Monday, May 14, 2012

6 Months dan Mother's Day Celebration

2 hari itu tak cukup rupanya untuk spend time bersama yang tersayang. 2 hari tu macam celah gigi je. Kembali ke rutin biasa adalah satu kebosanan

Malam semalam, kami pergi celebrate Mother's Day lah kononnya. Adakah kami membawa ibu masing-masing? Jawapan dia tidak.

 Sayalah bakal ibu yang di raikan
at 22 Weeks
Saya mengembang dengan jayanya :D

Actually, semuanya kebetulan. Kebetulan saya ikut Dak Yang ke Hotel Istana sebab beliau ada kerja yang perlu dibereskan malam semalam juga. Bila kerja dah selesai dalam masa yang pantas, saya pun kebetulan lapar. Kebetulan lagi Dak Yang malas nak pergi makan tempat lain sebab malas nak parking-parking lagi. Jadi, kebetulan pula kami lalu di depan Taman Sari Brasserie, maka tersinggahlah.(Ok.ini tak kebetulan, ini memang kami cari. HAHA)

Mereka ada sediakan buffet sempena Hari Ibu. Tapi suami request mahu makan steak. Maka, kita turutkan saja kehendak hati suami sebab ini adalah Hari Suami membayar sempena Hari Ibu (?)

 Suami makin skinny dan isteri yang makin chubby

Dak Yang orderkan Soft Shell Crab untuk isteri yang suka meleleh saliva bila cakap tentang itu. Soft Shell Crab di Restoran Tasik Indah tak boleh memenuhi keinginan isteri lagi dah.

Soft Shell Crab dan Kerabu Mangga

Rib-Stik pejadah tah nama. Tak ingat

Complimentary

Kami pun melantak dengan gembira. Tapi saya tak gembira sangat sebab ada yang tak berapa kena dengan menu atau sebenarnya perut dah masuk angin dulu. Mintak Dak Yang habiskan pun tak habis juga. Hmmpphhh

I told hubby, tahun ni sambut Hari Ibu berdua. Tahun depan dah ada Lil' Caliph sekali. Tak dapat lah emak abah dia makan romantik-romantik sambil pegang tangan sebab kena pegang baby. HIHI. Tak sabarnya.

12 feedback:

Hana Soffelia said...

Yat, dah berisi ke? Congrat babe. ^_^

Hidayati Farhan said...

hihi. ye hana. tq :D

cik yaya said...

lil caliph? yeay geng aassim! hehehe
take care of your health okay

cikpuanputeri said...

comel mummy! hehe...take care dear!

n0rraslida alias said...

yunk! Lid bru thu u dh der lil caliph!!...klu Lid msih der bby...sebaya jer bby kite...dhlh usia kahwen pn dekat2... ^__^ by da way congrate!!

Shakina Farhan said...

alaa..gambar makanan lagi..haha..cepat la habis ganti puasa..baby boy eh yati?

Miss Sunshine said...

tu dia... 22nd week baby bump...
kalau pakai baju kurung, boleh cover lg tak yati...? nampak seri ibu mengandung... ^_^

UyaRayza said...

makan smbil pegang2 tgn tue hehehe..blum pnah buat lg

iizza said...

selamat hari ibu untuk bakal ibu ni..^_^

Hanys Jehari said...

Haaaa.. Kan dah betul tekaan saya!sajatau yati sorok cite gembira... Congrats dear

N.Aima K said...

wah tahniah..happy mother's day to be..hi hi insyaallah take good care ok!

~ NANA ~ said...

dear....sementara mengandung ni mkn byk2 tau...nnti pantang susah lak kalau mengidam...hehe...

btw cute mummy to be ni! :)