Thursday, June 21, 2012

About My 1st Check-up

Dah masuk 7 bulan baru nak cerita 1st check-up? -___-

Saya buat 1st check-up seawal usia kandungan 9 minggu. Tak la awal sangat. Lepas dah confirm preggy, 9 minggu lepastu baru buat appointment untuk jumpa gynae. Kalau di DEMC, ramai yang suggest kan Dr. Norleen. SO, cuba buat appointment dengan beliau tapi tak dapat sebab beliau masih bercuti.

Akibat teringin sangat nak tengok apa ada dalam rahim saya (sebab masa mula-mula confirmkan pregnancy tu, Doc tak bagi scan, dia kata takda apa yang nak di tengok). Maka,  saya sangat eager dan tak sabar sangat nak tengok kantung ke, ketulan daging ke, tak kisah lah, asalkan aku nampak dengan mata sendiri. HAHA.

Jadi, appointment pertama saya buat dengan Dr. Fairuz Asyikin. Saya pergi ditemani emak saja. SOBS. Bila masuk bilik Doc, sendiri. Lepastu syahdu macam hari raya bila Doc tanya, sorang je? Suami mana? Dah lah anak 1st, 1st time check-up dan pergi secara 1=solo. Takpa, saya kan wanita tabah. :p

Waktu scan tu, Dr. Fairuz cakap takpa, nanti kita simpan dalam CD gambar ni, bagi ayah tengok bila dia balik nanti ye. Excited sangat bila tengok ada sesuatu di dalam itu. Walau belum sempurna pertumbuhan dia, dah ada lah bentuk kepala dan badan dan ruas-ruas kaki tangan.

Since that day, saya sudah belajar. Kalau pergi appointment di DEMC, jangan lah kau datang tepat-tepat waktu. Contoh app pukul 11, kau sampai pukul 11 terus masuk bilik doktor. Jangan harap. HAHA. Kau akan kena tunggu paling kejap pun almost 45 min. Jadi, walau app kata pukul 11, aku datang pukul 10. Lesson learn.


Sebelum pulang, buat appointment siap-siap untuk next check-up sebab kalau buat appointment thru phone memang berzaman lah nak dapat. Saya mintak buat next chek-up dengan Dr. Norleen, syukur dapat dan paling syukur, saya kena buat MGTT sekali untuk next check-up itu T_____T 

Dapat goodie bag sebelum balik. HEHE


Dalam dia ada sebuah beg dan beberapa peket susu sample.


Tapi untung kepada yang baru-baru ni buat check-up sebab dapat sampai setin susu lagi. Takpa, harap anak kedua nanti dia bagi fisher price punya jumperoo pun saya dah syukur. HAHAHAAKUOVER

6 feedback:

♥ balkidz_hunny ♥ said...

kot dpt jumperoo next baby aku nak wat kat demc jugak lah hoiii. HAHA

Hidayati Farhan said...

hahaha, sume berpusu-pusu ke demc walau tggl di sarawak ye kidz

~ NANA ~ said...

i punye sample susu yg dpt dulu banyak lg kat rumah ni...tak terminum semuanya...haha

Ida Raihana said...

haha...tiba2 rasa cam nak mengandung lagi je...hehe...masa akak buat scan 3d kt hspital putra pun banyak gak dia bg goodie bag...sampai dua dia bagi...ada pampers baby, susu, pad, set mandian baby n set mandian ibu... syok kan...hihi.....

ckokjue said...

T.org da nk masuk 12weeks ni..mls ni g wt chck up. 2nd ni rase cam da masuk 5 bulan baru nk g wt chck up kt hsptl. (biar doc marah!)b4 this just g cnfrm kt klnik biase je yg mmg da ade isi. Haha nk buat buku merah malasnye...

Xiet_Enigma said...

Salam Sis,
I tgh servey nak bersalin mana ni. So far top priority DEMC lah. tp skg tgh tak tau nk amek O&G mana. Dr. Norleen mmg tak amek new patient dah. so nk tanya, Dr. Fairuz Ashikin tu OK tak? dia informative, penyabar and best tak?

thanks in advance ye sis. Moga dipermudah urusan :)