Monday, February 20, 2012

Honeymoon Review - 3rd Day Around Phuket

And on the third day, kami memilih untuk berehat-rehat di villa sweet villa dan akan pergi mencari souvenir untuk di bawa pulang. Sepanjang 3 hari ni, belum nampak lagi gerai-gerai yang jual t-shirt I love Phuket bagai tu.

Semua orang kata nak cari t-shirt semua tu cari di Phuket atau Patong Beach. Kalau nak diukur dari sudut geografi memang jauh lah 2-2 tempat ni.

Kami mulakan perjalanan menaiki skuter hijau selepas breakfast. Destinasi pertama adalah Yanui Beach. Kami jalan-jalan ikut hati dan signboard saja. Takyah buang duit nak hire tourist guide ke apa.


Kawasan pantai ni kecil saja.

Still, pantai dia walau kat kampung tetap membiru dan cantik.


Kemudian, kami sambung perjalanan ke jajahan sekitar Nai Harn Beach, Rawai Beach. Kami tak singgah Promthep Cape sebab nak pergi petang hari. Semua pun pantai dan semua pun sama saja gambarnya. Jadi, tak perlulah kita sidai gambar yang sama banyak kali. Err, cuba kau berterus terang yang kau malas nak edit gambar sebenarnya. -___-"

Lepas dah habis semua pantai kami pusing, tetiba Dak Yang ada idea gila iaitu naik motor terus pergi ke pekan Phuket. Tahukah anda, dari Nai Harn Beach ke Phuket jauhnya adalah 15KM. Saya tak yakin (dan sebenarnya malas naik skuter terkedek-kedek di bawah terik mentari) tapi Dak Yang kata Kita kan nak jalan-jalan, dah alang-alang keluar, kita terus lah ke Phuket. T____T

Dalam hati rasa nak turun dari motor dan lari balik villa. HAHA, tapi tak mungkin lah kan tinggalkan suami begitu saja. Masa isi minyak pun saya ada rasa nak patah balik. Jauh tu. Tapi mendapat suami yang keras hati memang NO TURNING BACK.

Dalam terkedek-kedek tu sampai lah juga kami di pekan Phuket. TAPI!! Apa yang di cari tak jumpa pun. Takda pun tempat yang jual-jual t-shirt ke souvenir. Dalam hati rasa nak menangis dah. Dengan hampa dan tangan kosong, kami pun berpatah balik dan travel 15Km lagi ke Nai Harn.

Singgah di Villa Market untuk beli air. Waktu ni cuaca memang terik yang teramat dan perut lapar juga. Ada KFC tapi tak halal. Panas di luar, panas di dalam hati juga dengan suami. HAHA. Tapi marahkan suami, neraka balasannya. Panas dalam hati lebih baik dari panas api neraka. 

Villa Market

Kami sambung lagi perjalanan. Hampir-hampir juga di himpit kereta waktu di jalan besar. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Kering darah kat muka ni ketakutan. Nak sangat kutip pengalaman kan. Hah, hambek.

Waktu ni lah kami jumpa sederet kedai makan halal. Ya, tips untuk kalian, kalau pergi ke Phuket, cari kawasan masjid besar. Di situ akan ada gerai-gerai makanan halal. Dan lucky us, owner kedai tu tau cakap melayu. Pheww. Kalau tak menangis juga nak order sebab dia bagi menu tulisan berpintal-pintal. Macam mana nak baca T_____T

Pekena ABC dulu

ABC dia sama macam di Malaysia, cumanya dia letak roti potong kecil-kecil dalam tu.

FYI, Villa ada sediakan complimentary perjalanan. Pilih saja nak kemana, mereka akan bawa secara percuma pergi dan balik menaiki lori kecil tu . Jadi, kami dah setuju nak ke Promthep Cape untuk tengok sunset. kemudian minta mereka hantar ke Patong Beach. Kalau ke Patong Beach pula, perjalanan cuma sehala, balik sendiri.

Sampai-sampai di Promthep Cape, berderet-deret kedai jual t-shirt, key chain, fridge magnet segala. Masa tu rasa nak menangis pun ada. Punya lah bersusah payah kami naik motor sampai ke Phuket bagai, kalau kami masuk simpang ke Promthep Cape tadi, takyah lah kami berpanas-panas. Tapi, nak buat cemana, nasi dah jadi bubur, cempedak pun dah jadi nangka. SOBS.

Tengah pilih-pilih t-shirt tiba-tiba badan jadi tak sedap. Seram sejuk saja waktu tu. Suspen tak? Suspen tak? Terus cancel nak sambung beli dan duduk dekat bus stop dia. Yours truly demam secara tiba-tiba. Demam panas terus.  Akibat dari naik motor ke Phuket lah ni.

Muka si demam secara tak bagi salam

Tapi ada gak hati nak tengok sunset

View yang cantik dari atas

1st time jumpa orang Malaysia di sini

Terus mintak tolong ambilkan gambar :p

Tugu Thai

Selesai tengok sunset kami sambung membeli belah di gerai atas pula. Gerai di bahagian atas memang mahal sedikit, tapi boleh di tawar compared dengan gerai-gerai kat bawah. Jadi, kami borong t-shirt, beg, cadar semua disini.

Balik tu, kami singgah di Rawai Beach untuk makan seafood. Rawai Beach macam perkampungan nelayan, so ikan dia semua fresh-fresh. Tapi, maaf kata, memang tiada yang halal. Macam biasa, kami pilih satu kedai yang nampak bersih dan tak banyak sangat jual arak. Kemudian pilih makanan selamat lah. iaitu seafood, basuh tangan dan baca Bismillah. Tawakkaltu 'alAllah


Kami order kerang bakar

Ikan stim limau

Udang goreng tepung

dan sotong bakar tak sempat nak dicaptured dah selamat sampai ke dalam perut.

Balik makan, cari panadol terus balik villa. Cancel trip to Patong Beach. T___T Si lembik dan motor memang tak boleh get along.

3 feedback:

Girls Like Me said...

Hi Yati, blogwalking and saw this beautiful entry :)

aa..i tak sempat singgah rawai beach....sempat lalu je before nk balik airport,masya alllah,so cantikk....

dun worry u..patong beach tak cantik mcm rawai beach, famous coz ramai n penah kena tsunmai dulu kot..hehe

Reen Tart Nenas said...

bestnyer pi phuket :)

iizza said...

sedapnya menu tu..terliur di watnya