Thursday, May 24, 2012

I Am 6 Months Pregnant

.....Mari naik mesin masa dan kembali kepada 6 bulan yang lalu.

Sangat berharap yang diri ini bunting pelamin. Sebab tanda-tanda konon preggy tu ada. Kuat makan (heh? padahal memang kuat makan) lepastu cepat bloated, mual, pening, angin, kuat makan lagi. eh, did i mentioned it earlier? memang kuat makan pun. Simptom-simptom preggy tuh rasa dah tepat 90%.

Suddenly, 7/12/11 ada bleeding sikit. Saya rasa macam, ehhh belum tahu pun preggy ke tak suddenly dah ada tanda keguguran. Kahhh, betapa stupidnya waktu tu. Asal bleeding je ingat keguguran. Masa tu dah berduka lara dah. Bawa hati yang hiba bersama suami pergi DEMC untuk check up. 

Doktor pun tak boleh nak sahkan apa-apa sebab awal sangat. Dia kata kalau benda nak jadi pun boleh akibatkan bleeding, sebab dia nak melekat kat dinding rahim. Kalau buat UPT, dia takkan detected apa-apa. Jadi, kami pulang dengan lega. Mungkin dia dalam proses nak menjadi lah tu.

Ku sangka panas ke petang, rupanya period dua hari kemudian. Ahhh, kecewanya. Period datang awal dari tarikh sepatutnya. Oh, takda lah istilah bunting pelamin. Tapi, kami redha. Baru sebulan kot kahwin. Tapi dalam redha tu, aku buat juga UPT, kengkonon ingat aku ni bunting pelanduk. Ala yang even dia pregnant tapi still period tu. HAHAHAHARAPAN.

Kemudian, semua berjalan seperti biasa. Saya pun meneruskan hidup macam biasa. Makan dengan banyaknya dan teringin yang bukan-bukan sampai Dak Yang noticed, kenapa teringin itu ini ni? Nak kata mengandung tu tidak. Saya pun macam tak peduli sangat. Makan tetap makan. Selera macam gergasi.

Tapi yang perasan sangat adalah angin dalam badan makin melampau. Macam aku baru lepas telan kipas angin. Macam lepas makan belon pun iya juga. Lepastu perut rasa tak selesa bila meniarap.

Waktu itu pula, saya baru dapat tahu, my cousin preggy, lepastu Ilya dan Kina. Bila Kina cakap, dia tak tunggu pun tarikh period dia untuk buat UPT, maka hati saya macam di tarik-tarik untuk buat juga. Kebetulan pula Dak Yang takda sebab pergi interview di Pantai Timur. Ini adalah waktu terbaik. Sebab nya malu nak buat test depan dia, nanti nampak macam saya berharap dan memberi beliau harapan.

Di petang 31 Dec 2011, saya pun buat satu UPT dan hasilnya

Sangatlah samar.
UPT cap Watson yang RM4.50

Masa tu rasa macam nak kecewa, tapi bila muncul satu line yang sangat samar, saya rasa macam eh, masa -ve dulu, dia memang tak keluar apa-apa line. Terus call Eca  minta kepastian. Masih tak pasti, lari turun ke bawah dan tunjuk kepada emak. Emak pun nampak 2 line, tapi satu lagi sangat blur. Lalu menghubungi Fiena, tapi beliau belum buat test lagi waktu tu. HAHAHA, berapa ramai orang aku nak call pun tak tahu.

On the way nak balik rumah in laws, saya singgah Guardian dan beli Dip n Tell dan Clear Blue. Satu murah, satu mahal untuk lebih kepastian gitu.

Sampai di rumah in laws, di petang yang rembang, saya buat UPT lagi sekali. Mereka dah nasihatkan buat subuh-subuh hari. Dah nama pun Yaty, tak sabar is my middle name. Dan hasilnya

jelas sikit.
Ye, double line di situ.

Gembiranya hati, dah tak sabar menanti kepulangan suami malam tu. Nak bagitahu berita gembira. Soon, we gonna be mom and dad. Waktu tu yang tahu cuma emak, Eca dan Fiena.

Bila suami pulang malam tu, terus saya tunjukkan kedua-dua stick tu, dan kami gembira bersama-sama. Rupanya suami pun bawa pulang berita gembira. InshaAllah, beliau berjaya dalam interview tu. Itu lah yang dinamakan rezeki anak. Bukannya, kau tahu kau pregnant, terus ada orang masukkan 10K dalam akaun kau. Bukan macam tu. Percaya saja pada setiap janji Tuhan. Setiap anak ada rezekinya.

