Friday, February 10, 2012

Wedding Rehearsal - 20.11.2011

Mood yang baik telah mensuruh saya menulis sedikit-sedikit tentang majlis saya tempoh hari yang dulu. I know I know, sikit-sikit lama-lama saya rajin lah nanti. HAHAHARAPAN.

Majlis resepsi pihak lelaki tempoh hari berlangsung di Dewan Jubli Perak, SUK. Oleh sebab majlis formal, jadi perlu lah ada sesi rehearsal agar pengantin ini tak memalukan diri di khalayak contoh macam orang suruh sanding, dia pergi makan ke. Contoh lah.

Jadi, rehearsal start at 9 ke 10. Tah, tak ingat. Dah lama sangat. HAHA. Tapi macam biasalah, kalau tak lambat, bukan Yaty nama dia. Nak tahu apa si Yaty buat kat rumah?

Dia sibuk berinai lagi. HAHA

Lepastu orang semua dah kalut-kalut kat dewan cari pengantin, baru lah pengantin terhegeh-hegeh sampai bersama pengapit which is my cousin, Yunie.

Kemudian, bermula lah sesi rehearsal yang agat tension sebab macam, PA System tak ada, jadi nak bagi briefing pun payah, dengan orang catering tengah set up meja, sebab last night pun ada majlis, jadi mereka ada satu hari untuk buat semua. Dengan Halim tengah buat pelamin. Memang kalut. Lepastu lampu dan aircond dia belum buka kan lagi. Perghh, semakin "menghangatkan" keadaan.

Pelamin togel

Mama on the phone, Abah tengah bagi briefing pada staff beliau dan Iqbal, dan suami, eh tengah tunggu isteri dia yang tah mana. HAHA

Orang-orang penting, Pn. Latifah Omar, Nash dan orang Laman Budaya

Rehearsal pun bermula dengan perarakan masuk dalam dewan.
Susun-susun, siapa rendah depan, tinggi belakang. Eh. HAHA

Artis-artis laman budaya praktis silat, tengok apa yours truly buat atas pelamin.

Tak nampak?

Nah, closed-up

Sungguh tidak sopan di situ. HAHA. Dan asyik dengan BB di tangan.

Muka stress + penat suami.
Tengok inai saya, hitamkan. HAHA

Rehearsal pi meja beradab lah yang di tunggu-tunggu oleh si katik demok bertudung coklat. HAHA

Tamat rehearsal saya terus bergegas ke rumah in laws sebab memang ada kenduri kecil-kecil kat rumah untuk tetamu yang tak dapat ke dewan. Suami tinggal sebab nak uruskan PA System dan macam-macam hal lagi. Isteri bergegas sebab apa tahu? Sebab dah kebulur. HAHA. Sebab makan sanggup tinggal suami.


Wajah si kebulur yang dapat di candid oleh sepupu Dak Yang. Sampai kembang-kempis hidung tu. lapau nau gamaknya.

Siap tapau kambing golek untuk adik beradik kat rumah. HAHA

All pic credit to Izzah.

5 feedback:

Khalisa Ridzuan said...

hahahah kau ni mmg kelakar.tp bila face to face xkelakar pulak.hahahaha

choclairissa @ intan marliana said...

hahaha bestnye ade reherseal bagai..tak pernah bersua muka pun..hehehe :)

Miss Sunshine said...

yati.. teringat hana rehearsal pukul 12 malam.. malam tu kitorang balik rumah pukul 3 pagi dari dewan.. dahsyat kan.. esoknya masa outdoor, ngantuk yang amat.. haha

miszatie said...

wahh siap rehearsal..k sad 1st tyme dgr..
salam b2 dr atie..:)

Hidayati Farhan said...

lisa - kita jumpa kjp2, x sempat nk buat kelakar tau

intan - iA, satu hari nnt. hehe

hana - haha, mesti penat gila, kita rehesel siang, majlis mala, balik terus tdo x igt

zatie - haiiii