Saturday, October 29, 2011

Kepenatan dan Ketenangan Yang Di Cari

Ya Allah, Tuhan saja yang tahu betapa lelah dan letihnya badan ini. Terlalu lelah sampai tak lalu makan. Scratch that. Makan banyak sangat sampai lelah. Ok, sounds better.

Seharian ini ke hulu hilir. Dari Shah Alam ke Kota Damansara. Dari Pameran Pengantin membawa diri ke The Curve. Penat, memang penat. Tapi, I have no choice. Saya perlu independent. Saya harus bergerak solo since Darling Fiance got himself more important things to do.

Bila penat macam ni, air mata pun berjujai-jujai turun. sedangkan takda apa pun sebenarnya yang nak ditangisi. Akibat badan terlalu penat, otak pun berfungsi secara aneh. Dak Yang tengah menonton bola pun saya nak emosi.

Lalu saya memilih untuk berdiam dan layan emosi aneh ini dengan mendengar lagu POMPA BENSIN. Pergilah dengar lagu tu, memang tak rugi sesen tapi rugi masa kalau kau tak suka. HAHA. Aku mendengar dengan penuh penghayatan sampai pejam-pejam mata sebab nak feel the music and the lyric. Lagi-lagi part Aqasha nyanyi, wallawehh, sampai taknak nyanyi sama sebab nak bawak suara Aqasha masuk dalam hati. Hendsome nya Aqasha. Tetbe.


Dear Hubby-To-Be - Jangan Lupa Namaku

Walau aku tidak bersamamu. Jangan engkau lupakan diriku. Walau aku tiada di sisimu. Jangan engkau lupakan namaku. Kerana. Aku mengingatimu. Kerana. Aku mencintaimu. Andai aku. Bisa bertemumu. Dengan senyum ku tadah syukurku. Andai aku bisa menyentuhmu. Air mata pasti deras gugur. Kerana. Aku merindui mu. Kerana aku sentiasa. Menyintaimu oh sepenuh hati. Walau kamu jauh di mataku. Jangan aku hilang dalam kalbu. Saat kamu samar mengingati. Jangan aku terus kau lupakan. Kerana aku. Sentiasa mengingatimu. Kerana aku. Sentiasa menyayangimu oh sepenuh hati. Andai aku bisa memelukmu. Pasrah aku tabah diujimu. Andai aku bisa dicintai. Dengan rela menyerahkan hati. Kerana. Aku merindui mu. Kerana aku sentiasa menyintaimu


This is not good. He just left a few hours ago and I missed him soooo bad. Am really sucks for LDR nowadays. 8 tahun boleh di tempuh, baru 8 jam rasa nak berguling. Macam mana nak LDM? How can I handle this kind of feeling? Ini bukan mengada lah hoi, you just do not know how it felt T_____T


Nah, dengar lah lagu ni. My new addiction. Lirik plus melodi paling best ever yang kau rasa nak kunyah-kunyah lagu ni sebab kenapa sedap sangat tah. Dedicated to Darling Fiance dengan ucapan, Bila nak balik?!!!

Friday, October 28, 2011

Four Days of Shopping Hantaran Stuff - D2

Day 2

Usai dari Majlis Bertandang my Darling cousin di Concorde, saya bergegas menemui Dak Yang yang berada di Kedai H. Beliau minta datang bawa baju nikah yang tak sempurna itu (malas ingat). Dari sana kami terus ke Shah Alam Mall untuk beli kasut beliau pula. 

Kali ni beliau nekad nak beli terus, sebab beliau dah confirm kasut itu lah yang KJ (Khairy Jamaluddin) pakai tempoh hari. Ye, kasut KJ pun jadi idaman beliau. TSK, Sayang, sayang :P

Tak, bukan yang putih tu. HAHA

Mula-mula ingat kasut tersebut boleh diguna pakai waktu bersanding nanti. Jadi, dah jimat kos beli sepasang kasut saja. Tapi, bila tunjuk FFIL untuk approval, kasut tersebut telah di reject dengan sepenuh hati sebab kasut tu macam err, takda tumit. HAHA. Haruslah pergi cari lagi sepasang kelak.

