Sunday, November 27, 2011

Akad Nikah - Highlight

Sebelum pergi honeymoon, saya takkan tinggalkan belog sunyi sepi dan kering kontang. Nah, video yang saya akan tonton seratus kali sehari seumur hidup (exaggerate)




Hidayati & Farhan - Akad Nikah-highlight 121111 from Dosh Productions on Vimeo.


Playback ini Abang Sabirin from Dosh Production buat untuk ditayangkan waktu majlis resepsi pihak lelaki. Lagu Pasha dan Adele memang dah jadi pilihan sejak zaman tok kaduk. SO, bila Abang Sabirin tanya nak guna lagu apa, laju je jawab.

Masa 1st time tonton video ni waktu ditayangkan dalam Dewan Jubli Perak depan seribu orang. Kiri kanan penuh VVIP, tapi saya terus capai tangan suami dan pegang erat-erat sebab perasaan itu tak tergambar. Video dengan lagu macam seiring dan sangat menyentuh tangkai jantung dan ulu hati. Dah, dah sebelum lebih parah ayat novel keluar disini.Enjoy the video

Friday, November 25, 2011

Kehidupan Isteri yang Bakal Gemuk

Mahap la semua mahap. Email dan inbox FB dah di banjiri soalan itu dan ini. Oii, kata nak update waktu school holiday? Memang lah nak update, tapi internet di rumah in laws tak mengizinkan saya update. Pakai internet from blackberry suami saja, MashaAllah, siput pun lari lagi laju. Saya memang tak boleh tolerate dengan internet kalau macam siput, nanti asik nak memaki. 

Beginilah keadaan newly weds yang homeless. Makan tengah hari dirumah emak sendiri, makan malam di rumah mertua, tidur dimana-mana yang kami suka. To be fair, last week seminggu dirumah sendiri, jadi minggu ini di rumah mertua lah saya.

To be honest, saya bakal gemuk berlipat kali ganda kalau berterusan dirumah in laws ini. Bagaimana tak gemuk. Bangun pagi, makanan dah siap terhidang, nak tengok TV ada yang buka dan matikan siap pasangkan kipas segala. Nanti dah bosan tak tahu nak berbuat apa, saya pergi tidur, nanti bila bangun disuruh makan dan makan lagi sampai ke malam. Begitulah aktiviti isteri jika duduk di rumah mertua. Itu pun nasib baiklah baju kotor saya hangkut ke rumah emak dan basuh sendiri sebab kalau tak baju pun orang basuhkan. Lucky? no?

Itu adalah penyumbang kepada kenaikan berat badan nama dia. Duduk dalam rumah semata sebab suami sibuk dengan pekerjaan. Saya sibuk makan. Blerghh, apa nak jadi dengan aku ini? Nak upload gambar pun boleh bikin hati remuk. Lebih baik saya tidur. HAHA

Cuma ini yang saya dapat kongsikan sebab banyak perkara dan review tersimpan dalam draft. Nanti kalau internet sudah laju bak halilintar, segala draft akan keluar. Tak sempat nak ucap terima kasih pada yang datang dan review majlis saya. Nanti lah!! Mari sama-sama tuding jari dan senyum sinis pada internet T___T

Saturday, November 19, 2011

7 days ago

I am anxiously waiting for the moment of ijab dan qabul.



Dan kini sudah 7 hari menjadi isteri. Perasaannya sungguh luar biasa.


and I enjoyed every second of it 

Wednesday, November 16, 2011

Menyandang Gelaran Isteri Kini; Alhamdulillah

Syukur pada Tuhan, atas izin-Nya, sudah genap 5 hari bergelar isteri.

Kenapa dah 5 hari baru nak update? 

Takkan kau harapkan, lepas-lepas nikah straight away buka lappy update belog? HAHA. Lagi-lagi bila hubster sangat cemburu jika saya mendahulukan benda lain dari beliau. Nanti hubster kata, cukup-cukuplah dah berapa tahun dah hadap belog je, dah dapat suami pun nak hadap belog lagi?

Tak boleh ingkar arahan suami, nanti Allah murka. Dah ada suami, kena la hadap suami pula. Gila taknak hadap, 8 tahun menunggu saat dan ketika ini. HAHA

Baiklah baik, saya faham, anda sangat tak hingin nak baca ayat lintang pukang cerita perasaan lima nam para. Kami nak review oii, review. Perghh, tak menyabar sungguh kan? 

Saya akan review sebaik sahaja cuti sekolah bermula sebab bila cuti sekolah, suami kerja, jadi isteri takda pekerjaan di rumah. Haruslah pekerjaan diisi dengan menghapdet belog sekerap mungkin. HEWHEWHEW.

Nah, gambar sekeping untuk tatapan bersama. Harap suka.


We are husband and wife now...

