Friday, May 18, 2012

Dear NCOLian : SAYA BUKAN PENYAMPAI

I do ask all of u directly, kenapa saya di kick. ni jawapan from Syima melalui Kerry, atas alasan tak larat, Thanx Kerry)

"yati, i have to kick u bcoz u are 1 of #chanteks..selama setahun ni mcm2 diaorg buat kat kitaorg, so this time no more.bukan sebab benci atau sbb you,tp just sbb #chanteks.itu je"

but i have huge doubt in that statement, SOOOO, saya terpaksa menulis tentang ini. I have to. This is what I have to do to defend myself and clear my name.

Ini untuk tatapan Nad, Syima, Rynn dan sesiapa yang menganggap saya PENCACAI, PENYAMPAI, TUKANG PRINT SCREEN et cetera et cetera et cetera.

Saya dah pernah kena ini sekali. And AGAIN?

Saya dituduh bersalah sebelum dibicarakan. Adakah itu satu bentuk keadilan? tak, saya bukan penyokong mana-mana parti politik

Waktu lepas BBF berpecah, korang pernah kata I lah tukang sampai pada geng mereka simply because I ada dalam friendlist geng mereka. Padahal I tak tahu menahu apa-apa. Apa yang I nak sampaikan? Tentang apa? I know them since before I blog pasal kahwin, before I masuk BBF and before korang bergaduh lagi.

I have no issue with them and so do with all of u.

Lepastu korang tubuhkan NCOL, and Tatie invited me and still the same issue masih berbangkit bila geng mereka up something di twitter dan korang terasa I lah penyampainya. AGAIN? Apa yang patut I sampaikan pada mereka sebenarnya. And adakah kalau dah masuk NCOL ni I tak boleh kawan dengan sesiapa lagi? Especially geng mereka? Saya tengok ramai saja ahli NCOL yang baik dengan geng mereka di Twitter dan di FB? Jadi, saya tak pasti apa yang jadi isu kalau saya kawan dengan mereka.

Again I told you, saya TAK PERNAH nak print screen apa yang korang semua cakap pasal mereka dalam NCOL. TAK PERNAH nak bagitahu atau sampaikan apa yang berlaku. Kalau iye, saya bagitahu. Mesti mereka tahu apa yang korang cakap pasal mereka dari dulu lagi. Apa yang berlaku dalam NCOL takda sebab dan kaitan pun mereka nak tahu apa yang jadi.

And this time things getting worst.

Apa puncanya sampai I terkait sama? Daripada hal entry Raden, korang start balas-balas entry. Lepastu korang bercakap dekat twitter, I tak pernah nak campur or komen apa-apa. Sebab I know, apa yang I cakap orang akan salah faham dan nampak berat sebelah. I am not taking side. I takda issue dengan mereka dan I takda issue dengan korang. 

Sampai lah keluar issue penyampai, pencacai, etc etc. I buat tak tahu je sebab I tak tahu siapa yang korang maksudkan. Until I terbaca tweet korang yang memang tuju dekat I. (Ye lah, siapa lagi?) Starting with my entry Tentang Suami tu, tetiba korang nak cakap

'Suami kau takda pun kau nak kepoh satu dunia ke?' Lebih kurang, I tak ingat.

'Suami takda, sebab tu takda kerja, sibuk jadi penyampai'

'Kita ni sibuk nak jaga suami, jadi suri rumah .........'

' Kita kerja esok, lain lah orang yang kerja setengah hari'

' Muka je nampak baik, tapi hati setan'


'Jangan buat-buat sibuk dan buat tak tahu la B****, nyah kau jauh-jauh dari kitorg lalat


and the next day I know, I da kena kick from NCOL


I bukan nak perasan, tapi siapa lagi yang korang cakapkan, bila tiba-tiba i kena kick n one of you unfollow I. Apa rahsia besar NCOL yang pihak mereka dah tahu sampaikan reason I kena kick sebab I baik dengan diorang. Adakah kita ada tanda tangani MoU yang kalau dah masuk NCOL, kita tak boleh berkawan dengan sesiapa dari pihak musuh?

Semua ayat-ayat tu sangat menghina.

1st thing 1st.

Bila I diam dan tak komen apa-apa (sebab I tak tahu yang I kena bersuara), korang provoke sampai macam tu sekali. Kalau I up entry macam-macam lagi lah korang cakap macam-macam. Apa yang korang nak dan harapkan daripada I?

I cuma letak sini apa yang korang cakap tentang I and only ME. Sebab, korang dah attack personal life I. Apa yang korang cakap pasal mereka, itu adalah hal korang dan mereka. Jadi benda ni tak berkait dengan sesiapa. Entry ni antara korang dengan I.

