Tuesday, June 5, 2012

Apa Jadi Dengan Barang Hantaran

selepas 6 bulan lebih berkahwin?

Jawapan dia ada yang belum di sentuh langsung.

Contoh I

Set SKII

Masih elok berbalut, rasa nak pi jual balik. HAHA. Banyak sebab kenapa tak guna-guna lagi.

Sebab pertama suami bimbang bila his mother pakai dan mengeluarkan efek yang tak menyenangkan. Dia tak mahu ada satu calar pun kat muka isteri dia neh. Amboiiii. Jadi tertunda lah nak pakai. Sebab takut-takut. Kalau dah suami said no tu, melawan kang ada pulak yang tak elok. Dah menyesal seumur hidup.

Sebab kedua, ada yang kata, SKII punya chemical kuat. Tak elok untuk ibu mengandung. Hah, sudahnya duduk lah kau dalam plastik sampai berhabuk-habuk.

Tapi nekad, lepas bersalin akan guna juga. Sebab kondisi muka sekarang sangat lahhh blerghhh. Jerawat kecil-kecil muncul bagaikan ada pesta keamatan.

Contoh II

Mas Kahwin

Masih elok berbunga-bunga. Dengan harapan duit ini akan berbuah tak lama lagi. Saya selalu bajakan dia dengan kasih sayang. KAHKAHKAH. Dah niat nak guna duit mas kahwin untuk beli barang kemas. Masalah dia sekarang, barang kemas apa yang boleh dapat dengan nilai RM300. Jadinya, biarlah dia dalam bentuk bunga dulu. Esok, kalau dah mampu, bertukarlah bunga itu jadi bunga emas.

Baru Guna Sekali

Telekung

Kalau tak pun telekung ni masih bentuk bunga. Bila ada kakak tu tegur, dia kata nanti rosak. Saya pun buka dan basuh lalu guna. Sekali je guna sebab telekung ni berat sikit. Tak sesuai untuk kegunaan harian. Kalau nak pi travel je baru guna.

Kerap Guna

Perfume

Tak, yang hantaran punya Lola je. Dah tinggal setengah. Tu pun sayang-sayang nak guna. Nak tahu sebab apa?

Ok, ini cerita sedih, sila sediakan tisu muka premium.

Tapi dari mula-mula kerja dulu memang teringin sangat nak pakai perfume mahal. Tapi, everytime dah gaji rasa sayang sangat pula nak spend ratus-ratus pada perfume sahaja. Rasa ada benda lain yang lebih penting. Jadi, pendam lagi hasrat tu. Kalau teringin sangat, curi-curi guna kakak punya lah. Masa tu mampu pakai perfume Avon (sebab dapat free) lepastu perfume Adidas for women tu, lepastu beli one drop perfume yang bau dia ala-ala perfume mahal. Beli pun bukannya sekotak, seketul, seketul, oh sadisnya. Beli Bodyshop sebab ada sale. Lepastu mampu beli miniature Giorgio Armani punya tu pun dah cukup happy.

Kawan baik bagi miniature Escada Island Kiss, punya lah sayang sangat nak pakai sebab bau dia sweet sangat. Bila ada duit sikit, pejam mata beli yang Island Kiss botol dia dah defect tu. Kan murah. Murah tak murah bukanlah yang seploh ringgit tu HAHA. Masa birthday 2006 rasanya, Dak Yang bagi perfume J.Lo.( tak mau ingat, tak mau ingat)

Keinginan pada perfume tu tak pernah luntur. Bila nak kahwin hari tu lah baru dapat beli perfume secara proper. Maksud dia, pergi kedai perfume, lalu cuba satu-satu bau lalu pilih mana yang saya nak sangat. Tu pun guna sayang-sayang gak. Sebab tahu payah nak dapat, kena lebih menghargai.

Dah cakap dengan suami hari tu, kalau Lola habis, nak beli adik dia ye Yang, Oh, Lola!. Suami pun dengan muka musykil. Perfume pun ada adik beradik? HAHAHAHA.

Tak sempat perfume habis, tak sempat suami belikan, MIL dah belikan dulu. Thank you mama. Ok, cerita tamat *lap air mata* Sedihkan cerita saya dan perfume? Orang tak berapa mampu, cenggitulah.

