Sunday, April 1, 2012

Kekurangan Majlis

Saya sudah mentanam azam untuk lebih serius berblogging. Tak, saya tak mentanam azam dipinggir bibir. Saya tanam di hujung jari. Mudah-mudahan, jari lebih rajin menghentak keyboard.

Ya, majlis yang sudah 4 bulan berlalu, ada kekurangan here and there. Tapi, biasalah. Kesempurnaan itu mustahil. Next to perfect? Maybe.

  • 2 hari sebelum majlis, orang khemah datang dengan membawa khemah yang salah lepastu tak tahu layout macam mana nak pasang khemah. Dari mana ke mana. Yang patut deal dengan orang khemah adalah orang katering since saya ambil semua pakej sekali dengan katering.
  • Sampai ke hari Sabtu, khemah belum sudah pasang. Dia datang tak bawa tangga, tak bawa itu, tak bawa ini. Macam baru 1st time pergi pasang khemah rumah kenduri.
  • Orang khemah sampai tertidur-tidur di atas tanah tar depan rumah sebab datang rumah pukul 5 pagi nak mintak tangga nak pasang kipas di pagi Sabtu. Orang tengah tidur lagi waktu tu? Mereka tak tahu waktu bekerja yang sesuai maybe.
  • Orang pelamin tak sediakan tempat merenjis. Alasan? Saya tak minta. Ok, my bad. Tapi, benda tu accessories wajib untuk pelamin. Haru nak cari tempat merenjis yang lain.
  • Bahagian atas backdrop pelamin, memang dah cantik. Sekali tengok bawah, lopong sebab backdrop cover tu tak sampai bawah. Kalau di jenguk memang nampak tak kemas.
  • Fresh flower untuk pelamin dah layu sebelum hari bersanding lagi. Luckily, ada my auntie yang boleh tolong gubahkan semula bunga untuk pelamin. Mujur lagi tak banyak. Pheww.
  • 2 hari kenduri, banyak guna air. Jadi, air tangki tak sempat nak penuh, dah guna. Toilet semua takda air. Pagi hari sebelum bersanding, saya mandi di rumah jiran. HEHEHE
  • Katering banyak buat my family and I hangin. Mula-mula, dapur rosak. Lepastu, dah pergi balik ambil dapur baru. Lepastu rosak lagi, diorang duduk diam saja, sampai ayam goreng dah habis baru cakap. Kalau cakap awal-awal kan boleh guna dapur rumah. Ramai tetamu complain makan takda lauk.
  • Lepastu, bila dah petang, tengok nasi dah takda. tetamu masih ramai. Jadi, makcik-makcik di dapur bersusah payah masak nasi baru and you know what? Ada nasi lagi sepeti pat segi bawah meja. Tak tahu apa motif di sorok bawah meja dan pelayan tak pergi check pun.
  • Saya tambah a few pelayan sebab tak nak meja tak kemas, makanan tak top up. Seorang caj dia RM90 and anda tahu apa pelayan yang ramai-ramai ni buat? Berkumpul satu tempat. Tak tahu mana tah supervisor dia.
  • Doorgift tak cukup. Jadi, doorgift VIP untuk saudara-mara bagi lah kat tetamu. Ada juga jenis tak fikir orang lain, ambil banyak-banyak. Kasihan pada saudara yang bersusah payah selama 2 hari tak dapat apa-apa sangat.
  • Baju nikah saya manik berterabur habis. Dah mintak dia matikan manik. Nampak macam takda beza pun. T___T
  • Baju sanding terlalu longgar sebab takda dart kat bahagian depan. Memang saya mintak taknak dart sebab waktu ukur badan tengah gemuk. Bila dah hari sanding, sempat pula kurus. *PANG*
What else huh? Apa pun, saya tetap terima kasih pada mereka sebab mereka majlis saya dapat berjalan dengan jayanya. Tapi, bila kita bayar dengan harga yang sekian-sekian, haruslah kita mengharapkan service yang terbaik bukan? Jadi, pada bride to be, boleh jadi panduan. Ingatkan vendor-vendor penting ni berkali-kali apa tugas mereka. 

Happy weekend dan selamat muntah dengan entry wedding yang banyak lepas ni. HEHE. 

11 feedback:

anaztasias nora aira said...

yang penting dah selamat kawen kan dear hehe :)

fira. said...

alahhhh... small matter je sume tu.. skrg dh beranak pun.. hehehe..

Kyuubi said...

janji dpt kawen. betul tak? yang semua tu cabaran je. hik3

cikzara said...

alamak yaty. camno lah kalo turn kte nanti. heheheh

paukacang said...

Tot aku adalah mendebor dengo pengalaman anda.sekian.

Hana Soffelia said...

Lesson learn. Kadang2 kesempurnaan yg dikejar tu buat kita rasa kecewa when something not going well as we plan. Apa2 pun syukur, majlis tetap berjalankan, dh jadi seorang isteri pun.

eLL said...

kita nak bunga telor yg cantek itu tapi segan nak mintak. hehe

miszatie said...

aishh xpe..tu kan masam masam manis dalam persediaan kan..dah lepas pun..hope u happy always with ur hubby k

Hidayati Farhan said...

nora - dah selamat. syukurrrr

fira - haha, waktu tu memang angin, skrg, x heran dah

kyuubi - hihi, dugaan org nak kawen ek. klau x, x thrill ah

zara- aik2 cam da dekat jek tu. hahahaha

pau - sila debor lebih sbb tggl sebulan. hahahah

hana - yup, ni pengajaran utk b2b yg lainnya

ella - nape x cakap. skang da xdo da. xyah segan pon dgn kita je

zatie - tq. hehe, dugaan dan ujian :D

choclairissa@intan marliana said...

wahhh mmg sedih..sila ban caterer tu..insyaAllah lepas kawen semua dh perfect kan? :)

Sikembar Noni said...

nie katering nurul izzah ye sis