Tuesday, March 27, 2012

Lebai Malang

Ohh, kenapa sungguh kelam kelibut sangat hidup saya lately? Macam tak terurus sangat. Semua dah tak ikut susunan ABC, dah jadi ZYX. T___T

Pulang dari Terengganu tempoh hari, terus jaga emak dan abah. Mereka demam teruk. Sampai muntah-muntah tak boleh bangun semua. BOTH! Being me yang selalu di jaga, apabila turn kena menjaga memang agak haru.

Tu tak campur tiba-tiba TM decide nak gantung perkhidmatan Streamyx sebab lambat bayar. Lepastu GB tiba-tiba nak masuk kelas dan observe aku yang tak buat lesson plan seminggu! @#$%^&*

Terus rasa diri ini adalah Lebai Malang. Sebab tu ada pepatah, buat jahat jangan sekali. Baru sekali berbuat jahat, terus Tuhan hantar GB suruh observe. Kenapa dia tergerak nak observe aku? kenapa? Ada beratus-ratus lagi cikgu yang lain. Kenapa aku yang jadi Intan Terpilih?

Menyesal kemudian, markah prestasi tak mungkin bertukar lagi. Ya, pepatah baru saya begitu sadis bunyi dia. Padanlah muka sendiri.

Tapi, siapa bertembung dengan aku sepnajang jalan pergi bilik guru tu memang perasan muka dah tak berdarah lagi kalau di toreh and keep saying, matilah aku, matilah aku, matilah aku!! Not good.

Habis je satu jam semua serbu tanya, macam mana? macam mana? GB mana komen banyak. Semua pada SKT lah nanti. Pastu mengekek-ngekek gelak sebab dengan muka tembok aku jumpa GB sambil pegang pipi bajet comel dan cakap, saya tak buat lesson note. Jujur kan? KAHKAH

Mereka kata wahh, tadi takda pun gelak macam ni? Tadi mana mampu gelak. Rasa nak humban diri dalam longkang adalah.

Peringatan untuk diri sendiri lah ni, pergi kau buat lesson note sekarang!

4 feedback:

Nurul Atiqah Mutaza.iQa said...

nak cakap kite rindu awak!!!!

Hanys Jehari said...

Ayah sy guru besar yg tak buat lesson note nya almost one year... Dn kami yg tlg buatkan:-)

Miss Sunshine said...

Haip... nak kena rota ni tak buat lesson plan.. hehe, mcm en suami kita yang suka bertangguh kerja... sampai kene paksa dia buat lesson plan.. takpe2, belajar dr pengalaman... kita pun kadang2 terbabas jugak..

Lynn Hamzah said...

lama x singgah sini...sihat ker dik?