Saturday, December 31, 2011

Farewell 2011 and Hello 2012

2011 adalah tahun paling manis dan paling magis (bukan typo, di Indonesia Magic itu disebut Magis. Tak bukan manggis T__T)

Ia jadi magis bila secara tiba-tiba kekasih ajak kahwin di hujung 2010. Dah la bila mula-mula ajak kahwin, perkara pertama yang kami cari adalah katil. Nampak sungguh tidak sopan disitu. Tapi, haruslah ada cerita disebaliknya. HAHA.

Secara tiba-tiba juga kami bertunang pada bulan April. Padahal takda dalam planning langsung. Itulah yang dikata "Bila dah jodoh" semua jadi sepantas bullet. Dan selepas berdrama sana sini, akhirnya jadi lah kami sepasang suami isteri. Akhirnya tauhu, selepas 8 tahun peram tauhu (?)

Mana magisnya? Magis lah, dulu cik seorang diri, kini puan dah berdua. Eh, aku ni sebut magis banyak kali dah nak jadi bunyi najis dah. Euwww.

Apa lagi pencapaian puan selain dari dapat seorang suami?

Saya dapat turunkan berat badan. hewhewhew. Total up to 5KG. Tapi sekarang dah gain 4KG's back. SO what's the point? The point adalah aku nampak kurus di hari perkahwinan lah. Tu je target aku. KAHKAH. Gila.

Jadi, bila berat dah naik 4 KG maka baru lah aku boleh buat azam 2012 iaitu menurunkan semula berat badan. HAHA, kalau kurus terus nanti aku tak punya azam untuk 2012. Alasan huh?

Lagi cerita manis 2011, 1st time travel oversea tanpa family tapi bersama suami, 1st time pi Phuket (ini akan direview later) 1st time memiliki BB, 1st time juga memilik Coach (buhbye GUESS. Berlagak? PANGGG!). Oh, banyaknya 1st time di tahun 2011.

Tapi, di tahun 2012 esok juga menyaksikan saya bakal tidur seorang diri selepas 1 bulan lebih berkahwin. Tak, aku tak nak cakap sedihnya, takda bantal peluk ke, takda teman seselimut sebantal ke. Aku tak nak cakap itu. Aku rasa terlalu dalam kelambu bercakap tentang itu. But I just did? Did I? HAHAHA.  Aku cuma mahu cakap, takda orang nak bacakan doa sebelum tidur supaya aku tak mengigau yang bukan-bukan T____T

Doakan saja suami berjaya. Moga 2012 memberi lebih rezeki dan happiness kepada kami. Rezeki anak itu yang di pohon siang dan malam.

AMIN, hopefully tahun 2012 membawa lebih manis dan lebih magis lagi. Magis la magis, bukan najis.

Friday, December 30, 2011

Amarah dan Emosi

Bila sedang di baluti emosi marah, memang rasa nak cakap (atau tulis) saja apa yang terbuku dihati. KALAU BOLEH. Tapi, Istighfar, Istighfar.. syaitan sedang mencucuk hati dan minda biar kita meroyan bagai manusia hilang akal. Mungkin perasaan amarah sedang di sokong oleh hormon tak stabil seorang wanita. Jadi, can you blame it on me? no?

*breathe in, breathe out*
Fuhhhh (mode tenang)

Aku tak peduli kalau ada yang mahu terasa. Sebab sekarang aku rasa geram sampai nak tumbuk orang. Jangan jadi pengecut, baling batu sembunyi tangan. Jangan lupa daratan. Jangan jadi Kaduk naik junjung. Jangan jadi kacang lupakan kulit. Kalau kau benar-benar dewasa, tunjukkan. Jadi contoh yang baik pada semua bukan jadi batu api lah oii. Hasut orang sana-sini. Bawa mulut macam Mami Jarum. Blerghhh.

Ya, doa insan yang teraniaya, Insha Allah Tuhan perkenankan. Kalau berasa diri terlalu hebat, sepatutnya lebih tunduk ke bumi, bukannya terus menongkat langit. Saya percaya dengan Qada' dan Qadar Tuhan. Bukan selamanya kita hanya boleh duduk di atas, tiba masa, rasa lah kau duduk bawah tempurung. Eh, itu katak. Kau duduk lah bawah mana kau suka.

Sedarlah, perlakuan dan perkataan kau telah menyakitkan hati insan lain. Diam tak bererti kalah, dan menjeling serta sebarkan fitnah tak tentu hala tak bermakna kau dah menang dan hebat. Eh, orang hebat tak perlu buat macam tu untuk tunjukkan kehebatan. Kan?