Dari Shah Alam Mall terus menuju ke Jusco Bukit Raja untuk mendapatkan barang saya pula.



Saya mendapat idea dari hantaran Dr. Halina yang simple itu
pic credit : google

Beliau menggabungkan perfume dan set skincare sekali. Jadi, anda boleh faham mengapa perempuan ini pun sibuk-sibuk cari Lola dan SKII? HAHAHA, sebab beliau nak feeling-feeling Dr. Halina lah ni :D

Sambil tunggu kakak tu wrapped dan gubah-gubah kan


Hamba Allah ni tidur dengan bersungguh. Kepenatan sangat lettew.

Dari pagi membawa ke malam. Waktu ni (early October) beliau tengah sibuk sendiri kemas dan cat bilik sebelum katil sampai. Sekarang, katil dah sampai dah pun. Kawan-kawan dan nenek pun dah rasmikan dulu. Takpa, takpa.

Eh, nak cakap thanks Auntie sebab secara diam-diam belikan dressing table untuk saya. Kalau ikut Dak Yang, takda harapan la dapat dressing table baru di rumah sana. Beliau kata, letak je barang make-up saya mana ada ruang T__T tapi hanya wanita (auntie) yang memahami hati wanita lain (yours truly) hewhewhew, Boleh la berdandan lama dengan selesa kelak :)

Entry dah terpesong habis.

Hantaran List-Day 2
Kasut for him
SKII for her

Thursday, October 27, 2011

12 Hari Lagi Saya Akan Cantik Macam Maya Karin

*Muntoh* terus, bak kata Lienda :P

Taklah, tak. Tak mungkin lah Si Enggang boleh jadi Pipit. Eh ke Gagak boleh jadi Merak? Eh,burung apa sebenarnya yang terlibat dalam peribahasa ni? Ok, abaikan.

Saya sememangnya mempunyai kulit yang sedikit kusam. Eleh, senang cerita kulit tak berapa nak menyerlah sangat. Sebab kadang-kadang walau dah mandi 4 jam pun, bila turun bawah nanti mesti mereka cakap, Belum mandi la tu. Pffft.
Jadi, saya pun sudah nekad mahu ambil Brands Innershine Pati Prunne yang Maya Karin ambil yang bila dia tak make up pun orang ingat dia dah siap make-up. EHH, Maya Karin kalau tak mandi seminggu pun orang cakap beliau cantik dan wangi. Betul ke Maya Karin tak mandi seminggu Yaty? Ku bilang kan KALAU!!

Ingat nak beli dekat-dekat hari nanti, tapi bila dah pergi Watsons bersama Fiance, haruslah grab peluang keemasan, Yang, nak beli ni. Nak ambil 6 botol atau 12 botol terus? Bila beliau nampak wajah Maya Karin terus cakap, ambil yang besar lah. Did I mentioned yang Maya Karin adalah wanita idaman beliau? HAHAHAHA

Dan beliau berharap saya turned out jadi Maya Karin after 12 days


- Isi buah dan kulit Prun
- Rasanya sangat Yummeh, macam nak jilat-jilat dalam botol bagi licin
- Mengandungi lebih serat, Vitamin C dan Prebiotik (Jangan tanya apa prebiotik ni, sumpah tak tahu. aku salin dari kotak saja). Takda bahan pengawet
- Raut wajah berseri dalam masa yang singkat serta kesan berkekalan

Sebelum mengambil Innershine
Muka togel without even secalit bedak

2 Hari selepas mengambil Innershine

Setakat lepas 2 hari ni, saya mudah ke toilet dan beri-beri. Badan pun rasa ringan. Tapi ringan tulang tu belum, Malas still macam dulu. hewhewhew. Perubahan pada wajah belum dapat dipastikan.
Kami tak nampak beza pun Yaty? HAHAHA, memanglah takda beza pun. * Larikkkk*

Taklah, tak. *Patah balik* nanti lepas 12 hari saya tunjuk hasilnya. Kalau takda perubahan mungkin saya bukan testimoni yang baik after all. KAHKAHKAH.

