Thursday, June 7, 2012

Free Honeymoon from Nurul Izzah Catering

It's not free like you imagine. Bukan free yang tinggal angkut beg and stay. We had to pay the booking fees RM100 for local stays dan ada surcharge sebab booking less than 3 months. Surcharge pula depends on Hotel mana kita stay.

SO, untuk local stays memang banyak destinasi e.g Langkawi, Penang, Cherating (Kakya mesti dah sampai ni) PD, Melaka, KL, JB, KK dan Kuching.

Sebab destinasi banyak sangat, kami pun suka-suka je tukar destinasi. HAHA. Mula-mula booking nak pi Langkawi, tapi bila tengok tiket flight takda yang 0 sen, kami tukar lagi, ingat nak pergi Cherating. Tapi saya tak mahu pantai lagi sebab dah pergi Phuket tempoh hari. Wahh, sungguh riak di situ sebab tak mahu pergi pantai Malaysia. HAHA. Dan akhirnya kami ke JB.

JB? ada apa kat JB hoi?

Ehh, lokasi kau tergolek dalam longkang pun kau nak kenang, inikan pula tempat bercinta. KAHHHH

Dalam banyak-banyak hotel yang di listkan around JB, kami pilih untuk stay di Grand Blue Wave (sebab tu je yang 4 bintang dan dapat studio room plus breakfast) So, total yang saya perlu bayar (booking fees + surcharge) RM390. Stay for 3D2N

pic source: google

Hari Jumaat samapi di JB takda buat apa kecuali buat drama di Maghrib hari. Kira, hari Jumaat tu di bazirkan begitu saja dengan makan malam nasi goreng keras beserta ayam goreng keras dan sate 2 cucuk room service yang bernilai RM50. Macam mana orang kata makan kat hotel tu enak? Ok, rambut sama hitam, taste lain-lain. Tak boleh salahkan ibu mengandung (?)

 JB, here we come!!

Actually, percutian ni disertai oleh keluarga mertua sekali. On Saturday, kami dah ready nak seberang tambak. HAHA. Tapi takda lah nak pi USS lagi sebab nanti saya dengki takleh main sama. Kami just pusing-pusing Singapore naik van pelancong. MIL yang carikan. Lepas nego harga, dapatlah satu van RM 500 bawa pusing Singapore dari pagi sampai ke malam.

 Stuck di Woodland

Destinasi pertama ialah Arab Street sebab MIL nak cari bahan buat bunga telur. Kami lunch di Kampung Glam Cafe. Makanan dia not bad, tapi harga dia buat orang lap peluh. Pheww. Jadi, senang cerita, kalau nak beli apa-apa jangan sibuk nak convert ke RM. HAHA, nanti bakal pingsan.

 Si Demok
Jalan-jalan di belakang Arab Street. Haji Lane

Arab Street

Di Arab Street ni kami solat sekali di Masjid Sultan. Jalan kaki saja. Kemudian pergi makan Murtabak Singapura yang famous di Restoran Zam Zam. Memang lah rasa dia sungguh menjilat jari. Ambil saja saiz sedang, boleh makan 3,4 orang. Harga dia $6 saja.

Murtabak sedap di sini. HAHA

Ohh, saya tak boleh cerita lebih-lebih sebab suami dah kata, kalau mengidam yang ini dia tak boleh nak layan. Jadi mari kita teruskan perjalanan.

From Arab Street kami ke Mustafa Center yang ada menjual perfume murah. Saya pun tak tahu nak compare sebab orang jarang beli perfume kan. HAHA. Saya dan suami hanya jalan keluar masuk dan menggunakan toilet saja di sini. Lepastu lepak kedai mamak sebelah Mustafa Center makan Dosai sebab nak duduk dan nak aircond. HAHAHAHAHA

Ibu Mertuaku

Ye, anda boleh cakap dalam hati, Mak mertua dia lagi cantik dari dia.
Saya izinkan T___T

Kemudian, kami terus ke Orchard Road. Kat sini memang duduk saja. Duit yang saya bawa pun masih utuh. Tak keluar satu sen pun. HAHAHA. Semua tak mampu milik. Mak dan Pak mertua je yang pergi shopping di sini. (Oh, kat sini lah MIL belikan perfume Oh, Lola saya) oh oh oh

saya-Along-Mama-Nenek-Abah

Suami kan suka aneh-aneh bila di ajak bergambar

Saling meneman sebab dah tak larat nak jalan

Kami sampai semula di JB pukul 11 kemudian terus pergi dinner di Restoran Sayam, Stulang Laut. Malam tu kengkonon nak pi makan sup sedap belakang CS. Memang takda rezeki. Semua kedai kat situ tutup. Pejadah tah. Pergi Danga Bay lagi lah. Dah takda apa dah. Sudahnya, balik hotel saja. Tak dapat nak overnight macam zaman dulu kala. Eh?

Ok, tamat.

12 feedback:

Miss Sunshine said...

Yati, yati...
muka yati nampak lain lah...
pembawakan budak agaknye.. ^_^

S.n.Fariza said...

a'ah. muka yati lain.
seronoknya d ramai2.

Pn Syg kpd En. Beh said...

Bukan sahaja mak mertua ko menawan malah nenek mertua juga masih muda belia. Sila jangan sentap Yati yayang...Ini kenyataan~

hazlynda kushairi said...

Hahhh Restoran Zam-Zam mmg murtabak terbaik. Awat tak p Bugis Street? Murah-murah belaka ;)

Sorry Yaty, kite tak dpt turut serta sbb balik kampung mertua.

Norhidayah Rasin said...

gabungan gambar auntie dengan hiterik roshan kat belakang tu memang ohseme!

cikpuanputeri said...

bestnyaaaa jalan jalan...tak pernah jalan jalan johor betul2 lagi. selalu pi sebab ada outstation, kenduri aje... nampak menarik.hee

Shakina Farhan said...

sama ngan hotel kat sarawak..xsedap makanan hotelnye.. yati serious berbeza ok time pregnant ni!

cha said...

haha bab jgn convert makanan ke RM tu btul sbb sakit hati bila pkir makanan nasi goreng rm10 haha

n0rraslida alias said...

Yati...a'ah...ur MIL mmg cntik dr awk...hihihihi.... < awk izinkn kn...hihihi.....*pelok*

Moose said...

aku nak tergelak tengok tajuk blog baru ko ni boleh? a road to new chapter katanya. nasib baik bukan new chapter of life.

btw, dah bapa chapter dah?

Cik Zimie said...

yaty comel hahah eh thanks tau datang haritu.

Sumayyah Nadhirah said...

baru tempah gak dgn nurul izzah...jd ape yg die free sebenarnye???