Tuesday, June 26, 2012

Lori Gula Terbalik

atau nama panjangnya Modified Glucose Tolerance Test (MGTT)

Pertama kali saya perlu buat MGTT waktu minggu ke 17. Awalkan? Sebab bapa ada sejarah kencing manis. Memang banyak gila lah mitos yang saya dengar pasal MGTT ni. Semua yang ngeri-ngeri belaka. Ada yang kata akan muntah, air gula pekat macam minum sekampit gula, et cetera et cetera et cetera.

Kalau boleh jangan sampai sangkut sebab nanti perlu ke klinik secara kerap dan kena ambil darah juga secara kerap. Kalau di Klinik Kerajaan, kita kena stay di sana 2 jam lepas minum air gula. Kalau muntah kena minum air gula semula. Sounds scary.

Maka saya memilih untuk buat MGTT di DEMC.

Saya berpuasa start pukul 12 tengah malam. Pukul 10, bertolak ke DEMC dan buat perkara rutin. Check berat, air kencing semua dan pergi ke bahagian makmal di Ground Floor untuk proses ambil darah dan minum air gula

 Banyak dah darah terbuang kat sini. AHAHAHA

Nak juga sidai gambar gedik disini.
Tunggu turn nak minum air gula


Selepas kena ambil darah dalam satu tube kecil tu, saya di beri satu mug air glucose perisa anggur dengan pesanan, Puan, kalau manis sangat boleh tambah air lagi. HAHAHA. Bukan kah itu satu kegembiraan. Maka dengan seronoknya saya ulang alik tambah air masak sampai dia tak rasa air gula lagi.

Lepastu dia suruh datang semula lagi 2 jam. Lalu, kami pun pulang ke rumah. Di rumah saya secara curi-curi minum air masak tapi tak makan lah. Nanti result tak valid. Ewahh.

Datang semula dan kena ambil darah lagi 1 tube. Blerghh, pembaziran darah. Dan keputusan dia

fasting glucose: 4.7
2 hour after glucose: 4.9 

Nasiblah penipuan tak ketara sangat. AHAHA. Tapi, saya masih perlu berjaga-jaga sebab ada sejarah. Bimbang Sejarah Mungkin Berulang (tumpang lalu Tomok. Tak pandai masak pun stay sampai sekarang dalam Masterchef. Hebat!)

Dan nurse di KK dah bagi tarikh 2 Julai untuk MGTT kali kedua. Memang prosedur dia kena 2 kali. Bukan sebab berat naik banyak ke apa mind you. Berat saya turun lagi ada. HAHA. Jadi saya sudah siap-siap call DEMC dan serah diri untuk buat MGTT di sana. Tak sanggup rasa nak buat di KK. Nak melangut 2 jam di sana dengan air gula pekat likat. Memang tak lah.

7 feedback:

Cikpuan rara said...

aik boleh tambah2 air? best nya.rara ni kena minum air gula betul2 pekat tuh.bayangkan.nk pitam rasa.

Shakina Farhan said...

itu yg bestnye private..hihi..
weh..jgn kutuk tomok..ni peminat die dlm masterchef..hahahahahahahahaa..rsenye die stay smpi top 6 kot..hahaha..

Hazz Nieza said...

first time dgr boleh tmbah air masak. hehehe.. for me, alhamdulillah mayb sbb ke private so tak perlu risau sgt bab air gula. cuak jugak memula dgr experience m2b yg lain. huhu.. papepun, control makan jer lah. ;-))

Miss Sunshine said...

tak pernah ade pengalaman minum air gula.. dan tak nak pun pengalaman tu.. huhu takut.

♥ balkidz_hunny ♥ said...

Sepp kina, aku pun peminat Tomok dlm Masterchef ;p

Bestlah pegi swasta, boleh tambah air. Aku ni pemanis orangnya sebab tu lah senyuman manis menawan. eh? minum 3 kali teguk je dah abis, ade 5org keliling aku tgh minum terkulat2 tgok aku abiskan cepat pastu selamba je blah. HAHA.

Lara is Veelara said...

i pun kene minum skali.loya sikit tp xscary la.hehehe...mmg air gula pekat sesaje...

Hidayati Farhan said...

rara - tuh la, ikut klinik kan. ada gak yg sedap. hehe

kina - hahaha, saya pun suka/kesian dgn tomok. ye la, tu kelebihan private. tp ongkosnya. sobss

hazz - tu la. sume cite nak ngeri

hana - untung la badan. haha, tp rsnya skang sume wajib taw.

kidz - hahaha, mmg lah muka awk manis. padanlah si isya asik senyum je

lara - ye ke? wahhh hebat air gula pekat bole telan. hihi