Friday, July 6, 2012

Kenduri Sempena 7 Bulan

Begitu pantas masa berterbangan. Baru Jumaat lepas buat kenduri sempena kehadiran bulan puasa dan sempena kandungan dah berusia 7 bulan di rumah in laws, sekarang dah bertemu dengan Jumaat kembali? Masa memang lah dia, tak boleh dikejar (?)

Ok, last week, in laws buat kenduri kecil-kecilan last minute. Panggil saudara-mara, jiran tetangga dan kawan-kawan mereka. Nak jemput kawan-kawan saya macam segan lah. Kalau kat rumah sendiri tak mengapa. Takpa kawan-kawan. Tunggu kenduri aqiqah nanti ya (inshaAllah)

Kali ni mereka panggil catering saja, plus Mama nak juga masak lauk sendiri satu jenis. Jadi, takdalah sibuk sangat di rumah.

Balik dari sekolah, saya tengok adik beradik suami tengah pasang kipas. Macam ramai kan bunyi dia. Adik beradik. Padahal

Ni lah adik beradik suami saya.
Along dan An
Ramai kan? HAHAHAHA

Saya pun act like king only. Duduk tengok orang buat kerja. Sebab takda siapa suruh saya buat kerja. Heh, dasar!!

Katering tengah set up meja buffet
Rasa macam kenduri kahwin hari tu
Dejavu sangat :p

Dalam rumah dah kosong

Majlis mula lepas Isya'. At the same time, rumah saya pun buat kenduri juga petang tu. Tapi kenduri di rumah Sheikh, tempat babah berwirid. Jadi, 2 kenduri serentak. Too bad tak dapat rasa lauk kenduri rumah sendiri. Nasi minyak dengan ayam masak merah. Sedapnya T___T

Lepas jemaah Isya', terus mula baca Yassin. Saya duduk dalam bilik tv. Tak larat nak duduk lama atas lantai dah.

Antara tetamu yang hadir.

Habis je baca Yassin, ce teka siapa datang? Ce teka ce teka (kau keluar sekarang Yaty!)

Aenn twins Ekin tu datang masuk bilik tv. Duduk sebelah saya lagi. Cehh, saya pun buat-buat diva. Nak buat tak nampak, heh, dia salam aku kot. HAHA. Rasa nak tergelak pun ada sebab last entry hari tu kan pasal dia. HIHIHI

Habis baca doa, dia pun buka mulut tanya-tanya. Terus tak diva dah aku layan dia borak. Aenn sangat peramah. Dia salam semua yang datang tu siap cium tangan lagi. Even dia Datin, takda lah nak pandang orang atas bawah.

 Excited bonda and walid -to-be

Makan-makan dengan emak saya (tudung hijau)

Abang domok baju hijau dengan babah saya baju pink

Lauk sangat menselerakan tekak. Ayam goreng berempah, sambal sotong, ikan masin taucu, kambing masala, sup tulang, udang masak lemak, pecal, rojak jawa, roti jala, kuah durian. Phewww. Semua saya makan kecuali kambing. HAHA (tapi tak risau sebab berat naik sekilo sebulan saja) HAHAHAHA lagi.

Waktu Aenn nak balik tu, kami sempat amik-amik gambar. Masa kahwin hari tu tak dapat kan. HAHAHAHA. Dia keep saying, doakan kita ye, doakan kita ye. Kita nak baby juga. Lepastu asik pegang my baby bump. Nak ambil berkat dia kata. Bila Dato' Ambros jengah cari dia, dia pun tunjuk lah Papa, ni ha. Saya ambil berkat dia kata. Sweet gila. Suami dia pun ramah gila kot. Siap tanya-tanya semua. Dia kata, nanti dah ada baby, nak datang sini main dengan baby. Alolololo

Ok, dah macam langit dengan bumi.

Err, boleh kami tumpang tanya. Apa kaitan Aenn ni dengan in laws awak? HAHA. Dato' Ambros ni best friend abah mertua. Hari tu masa pergi holiday Melaka dengan family in laws, kami stay dekat hotel mereka lah (for free) teheehee.

Petang ni, sekali lagi kenduri untuk saya dekat rumah. Tapi untuk kawan-kawan baca Yassin emak. Buat kecil-kecil je. Emak masak rendang dengan pulut kuning. Omnomnom

Semoga semuanya selamat. Kelahiran beger yang di nanti :D

12 feedback:

Umie Aisya said...

hehe lucu la u ni yati..kenduri 7 bulan i next week.x sbr pulak nk gathering 1 family :)

LisaLisut said...

uhhhh kalau xdpt jemput kawan pn lain kali hantar lauk pauk bole? buat aku telan air liur jeeeeeeee

amani qistina said...

sja bg kte rsa lpr dgn scara tba2..

Lara is Veelara said...

bestnyer.....pulut tu paling sedap.hihihi...smoga slmt semuanye ye...jg diri dear

Cik Emie said...

bestnyeee menu..y ni emi komen dulu kihkih :P
emi xsempat wt utk 7bln :( insyaAllah wt mase raye nati..mse tuh dah 9 bln haha..hrp2 sempat lah :)
yati makin comeelll :)

cha said...

wah bestnya makanan sume sedap sedap.

oh baru tau apa kaitan aen tu dgn awk hee :D

Moose said...

agak2 klo aku nak pegi melaka blh dpt tido hotel free tak?

*lariks*

hish, menyesal buat dono je kat die time wedding ko aritu. haha

♥ balkidz_hunny ♥ said...

Mus baru nak menyesal hari tu Mus diva sangat kan, berlaga siku buat donno! kahkah.
ok, kelass sgt kau tot! ;p

~ NANA ~ said...

kelasss u yaty...ada kawan retis gitu...hehe

btw lagi 2 bulan lebih je tinggal...eeee dah x lama nk tgk ur baby

BIE said...

moga semuanya selamat ya kak :)

kita BIE Daripada B2B Blog : Jalinan Cinta

salam perkenalan. Hope dapat exchange link dan tukar2 cerita juga :))

anith safura said...

yatiii, away senaraikan makanan n skang i yg terliur hahahaha

Pink Lavender said...

sonoknyer tgk org ngandong...

makneng follow sini
jom follow makneng

bl lah makneng lak nak merasa