Wednesday, March 14, 2012

Ketidaksempurnaan.

Hidup dalam ketidak sempurnaan itu satu cabaran. Kau tahu?

Suami dah pesan, rumah sewa dia macam sekian-sekian. Dapur, tandas semua serba kekurangan. Tapi, being a wife apalah maknanya kalau tak bersusah-susah dengan suami. Saya yakin, saya boleh hidup di mana-mana asal bersama suami.

Sampai saja depan rumah sewa beliau, saya diam. Dalam hati memang kesian. Tapi dengan sewa RM200 apakah aku harapkan banglo sebiji tersergam bersama swimming pool dan jacuzzi?

Bila masuk bilik beliau lagi kesian, almari dia adalah beg, pastu baju kerja bersidai takda penutup. Kipas duduk comel, takda cover depan, tilam bujang dengan cadar yang errr, beliau kata dah basuh dah. Alahai, kalau tahu camni, saya bawakkan cadar dari rumah untuk lapik. Baru baring sekejap dah gatal-gatal (atau mungkin saya yang set dalam mind, kalau aku baring je, mesti gatal. HAHA)

Semuanya mensentuh hati nurani. He keep saying, kesian kan? kesian kan dia hidup kat sini camni. T___T

Bila tinggal sorang-sorang, bosan pun muncul. Rumah takda Astro, tapi ada streamyx (Thanx God, I can survive) HAHA. Ada kereta tapi tak tahu mana nak dituju. Beza sangat waktu beliau di JB dulu. Lepas hantar beliau pergi kerja, wah, aku mengukur tanah tak ingat. Memang tak lekat di mana tempat aku tinggal.

Dan percayalah, saya tak pernah pakai cermin mata bila nak masuk tandas. Kelebihan menjadi si rabun no? HAHA Mujur ada mesin basuh, tapi spinner dah rosak. Puas lah memerah jeans beliau sampai sakit-sakit tangan.


Kalau nak guna perkakasan dapur, pinggan or cawan, semua kena basuh dulu sebab ada Cik Ti yang tinggal bersama mereka (beliau ada haousemate tapi tengah bercuti seminggu). Makanan semua kena tutup bawah tudung saji bimbang dirobek. Bila nak masak, takda kuali yang sesuai untuk menggoreng, takda penapis untuk basuh sayur, takda peti untuk simpan ikan, takda batu lesung, takda blender. Jadi, kau faham tak perasaan aku bila dapat masak tengahari untuk suami dengan keadaan tidak sempurna ni adalah big achievement dalam hidup? Lagi bangga bila suami makan tambah-tambah. 

Setiap malam sebelum tidur mesti saya suarakan hasrat hati, pindah lah rumah Yang, nanti cuti panjang nak datang lagi macam mana? Tapi payah lah beliau nak pindah sebab bila tak cuti sekolah, nanti beliau duduk seorang diri juga.
 
Saya pernah bertekad nak ikut beliau ke sini. Hidup sama-sama disini. Now I have a second thought. Untuk keluar dari rumah ibu bapa yang selesa dan sempurna lalu tinggal dengan suami dalam semua serba sederhana buat saya terfikir, mampukah saya? Tanpa merungut dan bersungut. Emak dah cakap, ingat nak mulakan hidup tu terus senang ke Yaty? Unless You have million dollar in your account. Kena susah-susah dulu. Kena terima apa yang ada ikut kemampuan suami. Saya diam lagi.

Suami tahu saya, suami kenal saya sebab tu suami tak pernah ajak saya berpindah dan hidup berkeluarga disini. Sebelum sampai sini, saya selalu insist nak juga isi borang pindah akhir tahun. Nak jugak jugak duduk dengan suami. Sekarang? Suami gelakkan, bila saya cakap, macam tak sanggup lah Yang. 

Mana taknya, masuk hari kedua kat sini, saya nak nangis bila ditinggal suami pergi kerja. Mati kutu. Jadi, belum nampak kesudahan untuk kami. Belum tahu nak settle down mana. Belum ada bayang-bayang untuk setahun ni yang kami akan duduk bersama membina keluarga. Biarlah masa dan keadaan yang tentukan. Kalau Tuhan kata kami akan berjauhan untuk 3 tahun ini. Redha saja.

