Tuesday, February 14, 2012

Honeymoon Review : Day 1 at Nai Harn Beach

Amboi, berpusu-pusu emel masuk tanya tentang harga villa yang saya stay di Phuket tu. Ada yang kasi soalan detail-detail, ada yang suruh saya cerita detail-detail. Comel ah semua readers neh.

Sebenar cerita, jawapan saya tak membantu sangat since saya grab offer itu from Groupon.

Ya, saya beli deal itu dengan harga RM1228 sebab kami ambil pakej 4D3N di sana. Harga sebenar dia almost 3K plus plus. Ohh, rabak poket. Tiket flight di jual berasingan. HAHA. Sebab kami beli tiket flight agak lambat, Air Asia takda promo pun. Return ticket untuk 2 org ke Phuket RM1124. 

Berkaitan expenses di Phuket harga dia lebih kurang harga di Malaysia. Kalau Twisties (contoh) harga kat Malaysia RM2.50 di sana harga dia jadi 2500 bhat. Harga t-shirt yang I Love Phuket tu 16000 bhat. Hanya tambah satu kosong di belakang duit Malaysia. Makanan pun agak mahal. Tomyam satu mangkuk 6000 bhat. Phewww. Kalau kau bawak RM 1000 ke sana, kau ada 1000000 bhat literally. Tak kaya nama dia?

Jelas semua, jelas?
Kalau tak jelas, boleh guna kanta pembesar. Ok, macam tak kelakar.

Boleh kita mulakan perjalanan kita?


We depart at 12.40 from Lcct dan sampai Phuket jam 1.00 petang. 20 minit saja perjalanan? Begitu dekat, baik kita jalan kaki. HAHA. 1.00 petang di sana adalah sama dengan pukul 2 disini. Jadi, Waktu Thailand lewat 1 jam.

Sampai-sampai saja, kami kalut-kalut cari orang yang akan bawa kami ke hotel since pakej tu termasuk free return airport transfer to hotel. Macam biasa, ulat-ulat teksi ramai yang nak paw anda, jadi, berhati-hati. Sampai di luar, baru ternampak orang yang pegang signage nama kami. Nasib saya peka, sebab kalau tak memang tak jumpa. Nak tahu kenapa?

Tengok lah dia eja nama aku.
Tak tahu 'i' itu terlalu berseni hingga nampak macam 's'
atau
Dekat Phuket semua huruf 'i' di eja 's'

Instead of gelak HIHIHIHI, dia akan jadi HSHSHSHSHS
-__-"


Oleh sebab kami stay di Nai Harn Beach, dia terletak di hujung peta Phuket, jadi perjalanan mengambil masa almost 1 jam lebih dari airport. Lokasi kami juga jauh dari the famous Patong Beach dan pekan Phuket. Tempat kami lebih kampung, santai dan tenang. Uhhh, rindu Phuket.

Sampai di lobby hotel, check in segala, dia bagi kami kunci, handphone dan charger sebab dalam villa tu takda phone. Jadi, apa-apa hal guna handphone yang dia bagi kemudian baru lah dibawa ke villa menaiki jeng je jeng

lori comel. HAHAHA


Kisah sedih : Lori ni memang kecil dan rendah. Darling Dak Yang ni suka terlupa yang beliau ada ketinggian luar biasa, bila beliau bangun je dari tempat duduk terus terhantuk pada kayu-kayu atas tu. Sekuat-kuat nya you know, sampai bergegar lori. Saya yang dengar pun tahu betapa sakitnya kepala beliau.

Tengoklah effectnya, dia pegang je kepala. Mesti tengah berdengung lagi waktu tu.
Pity hubby.

Lepas berkemas, pusing-pusing rumah, kami pun keluar berjalan kaki untuk cari makan. Memang kawasan kami duduk tu takda restoran makanan halal, so, seorang kakak ni dia bagitau makanan halal ada kat tepi jalan besar, kami dengan muka selamba terus berjalan.

Dia cakap, kalau jalan memang tah bila nak sampai. Jadi, terus sewa motor dekat rumah urut berhampiran. Ya, rumah urut lebih banyak dari kedai makan T__T. Dengan harga 60000 bhat untuk 3 hari. Kami naik skuter hijau cari makan tengah-tengah terik.

Tak jumpa pun!!! Akibat dah kebulur kami berhenti di satu gerai ni dan tanya, Halal food? then she said, no pork. Oh, dia tak jual pork, tapi takkan nak tanya, ayam sembelih baca Bismillah tak? Jadi, kami setuju untuk makan sebab dah kebulur tahap dewa.

Kami order makanan berciri selamat

Tomyam seafood
Telur dadar
kerabu mangga


Malam hari santap mi maggie saja lalu pengsan. Letih dan lapar. SOBS.

7 feedback:

S.n.Fariza said...

wah. seronoknya :)
kelakarlah yg huruf i jd s. hik3
lpas ni kena alert nk g sana.

~ NANA ~ said...

yaty...i pon naik lori comel tu...rse kelakar pulak...hehe

Khalisa Ridzuan said...

hahahahhahahahahahaha kau ni kelakar la dodol ;p

.:shura shushi:. said...

Lg..sgat teruja membaca entry honeymoon sbb mahu ke sana juga :)

UyaRayza said...

ok itu adalah kelakar hehehe..sembelih baca bismillah tak? hehehehe

bahIRAh said...

kelakar la yati ni..kite yg mbaca pun rase terbuai-buai..hahah!

Hanys Jehari said...

Haha... Yati ni kan. Part nama tu klaka gile. Sbb sy gelak hihi. Pun dh jad hshshs.. Hahaha. Same goes to korea, tpkasa ordr seafood saja. Selamat kan...