Sangat berharap yang diri ini bunting pelamin. Sebab tanda-tanda konon preggy tu ada. Kuat makan (heh? padahal memang kuat makan) lepastu cepat bloated, mual, pening, angin, kuat makan lagi. eh, did i mentioned it earlier? memang kuat makan pun. Simptom-simptom preggy tuh rasa dah tepat 90%.
Suddenly, 7/12/11 ada bleeding sikit. Saya rasa macam, ehhh belum tahu pun preggy ke tak suddenly dah ada tanda keguguran. Kahhh, betapa stupidnya waktu tu. Asal bleeding je ingat keguguran. Masa tu dah berduka lara dah. Bawa hati yang hiba bersama suami pergi DEMC untuk check up.
Doktor pun tak boleh nak sahkan apa-apa sebab awal sangat. Dia kata kalau benda nak jadi pun boleh akibatkan bleeding, sebab dia nak melekat kat dinding rahim. Kalau buat UPT, dia takkan detected apa-apa. Jadi, kami pulang dengan lega. Mungkin dia dalam proses nak menjadi lah tu.
Ku sangka panas ke petang, rupanya period dua hari kemudian. Ahhh, kecewanya. Period datang awal dari tarikh sepatutnya. Oh, takda lah istilah bunting pelamin. Tapi, kami redha. Baru sebulan kot kahwin. Tapi dalam redha tu, aku buat juga UPT, kengkonon ingat aku ni bunting pelanduk. Ala yang even dia pregnant tapi still period tu. HAHAHAHARAPAN.
Kemudian, semua berjalan seperti biasa. Saya pun meneruskan hidup macam biasa. Makan dengan banyaknya dan teringin yang bukan-bukan sampai Dak Yang noticed, kenapa teringin itu ini ni? Nak kata mengandung tu tidak. Saya pun macam tak peduli sangat. Makan tetap makan. Selera macam gergasi.
Tapi yang perasan sangat adalah angin dalam badan makin melampau. Macam aku baru lepas telan kipas angin. Macam lepas makan belon pun iya juga. Lepastu perut rasa tak selesa bila meniarap.
Waktu itu pula, saya baru dapat tahu, my cousin preggy, lepastu Ilya dan Kina. Bila Kina cakap, dia tak tunggu pun tarikh period dia untuk buat UPT, maka hati saya macam di tarik-tarik untuk buat juga. Kebetulan pula Dak Yang takda sebab pergi interview di Pantai Timur. Ini adalah waktu terbaik. Sebab nya malu nak buat test depan dia, nanti nampak macam saya berharap dan memberi beliau harapan.
Di petang 31 Dec 2011, saya pun buat satu UPT dan hasilnya
Sangatlah samar.
UPT cap Watson yang RM4.50
Masa tu rasa macam nak kecewa, tapi bila muncul satu line yang sangat samar, saya rasa macam eh, masa -ve dulu, dia memang tak keluar apa-apa line. Terus call Eca minta kepastian. Masih tak pasti, lari turun ke bawah dan tunjuk kepada emak. Emak pun nampak 2 line, tapi satu lagi sangat blur. Lalu menghubungi Fiena, tapi beliau belum buat test lagi waktu tu. HAHAHA, berapa ramai orang aku nak call pun tak tahu.
On the way nak balik rumah in laws, saya singgah Guardian dan beli Dip n Tell dan Clear Blue. Satu murah, satu mahal untuk lebih kepastian gitu.
Sampai di rumah in laws, di petang yang rembang, saya buat UPT lagi sekali. Mereka dah nasihatkan buat subuh-subuh hari. Dah nama pun Yaty, tak sabar is my middle name. Dan hasilnya
jelas sikit.
Ye, double line di situ.
Gembiranya hati, dah tak sabar menanti kepulangan suami malam tu. Nak bagitahu berita gembira. Soon, we gonna be mom and dad. Waktu tu yang tahu cuma emak, Eca dan Fiena.
Bila suami pulang malam tu, terus saya tunjukkan kedua-dua stick tu, dan kami gembira bersama-sama. Rupanya suami pun bawa pulang berita gembira. InshaAllah, beliau berjaya dalam interview tu. Itu lah yang dinamakan rezeki anak. Bukannya, kau tahu kau pregnant, terus ada orang masukkan 10K dalam akaun kau. Bukan macam tu. Percaya saja pada setiap janji Tuhan. Setiap anak ada rezekinya.
Esok hari, suami ajak ke farmasi untuk cari asid folic, susu materna dan beli lagi satu UPT sebab beliau nak saya buat lagi sekali. 3 kali kan lebih afdhal katanya. Turutkan saja apa suami minta. Dan keputusannya
Mesti lah tak berubah.
Lepas seminggu, baru saya berani guna Clear Blue yang macam Fasha Sandha punya tu, sebab mahal, jadi tak mahu membazir. Keputusannya 5+ weeks pregnant. Mana gambar? Dah di telan oleh Blackberry bongok. Hilang macam tu je. SOBS.
Dak Yang bawa 3-3 stick tu tunjuk kat MIL, lepastu beliau beritahu FIL. Semua pun bergembira. Kemudian kami live happily ever after. Tak memasal.
Saya belum mahu spread the news, sebab too early waktu tu. Tak mahu cerita di FB atau blog sampailah usia kandungan 3 bulan. Tapi, biasalah dah nama pun manusia. Lagi yang ada middle nama tak sabar tu. Mula-mula cuma rakan rapat. Tapi, berita baik mestilah orang dapat tahu cepat. HAHA.
Jadi, sempena 24 Weeks preggy today, mahu share cerita ini di blog. Sebagai kenangan untuk saya kelak. Moga semuanya dalam keadaan selamat. AMIN.
16 weeks to go :D