Friday, November 11, 2011

JEMPUTAN UNTUK SEMUA (PETA DAN ATURCARA)

Kepada yang tak mendapat kad undangan, sama ada saya ter miss atau posmen mogok, saya kurang pasti. Tapi kalau takda kad nak datang, bawah ni ada peta untuk memudahkan semua. Jemput, jemput. Takyah malu-malu. Saya tak makan orang. SEMUA DI JEMPUT HADIR

Aturcara majlis

SABTU - 12 NOVEMBER 2011
MASA - 11.00 PAGI
MALIS - PERNIKAHAN
TEMPAT - MASJID RAUDHATUL MUKMININ, SG PINANG

AHAD 13 NOVEMBER 2011
MASA 11.00 - 4 PETANG
MAJLIS - RESEPSI
TEMPAT : NO 16, JLN LABIS 104, TMN HJ ISMAIL, KAW 19, 41400 KLANG

Thursday, November 10, 2011

Semua Ada Disini

Alhamdulillah

Lately memang banyak abang posmen singgah rumah. Macam-macam parcel dah masuk. Haha. Kadang-kadang rasa rumah dah macam store pos laju. Kuikui

Starting from Spanx yang di purchase from Kerry sudah selamat sampai. Risau oh kalau takda spanx. Nanti tak tahu nak sembunyi spare tyre kat mana.

Lepastu signage from Zimie dan pillow cases from Qistin pula sampai serentak. Kalau tak sarung bantal tu Qistin boleh deliver 15.11 sebab beliau kerja. Tapi saya insist mahu this week juga and luckily Qistin usahakan supaya saya dapat sarung bantal on time. Thanx Qistin.

Malam Selasa tempoh hari pula Diba bersama tunang dan adik-adik datang rumah deliver easel dan print canvas. Saya sukaaaaaa sangat. Nanti tengok lah di guestbook corner saya :p

Kepenatan berlipat ganda dapat malam tadi, dari pukul 8 keluar, balik tepat 12.30 tengah malam. Tapi kami bukan berdua sebab the elder sudah tak bagi keluar berdua. Along menemani.

Dari ambil baju di kedai H, Seksyen 7 terus ke Kerinchi untuk ambil alas nikah Kina yang besar sangat. Tersepit daku di belakang. Terus ke rumah Anil, owner Renda Belleza untuk ambil payung lace di Alam Damai dan last sekali ke Jusco Maluri untuk ambil tudung from Kak Hawa, owner Koleksi Vispera

Penat baca? Yang tulis pun penat same. Tapi, nak kahwin tak penat tak thrilled lah.

Saya dah mula cuti mulai hari ni sampai la selasa depan. Hewhewhew. Dan hari ni adalah spa day. Oh, tak sabar mahu dimanja-manja.

Semua akan direview selepas majlis tamat :p

Ok tamat.

Tuesday, November 8, 2011

Tq Tag and Boxes In The Making

Baru lepas collect Tq Tag dan Guestbook from Lynda. Walau jumpa rushing-rushing dan beliau mahu cepat, but am happy coz hasil kerja beliau sangat superb.

Thank you Lynda. Lepas kahwin saya review secara detail. Sekarang semua pun macam tak sempat. Sebab seperti yang anda lihat, ada berbakul-bakul lagi kotak yang saya kena sarungkan tq tag. Sekian

Monday, November 7, 2011

Bilik In The Making

Thanx to emak yang sudi basuhkan balkoni, sapu dan mopkan lantai. Saya tak tahu apa nak buat tanpa emak.(Ah, mula dah keluarkan ayat-ayat emosi. Tak lama lagi dah tak jadi anak gadis emak) SOBS

Thanx to abang ipar sebab tolong pasang langsir, catkan tempat aircond lama dan pasangkan rak untuk toilettries.

Thanx to abang demok, kak adah dan kakak gemuk sebab tolong riuhkan bilik dengan bermain angry birds.

Saya? Pasang tikar dan carpet serta membeli fresh flower supaya bilik wangi tak habis-habis sampai majlis.

Saya suka bilik pengantin saya sekarang. Tinggal tunggu roomate baru masuk je Ahad ni. Ehhhh, that soon? Can't wait!!

Hewhewhew

Saturday, November 5, 2011

Korban Darah

Apa yang paling di annoyed kan pada saat dan ketika ini?

Jawapannya ialah NYAMUK.

Panas hati betul bila semua orang potong bawang dengan tenang. Saya seorang diri yang tergaru serupa monkey. Di kaki saja dah berapa bintat dapat.

Semua pun pelik,apsal aku tergaru-garu mcm orang tak mandi ni, apsal di kaki penuh dengan bintat-bintat merah.

Ye tahu darah tengah manis, tapi jangan la pakat-pakat serang aku secara berjemaah. Dekat bilik pun kena, dekat dapur pun kena, tengah tengok tv pun kena. Apa korang dah takda kerja lain ke? Ikut je aku pergi mana?

Eh, apsal marah sangat dengan nyamuk ni? haha, mau tak marah, kaki buruk penuh bekas nyamuk

Seekor nyamuk dah terkorban,aku mintak balik darah aku. Haha

Friday, November 4, 2011

Hasrat Tercpai

Alhamdulillah Alhamdulillah

Syukur sangat hal tok kadi dan tempat nikah dapat diselesaikan. Thanx to Darling Fiance sbb sanggup turun PAID Klang dan pujuk Tok Kadi mintak nikah dirumah.