Monday, October 24, 2011

Four Days of Shopping Hantaran Stuff

Gila tak? Gila tak?

Tak gila ah, malahan ianya adalah heaven sebab tak rasa guilty langsung menabur duit di shopping mall(s). Selalu kalau shopping mesti rasa, ala, perlu ke? Nanti duit ni boleh buat benda lain. End up, letak balik barang yang dihajati. Kali ini, ambil terus dan pergi kaunter. Tak toleh belakang lagi. Ok, funny :P

DAY 1

Dari petang membawa ke malam. Kami lebih fokus shopping di The Garden sampai dapat sign up member card Robinsons free. KUIKUI. Padahal tah seribu tahun lagi belum tentu nak datang shopping sini. Bermula dengan membeli tutt dan tuttt. Sebab lalu department tuttt dulu. Jadi, main tunjuk saja, saya nak ini, ini dan ini tanpa fikir dan tengok price tag!! Dah cuba-cuba dan suka lalu pilih itu, itu dan itu dan terus pergi kaunter. Lalu, terbanglah RM5++ di kaunter. Lepas dah bayar rasa menyesal. Sikit lah at least. Takpa investment untuk 10 tahun akan datang sayang takkan mengunjungi department tutt lagi.


Lepas tu terus ke Mark & Spencer. I need proper clothes since akan duduk juga di rumah FMIL. So, mencari seluar panjang dan long sleeves yang bersesuaian. Macam biasalah, quality controller saya yang pilihkan semua. Saya tukang pakai dan setuju saja *grin*

Mark & Spencer changing room


Kemudian terus bergegas ke perfume department lalu mendapatkan satu set perfume lelaki. Perfume saya takda jual situ. Sementara tunggu jejaka kacak penjaga perfume itu wrapped dan gubah-gubah, kami bergegas ke Mid Valley seberang jalan. Cari di Jusco pun takda terjual. Aik aik?Perfume apa yang susah sangat nak jumpa tu Yaty?


Ini lah dia. HAHA. Dan ouhh, bau dia sangat lah......
 (isi tempat kosong)

Dari Mid Valley kami bergegas semula ke The Gardens untuk membeli kemeja seorang lelaki yang banyak karenah dan songeh tu. Hai Yang *waves*
Mula-mula beliau insist mahu kemeja from Mark & Spencer itu. Saya cakap, eh, ni kan hadiah I pada You, mestilah I yang pilih. Lepastu, Beliau merajuk dan cakap, apa ni, barang kita dia pilih, barang dia pun dia pilih. Ikut hati nak tergelak, sebab memang nampak tak fair kan? tapi saya berkeras juga mahu belikan kemeja lain.

Beliau surrender lalu saya heret beliau ke Raoul. Sekali tengok assistant lady yang cantik, terus beliau tawaf satu kedai siap belek-belek kasut. Aik, aik aik? Orang suruh pilih kemeja je Yang ye. Dah dapat kemeja dengan warna yang berkenan, saiz pula takda. Tapi, mereka boleh alter. SO, adalah sesi ukur mengukur yang Dak Yang sangat lah gemari. Senyum sampai balik


Lepastu, tak sabar-sabar nak pergi collect baju walaupun orang tu belum call suruh ambil. HAHAHA. Tu la, kalau kat Mark & Spencer kan tak dapat la kena ukur dengan gadis cantik Yang oi :P
Habis dah sesi pertama guilt-free shopping. HAHAHA. Dinner di Belanga sebelum sampai rumah pukul 11 malam. Sakan sungguh, no?

Day 1- Hantaran shopping list
- Set Perfume lelaki 
- Perfume perempuan
- Kemeja

Saturday, October 22, 2011

Boys Over Flower is Over

Saya sememangnya siput.

Dulu lagi orang dah mengalami Demam Korea. Saya kental. Orang sibuk-sibuk nak balik petang cepat sebab nak kejarkan drama bersiri. Saya kental. Orang sibuk dengan K-POP. Saya kental. Malahan saya berasa aneh kenapa dan mengapa perlu sampai tergila-gila kan orang Korea, mahu travel ke Korea (yeah you sis Ezy) dan mahu melawat Jeju Island (Sumpah tak tahu pun kewujudan tempat ini).

