Thursday, February 16, 2012

Honeymoon Review : Day 2 Island Tour

Awas: Pensidaian Gambar yang Agak melampau
 
TIPS: sementara menunggu beg berpusing keluar di airport tu, better grab semua pamphlet yang ada dalam airport Phuket tu sebab memang sangat berguna untuk kalian. Nak tau kenapa? Ok, kejap lagi anda tahu.

Hari ke 2 kami decide untuk pergi island tour. So, kami baru cari pakej di sana. Villa pun ada sediakan pakej island tour. Bila dibilang dan dihitung agak pricey. Tapi, kami takda pilihan pun. Tiba-tiba baru teringat pamphlet berkodi-kodi exaggerate yang kami ambil dari airport. Kami taburkan dia dan tadaaa, kami jumpa pakej yang much moreeee cheaper dari yang villa sediakan. Sekarang dah tau kenapa kena kutip semua pamphlet yang ada di airport kan? HAHAHA.

Pakej Villa - RM220 - 2 orang
Pakej luar - RM 190 - 2 orang

Pakej itu termasuk

 • Transfer to and from hotel
• Marine Park Fees
• Fresh Fruit
• Soft drinks and drinking water
• Lunch on beachside restaurant
 
Tapi sebab kami duduk jauh di hujung kampung, maka, dia caj kami RM20 extra. Takpalah. Dari aku bayar kepada villa lebih beratus-ratus.

Esok pagi, kami minta Bibik Thailand sediakan breakfast awal sebab kami nak pergi ronda-ronda pulau. Aceh, wanita Thai pun kita panggil bibik ke? -__-"



Dak Yang request nasi goreng, dan rasanya Masha Allah. Pertama dan terakhir kali makan nasi goreng di Phuket. Beras Siam di buat nasi goreng rasanya sangat err, tak sedap. Saya punya mee goreng pedas berupa mee maggie yang dimasak dengan perencah apa tah. Boleh la.

Drama sikit
Bila dah excited nak pergi ronda pulau, ada pula missed communication. Ye la, kami takut driver tu tak tahu yang mana satu villa kami, jadi, kami pun tercongok menungguh di lobby villa. (Lobby dan kawasan villa kami agak jauh) yang driver ni tadi rupanya pergi tercongok di depan villa. Almost 1 hour lebih menunggu. Sampai pekerja villa tu pun masuk campur. Dia call kan agency yang kami nak pergi tu dan Khun Khap Khun Khap segala, baru lah driver tu sampai ke lobby. SOBS. Ada orang dah nak nangis sebab ingat dah kena tinggal dengan bot. Aku la tu. Dah la lambat, dengan jammed lagi T___T

Simpang dari villa ke loby.

Lobby villa

Pagi-pagi pun jalan dah jammed.

Finally,

Chalong Pier

Sampai sahaja, kami dipakaikan tali berwarna ikut bot. Kami memilih untuk menaiki speedboat. Kemudian, dia bagi talk 10 minit blablabla baru lah kami dapat naik bot. Nanti dia akan takutkan kita yang konon-konon akan terpijak satu benda dan benda tu akan melekat kat kaki. Dia akan suruh kau sewa kaki itik tu.

TIPS: Jangan sewa kaki itik tu sebab kaki itik tu tak berguna pun at the end of the day. Takkan kau nak berjalan tepi pantai ketepek-ketepek dengan kaki besar tu. Dah la payah, leceh lagi nak jaga. Sudahnya kitorang tinggal dalam bot saja.

Khai Island

1st pit stop kami. Waktu ni dah teloncat-loncat dalam bot sebab excited tengok air membiru I tell you. Takda kesabaran nak terjun tiruk ke apa.

Ada 'starfish' terdampar. HAHA

Omputih-omputih semua suka lah dengan cuaca terik-terik cenggini kan sampai boleh dia berjemur macam tu. Tengok apa orang tak berapa nak putih buat?

Kami hanya berteduh bawah payung makan buah dan minum-minum percuma.
Tak sanggup nak terjun tiruk dah.
Cuaca terik and no thank you, kami dah cukup tanned -__-"

Sewa payung dan tempat RM15.

Macam poskad

Monkey Island

Next, kami singgah di Pulau Monyet. Hanya duduk dalam bot dan hulur makanan pada monyet-monyet yang ada. Kami tak minat nak buat aktiviti ni sebab dah selalu kena kejar dengan monyet di Bukit Malawati. So, takda yang menarik nak kasi makan pada musuh lama. HAHA. Dendam kesumat betul

Suka monyet tengok awek saleh kasi dia makan.
Terkinja-kinja macam monyet. Eh?

