Tuesday, July 24, 2012

Baby's Stuff - Stroller plus Maxi Cosi

Niat sebenar di hati nak cari baby cot hari Ahad yang lalu. Sebab macam mahu asingkan tempat tidur dari awal lagi. So, dari Babies Kingdom di Kota Damansara, menuju ke Twins Baby dan Baby Cottage di Bukit Tinggi akhir sekali kami sampai di Setia City Mall. Takda cot yang berkenan di hati suami. Kenapa hati suami? Sebab suami yang punya uang, jadi kena la ikut hati dia. Kalau ikut hati saya, lama dah dapat. HAHAHAHA

suami sukakan cot yang boleh convert jadi katil bujang tu. Dia dah ada yang dia berkenan. Tapi dia kata, nanti. Ok lah kalau begitu.

Tapi, dalam masa yang sama, saya cerita lah tentang maxi cosi. Dia sesuai untuk baby dari newborn. Kita letak saja baby dalam tu dan angkut pergi mana-mana saja. Lepastu dia boleh attach dengn stroller Quinny. Ni semua angkara Zapira. Asyik cerita tentang maxi cosi saja. Hahaha. Aku terpengaruh lalu mempengaruhi suami.

Jadi, suami pun macam termakan umpan lalu beralih arah. Dah tak tengok cot dah dia, fokus kepada stroller pulak dah.

Dia cadangkan beli maxi cosi baru tapi cari Quinny dekat Mudahdotcom. Lalu muka isteri habis kerenyuk seribu. Kasihan anak lah. Saya kata, tak payah beli Quinny dulu, bukan nak pergi mana. Beli maxi cosi dulu pun takpe.

Setakat yang di survey, maxi cosi cabrio fix harga standard 699. Tapi di Mothercare 899. Gila apa? Tambah sikit dapat Pebble. Pangkah Mothercare awal-awal. Saya cakap suami takpalah. Jom tengok dalam Parkson. Cari SCR8 pun ok. Tak mahal sangat.

Tapi suami dah tersinggah di Mamours dan hooked up di sana. Satu-satu di cuba dan ditolaknya. Saya anggukkan saja. HAHAHHA, jangan dibantah, nanti kempunan.

Jadi, beliau dah berkenan dengan satu Quinny ini. Saya ok saja. Beliau lah yang belajar macam mana nak buka, nak pasang, nak lipat, nak attach dengan maxi cosi. Semua beliau buat. Jadi, pencarian stroller berakhir dalam satu hari. Padahal tak pernah survey pun. HAHAHA. Pergi dan beli adalah konsep suami. 


Saya suka maxi cosi pink, tapi muka suami sangat sedih. Jadi saya mengalah saja. Merah it is. Kita jangan kecikkan hati suami di bulan Ramadhan. Fuhhhhh. *selak rambut*

Harga untuk Quinny Zap Xtra (pada yang nak tahu)

Babies Kingdom - RM1289
Baby Cottage - RM1189
Little Whiz - RM1199
Mamours - RM 1229

Tapi husband tak ambil Zap Xtra. hihihi.




8 feedback:

fira. said...

alaaaa... nnt abis la sume suami salah zapira sbb mempengaruhi isteri mereka membeli maxi cosi. org yg tukang pengaruh pun xbeli lagi tau! btw, i'm so happy with ur purchases! semoga berangan tolak anak dlm quinny sambil pakai topi. eh???

ps. sampai keluar kedai u nk amik gamba an belek stroller kan?

Hidayati Farhan said...

Kahkah, da cite da sume kat an. Dia tau yg kita asik cite psl stroller. Kihkih. Btw, i mmg dok luar sbb x larat nk diri. Sakit kaki

~ NANA ~ said...

i beli maxi cosi dgn izyan (nuriz shar) tak sampai rm600 pon...hehe

Hidayati Farhan said...

aaaa, nape murah nana. bestnyaa. xdela membazir sgt. sobsss

♥ balkidz_hunny ♥ said...

Aku pakai Zapp Extra sampai skrg dgn Maxi Cosi siap! selagi isya muat, aku sumbatkan aje. hihihi. kejam tak?
Aku beli kat LittleWhiz dulu Tot, mase sale.

hayati hashim said...

husben amek buzz 3 kan.. hihi
buat la comparison price jugak utk buzz.. nk tahu ni.. =)

Hidayati Farhan said...

hihi, little whiz mmg tgh sale, tp somi x kenan zapp xtra, takpe lah dia pilih. duit dia. hahaha

tak lah dear, tak mampu buzz. hahaha. sbb tak beli buzz jd x tau harga dia. sorry

izz iizza said...

perghh..boleh tahan mahalnya tu..