Setelah beberapa tahun (pergh, kelembapan aku makan tahun. Bukan anak-anak punya lembab dah ni) Barulah hati ini tergerak mahu mencuba. Cuba tengok dulu, apa tah yang orang gila kan dengan drama Korea neh. Saya peminat Sinetron. Ok, dah lapuk. Boooo.

Ia nya bermula dari orang ramai yang LIKE MAADUU. Saya macam, apa jadah MAADUU neh? Tapi, dasar malas nak ambil tahu kan. Lantak situ. Hati kecil berkata, mungkin page untuk orang-orang yang membantah poligami (Sungguh cetek dan sempit pemikiran aku kan?) Ye lah, apa lagi yang kau boleh fikir kalau hari-hari pun kau nampak kawan perempuan kau LIKE MAADUU!!

Kemudian, saya nampak Hazlynda Kushairi (nama penuh lagi tu) post banyak-banyak kat wall pasal MAADUU. I was like, laaa, drama korea rupanya! Ok, kental. Lepastu Sis Ezy cerita yang dia ter-missed a few episod cerita apa tah, So, saya yang dungu tentang drama Korea ni cerita la kat beliau pasal MAADUU. Dia pun dah hooked up terus dengan MAADUU. Saya macam biasalah, kental kan? Last sekali my bestie Eca tanya, kat mana nak tengok drama Korea lagi eh sebab dekat Mysoju (Maaf kalau salah, saya kan buta Korea) ada yang tak boleh tengok. Saya pun laju saja sebut MAADUU.

Kau imagine, haku yang takda kaitan dengan Korea neh di tanya oleh orang-orang yang memang crazy over drama Korea.

Jadi, satu malam tu terdetik nak selongkar wall Lynda dan tanya kat beliau tentang drama Korea mana yang saya patut tonton. Jadi, Lynda dengan baik hati suruh pergi tengok BOYS OVER FLOWER dulu, dia kata biasakan diri dengan Hero hendsome Korea. Dalam hati yang degil ni challenge yang saya hanya akan mampu bertahan setengah episod saja dan tak mungkin Hero Korea boleh buat saya kata HENDSOMENYAAAA!!!

Kusangka panas sampai ke petang. Rupanya saya sudah termakan sumpahan. KAHKAHKAH.

Pagi ini saya sudah khatam 25 episod Boys Over Flower. Ye, dalam kesibukan majlis yang dah depan hidung ni, aku boleh habiskan tengok drama Korea. Waktu menonton adalah dari 3.00-5.30 pagi. Mabuk tak? Dan saya nak jerit HENDSOMENYAAAA JUN PYO tu!!!!!!!!!!!!!!


Saya tak tahu pun inilah Lee Min Ho yang selalu disebut-sebut oleh peminat Korean Drama. 

Tak boleh jambu lagi ke? HAHA

Ikut hati nak sidai gambar dia banyak-banyak kat sini. Tapi, sebelum ada yang muntah darah dan tak suka Drama Korea macam saya dulu-dulu, lebih baik saya berhenti di sini dulu.
And now am officially, kipas-susah-mati Min Ho *wink*

Terima kasih MAADUU  :)

Thursday, October 20, 2011

Nak Update

Saya nak update, sumpah. Tangan dah gigil nak hentak keyboard. Tp tak tahu nak  update mane satu dan mana dulu. Bila duduk depan lappy, blank. Banyaknya nak update.

Nak cerita mana satu ni? Saya kalau dah kalut macam ni lah. Serupa ayam betina nak bertelur. Sana sini tak kena, sudahnya terlahirlah entry membazir semacam ini. Perghh, dapat hentak keyboard satu kepuasan, dapat menconteng arang dekat entry sendiri pun dah teruja.

Kesian kalian semua, baca entry tak bermutu. Eh, takpa, baca saja. Tak kena bayar pun kan? Alhamdulillah, kesihatan semakin meningkat. Terima kasih atas doa dan petua kalian. Sumpah terharu. Masih ada yang ambil tahu rupanya. 