Cantik nau mata kau tu. Korek nak?

Thursday, December 22, 2011

Tetamu Dari Seberang Laut

As we grow up, we realize it becomes less important to have a ton of friends, and more important to have real ones.

 BJ's family from Limbang, Sarawak.

Siapa BJ?
Bj adalah best friend hubster waktu di UTM.

Macam mana kami boleh jadi rapat?
Dahulu kala, waktu kami dilanda tsunami, BJ dan GF beliau Leen (duduk belah kanan mama) yang banyak tolong saya, bagi support segala. Ok, lets not dwell on the past. Jadi, we become close. Kemudian, waktu family BJ from Limbang datang semenanjung, mereka teringin nak ke Melaka, jadi saya dan hubster yang bawa mereka pusing-pusing sana. Kebetulan Makcik Maznah, Mak BJ pun seorang guru, memang jadi lah. Since then we always keep in touch di FB.
Macam jawab soalan pemahaman dah

Walaupun mereka datang Jumaat malam sebab BJ tak dapat cuti dan perlu balik semula ke Sarawak keesokan harinya, still, we feel honored. Dari Limbang ke Kuching perlu naik flight and from Kuching ke KL dah cerita lain pula. Memang terharu sangat.

Sampai-sampai di KLIA, mereka terus menuju ke rumah in law. Penat dan letih semua tolak ketepi. Mereka sampai dulu sebelum saya sebab saya balik rumah tukar baju segala. Saya sampai saja, Makcik terus peluk cium saya. Makan-makan, sembang-sembang. Mereka sekeluarga sangat peramah. Even baru jumpa beberapa kali, tapi memang dah rasa macam satu family.

Lepastu Makcik hadiahkan saya gelang dan brooch mutiara Sabah. Beliau siap nak pakaikan lagi T___T

Baru sudah acara pakaikan gelang

Makcik, yours truly, Adik BJ dan Leen

Dah lah datang dari jauh, mereka siap bawakan hadiah set pinggan mangkuk dan set teko plus gelang mutiara lagi. Hubster dah geleng kepala saja. Kita kena kumpul duit ni, kalau BJ kahwin tahun depan, wajib pergi. Muka isteri dah glowing habis kalau dengar pasal berjalan. HAHA.

Kawan baik selamanya. HAHA

Kenangan

Leen dan BJ ambil berkat. HAHA

Sampai jumpa lagi makcik dan pakcik :D
Rasa terharu sebab Makcik dan Pakcik sekeluarga sanggup datang dari jauh untuk meraikan kami.
Thanx BJ walau ke Semenanjung hanya untuk sehari.
Thanx Leen sebab sudi datang :D

Tuesday, December 20, 2011

Birthday Celebration with New Family

New chapter, new age, new family.

Sambutan ulang tahun tempoh hari jatuh pada hari saya di rumah in law. Lepas dapat ucapan tahniah dan hadiah, siap-siap nak pergi wedding Lienda, suami jatuh sakit. Pening kepala, muntah-muntah kemudian tak larat nak jalan. 

Saya sedikit kecewa sebab itu lah wedding pertama kawan-kawan yang saya nak attend secara husband and wife. Jadi, suami tinggal dalam kereta, saya berlari-lari mendapatkan kawan-kawan. Peluk cium secara laju, tengok lienda sanding secara laju, makan secara laju dan baibai secara laju. Semua buat laju-laju.

Sampai di kereta suami dah basah lencun sebab berpeluh sakan dan lembik, saya dah naik cuak. Saya selalu doa suami tak sakit sebab saya tak tahu cara macam mana nak jaga T___T

Saya drive laju-laju balik rumah. Lepas buatkan milo dan ambilkan nasi, sapu minyak angin segala, saya pun tertidur sebelah suami. Sambil tidur sambil sedih sebab di hari ulangtahun suami tak dapat hiburkan saya, saya yang kena jaga suami.

Bila petang, suami macam bertenaga, PIL kata kita tak payah keluar dinner lah since suami tak sihat, tapi suami insist nak pergi celebrate juga.

Lepas solat semua, kami bergerak sekereta pergi makan. Sampai tempat makan, teka saya jumpa siapa. HAHA. Saya jumpa pengantin baru siang tadi. Lienda makan bersama keluarga besar di situ juga. Berpeluk-peluk sakan macam lah siang tu tak jumpa kan? Biasalah, kalau dah jumpa ahli persatuan, suka nak eksaited lebih.

Kami pengantin baru.
Ok ok tak, saya pengantin baru sebulan T___T

Mak mertua order sampai nak penuh meja, lepastu saya disuruh habiskan sebab saya birthday girl. Nasib lah Along membantu. Kalau tak, pengsan!

