Wednesday, February 22, 2012

Honeymoon Review - Bon Voyage Phuket

Setiap kali nak tulis entry Phuket mesti teringat yang saya tersalah convert kan duit yang menjadikan sewa sebiji motor sampai RM600. Kalau ada yang baru nak pergi dan terjumpa belog saya, mesti taubat nasuha tak mahu sewa motor di sana.

Untuk pengetahuan semua-semua lah, sewa motor cuma RM60 saja untuk 4 hari tu *sorok muka dalam lubang* Terima kasih fira, lienda, Put, Nida dan lain-lain yang sempat gelakkan saya dan ejek, mahalnya motor. Danggg!

Aktiviti hari terakhir, selain dari buat terjunan tiruk dalam pool sambil ajar suami floating dan lumba swimming siapa berjaya swim dari hujung sana ke hujung sini which is suami lah yang berjaya sebab dia kaki panjang, nafas pun panjang (?), kami shopping dan shopping.

Kami daki lagi Promthep Cape untuk beli beberapa lagi souvenir. Lepastu terus pergi makan di kedai makan depan masjid semalam dan pulangkan motor.

I tell you, berjaga-jagalah dengan wanita rumah urut di sana sebab dia sangat kurang ajar dengan perempuan dan manis muka dengan lelaki. Menyesal sewa motor kat rumah urut.

 Babai Promthep Cape.

Lepas pulang skuter cabuk tu, kami tunggu teksi di lobi villa untuk bawa kami ke airport. Sebab isteri teringin tersangat nak pergi Patong Beach, jadi on the way ke airport tu, minta driver singgah barang seminit dua.  Dia charge juga, tapi tak ingat dah berapa (atau sebenarnya malas nak mentioned, nanti kau malu kena gelak kalau salah? PANG!!!)

Sempat singgah dan shopping di 

Hard Rock Cafe Phuket

Weehoooo~~

Siap daftar jadi ahli seumur hidup dan all access ke semua Hard Rock all over the world.
All over the world? Yang di KL pun tak pernah pergi -___-"

Pilih

Posing


Dan bayar.

Suami beriya-iya suruh ambil gambar dengan SA yang cantik tu. Turutkan saja, kalau tak binasa. Eh

Lepastu SA yang cantik tu jadi juru gambar kami pulak. HEWHEWHEW
 
Babai Patong

Sampai je airport dah kebulur semula. Oh, pesan saya sebelum sampai airport makan dulu sebab takda restoran makanan halal dalam tu. Saya pergi bantai Subway, ambil yang Tuna sebab badan dah mula demam semula dan perut dah mula lapar. No choice

Dalam demam sempat berkelakuan aneh.

Suami yang sabar.

Antara yang saya regret tak dapat buat di sana adalah 

Pergi menonton Phuket FantaSea
Mahai nau. Macam tak berbaloi. Tapi kalau anda punya pokok duit, apa salahnya.

Naik Gajah. Takda gambar sebab tak naik

Makan banana pancake. Tak perasan gerai tu ada je disebelah saya. Demam punya pasal.

Jadi, tu je yang saya boleh kongsi pengalaman di Phuket. Sekarang tengah pujuk suami nak pi Krabi pula sebab tengok Fira, Amy, Uya, Lienda honeymoon kat sana macam best. banyak makanan halal. Tapi, asik nak pi Thailand je. Duta Thai dah ke aku ni? Bon Voyage Phuket

8 feedback:

Miss Sunshine said...

yati.. bestnya...
yati, hana suka tengok gambar hati dgn hubby.. pastu hubby pegang kepala yati... sweet sangat..

fira. said...

lisa pong!!! lisa pun harimun kt krabi.. hehehe.. *bakar2*

amy fahmi said...

krabi lagi best! hahaha. bakar , bakar.. :p

Repunzal said...

Krabi sangattttttt best .. haha *letop letop*

cikpuanputeri said...

krabi best owwwwhhhhhh....haha

cha said...

haha saje je dorg bakar krabi lg best kan. nanti pg bali u dudukla hard rock cafe plak. sonoknya i krabi ke phuket ke bali ke sume tak pnh sampai lg. pre honeymoon kt cameron je sedihhhh tp sonok huhu

miss nina said...

salam yati. nice gambar di sana. nampak tired je , take care ya!

jeri said...

salam kak. Just Nk tanya.. Sewa motor di krabi perlu tinggalkan passport ke?