Esok hari, suami ajak ke farmasi untuk cari asid folic, susu materna dan beli lagi satu UPT sebab beliau nak saya buat lagi sekali. 3 kali kan lebih afdhal katanya. Turutkan saja apa suami minta. Dan keputusannya

Mesti lah tak berubah.

Lepas seminggu, baru saya berani guna Clear Blue yang macam Fasha Sandha punya tu, sebab mahal, jadi tak mahu membazir. Keputusannya 5+ weeks pregnant. Mana gambar? Dah di telan oleh Blackberry bongok. Hilang macam tu je. SOBS.

Dak Yang bawa 3-3 stick tu tunjuk kat MIL, lepastu beliau beritahu FIL. Semua pun bergembira. Kemudian kami live happily ever after. Tak memasal.

Saya belum mahu spread the news, sebab too early waktu tu. Tak mahu cerita di FB atau blog sampailah usia kandungan 3 bulan. Tapi, biasalah dah nama pun manusia. Lagi yang ada middle nama tak sabar tu. Mula-mula cuma rakan rapat. Tapi, berita baik mestilah orang dapat tahu cepat. HAHA.

Jadi, sempena 24 Weeks preggy today, mahu share cerita ini di blog. Sebagai kenangan untuk saya kelak. Moga semuanya dalam keadaan selamat. AMIN.

16 weeks to go :D

21 feedback:

LisaLisut said...

i beli clear n blue konon nk kepastian lepas buat dgn dip n tell. tp aku bijak dan clumsy,kencing xtepat kene window dia.trus xkuar pape result.melayang duit. dip n tell jugak yg puas hati LOL

Hidayati Farhan said...

kahhh, apsal klako sgt lisa? i guna bekas dip n tell utk dip kan clear blue tu. mahal wooo untuk letakkan urine je. ahahaha

Shakina Farhan said...

haha..kite sama la ade middle name tak sabar..kesimpulannye, bunting pelamin la kan? ke bunting pelanduk? hahaha..yg penting bunting..perut yati lebih kurang perut kina..ke sbb poplook sama? kahkah

Hana Soffelia said...

Congrat Yat.. diam2 u.. hehe Eh, Poppy dress eh? sama, hana pun ada. kahkah

~ NANA ~ said...

mcm bunting pelamin + bunting pelanduk je ni....hehe...cun betol mak buyong ni pakai baju hijau

bulan darling said...

nape tetek aku tak segemok tetek ko T___T loyot je aku punye..

S.n.Fariza said...

SERONOKNYA dh 6 bulan. take care ye :))

Cikpuan rara said...

tahniah.sama lah kite,rara dh 23 weeks.

eLL said...

ala, yati banyak bagi hint. u can tell masa gambar kaki bengkak (dalam FB). heh.

eLL said...

BTW, congrats yati dan an. doakan kita bunting jugak. hahaha (tak tau bunting pe)

errr, an jadi pensyarah ke? atau cikgu?

Umie Aisya said...

i yg mahal beli dip and tell tp pandai sgt sblm kencing minum air byk2.so lngsng xleh detect.membazir je.haha. btw,congratz! :)

amy fahmi said...

bile i dpt chance buat upt ni? bile bile bile? haha

lepas ni up blog gender baby lak eh

Hanys Jehari said...

Ala.. Ni yg tak sbr jugak nk war upt ni.. Tnda2 tu byk. Huhu.. Tp takut keciwa..huk huk

Miss Sunshine said...

Dah lame sangat tunggu yaty buat pengumuman rasmi pasal yati pregnant ni... walaupun dah 6bulan, still nak cakap tahniah jugak..
Ok, nanti kita jumpa kat labour room same2 ye.. hihi

Gnie Syazni said...

congrats kak yati..hehe :) muka ceria sgt kan jadi preggy mom..

Fazlina Zainudin said...

Congrats congrats congrats ! Tak sabar rasanya nk rasa feeling org mengandung ni..hehe..bestnya, lagi 3 bulan je nk dapat baby comel!

Lara is Veelara said...

i beli y murah jek.sbb ms tu x confident preggy...hihi....dpt detect u preggy,ms bl ntah,lupa plak...tp mlalui gaya hdup u di fb,kah3.ntah ape2 i komen ntah..take care yaty.....3 mth to go.....

Reen Tart Nenas said...

tahniah!

Lynn said...

Salam kenal..tahniah..memang seronok kan bila dpt tau kita preggy..k.lynn doakan awak sihat..macam tu gak ngan baby...amin..

Lembayung Senja Photography said...

Hi..!! Special Promotion Only for Bride2Be..Click Here http://lembayungsenjaphotography.com/blog/promotion-bride2be-b2b-blogger/

Hazz Nieza said...

seronok & lawak je baca. congrats & take care! ;-))