Lepas makan, suami dengan Along nak pi Shah Alam Mall sebab saya teringin sangat kek Baskin Robin. Konon-konon suami tak bagi ikut sebab nak buat surprise. Tapi kalau dah dasar muka tembok, tetap juga mahu ikut.

Sampai di BR, mereka tengah mop lantai, saya cepat-cepat cakap nak beli kek sebab takut kempunan. Nasib baik boleh. Jadi, sesi mencari kek pun bermula.

Tertonggeng-tonggeng pekerja BR ni cari mana satu kek dalam tu kek coklat

Customer terakhir yang bertuah. KAHKAH

Sampai rumah, suami pergi siap-siapkan semua. Saya tolong ambil piring je. HEHE


Lepastu kami gather di bilik TV untuk acara potong kek. Along yang jadi fotografer tak rasmi.
Birthday girl dengan kek BR yang dia ingin sangat tu. HAHA

Birthday girl dengan suami yang dia ingin sangat tu. EH? HAHA
Hari tu potong kek guna pedang, hari ni potong kek guna pisau plastik T__T

With my new family. Tapi tak cukup sebab ALong yang tukang ambil gambar. HAHA

Kek itu MashaAllah punya keras, tak daya saya nak potong. Jadi, apalah guna ada suami kalau beliau tak tolong saya mempotong kek.


Tapi, beliau sendiri tak larat nak potong, keluar segala urat tangan, muscle-muscle yang tak berapa nak ada tu. KAHKAH.

Begitulah kisah peranten baru sambut ulang tahun. Walau simple tapi mestilah sangat meaningful sebab 1st time sambut dengan seorang lelaki bergelar suami. Apa wish saya waktu tiup lilin? Mestilah rahsia. KAHKAH.

Thursday, December 15, 2011

Review : MUA for Resepsi & Bertandang

Sebelum blog tergendala untuk beberapa hari, sebab pulang ke rumah in laws maka saya harus post satu entry. Macam addicted gila bila dah mula update blog, nak update saja selalu. Super fun!

Yang ini review untuk make-up waktu majlis resepsi di rumah dan bertandang. Dah cerita seploh kali rasanya kenapa saya nak sangat ambil Kak Kelrina untuk make-up kan yada yada yada...

Dan hasilnya sangatlah menggembirakan. HAHA. Mereka kata make-up bahagian mata sangat cantik. Nampak nau diri ni kurang cantik, mata je yang orang nampak cantik T__T. Ok takyah nak touching-touching sangat lah. Nah, tengok gambar

Resepsi 13/11/11

Bertandang 20/11/2011


Pic credit : FB Kak Kel

Kak Kel sangat kelakar, friendly dan suka gelak dengan suara beliau yang ala-ala Ella tu. Her daughter pun sangat comel. Beliau tak bising-bising walau saya lewat setengah jam waktu di dewan. HEHE. Sorry Kak, busy nau waktu tu. Waktu di dewan tu, bukan saja touch up pengantin, dengan pengapit lelaki dan MIL pun Kak Kel touch up without any charges. Baik kan

Beliau kata rate beliau takkan naik dah lepas ni sebab beliau kesian dengan yang ada budget rendah, tapi nafsu taknak kalah macam yours truly ni. HAHA. Sekarang rate Kak Kel RM 900 untuk area Klang Valley. Syukurlah daku tempah awal, dapat murah.

Waktu majlis di rumah, Kak Kel pakaikan 2 layer saja bulu mata palsu tu, waktu di dewan sampai 3 layer, nak buka kelopak mata punya la payah. Sudahnya aku ni nampak cam pengantin nak tidur. HAHA.

Majlis Bertandang



Dari Lensa OP. Cam Cik Joyah lah gambar last ni T___T

Wednesday, December 14, 2011

Review : Make-Up Artist (MUA) for Nikah

Bismillah.

Semoga penulisan kali ini tidak hanya sekerat jalan. Maaf pada yang menunggu. Ok, tak tunggu takpa, saya sengaja-sengaja perasan ada yang menunggu. Ye, kesihatan saya merosot secara tiba-tiba sewaktu honeymoon hari ke-3. Tapi itu bab lain, jangan jadi kan entry ini sepinggan rojak boleh OK.

Atas permintaan bakal suami (waktu itu) dia tak mahu saya di make-up kan oleh lelaki, jadi untuk majlis pernikahan tempoh hari, saya telah hired Kak Anis from Anis Finese Touch untuk menata rias wajah innershine ni. Saya minta Kak Anis make-up sweet-sweet dan pink-pink just like yours truly. Pffftt. Ini lah hasilnya

Before

After

Pic Credit : FB Kak Anis

Memang transformasi 360 darjah. Gila skema. KAHKAH. Dari buruk sikit-sikit terus jadi errr, cantik kot. *Pang*.