Phi Phi Island

Lepas singgah tempat menarik (yang aku tak ingat nama sebab tak alert). Kami akhirnya sampai di Phi Phi Island untuk makan. Jangan risau semua. Ceh, sebenarnya saya lah yang risau tu sebab takut makanan tak halal. Nasib lah baik, orang bot kata yang masak adalah orang Islam dan dijamin halal. Sebab ragu-ragu, saya pun intai-intai sikit kantin masak dia, dan memang dalam tu semua perempuan bertudung. Ok, yakin boleh makan.

Teringat-ingat kelazatan tomyam putih ni. 

Makan secara buffet

Rupa kantin dia. Ada 3 semuanya, jadi takyah takut tak cukup tempat

Us

Maya Bay

Sebelum sampai Maya Bay ada singgah di Viking Cave. Bila di selongkar, baru perasan yang takda gambar Viking Cave. Ada dalam handycam je. Jadi, anda google lah rupa Viking Cave kalau mahu. HAHA

Di Maya Bay lah tempat Leonardo DiCaprio berlakon cerita The Beach. Memang cantik. Dekat sini baru mandi yang betul-betul mandi. Pantainya agak dalam, jadi apa guna ada suami berketinggian luar biasa, selain dapat menggegar lori keci dengan kepala, mestilah beliau boleh dukung isteri di pantai dalam. Bukan Pantai Dalam, KL -__-"

Siapa pergi Maya Bay, mesti ada gambar wajib disini

Spot me!!

Bukan yang tengah pakai seluar tu ya

Dalam taman negara

Lepas mandi-mandi, kami pun masuk ke dalam hutan dia. Dah alang-alang sampai bukan. Sangatlah cantik. Pokok dia macam di hias-hias. Padahal memang semulajadi. Baru sampai setengah jalan, hujan turun, dan kami lintang pukang balik semula ke pantai. Takut ditinggal dengan orang bot.

Nasib lah kami sampai je, memang orang bot tengah menjerti-jerit panggil sebab nak balik. Waktu ni memang panik. Terus teringat tsunami bagai. Ada foreigner yang marah-marah sebab cuma 20 minit saja di sana. Janji 1 jam. Ehh dia ni, nak mati sorang-sorang sana. Jangan ajak satu bot. Masa tu laut memang bergelora.

Dalam hati ni dah cuak saja. Dengan menggigil kesejukan di campur ketakutan. Kecut perut limpa segala.

Alhamdulillah, semuanya baik saja (Or else siapa nak ceritakan pengalaman best ni pada kau. HAHA). Di tengah laut sekali lagi hujan lebat dan ombak besar. Sampai tempias-tempias masuk dalam bot. Memang pengalaman sangat.

Di Chalong Pier, driver yang jemput tu yang akan hantar awak balik semula. Kami memang tak bawa baju tukar pun. Jadi, kesian lah tuan kereta sebab basah seat dia. HAHA

Nasib lah malam tu kami mempilih untuk ambil romantic dinner yang ada dalam pakej tu. Tak perlu la letih-letih nak cari makan malam-malam. 

Romantic enough?

12 feedback:

.:shura shushi:. said...

Sangatlah menarik..Ada tips yang berguna :)

fira. said...

uwaaa!!! i nk hari hari harimun!!!

Miss Sunshine said...

syoknya yati.... kalau bersama org tersayang kat mane2 pun best kan.. haha

UyaRayza said...

yatiii..sukeeeeee hhehe..x sbr nk piiii

n0rraslida alias said...

mmg syokkkk tgk yati pi hanimun....tQ sudi share info...:)

bahIRAh said...

yati ni kan. I tgok gambar last and bace caption je I terus ketawa..suka anti klimaks..adoi..

Hidayati Farhan said...

shura - hehe, sj kasik2 tips bia korang x membazir duit

fira - sape xnk oiii, mandi laut biru. rindu honeymoon

hana - mmg syok, nnt hana bole babymoon

uya - cpt2 pi krabi. hehe

lida - tq la sbb bace. haha

ira- haha, sila bc dari awl ye

~ NANA ~ said...

i pon ada gambar wajib kat maya bay tu! haha

LisaLisut said...

kalau kt aonang tak jem lgsg.hihihih,
too bad we dont have enough money nk add on pakej ke maya bay huhuhu.

Hanys Jehari said...

Tomyam mmg menu romantic kot.. Huhu..

shafika fieka said...

yati g islang hopping naek pakej speed boat ek??pika g ari tue naik cruise..best jugak..

hidayah hiddensity said...

berguna ni.. hehe mau ke phuket juga.. tapi bila survey2 pakej mahal gak ek? especially transport..adoih..
bab shopping ada tak entry? =)