Tuesday, July 31, 2012

Allah Permudahkan Jalan

Saya rasa, saya lebih suka berpuasa dan bekerja. Sebab kalau puasa hari cuti, boleh jadi mati akal. Tak tahu nak buat apa. Aktiviti paling berat yang saya boleh buat di hari cuti adalah tidur.

Bila hari sekolah, dah sibuk-sibuk buat itu ini, tahu-tahu da loceng 5.30. Maka, pulanglah meredah jammed. Dengan sekolah menengah balik, orang balik kerja, orang nak ambil anak, orang nak pergi bazar. Perghhh, Rantau Panjang dah macam KL tahu.

So, bila dikenang-kenang, rasanya tahun ni paling beruntung. Jadual waktu di sekolah cuma 24 waktu saja. Dulu masa praktikum pun dapat 26 ke 28 waktu. Tahun ni la dapat jadual paling sedikit. Tahun ni juga tak perlu ajar PJK. Releif pun dapat jarang-jarang. Syukur sangat Pn. Mary orangnya sangat bertolak ansur. Kursus KSSR PJK saya di serahkan pada orang lain. I can't thank her enough. Apa yang saya boleh buat, minimakan ketidakhadiran. HAHAHA. Jadi, saya tak susahkan beliau nak buat releif. Dan saya akan masuk kelas walau apa cara sekali.

Nak di tambah lagi, kelas semua kat bawah. Jadi, saya jarang-jarang panjat tangga. Lagi lah bulan puasa ni, saya cuma naik sekali je, tanda waktu datang dan balik sekali gus. HAHAHA. Kalau difikir, memang untung sangat.

Tak dapat imagine kalau pregnant last year. Dah la jadi penyelaras tahun. Dengan 30 waktu, belum campur releif dan perhimpunan. Kelas atas sekali. Ajar PJ 2 kelas. Lepastu, saya jurulatih gimnastik. Lepastu lagi kena hantar kursus KSSR BM seminggu dan kursus MBMMBI. Pengawas UPSR. Phewww. Memang tak dapat imagine.

Tahun ini sangat bertenang. Saya tahu, ada juga yang tak senang dengan waktu sedikit saya. Tapi, heyyy, saya ajar kelas hujung tahu. Lagi cabaran nak kawal disiplin. And honestly bukan saya yang pergi terhegeh-hegeh minta di kurangkan waktu. Mungkin rezeki dan tuah anak lah ni. Semuanya jadi mudah. Alhamdulillah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

6 feedback:

izz iizza said...

untung tu kelas semua kt bawah..

Hidayati Farhan said...

tuh la, xyah nak naik tinggi2

.:shura shushi:. said...

Wah ajar gimnastik :))

Gentleman Frog said...

salam,

interesting jdi guru ni

balkidz_hunny said...

kau ajar gimnastik tot? kelasss.
ehh, lempang sket sape yg tak reti tgok org senang tue!

ainmj said...

Alhamdulillah..Moga dipermudahkan segalanya:)