Barang hantaran yang lain memang selalu guna. Macam BB yang selalu hang neh. Handbag, jam, purse. Kasut jarang-jarang sebab tinggi. Sekarang lagi lah harapan sangat kalau nak pakai. T___T

Jadi pesanan khidmat masyarakat kat sini, beli lah barang hantaran yang dah tentu anda akan guna. Takyah beli yang mahal, tapi at last duduk dalam almari perangkap habuk. Tapi selalunya, masa belum jadi pengantin nafsu tamak memang selalu bermaharaja di hati. KAHHHHH. Spend wisely

15 feedback:

Hanys Jehari said...

Oh yaty.. Sk2 tak da chemical. Mistly organic. Sbb tu bau dia tk berapa sedap. Sgt bagys tau. My fren pkai time b4 preg smpai ank dh setahun tkda mslah apa...

asna cute said...

Habis lenjan dah barang kawin asna dapat di pakai. Kalu xnk guna yg lg 2 barg tue, meh la kasi derma kilat kat ibu haikal nir ek haha

ecadwinkyasha said...

betul tu,time beli brg hntaran,fikir dlu tuk kegunaan masa panjang.heehee :)

S.n.Fariza said...

hik3. mas kahwin masih ada lg ea :)
nanti gunalah semua brg tu. perlahan-lahan

cha said...

haha touchingnya cite psl perfume u. tp cite psl perfume i pn mula2 taknak beli perfume utk hantaran. tp mak dgn husband i ckp apa 'tak lengkapla hantaran takde perfume' so i layan jela dh org nak kasik huhu

Reen Tart Nenas said...

saye beli apa yg utk diguna jer :) make up dah nak abes dh sbb mmg pakai.

didieadila said...

stujuk dgn pesanan khidmat masyarakat tu..dd punya kasut hantaran tapak bersih xpnah jejak tanah lagi sb rs mcm terlebih glamor nk p keje pakai tu nt kena jeling2 kt skola T_T

Hidayati Farhan said...

hanys - ye ke? ciss, tertipu. pepandai je org tu kata gitu ekkk

asna - hahaha, comel ok. nk derma ke nak kilat? hhahaha

ecad - tuh la, dlu ikut hati je tauhu. haha

fariza - haha, mas kahwin berbunga lagik. klako

cha - haha, ms kawen ni je la bole dpt brg idaman. haha

reen - oh, saya x beli mekap sbb mmg x bermekap sgt. hihi, bagusnya da nk abes guna

dd - mmg x larat la nk pi sek pkai kasut tggi. haha. tersadai je kasut kat tepi. same la kita

amy fahmi said...

u baru 6 bulan, kan...i ni hantaran make up mase tunang dah setahun 6 bulan. hahahaha. elok lagi berbalut. haha.

♥ balkidz_hunny ♥ said...

Asna kau nak derma kilat? Akak pun nak jugaklah derma petir. kahkah.
Aku pun brg dah abis lenjan dah weh tot. hendbag sampai laki aku yg soh tukar sebab dah nazak sgt.
Kau ngan laki aku sama, brg hantaran ada yg tak guna lagi. Boleh dia cakap die menghargai apa aku belikan sampai sayang sgt nak guna. hishhh!

Shakina Farhan said...

sama la..selalu beli yg bodyshop je..tp ok la tahan lama kan..minyak wangi yg mahal utk hantaran (time kawen je la dpt mahal kan) xbersentuh lg sbb body shop xhabis2 lg..

Hidayati Farhan said...

amy - haha, cepat pkai, kang rosak gitu je

kidz - hahaha, suami kita ponn. dia x pkai set perfume dia tu sbb dia bukan suka pkai perfume. cehhh

kina - haha, bodyshop kita habih da kina. terus bkk perfume hantaran. hihi

oya said...

sy ada adik dia..nice baunya..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Wani said...

lols.lawak ar entry ni.
btw,perfume x leh simpan lelame..nnt bau die akan degrade.i dh menyesal dah.now,i just keep 1bottle je (tipu).i mean..mmg xkan beli baru selagi x abes yg tu.tp kalo org dh bg tu lain cite la kan.hehe..
u r right,beli yg betol2 gune aje:)