Thursday, February 9, 2012

Far Far Away

Ini bukan nak cerita pasal Far Far Away Castle dekat USS tu. HAHA. Nanti mesti ada yang google pasal Far Far Away dan tersesat dalam blog ni. Eh, yang menulis ni pun bukan Princess Fiona -___-"

Episod LDM (Long-Distance Marriage) saya bermula 10 hari yang lalu. Nak di mudahkan cerita sudah 10 hari juga saya tak bersua muka dengan suami. Let me tell you the truth. LDR dengan LDM memang tak sama. Saya rasa dulu macam aku gagah lah. 8 tahun bercinta LDR saja. No big deal. Jadi another Long-Distance matters takkan jadi kudis. Rupanya, saya tersilap hitung *jatuh tersungkur*. Aceh, dramatik sangat.

Lepas 2 bulan lebih kahwin dan berkepit 24-7. Untuk berpisah semula itu suffer sangat. Suami mula kerja hari Rabu, dan am start crying on Friday before. Saya panggil pre-kesedihan. HAHA. Waktu tu balik dari sekolah dan nampak suami kemas-kemas barang. Saya terus menangis like there is no tomorrow. Baliau sampai pelik-pelik. Kenapa ni kenapa? Nanti I tinggal sorang-sorang. Srrroottttt.

Esoknya pun sama. Senang cerita, 5 hari sebelum beliau fly tu, memang menangis tiap hari. Bila suami dah takda 2 hari saja nangis, lepas tu ok. Yang menyedihkan sangat tu bila dah takda orang nak bacakan doa tidur. Bila terjaga 2,3 pagi, takda orang tengah buat kerja depan lappy yang nak di ajak berborak. Ohhh, I miss you hubs.

Tapi, saya redha. Mungkin awal cerita perkahwinan saya tak seindah orang lain. Rezeki yang Allah nak bagi jauhnya di Pantai Timur. Nak tak nak, kena la harung kepayahan ni. Luckily saya masih ada keluarga dan in laws berdekatan. Jadi, saya takda la terkapai-kapai sorang diri.

Sekarang ni saya hanya fikir, oh, ada orang yang lebih suffer dari aku. At least, suami boleh balik every week. Kasihan mereka yang jauh di seberang laut. Sendiri-sendiri. Macam rakan-rakan blog Hana and Emi yang mengajar di Sabah & Sarawak. Nana, suami di tengah laut. Tabahnya mereka. Ain, my friend, suaminya di Aussie. Lagi lah. Farah Nawar & Kak Moose yang LDM juga. Tapi, Kak Moose dah sampai Oslo, jadi tak kira. HAHA. Just named a few yang kisah mereka membuat saya tabah. Bila compare dengan mereka, kisah sedih aku ni picisan saja. TSK

Mungkin setahun, dua ni, saya perlu lebih berdikari without hubs. Pasti ada cerita indah di setiap ujian Tuhan.

Dear Shyang,
When I'm with you, hours feel like seconds. When we're apart, days feel like years!!

12 feedback:

Masy said...

akak ade member yg masih lagi LDM dari kawen sampai dah ade anak 4. rasanya mebi sampai pencen. hmmmm

be strong! awal2 mmg mcm tu agaknya.. huhuhuhuuh

cik yaya said...

alaa jgn sedih2 nanti kya mms gambo acim buat peneman hehehe

~ NANA ~ said...

i know how u feel yaty...lama tak jumpe terseksa zahir batin tau! hehe...

xpe, sama2 kita kuat k (walaupon sedih sbnrnya bila baca entry ni)...semoga pengorbanan kita ni tak sia2 nanti...aminnn :)

Hidayati Farhan said...

gahhh, sampai pencen kak masy *pengsan* saya sggup pencen awl. hahaha

hahaha, gamba acim buat geram je kakya oii. nk korek mata bulat dia. haha

kannn nana kannnn TSK

cheQmOomOo said...

chaiyok dear ;) insyALLAH ade hikmah tu :)

amy fahmi said...

T____________________T

UyaRayza said...

b strong k yati..i know u can do it..setiap yg jadi semua ada hikmah disebaliknye..so think positive..we always b there for u k ;)

Repunzal said...

=(

ainmj said...

Yaty, sama2 sabar, ok? :-)

Sbny br juga menulis psl LDM ni beberapa hr lps. Ms proofreading (eceh) teringat yaty. Huhu

*pelukan bear gemuk debab*

Miss Sunshine said...

Yati!!!
Huhu, kita yang nangis baca entri tau...
Yati, semoga Allah bagi kekuatan pada kita yang merasai LDM ni tau...
Tak nak buat yati sedih lagi.. tapi just nak share... setiap hari hana nangis yati... kalau hantar husband kat airport, dah tak kisah org sekeliling.. memang meraung-raung..
even masa tulis comment ni pun.. mengalir dah air mata ni.. huhu.
Sampai rasa nak berhenti kerja sebab nak ddk dekat dgn hubby.. huhu

Yati, jgn fikir sangat kesedihan tu.. Ingat ade org yang lebih susah dari kita.. Kalau org lain boleh hadapinya, kita pun mesti boleh...

hazlynda kushairi said...

chill babe, go with the flow. ahkak dah setahun dua bulan selepas kawen LDM. tapi on LDR for 5yrs. Mungkin sbb dah biasa kot dan berada di zon selesa. Tapi ni duk gagah cari kerja kat Selatan gak, dah kawen lain rase rindunye ;)

Hidayati Farhan said...

amal - tq. mudah2an :D

amy - jgn panjang sgttt T___T awk, nnt shuk balik sini bulan 3 da. SOBS

uya - tqqqq!!!

Repunzal lah sgtt. oii lin, kemain nk jd repunzal. haha

ain - saya baca semua entry kamu. hehe. dan saya suka pelukan bear gemuk tu

hana - tuh laaaa. kita mesti ingat hana taw. lagi susah kat sana jauhh. kita baru anta airport sekali, ada MIL, malu nk nangeh. tabah ye hana

lunda - kan lun kan. lain lah rase dia bila dah kawennn. uhuks. klau dia kat selatan, saya mau ikut, pantai timur jauh sgttttt