Nak panggil saya anak manja, perempuan tak tahu susah dan tak tahu berdikari? Help yourself. Tak jadi kudis pun. mihmihmih.

18 feedback:

~ NANA ~ said...

hehe normal la tu kalau baru mulakan hidup baru....xpe yaty, semua tu akan jd kenangan bila kita dh tua nnti...duk dgn family mmg syok kn?? hahahaha

ckokjue said...

sabar k T..smggu je.nt next cuti sekolah suh dak An sewe umh len la k..

UyaRayza said...

biasa la tue yati ;)..awal2 nk mulakan hodup bdua..sama la mcm saya :(..tapi terima seadanya..katepun susah senang sama2 kan heheheh

.:shura shushi:. said...

Saya bukan anak manja TAPI saya macam awak juga :(, nasib baik tunang paham dan buat preparation rumah etc dari sekarang :)

**Awak anak manja..Lariiiiiiiiiiii :)

LisaLisut said...

wah blog baru? mihmihmihhhhhhhhh.

suezen said...

oh my.....hurmm...ive been in ur shoes b4...n i manage to handle sumenyer

me said...

Hurmmm fikirla dua tiga kali. Let the sacrifice be worth it. Dan keep on making du'a ok :)

choclairissa @ intan marliana said...

tibe2 rasa hidup saya lebih sempurna dr awak..yg penting kita sama2 bersyukur ye..mgkn suami awak pun susah hati tu..msti die pk die nk bagi yg terbaik utk awak..bagi die mase sikit..insyaAllah adelah usahe tu..kadang2 lelaki ni die senyap2 tp die sbnrnye tengah berfikir..(kalo x pk jugak sila ketuk kepala suami anda) :p hihi~

gadisBunga said...

itu semua modal bicara bila hari tua nanti.

u'll appreciate this more when u grow older. :)

Norhidayah Rasin said...

Samela kite yati...duduk umah sewa serba tak sempurna.tapi kene blaja juga sbb 1 day kite tak tau bile kite akan jatuh susah.so better biasakan dr skrg.I like about the kipas yg takde cover depan tu.Rumah kami pn camtu,bile tido kat ruang tamu,kaki termasuk dlm kipas.hehe

amy fahmi said...

yati, ini lah yg i rase sekarang. :((
jom jumpe. nk meluahkan perasaan. sobssss

Reen Tart Nenas said...

kalau dah duduk sekali, mesti la boleh cari rumah sewa yang ok sket :) insyallah, bila bersama, bila berkongsi, insyallah yg berat pun jadi ringan. takper, take ur time. apa yg seronok duduk berdua, adalah mengajar kite utk survive dgn apa yg ada. takper2, take ur time. bukan senang hoke nak decide nak duduk kat mana. byk lagi perkara yg perlu difikirkan :)

Shakina Farhan said...

xpe..bersusah dulu bersenang-senang kemudian..suami pernah ckp 'jgn bayangkan rumah sewa kita macam rumah parent'..hee..nasib la ade pengalaman rumah sewa masa berkerja dulu..sewa rm110, sebesar viva je biliknye..tido muat2..hee..

indeed bila da kawen impikan rumah sendiri xsemestinye besar tp selesa & perabot ade..hee..

kueh bakar said...

haha...

'every big things have a very small beginnings'

selamat memahat memori!

Primadonna Jahat said...

bayangkan hidup tanpa peti ais..hahaha..seksa. kalau masak kena habiskan hari tu jugak, kalau tak basi ler jawabnya. Tp org dulu2 ok je xde peti ais.

tp percayalah semua tu nanti bila dah tua akan jadi kenangan manis.

Repunzal said...

hmm. nak komen. tp semua org dh ckap benda sama. hewhew.

Jom jumpa.. Jom amy =p

Cik Zimie said...

dapat kurasakan, kehidupanku akan rupa begini.sanggupkah aku keluar dari zon selesa skrg?sobb

be strong yaty!!!!sometime we need to sacrifice.ewah pandai ckp org kan

AdaNaz87 said...

kita akan lebih menghargai pasangan kita, apabila masing-masing sanggup ambil risiko bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

rasanya setiap pasangan suami isteri merasai pengalaman tersebut. walaupun nampak sukar, tapi semuanya pasti dipermudahkan. insyaAllah. ((=