Wednesday, February 8, 2012

Kisah Lapuk

Kenapa blogger post dah lain sangat? Kenapa? Kenapa?

Sebab hampir sepurnama plus plus lah aku tak pernah cuba nak buat new post.

Kenapa aku menjadi begitu pemalas untuk mentulis? Kenapa? Kenapa?

Di sini saya lampirkan bersama sebab musabab kenapa saya tak pernah mencuba untuk update belog.

#1 - Gambar kahwin tak dapat lagi T___T. Jadi tak tahu mana punca nak review about wedding yang semakin usang.

#2 - Sekolah sudah dibuka. Menjadi isteri bekerjaya tak mudah rupanya. Echewahh, macam lah ahli perniagaan yang berjaya sangat. Pagi-pagi dah takda berlengkor atas katil, hadap belog sampai perut pedih. Kalau perut sendiri, tak apa. Perut suami tu kang kalau dah berkeroncong, berdosa lah aku. HAHA. Sebelum pergi sekolah kena make sure dah siap masak lunch untuk suami. Jadi, imagine betapa padatnya waktu pagi saya.

#3 - Menggunakan masa bersama suami sebaik mungkin (tempoh hari) sebab sekarang suami dah jauh. SOBS. Kisah LDM kita cerita lain masa.

#4 - Kerjaya sebagai guru semakin mensusahkan guru itu sendiri. Jadi, hari-hari susah hati nak mengajar apa lah ni sebab semakin merepek sistem yang ada sekarang.

#5 - Kesihatan tak berapa memberangsangkan T____T

#6 - Tapi kenaikan berat badan sangat memberangsangkan. Dah macam tepung di uli dengan ibu roti.

Rasanya tu je sebab yang boleh difikirkan sekarang. Saya pernah berjanji untuk mula menulis pada bulan 2, tapi macam biasa, janji tinggal janji. HAHA. Saya cuba untuk menjadi lebih rajin selepas ini. Cuba itu bukan satu janji. HIHIK.

7 feedback:

Miss Sunshine said...

hai yati... sibuk benar wanita bekerjaya ni kan... hehe

~ NANA ~ said...

hahaha macam2 la u ni yaty....yeayyyy i ade geng badan dh mcm tepung di uli dgn ibu roti ;p

Hidayati Farhan said...

haha, konon2 la hana. kihkih

nana - kannn, sgt naik lah badan oiii

MasZuber said...

acececee masuk alam baru..sumer dah bertukar..:-)

Hidayati Farhan said...

tuh la kak mas, yg plg bertukar, bentuk badan. hahaha

UyaRayza said...

tepung diuli dgn ibu roti? hehehe..bunyi sedap tue..trus teringin nk makan roti canai

Hidayati Farhan said...

hhaahaha, uya asik ingat makan sajaaa