Friday, May 11, 2012

Tentang Suami

Suami adalah objek yang paling comel. HAHA. Comel yang saya maksudkan bukanlah pada pandangan mata kasar. Tapi, dipandang dari mata hati. giteww. Prof Muhayah sangat. Dia datang dalam pakej. Jangan lah pergi tenung gambar suami lalu terus memandang serong dan mencemuh, buta betul si Yaty ini di kata comel. Ehhhh, biasa tu dia. Berdosa tenung gambar suami orang tahu.

Saya suka mendengar cerita tentang kehidupan suami sebelum saya wujud dalam hidup beliau. Saya rasa macam nak masuk mesin masa dan pergi ke waktu itu. Nak tengok apa yang suami kerjakan zaman-zaman dahulu. HAHA

I
Kalau balik ke rumah mertua saya suka tengok gambar suami masa kecil-kecil dulu. From the picture itself I can tell yang beliau super nakal. Ada gambar beliau tengah nak merampas botol susu Along lah.  Bila birthday Along, dia yang over kedepan nak potong kek lah. Macam-macam.

II
Beliau pernah cerita yang waktu kecil-kecil dulu kalau balik kampung suka lari-lari dalam rumah, lepastu sorang nenek ni marahkan lah budak nakal ni. Tapi, boleh si nakal ni angkat tangan balik pada nenek tu dan cakap 'Nak kena?' -__-

III
Bila masuk sekolah rendah, waktu tu beliau teringin permainan video game yang guna tape tu. Tapi masa tu abah dan mama belum mampu. Akibat teringin sangat ni tadi, suami 'ambil' duit abah sehari berapa ringgit tah. Dia 'kumpul' sampai cukup RM600 I guess. Dah lupa. Bila dah cukup, beliau bawak pergi sekolah. Waktu tu pergi sekolah pakai seluar pendek lagi. Bayangkanlah seluar dia nak terlondeh macam mana sebab poket kiri kanan penuh duit. HAHA. Macam mana boleh kantoi dengan cikgu pun saya lupa. Akhirnya video game tak dapat, mama yang datang sekolah sebab kena panggil dengan cikgu. HAHA

IV
Lepas sekolah agama, beliau akan main bola sepak tak ingat dunia sampai tertinggal van. Nanti bila dah Maghrib baru pandai cari kawan nak tumpang balik rumah. Main bola pakai baju sekolah pulak tu. memang lutut seluar penuh tampal sana-sini.

V
Kalau waktu Pendidikan Seni mesti beliau nak bawak balik ke rumah. Tak siap kat sekolah. Sebab kat rumah ada bibik yang pandai melukis dan akan buatkan kerja seni beliau. Hmphhhh

VI
Waktu sekolah rendah, beliau tak flying colours sangat sebab sibuk main. Pernah tanya 'Takda GF cinta monyet-monyet ke Yang?' Takda. main bola lagi best -___-". Waktu exam darjah 5 kot, cikgu salah bagi markah dan membuatkan dia boleh masuk kelas pertama di tahun 6. Dalam kelas pertama, mana ada orang main-main. Maka dia pun terikut-ikut budaya kelas pertama yang kuat study. Dapatlah beliau 5A dan masuk KUSESS. HAHAHA.

VII
Masuk-masuk KUSESS hari pertama dah kena belasah sampai terperuk dalam loker. Pity him. Tapi lepas tu beliau baik dengan senior dan pergi belasah budak lain pulak -___-

VIII
Dekat KUSESS ramai orang admire sebab aktif hoki, kawad, nasyid, olahraga, kuat belasah orang. HAHA. Mesti dapat coklat la apa la kalau ada dedication tu. Sampai sekarang saya masih terjumpa nota-nota good luck lah terselit-selit dalam majalah sekolah, dalam pencil box. Beliau kata 'Kakak Angkat' Ye la Yang...

IX
Waktu masuk matriks, takda dengar tentang perempuan sebab beliau tengah sibuk mengorat saya. Eh. Beli prepaid RM60 habis buat mengorat saya. Pergi public phone habis syiling sebab nak mengorat saya juga. HAHAHAHA. Ada takda beliau pergi tengok perempuan main badminton. Tu ja bahan yang ada kalau saya nak buat-buat merajuk. KIHKIH, Loser

X
Di UTM... errr saya takda memori tentang kelakuan comel beliau di zaman uni. HAHA. Mungkin saya dah terdelete sekali dengan memori-memori sampah yang perlu dilupakan. KIHKIH. Tapi waktu di uni ada juga yang tinggalkan kertas berserta nombor telefon pada cermin depan kereta. Hurmm, perempuan zaman sekarang. Cenggitulah. Tak kira BF siapa. Main rembat je. Eh eh. Kbai

**Entry terhasil akibat menunggu suami tak pulang-pulang. Selalu, waktu-waktu macam ni dah ada dirumah tengah main Football Manager. Jadi, saya punya masa terisi. Tak sempat nak update belog. Akibat terbosan-bosan menunggu suami, maka terhasillah entry tentang suami. Esok kalau bosan menunggu makanan, keluarlah entry tentang makanan. Contohlah.**

3 feedback:

cha said...

i baca entry ni sengih depan pc sorg2 haha. kdg2 i dgn suami suka lawan-lawan cite masa kecik haha. nasibla kitorg sebaya so tahun tu ada brg mainan apa ke sume sama haha

UyaRayza said...

uya and rasa mcm cha jugak..sebaya heheh..tp saya budak kampung..rayza budak bandar hehehe

miss nina said...

wah..almost rahasia cik suami dalam rangan puan yaty ye?
awak dah pregnant? tahniah ya. semoga yaty dan dak yang selamat sejahtera hendaknya.