Lepas MC 2 hari, masih belum daya lagi nak ke sekolah, tapi gagahkan juga. End up, setengah jalan juga. Lepas rehat memang minta pulang sebab dah tak larat nak duduk, kepala pusing keliling. Berbaring saja yang saya mahu.

Sampai rumah, telan ubat dan kabooom sampai 8 malam. Lepastu call emak (read: emak di bawah) ngadu teringin pizza. Emak pun cakap, ada ke orang nak hantar pizza hujan-hujan ni? Ehh, hujan? Maklum lah duduk bawah selimut, hujan ke, salji ke kat luar memang tak tahu apa.

Tapi saya tetap mahu, dan luckily DOminos sudi melayan karenah si demam tak sedar diri tengah diet tapi makan pizza malam-malam. And, just so you know, mak dan babah makan a few slices je, the rest si demok tak ingat dunia ni yg melantak. Selera orang demam kena penuhi, kalau tak menyesal nanti. HAHAHA


Tadi pula, pergi berjumpa dengan wellness coach saya, Iqa. Wahh, sejak bila ada coach bagai. Lepas timbang, ada a few perubahan, berat turun slow sebab saya makan tak teratur since demam. Dak Yang pun teringin juga nak naik penimbang, and he lost some weight. Kesian sangat. Dah la memang lidi, makin melidi lah beliau. from 64 something tinggal 62.4Kg je. Dulu masa zaman Matriks-UTM berat beliau 67KG. Nampak la gagah sikit.

Jadi, saya menggalas tugas maha berat iaitu untuk memastikan berat beliau naik dalam masa yang sama berat saya tak boleh naik. Apakah? Haruskah saya menjadi penonton bila beliau makan nasi? Beliau gigit ayam, saya gigit jari? HEHE. Tapi one thing for sure, beliau taknak saya lebih demok dari biasa. Oh, bukan sebab kecantikan, tapi untuk kesihatan juga. *Think hard* he he he. 

Lepas timbang berat, mengidam nasi ayam Pak Mal, gigih Dak Yang bawa pergi Seksyen 4 untuk dapatkan nasi ayam. Best lah semacam ini orang demam selalu dapat layanan super special. Tapi, kalau boleh taknak demam lagi. Suffer sangat.

Ahh, cakap banyak tak guna lagi. 22 days left. Tapi saya lebih looking forward untuk tarikh 27.11. HAHAHA (this HAHA is longer)

Monday, October 17, 2011

High Fever

Semalam kan macam baru rasa dedor-dedor plus selsema dan batuk-batuk sikit. Hari ini terus collapse. Mata dah tak boleh buka dah, berair saja. Padahal banyak benda nak kena settle kan. Nak pergi post office, nak pergi kedai langsir, nak basuh baju, tanda kertas yada yada yada.

End up terbaring atas katil saja T_____T

Tak boleh jadi ni, panadol dah tak jalan. Hari ni dah kena sekolah. Larat ke bawa badan yang tak sihat ni? Dengan segala tenaga yang tersisa, pergi klinik. Doctor kata, tinggi demam awak ni. Jadi, Doctor baik hati bagi MC 2 hari. Alhamdulillah. Beliau suruh rehat banyak-banyak dan minum air masak. Ubat pun dapat banyak juga. 

Balik dari klinik, gagahkan diri juga pergi post office untuk beli setem. Ya, kalau sampul anda bercorak di depan, setem yang diperlukan adalah 80 sen, tak kira jauh atau dekat. Perghh, macam ruginya lah. Tapi bila difikir, bila masa pulak saya nak pergi setiap rumah untuk hantar kad. Pejam mata dan beli lah 150 keping dulu. Nanti tak cukup beli lagi.

Jadi, dalam demam ni dapat lah juga menampal setem sampai habis. Jadi, esok dah boleh pergi pos. Saya ni jenis yang malas buat kerja 2,3 kali. Jadi, saya kumpul semua alamat yang dapat dan pos serentak. Maaf kalau ada yang lambat dapat. 