Sebenarnya takda masalah mula-mula, Ustaz siap minta kalau boleh ada yang menjemput di masjid. Tiba-tiba saja beliau berat hati untuk nikahkan dirumah.

Saya hampir hilang kewarasan (exageratte) siap cakap nak tumbuk Tok Kadi (macam hebat nak tumbuk kadi.KAHKAH) ok tak kelakar.

Jadi Dak Yang pergi menyatakan hasrat hati yang saya benar-benar ingin sekali mahu bernikah di rumah. Ingin rasa belong to somewhere(?)

Masalah kadi selesai, harap tiada mana-mana masalah yang ingin memunculkan diri. Tapi saya kurang bimbang since saya ada Superyang (macam Supermak lebih kurang) Ok tah pape
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, November 3, 2011

Testing

Kalau lah berjaya post entry ni mmg aku hebat
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kemanisan di Kala Senja

Ehem, maaf jika entry sedikit manis. Maklumlah, darah sedang manis, muka pun tengah manis, semua yang terjadi pun manis-manis belaka lately, 8 hari lagi akan terjadi event dan sejarah termanis seumur hidup. Cakap manis lagi sekali, kami lempang. Ok ok

Cerita dia macam ni
  •  Saya sibuk seharian di sekolah sampai tak ingat nak pegang handphone
  • Bila Maghrib, macam biasalah, nak hantar report harian kepada Darling Fiance
  • Telefon takda line.
  • Mula lah nak memaki DiGi. On, off, on, off sepuluh kali, line tetap takda. Teruknya DiGi ni, bukannya hujan lebat sangat pun sampai takda line
  • Saya pun turun untuk mendapatkan telefon rumah
  • Keluar pintu bilik, dengar telefon rumah ringing and dengar ada bunyi kereta diluar
  • Saya lari cepat-cepat angkat phone sambil buka pintu rumah
  • Tiba-tiba Darling Fiance tercegat dalam kereta di luar pagar (?)
  • Beliau minta hard disk beliau semula
  • Bergegas lah naik semula, menyarung jubah dan tudung dan berlari bawak hard disk dalam hujan (Hindustan sangat)
  • Terus mengadu, tahu tak Digi @#$%^&* takda line?
  • Tahu! Pendek saja beliau jawab. Aik?relax je?
  • habis macam mana?!!
  • Nah, ambil ni *bagi satu paper bag coklat* bukan paper bag isi coklat lah hoi
  • Apa ni? Buat-buat tanya, padahal dah dapat teka lepastu buat-buat terkejut.
  • Nampak kotak hitam lalu terus terharu, teruja macam nak menangis *Panggg!!*
Rasa romantik sungguh tak kronologi di atas? Kalau cakap tak, boleh keluar sekarang!


HEWHEWHEW
I love big black box with blackberry inside and I love you even more sayang!!!

Wednesday, November 2, 2011

Progress - 9 Days Left

Oh oh oh, for real kah?

Ok, mari lihat apa yang sudah settled

  • MG sudah hantar sketch pelamin dan saya sudah minta penambahbaikan here and there. SO, anggap pelamin anganku settled. Simple dan cantik dan saya suka. Modern Vintage :D
  • Wakil NIC dah datang untuk tengok dan susun kedudukan khemah macam yang saya mahu. Harap takda masalah dengan ini since dah tambah 4 orang kakitangan lagi.
  • Semua barang-barang hantaran dah selamat di hantar kepada Yanie from The Craft Potion untuk sesi gubah-menggubah and all. AHAHAHA, Yanie comel gila bila cakap non-stop. 
  • Veil yang dinanti sudah ada dalam almari. Happy. Sebab warna dia sama dengan baju, Harap menjadi cantik seperti previous owner. Eh eh, prev ke? memang carik matik. HAHAHA *waves mak budak*
  • Saya mempunyai 3 pasang kasut : nikah, sanding, hantaran. Tu belum campur kasut untuk majlis bertandang. Emelda Marcoss sangat.
  • Kacang tumbuk from Elya pun dah selamat sampai. Mengangkut 11KG kacang tumbuk di Mid Valley adalah cabaran!
  • Kotak-kotak silver sedang dalam proses pembuatan. Baru siap suku, macam nak muntah juga nak siapkan 800pcs
  • Langsir yang super simple tu dah siap, belum pasang lagi.
  • Baju emak, adik beradik perempuan dan baju malam berinai semua dah siap and total damage RM6++. And FYI, emak yang punya baju paling banyak dan paling cantik TSK
  • Paper bag untuk doorgift hari nikah dan untuk ahli marhaban sudah siap di beli bersama bekas plastik untuk diisi pulut kuning dan rendang.
Ye, setiap update takkan disertakan gambar rajah sebab haku sudah jadi pemalas. Memang bukan malas dari dulu ke? Bleerghh