Tuesday, June 12, 2012

Geram Dengan Anak Sendiri

Sungguh bertuah anak ini. Belum keluar sudah membikin ibu bapa tak senang duduk.

Di pendekkan cerita agar entry tidak melarat dan akhirnya terpesong, dalam minggu ini tekak ada teringin durian. Ya, saya bukan lah peminat berat durian. Tapi, sekadar ingin melepaskan rasa di celah gigi.

Lalu, saya di beri izin untuk rasa seulas. Seulas sahaja titik

Nak dijadikan cerita, malam semalam tidur sangat tak lena. Mengiring mana-mana pun asik kena kick. Nak terlentang memang tak selesa. Berapa kali terjaga. Nak sambung tidur lepas subuh pun tinggal harapan.

Kebiasaannya dalam pukul 11 lebih macam tu, anak dah mula berlatih kung fu. Tapi, tidak untuk hari ni. Mungkin guru kung fu dia bercuti. Saya biarkan saja. Tapi, dalam hati risau juga. Kejut-kejut kan dia pun tak respons.

Bila di sekolah pun sama, selalu kalau saya berjalan tu, masa tu lah dia nak tolak-tolak kepala ke apa. Nanti perut keras je. Tapi hari ni boleh kata anak sangat pasif. Sampai lah ayah dia call tadi, baru dia menolak sikit. Saya lega.

Tapi, tu je la pun movement dia. Bila masuk Maghrib, saya punya cuak tahap dewa-dewa. Tapi ingat nak tunggu esok siang untuk ke klinik. Suami suruh pergi malam ni juga.

Doktor cakap, heartbeat kuat. Semua normal. Rupanya sekarang baby tengah berpusing, kepala di atas. Padan lah asyik nak shishi je, sebab kaki dia di bawah. Asik tolak pundi kencing. Padanlah juga tak rasa dia kick di tepi sebab dia punya kaki kat bawah.

Waktu saya tengah mengarang entry, bukan main dia show off nak bagitau dia ok dan kaki dia ada bawah sini. Nah rasa, bonda!! *kick-kick-kick*

Baiklah anak, baiklah -___-

Ada rasa menyesal makan durian, walhal durian tak bersalah langsung dalam cerita ni. Ok, korang boleh proceed makan durian. Saya dah seghik

5 feedback:

eLL said...

Amboi, nasib baik. Sekarang ni kedudukan baby dah ok ke?

Hanys Jehari said...

Yaty ni.. Take carw dear. Elok2...

♥ balkidz_hunny ♥ said...

Aku makan durin 6biji, 3hari pastut erus bersalin. HAHA

Hazz Nieza said...

i mcm serik mkn durian. sebab tak tahu dah pregnant time tu, melantak durian, demam seminggu! nasib semuanya okay. huhu~

iizza said...

memang masa preggy xleh makan durian kan..?