula jawab 70%. Lepastu pagi ni tanya lagi, dah takda percent dah. Jadi, bermula lah gloomy Friday saya. Rasa macam semua serba tak kena. Di tambah lagi dengan letih dan kaki macam nak cramp-cramp balik sekolah. Maka terhasil lah hati kaca.

Balik rumah mengadu dengan emak, kaki lenguh dengan muka dah sebik-sebik dalam hati dah sebak-sebak. Lepastu emak urutkan kaki sambil buat joke yang kaki saya macam kaki kartun.

Bila suami call je, meleleh-leleh air mata. Drama sangat bukan? Yelah, da;am hati

  • Teringin nak ajak pi Baby Expo walau dah tahu memang tak larat. Ajak-ajak ayam pun jadi lah
  • Teringin nak pi bazar Stadium, sebab belum pernah sampai tahun ini
  • Teringin nak makan ais krim secara sangat

Baru lah rasa yang betapa perlunya ada suami disisi. Ingatkan ada ibu bapa saja dah cukup. No. Peranan suami lain. Lagi-lagi bila preggy dah nak sarat. Kita akan banyak susahkan orang keliling. Kalau anda tak, baguslah. Dengan pinggang rasa nak tanggal, punggung sakit, kaki lenguh. Ohhh, macam-macam.

Saya jadi terlalu sensitif. Kalau text suami je mesti dengan air mata sekali. Mula-mula rasa macam supportive sangat. Oh, my husband perlu drive dari Selatan ke Pantai Timur. Takkan nak susahkan dia dengan singgah menyinggah di rumah. Ahad beliau tak cuti. Jadi, relakan lah hati beliau tak balik .

Dah kalau asyik nak nangis je, cemana? Ahhh, sensitifnya lahai.

Sobssss
Published with Blogger-droid v2.0.6