Selesai satu kerja. Sekarang perlu fokus untuk selesaikan kertas periksa dan masukkan markah segala. Macam nak menangis rasa bila badan tak sihat, tapi banyak kerja nak buat, tapi kemampuan terbatas. Doakan saya sihat ye kawan-kawan. 25 days left and am running out of time :(

Saturday, October 15, 2011

Sick (Again)

Tempoh hari selepas terlalu penat dengan aktiviti yang super padat, saya jatuh demam. Tapi sehari saja, sebab Babah dan Emak cepat-cepat bawa saya pergi berurut. Makcik tu kata, saya bentan sebab terlalu kepenatan, urat kaki, tangan semua tegang-tegang. 

Lepas berurut, tak tunggu lama, esoknya terus sihat. Alhamdulillah. 

Kali ini akibat penangan cycle bulanan wanita, selalu saya memang akan ambil pain killer, tapi mengenangkan nak berkahwin dan akan ada effect sampingan kalau nak preggy *ehems*. Jadi, saya pun mengambil jalan untuk bertahan secara sendiri, tanpa bantuan drugs.

Tapi, apa lah daya seorang Yaty, bertahan disini, di sana pula yang kena serang. Saya diserang demam, selsema dan batuk kecil serentak *pening* Antibodi memang lemah lah. Benci kau antibodi. Tak membantu tuan punya badan T____T

Perghh, dalam pening-pening ni, Dak Yang heret bawa ke OU dan Ikea untuk settlekan barang hantaran dan hiasan bilik. Dan, pening pun macam dah tinggal suku bila Dak Yang belikan

ini.
Hurrrahhh :)

Fiance,
Thank you.

Friday, October 14, 2011

BBF Wedding - Adlin Liana

Ye, saya akan review habis semua wedding yang saya pergi dalam turutan terbalik. HAHAHA. Apa-apa saja lah Yaty. Pfft

Saya lah punca kelewatan kami ke wedding Alia di Putrajaya. Mana tak lewatnya, pagi tu ada Gerko di sekolah. Lepas Gerko sambung dengan jamuan anak yatim sebab saya salah seorang AJK Khidmat Jiwa Murni. Memang murni weh, jiwa ini. Lepas tu Dak Yang kata orang air-cond nak datang pukul 3. HAHH???

Hampir-hampir tak pergi dah, call Fiena, buat drama air mata semua, lepastu saya dah bincang dengan AJK Khidmat Jiwa Murni semua, mereka bagi saya pelepasan tak perlu hadir jamuan anak yatim tu. SO, rushing balik rumah, dengan baju kurung tu saya kemas bilik bagi licin baru bergerak ke ke rumah Amy.

Habis, apa jadi dengan orang aircond? HAHA, Dak Yang yang jemput dan tunggu mereka buat kerja dalam bilik saya. Ecewahh, suka lettew dapat masuk bilik pengantin dulu.:P

Ok, habis dah kata-kata aluan. Over habis, kata-kata aluan saja nak banyak perenggan.

Dari rumah Amy, makan mi daging yang sedap bersama Uya, lepastu terus bergerak ke SACC untuk menjemput VIP Fira dan Suria dan kemudian bergeraklah kami berlima dalam viva comel Amy ke Putrajaya. Best oh.

Ok, ok nah, nak sidai gambar lah ni

Terus pergi tulis ucapan manis buat Alia
I love her guestbook deco. Sangat unik dan kreatif
Dah mintak izin dah nak tiru idea beliau
Alia halalkan. Huyehhhh !!!



Siap tulis terus poskan, nanti pengantin baca.

Memang deco guestbook Alia unik sangat. Tak tercapai dek akal ku. Dah la DIY, Alia, saya kagum dengan awak. Habis buat bising di depan, kami sambung buat bising di dalam hall pula. Alia dah sudah sanding time tu, tapi kami takda nak tuju ke Alia, kami tuju nasi. Laparr. Kihkih

US bersama pinggan yang sudah licin.