Korang ingat I mintak ke  LDM ni? takda sapa nak lalui pun. Kalau korang rasa I ni penyampainya, korang tak perlu nak attack personal life I since I tak pernah keluarkan 1 perkataan pun yang menghina dan mengkeji korang. Hina saja lah perbuatan menyampai I tu (kalau iya). Tak perlu libatkan suami dan kerja I. Hina sangat ke jadi cikgu yang kerja setengah hari ni? Ye, I know I tak educated macam korang. I cuma cikgu cabuk. Tapi, apa purpose korang hina I macam ni? Siapa dengan siapa yang bergaduh sebenarnya sampai I di babitkan sama?

I just wanna know 1 thing. APA BENDA YANG SAYA PRINT SCREEN SAMPAI KORANG NAK TUDUH I PENYAMPAI? Apa yang mereka katakan sampai korang rasa I bagitahu mereka tweet korang? Apa?

Kalau yang I perasan, korang ada marah sebab mereka mentioned nama Renee (sorry Renee, I have to petik nama u) padahal Renee tak update apa-apa pun dekat blog. Korang kata macam mana mereka tahu apa Renee tweet dengan korang. FYI, Renee tak private kan pun twitter dia, dan mereka ada mata untuk membaca. Kenapa korang tak selidik dulu sebelum membuat tuduhan?

Benda ini antara Raden dengan mereka, pada pemahaman I. NCOL tak terlibat pun. Saya pun tahu purpose NCOL ditubuhkan bukan untuk cari gaduh dengan pihak mereka. Kalau saya ni batu api. Apa faedah yang saya dapat untuk gaduhkan Raden dengan mereka? Dan korang on the other hands terus tuduh dan caci hina I tanpa usul periksa. Panggil saya lalat, B***H etc etc tanpa usul periksa. Kenapa tak PM I or tanya personally selain dari terus tuduh menuduh? Apa penyelesaiannya?

Korang sendiri mentioned, cakap belakang-belakang berani lah. Pung pang pung pang itu ini. Sekarang I dah ke hadapan. SO, I mintak korang pun kehadapan, bagi reason kenapa korang gaduh dengan orang lain dan lepaskan marah pada I?

Orang yang korang kata dan hina ni ada perasaan, ada keluarga, ada suami. Kata-kata korang tu satu doa. Since I tak pernah berkata buruk tentang korang, I tak pernah pun terfikir nak keluarkan ayat. Kau sakit pun nak bagitau satu dunia ke? Or perut kau kecik pun kau nak bagitahu satu dunia ke? (Itu contoh)

I tahu korang akan cakap 'orang berak tengah jalan, mana ada nak mengaku' Tapi, kalau orang tu memang tak buat, korang nak suruh dia mengaku juga? I tak berlakon innocent pun di sini. Kalau korang ada bukti apa yang I print screen kan, do let me know. 

I tak pernah nak cari gaduh dengan sesiapa. Tak pernah nak perli sesiapa even nak hina korang. Tapi apa yang korang cakapkan tentang I, that is too much. Kita sama-sama mengandung. I tak pernah jumpa korang in real life pun, macam tu jugak korang.

From the bottom of my heart, kalau saya ada tersalah cakap dan perbuatan dengan korang semua, saya minta maaf. Sebab kita pernah kawan dan pernah baik. Dan I maafkan semua segala percakapan korang. Sebab I taknak menanggung apa-apa kelak. Kalau korang masih belum berpuas hati, do ask me personally. 

Kepada NCOlian yang lain, mungkin masa korang baca entry ni, saya dah takda dalam NCOL lagi. Ya, sayalah orang yang tak dipercayai itu. Sekarang anda tahu kan? It's ok. Kalau some of u rasa nak terus kawan dengan saya, I have no issue with that especially yang kenal since dari BBF lagi. Pada yang rasa takut sebab nanti ada yang tak percayakan korang lagi, I tak kisah pun. Feel free tu unfriend and unfollow me. No heart feeling.

Kepada NCOLian yang baru, yang tak tahu hujung pangkal cerita, tak perlu emosi lebih-lebih. Tapi, kalau korang dah caci maki saya, saya maafkan. Saya tak kenal anda, dan anda tak mengenali saya. SO, don't easily judging people.

Kepada ahli Persatuan, kalau avoiding me is the best way, it's up to u guys. Kalau nak keluarkan I dari persatuan pun, I terima. I love all of u and I love the friendship that we had almost a year ni.

P/S : Saya takkan unfriend sesiapa di FB, kalau rasa tak selesa, feel free to unfriend me. Saya takda issue dengan kalian-kalian semua.

P/S/S : kepada tunangan orang, kau kelakar sangat lah. Kau takda kena mengena tiba nak melatah lebih kenapa? mengenali kau pun aku tidak. Dah unfriend dan unfollow I kenapa nak datang belog I lagi? Kan dah jadi segmen benci tapi rindu.