Rate Kak Anis untuk majlis nikah ni RM500. Tak tahu lah kalau sekarang sudah naik harga. Do ask Kak Anis ya. She's nice dan datang sangat awal. Jadi, memang tak risau MUA tak show up or ganti dengan orang lain ke apa.

Ini lah dia Kak Anis

Beliau even tolong saya tutupkan rambut bila OP dan OV datang secara tiba-tiba. Dan tolong saya pakai baju juga. Rasa tak kekok sebab sama-sama perempuan kan. HAHA. Thanks Kak Anis sebab buat saya nampak sweet muwit. 

Dari lensa OP. Muka excited tengok bakal suami (waktu tu lah) HAHA

Tuesday, December 13, 2011

List of Vendors

Saya tak tahu nak mula dari mana, Eh, apa tak tahu pula, lupa lagu Raihan lettew. Di mulakan dengan Bismillah. Baiklah, baik.

Saya mulakan review wedding saya dengan list of vendors terlebih dahulu. Takda idea sebenar cerita, bila tengok Tatie update list of vendors beliau, maka saya harus buat satu juga. Untuk membantu kepada yang wonder. Here they are:

Kad Kahwin
Amazon Card Shah Alam (free bunting and boxes)

Make-Up Artist
Nikah - Kak Anis from Anis Finese Touch [FB]
Resepsi & Bertandang - Kak Kelrina from Kelrina House of Fashion [FB]
Malam Berinai - Eynna from Elianto

Official Photographer
- Redza dan Botak from Deryanz Colour [FB]

Official Videographer
- Abg Sabirin from Dosh Production [FB]

My Attires
- Material from Jakel
- Norhalim Bridal Boutique [FB]
- Aliaa Farhana (Veil Nikah & Aksesori) [FB]

Hantaran Maker
Iryani Azlan from The Craft Potion [FB]

Catering
Akad Nikah & Malam Berinai - Nassir Catering
Resepsi - Nurul Izzah Catering [FB]
Bertandang - Kuzie Catering

Pelamin
Resepsi - Merisik Gallery [FB]
Bertandang - Norhalim Bridal Boutique [FB]

Handbouquet
The Craft Potion [FB]

Shoes
Nikah - URS
Resepsi - Sembonia
Bertandang - Norhalim Bridal Boutique

Canopy
Nurul Izzah Catering

Guestbook
Creative by Lynda [FB]

Easel & Photo Canvas
The Photobooth Corner [FB]

Guestbook Corner
DIY

PA Systems
Nurul Izzah Catering

Bride's Room
DIY

Bunga Manggar
DIY

Payung Lace
Ren-da Bellezza [FB]

Bantal Nikah
Kina [FB]

Signage Guestbook & Landmark Print
Zimie [FB]

Candy Buffet
Sponsored by The Craft Potion

Doorgift
Boxes - Sayangku Klang
Kek Buah - Homemade from Tanjong Karang
VIP - Kek Lapis Sarawak by Kak Rini Kajang
Friends - Kacang Tumbuk from Elya Jonaidi [FB]
Boxes - Thank Q Nilai 3

Credit to Tatie :D

Monday, December 12, 2011

Happy 1 Month dan Review

I can't believe this. Time flies so laju. Pejam-pejam celik, pejam lagi celik lagi dah sebulan saya jadi isteri.


Antara pencapaian-pencapaian selepas sebulan berkahwin :
  • Suami sudah naik berat badan sebab muka beliau dah semakin berisi bersama perut yang sedikit ke hadapan. Bila orang cakap, beliau denied gila-gila (tak boleh terima kenyataan), tapi bila beliau duduk sorang-sorang sambil pegang perut dan berkata, kena sit up ni. LOL
  • Berat badan saya tak berubah, tapi lemak saya bertambah. Kau faham ke aku cakap ni? HAHA. 
  • Every morning akan bangun pagi dan terus turun ke dapur untuk buatkan air Nescafe suami. Dah takda dah istilah tidur balik. Beliau ketagihan caffein yang serius. Satu hari harus pekena Nescafe 3 kali. 
  • Saya pernah masakkan nasi goreng buat suami secara solo tanpa bantuan ibu. Itu pun terlembik sebab nasi dah lembik aku tambahkan telur, bertambah lah lembik. Ni nasi ke bubur? HAHA
  • Saya menguruskan pakaian suami secara total. Maksud dia, basuh, sidai dan melipat aku buat sendiri. Tapi kalau di rumah saya sendirilah. Kalau disana, saya tak sempat buat semua. HAHAHA
  • Baru berkesempatan pergi dinner dan menonton wayang sekali sahaja. Tengok Breaking Dawn midnight, saya punya lah feeling-feeling waktu mereka pergi honeymoon, yang suami sudah krohh kroooh hanyut dalam mimpi. Blerghh.
  • Sudah mengunjungi klinik sekali, hospital sekali dan rumah urut sekali. Tempat orang mengurut maksud dia. Sebab sejak lepas kahwin, both of us selalu tak sihat T___T. Badan sedang cuba adapt dengan benda baru maybe.
Err, apa lagi. Tak boleh fikir dah. Oh, nak ucap terima kasih kepada yang hadir waktu majlis kahwin dan yang buat review. Thanks so much. Antara blogger yang hadir tempoh hari
1. Gadis Bunga
2. Kak Mas Zuber
3. Warlord

