Thursday, July 26, 2012

Diari Ramadhan Mak Buyung

Day 6 of Ramadhan.


1st day of Ramadhan = 8th months of pregnancy
Tengoklah jejari debabku, bukan jejari runcing. Eh
  • Alhamdulillah,Tuhan masih izinkan saya berpuasa. Ikut hati kalau boleh memang nak puasa penuh. Dulu masa zaman anak dara dah pernah puasa penuh sebulan. Pelik no? Masa tu semua mulut takda insurans cakap, mengandung ke? Gila. Waktu tu hormon tengah kucar-kacir. HAHAH
  • Alhamdulillah juga tahun ni dapat merasa berpuasa as a mommy to be. Fuhhh, pengalaman tu yang priceless. Setiap kali sahur mesti saya pesan pada anak, hari ni kita puasa lagi ye. Jangan lasak-lasak, nanti awak lapar. Ada yang kata anak jadi tak aktif kalau kita puasa. Saya macam risau juga. Tapi saya tawakkal pada Allah. Saya fikir dia lapar, jadi mungkin dia tidur di dalam untuk simpan tenaga. Nanti lepas buka aktif lah tu. Pandai lah aku buat teori kannn.
  • 1st day berpuasa tempoh hari di rumah in laws. Sebab tahu perut sendiri macam mana dan tanpa emak yang memahami, saya request telur dadar dari bibik. Suami dah siap-siap belikan susu HL stoberi sebab dia tau isteri  dia da pencen dari bancuh-bancuh susu tapi anak dia perlu khasiat susu. Susu kotak adalah jalan terbaik. :p
  • Ya, saya belum berpeluang lagi nak masakkan suami menu sahur dan buka. Setakat tolong sikit-sikit kat dapur tak dikiralah bukan? Tapi, sebagai isteri tetap juga mahu berkhidmat. Saya hanya setakat buatkan air panas dan kejutkan beliau bangun sahur. Phewww, itulah yang paling mencabar. Sampai isteri kena panjat tangga sepuluh kali nak kejutkan suami bangun. Bila dah jauh-jauh ni lagi lah. Telefon nak dekat 5 kali baru angkat -___-"
  • Sistem penghadaman pula makin baik :( Eh, sistem penghadaman baik pun sedih? Sedih sebab macam takda makanan yang tinggal. Kalau nasib baik, sehari sekali je, kalau kurang baik, sehari 3 kali. Lapau oiii. Tapi, itu lah kelebihan Ramadhan. Setakat ni boleh lagi bertahan sampai buka even dah pedih-pedih perut, dah angin naik sampai dada, heartburn segala. Bertahan.
Sebab tu pelik dengan orang yang sengaja-sengaja tinggal puasa. Lagi-lagi, kaum Adam. Bak kata Lisa, malu la sikit dengan perempuan yang mengandung ni. Eh, sekian

9 feedback:

Lara is Veelara said...

btul.pelik gak ngn org y suke sgt x pose ni tnpa alasan terutama lelaki.

Nurul Atiqah Mutaza.iQa said...

awak nampak comel la perut awak tu..miss u so much yati...dah bersalin nanti bgtaw lah ekh..nk tgk baby comel!!!

S.n.Fariza said...

:) SALAM RAMADAN AL MUBARAK.
seronok kan berpuasa sbg mommmy to be.
jaga diri ye.

Cik Puan Rara said...

rara baru rini masuk 8bulan =)

cik intan said...
This comment has been removed by the author.
Wawa Yusoff said...

pengalaman tu yg priceless. bukan tiap tahun kita akan dpt mengandung time puasa. kalau mahu begitu sila rancang sebaiknye :D

Miss Sunshine said...

Yati... knp perut nampak kecik je..
Perut kite bulat macam bola.. hehe.
InsyaAllah, baby tu faham yang mak die puasa..
Baby dalam perut kite ni pun tak berapa aktif sangat.. mybe kite yang banyak tido jugak kot.. haha..
Take care yati..

sk said...

mommy tot hebat!! :)

izz iizza said...

betul2..malu la kaum adam oii