Monday, April 2, 2012

Aku Terima Nikahnya...Dengan Satu Lafaz (Part 1)

Tabik spring dekat suami toing...toing...toing sebab beliau hebat dapat lafaz sekali harung. HAHA. Mari kita memputar masa dan bukan memputar alam lalu kembali ke tarikh 12 November 2011 dengan pintu sukahati aku, bukan Doreamon punya. Taknak ikut takpa. Tak paksa. Duduk kau situ diam-diam.

Pagi tu hujan renyai-renyai. Memang sungguh barakah. Malam tu tidur memang tak lena sebab tunggu Yanie datang bawa hantaran dan gubahkan lagi sikit-sikit. Lepastu set up kan candy buffet yang saya menang dari beliau. Tu cerita lain masa. Almost 2 pagi baru dapat tidur semula. Risau sungguh mata bertukar jadi mata panda ke apa. Pengantin kena tidur awal. Ahh, mana ada pengantin yang nak tidur awal. Pancaragam dalam hati tak sudah buat persembahan. Selagi tak nikah, selagi tu pancaragam on. 

Malam terakhir sebagai anak gadis tidur saya ditemani mereka.

Aetul and Sarah my best friends waktu di Poli JB dan Murni one of my best friend waktu di AYSK.
Love them all :D

Kak Anis from Anis Finesse Touch datang awal pagi itu. Mujur beliau tak sesat-sesat. Beliau dah siap-siap tidur di rumah saudara di Shah Alam biar dekat sikit. Ya, 5 bintang untuk Kak Anis, nah *****. Itu bukan perkataan lusyah ok. Tu bintang. HAHA.

 Kak Anis sedang alter muka saya agar kelihatan menawan dan jelita.
Ok, jangan muntah dulu. HAHA

Waktu saya tengah ber make-up ni, kawan-kawan yang lain sedang bersusah payah mempakaikan inai tube di jari sebab inai tumbuk yang saya pakai tak berapa nak menawan merah dia. Kena tambah inai tube bagi lebih naik warna merah tu.

 Final touch supaya yang dah menawan ni lebih tertawan (?)
HAHA, boleh muntah sekarang kalau mahu.

Panggilan terakhir daripada Darling Fiance sebelum tukar status.

Sebab apa panggilan terakhir? Sebab lepas tu saya call tak dapat-dapat. Saya mahu tahu beliau di mana waktu tu sebab rombongan kami sudah bergerak ke masjid. Bapa saya tak suka lewat, tak suka buat orang menunggu. Jadi saya dah mula cuak. Mana perginya tunang aku ni. Adakah beliau pergi lari selamatkan diri sebab takut nak bernikah? Ok, itu adalah bisikan syaiton yang jahat. Kami sepatutnya nikah pukul 10 tapi suami memang lewat almost 1 hour. Bukan jauh pun Shah Alam - Klang tu.

Rupa-rupanya ada cerita lebih kalut di pihak beliau. Suami dah serahkan handphone dan IC kepada sepupu beliau, Kamal. Kamal naik kereta lain, suami naik kereta lain. Bila dah hampir sampai ke Klang, suami yang cuak lebih ni dah lupa bawa IC ke tak. Jadi, dah berlaku kekecohan lah. Semua kena berhenti tepi jalan. Nak call Kamal, takda siapa ada nombor. Jadi, Along terpaksa berpatah balik ke Shah Alam semula untuk carikan IC si kalut, eh tak tak si Suami. Itu lah akibat nikah jadi lambat.

Waktu berlaku kekecohan disana, saya di sini tengah




Posing sakan. HAHAHAHA

"Ya Allah, moga bakal suami saya tak lari sembunyi diri sebab takut nak kahwin dengan perempuan yang kuat sentap, hati sensitif, sikit-sikit menangis adalah hobi, childish, high demanding, taknak kalah dan suka menang adalah pegangan hidup."

HEUHEUHEU

Dalam kereta dah call sampai nak tercabut jari dial-dial tak berangkat. Sampai masjid pun call lagi sebab konon-konon ingat beliau buat surprise dah sampai masjid dulu ke apa nanti beliau akan jerit surprise macam Eric tu. HAHAHAHAMPA. Dekat masjid kosong lagi. 

 Call lagi

Dan lagi

Pura-pura gembira, padahal dalam hati pancaragam dah main lagu sedih dah

T________T

to be continued...
sebab  cacing dah menari-nari dalam perut.


9 feedback:

Miss Sunshine said...

hahaha.. masa kalut ape pun serba tak kena kan.... asib baik yati mampu tersenyum... kalao kita mesti dah muncung panjang.. haha

fitria said...

ala tgh syok2 continue plak....

choclairissa @ intan marliana said...

haha kelakanye entry ni..awak sgt kelakar..cepat sambung~~~

♥ balkidz_hunny ♥ said...

pancaragam ko main lagu ape?

ainmj said...

cantik gmba tgh make up tu! (yg lain pun cantik..)
:)

Qyla Aqilah said...

We offer the range of dazzling and mesmerizing Sarees for your Baju Kurung,Kebaya and Kaftan, Punjabi Suits, Salwar Kameez exclusively imported from India

http://dedazzlerzzshoppe.blogspot.com

cha said...

mesti kelam kabut giler kan masa tu huhu. cantikla u :)

Sizzling Suzai said...

1stly, cantik bride nyer berseri2 =) then, haiyoo dak yayasan sel ek aysk klang?? sy dak YS gak de r kwn kat aysk tu n my sister ATPN..hehe..reunion dak ys! ^^

Anis Finessetouch said...

Terima kasih yg amat utk tuan tanah..sbb promote akak(hik hik hik) awk mmg cool la dear..5 bintang juga buat kamu...nah *****..