Geng-geng BBF Fariza, Haliza, Ryn, Laila, Zimie, Lienda, Fira, Amy, Lisa, Uya, Raden dan yang datang belah bertandang Emi, Suria, Kak Nawal dan Kak Moose. Yang kirim hadiah Lyana dan my silent reader, Sue. Thanks sangat-sangat. Tak tahu nak ucap macam mana, memang terharu dengan kehadiran kalian. Pada yang mendoakan pun saya nak ucap terima kasih dan amin atas doa-doa kalian.

Antara reviews on my wedding, kalau ada yang termissed tu, do tell ya. Saya sangat hargai.

by Zimie

http://amyfahmi.blogspot.com/2011/11/their-big-day.html
by Amy Fahmi

http://frzminside.blogspot.com/2011/11/weddings-on-weekend.html
by Fira

http://frzminside.blogspot.com/2011/11/7-years-n-counting.html
by Fira (bertandang)

http://krlisa2011.blogspot.com/2011/11/of-weddings-fiena-and-yati.html
by Lisa


http://dia-honey.blogspot.com/2011/11/bbf-wedding-hidayati.html
by Raden

http://sorbetpurpleandbabyblue.blogspot.com/2011/11/blogger-wedding-fiena-yatie.html
by Lienda

http://makberuang.blogspot.com/2011/11/ikan-paus-melawat-mami-kari-bersama.html
by Kak Nawal (bertandang)

http://thealiaa.blogspot.com/2011/11/to-my-sims-social-virtually-sister.html
Ucapan khas dari Kakya (macam ucapan khas PM dah)

Terima kasih again and again!

Saturday, December 10, 2011

I am 26

and am married....

Nothing more I could asked from God. I have my loving husband who loves me unconditionally. I have families and a few friends that I can rely on. I am blessed. 

Terima kasih Tuhan atas kurniaan dan rahmat selama 26 tahun hidup. This year is the greatest among all.

Pagi-pagi tadi sudah terima ucapan tahniah dan hadiah berupa envelope dari in laws. Belum sempat buka lagi apa isi dalam, suami sudah minta cukai 20%. Heh, dasar. Hadiah perkahwinan tempoh hari dari mereka pun belum diguna pakai lagi. Ya, hadiah perkahwinan juga berbentuk envelope. Saya suka hadiah envelope nowadays. HAHAHA. In laws juga menyelitkan ucapan, dapat anak cepat-cepat. Harap kami faham mesej itu. LOL

Hadiah dari suami? Suami itu sendiri adalah hadiah yang tidak ternilai. Jadi, saya sudah tak mengharap apa-apa. Kalau ada apa-apa itu rezeki terpijak nama dia. HAHA

Malam ini akan pergi celebrate dengan keluarga in laws dulu, nanti bila adik beradik saya dah cukup semua, baru kami akan celebrate lagi sekali bersama keluarga sendiri. Seronok bukan? keluarga bertambah, celebration pun haruslah bertambah.

Kau tengoklah, niat di hati sebenarnya mahu buat ayat kesyukuran barang sebaris dua, sekali dapat hentak keyboard, berbaris-baris ayat yang keluar. Tapi, anggaplah ianya hadiah ulang tahun dari saya sebab saya dapat taip banyak baris semacam ini.

Bila sudah memasuki fasa wanita dewasa. Saya harap peningkatan umur selari dengan kematangan saya. Semoga saya matang. KAHKAH. Hoi, ini bukan ayat kelakar. Tapi saya rasa nak tergelak. Ok,ok Saya dah dengar suara ibu mertua tanya "Dah siap?" Saya belum siap.

Ok bai bai bai