Monday, July 2, 2012

Detik-Detik Kemalangan di Hari Sabtu

Sabtu lalu adalah Sabtu yang paling mencemaskan. Tak, tak. Belum nak bersalin pun lagi. Tapi, melalui Sabtu lalu adalah tak mudah.

Sabtu itu kami ada banyak rancangan berdua. Mula-mula ke Sunway Pyramid, kemudian bercadang untuk ke My Dear Sale di Puchong dan ke Birthday Party Haikal di Setapak.

Tapi setelah difikir secara masak. KL yang terkenal dengan traffic jammed maha dahsyat menjelang petang, kami tak jadi pergi Sale tu dan terus pergi ke rumah Asna. Tepat 3.30 kami decide nak pulang sebab suami nak balik jauh dah malam tu.

Sampai dekat Federal, sesak macam biasa. Selalunya, Dak Yang ni akan cilok mencilok guna lane kiri sekali. Tapi Sabtu lalu dia ada sifat-sifat mulia dalam diri. HAHA. Saya pun agak musykil. Yang, nape masuk lane kanan? Kan selalu kat kiri. Dia mahu jadi pemandu yang berhemah lettew. So, let him be.

Macam Kak Mus kata, malang tak bau bolognese. HAHA. Dekat depan Avon waktu tu lebih kurang jam 4.10 petang, kenderaan dah bergerak perlahan. Depan kami teksi. Dia dah break, lepastu suami pun break. Tapi ada sebuah kereta tak sekolah kat belakang kami yang tak kenal erti break lalu hentam belakang kereta kami sekuat-kuat hati dia.

 Kereta kami kemek di belakang, bonet takleh tutup dan tempat minyak.

Aduh, aduh, aduh. Tu je yang keluar dari mulut. Sebab saya terdorong ke depan dan terhantuk kat cermin depan. Mujurlah, tangan saya halang kepala waktu tu. Jadi, tangan yang sakit. Semuanya berlaku sepantas bullet. Saya terus pegang perut. Bimbang Air Bag meletus waktu tu. tapi, Alhamdulillah takda pape. Baby pun masih aktif menendang. Syukur.

Kereta tak sekolah



Suami dengan muka bengang keluar dan saya tak tahu apa jenis makian yang dia dah lemparkan kat budak lelaki kereta belakang yang tak sekolah tu. Lepastu dia ke depan pula, sebab kereta kami paling malang. Depan belakang kena. Tapi depan tak teruk sangat. Dan teksi depan pun cuma kemek sikit je.

Waktu itu rasa bingung and blur sangat. Tak tahu nak rasa apa. Macam shock pun ada, tapi saya duduk diam-diam dalam kereta. Sibuk tengok suami ke depan, ke belakang. Tengok Federal makin sesak. Kereta semua nak slowdown. Tipikal Malaysian. Paling tak sangka, kami lah punca kesesakan.

Jam jam tu juga ada runner datang. Macam biasalah, nak cekik darah orang. Dia akan panggil tow truck dia dan bawa ke bengkel dia. Suami refused sebab kereta kami boleh gerak lagi, dan suami nak bawa ke Toyota Service Center. Dia pun kemain lah ayat, nanti dekat Toyota lama lah apa lah. Tak jalan derr.

Teksi tadi dah gerak dulu sebab dia ada penumpang. Dia kata, jumpa kat balai polis je nanti. Kami tersadai kat tepi tu lama juga sebab tunggu bapa budak tu. Tapi, sebab dah terlalu lama, aku pun da naik sakit pinggang dan tangan dah mula rasa sakit, so, kami gerak dulu ke Balai Polis Petaling Jaya.

Masa kami datang, orang tak berapa ramai lagi. banyak kerusi kosong. Lepas dari kami, menderu-deru orang datang macam ada kenduri. Sesak balai polis sekejap. Suami tunggu turn untuk type report dekat PC yang di sediakan. Dia tolong sekali Auntie Teksi tu tulis report. Prosedur sangat leceh dan lambat macam siput.



Dah settle report semua, kami keluar. Bapa budak tu ada kat luar tunggu kereta. Beliau minta maaf dekat suami. Yang buat saya panas hati, bapa dia kata ni dah kali ke empat budak tu eksiden. Hari tu dia tibai Kelisa sampai berpusing-pusing. Perghhh. Kau ni patut lesen dah kena gantung dah tau.

Nak tahu sebab apa dia tak sempat break? Sebab dia sibuk nak angkat fon call dari mak dia. HUH?

Dah on the way balik ke rumah tu, baru rasa tangan sakit sangat. Lepastu baru ada rasa nak panik rasa sebak dan nak menangis. Punya lah lambat kesan dia dekat diri sendiri. KAHHH. Maafkan sajalah. Aku memang lambat dalam segala hal.

Malam tu suami urutkan tangan sambil berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku, aku redha dengan apa yang terjadi, Kau sembuhkanlah tangan isteriku, Janganlah Kau beri kesakitan pada dia"

Sekarang betul-betul rasa nak teriak. T____T

11 feedback:

Cik Siti Hajar said...

yaty, that guy should take driving class again... susahkan orang saje!

memang panas hati dengan manusia macam ni...


part last sekali mmg rasa nak teriak same.. #ehhh..

Lara is Veelara said...

syukur u and husben xda apa2...bahaya kan utk org preggy...i rs u lmbt respon,sbb u tkejut dlm u tak sedar tu kot..


Part last,adoiii....nk teriak gak.....msti u sayu kan....

izz iizza said...

haha...nk gelak lak baca 2 perenggan terakhir tu....kiki....mujur en.suami sentiasa menunjukkan keprahatianan..:)

Mrs Linda said...

Yatiiiii .... spot the car.
n its youuu??? goshhh i dgn fezal siap jenguk lg tp kami belah sana dpn avon jgk. n mmg nmpk kereta yg same bro baju merah tu n sorg laki tinggi. itu Ann ke?? laaaa

Lynn said...

La..memang rasa nak marah kalau 4x accident pun masih selamba je..Nasib baik takde ape kan..Syukur..

~ NANA ~ said...

nasib baik u takde pape yaty...dah la tgh sarat tu...

jom teriak sama2...haha

Umie Aisya said...

Nasib baik u n baby ok..bongok gila org tu.haish.menyusahkan org

Fyka said...

alhamdulillah sis dan bby xdak pa2..

♥ balkidz_hunny ♥ said...

Bodoh punye budak!
sabar tot! wallah, sedih dgar ayat somi!

paukacang said...

dah tu ko ok tak?ok aku pon sama lebih kurang ko lambat dalam segala hal haha..take care dokte!

sarahhernyzar said...

ayat kedua last dlm entry ni bikin wa nanes. sob sob sob. T______T