Makanan di kenduri Alia pun dap dap. Masha Allah, macam rasa nak tambah, tapi tiba-tiba ada jeritan batin, Hoi demok. Dietlah, nanti baju sendiri tak muat, takkan nak salahkan Alia T___T

Lepas perut kenyang baru suka hati nak cari pengantin. Kalau tak muka masing-masing macam apa tah. Waktu ni baru nampak Raden tengah makan dengan suami. Masa lapar tak nampak. Apa jenis perangai lah ni.
Tengah tunggu pengantin habis sembang dengan rakan taulan, tiba-tiba ada seorang gadis kecil molek datang tegur "Ni Hidayati kan?" Terus macam eh eh, budget famous ke apa tah *Pang!!!* HAHAHA. Fariza lah yang tegur itu. Jadi, rombongan BBF makin berkembang. Terus tuju pelamin sebab nak buat sesi tayang muka tanpa malu.

Pelamin Alia by Rico Rinaldi kalau tak salah
Simple dan cantik. Tak perlu pasu bunga besar rumah pun pelamin ini dah indah.
Dan saya paling cinta kan gambar di bawah ini

Heart baju Alia
Heart hand bouquet Alia
Heart make-up Alia.
Alia sendiri pun cantik.
Sama cantik sama padan both of you :)
Dan heart BBF semua,
Saya suka macam mana kita semua pandai bawa diri dan susun diri bagi molek dalam gambar. Sangat teratur dan seimbang. Ye, saya seorang sebelah sini sama dengan Lienda dan Fira di sebelah sana. KAHKAH. Dan motif saya pegang Fiena? Takda motif.

Photobooth Alia yang lenyap dari pandangan selepas gergasi-gergasi BBF semua sibuk nak bergambar, tapi Fira tak sabar-sabar nak lelapkan mata. We know awak baru balik kerja Fira. KIHKIH and nice meeting you Raden dan Fariza. 

Next time kita jumpa lagi di wedding BBF lain. kihkihkih.
Dah, boleh bersurai :)

Thursday, October 13, 2011

29 dan Progress yang Super Kencang

Perghhh, kalau tahu progress sebegini kencang di hujung waktu baik takyah buat awal-awal lah kan? Tunggu saja lagi 10 hari nak nikah baru buat semua, tetap settle. Tapi waktu tu kaki di atas, kepala dibawah, AC dimana? Eh, ehhhh.

Apa dah berlaku dalam sehari ini? Saya bangun 5.30 pagi dan bersiap-siap lalu keluar rumah pukul 6.30 untuk pergi berkursus di hujung alam. Lepastu, sampai disana saya rasa macam WTH? Yang bagi kursus tak tahu menahu hujung pangkal, baru nak set up segala, pastu software tak berfungsi. Silibus tak mengait. Aku rasa nak makan budak. Ngap ngap ngap. Lepastu asik nak break saja kerja sebab dia nak godek-godek komputer. Macam nak hampuk kepala mereka semua guna komputer pun ada. Buang masa kami oiii. Pffttt.

Tapi, balik rumah buat saya gembira. Sebab
  • Pagar besi dah siap cat. Every morning lepas babah wirid dan mengaji, beliau akan pakai t-shirt dan seluar buruk bersama topi besar keluar ke depan rumah dan mengecat pagar besi, satu hari 3 tiang. Sikit-sikit lama-lama semua tiang jadi hitam *Peribahasa merapu*
  • Dinding dari tangga dan keatas juga sudah siap bercat putih. Dulu, waktu orang tu cat, dia cat separuh dinding saja. Nampak sangat belang dia. Sekarang sudah putih sama rata. Takda perbezaan warna kulit lagi (?)
  • Emak sudah bersihkan kipas, bilik dan bilik air sebersih-bersihnya. Sampai berkilat shining-shining. Silau mata memandang. Kipas laju gila kau, macam kipas heli pun ada. Nak masuk bilik sendiri pun segan sebab bersih sangat. HAHAHA
  • Dressing table dah sampai YAYYYY. Lepastu, emak dah siap atur semua krim-krim, alat solek semua dalam dressing table tu. *Terima kasih emak*. Saya suka bau furniture baru.
  • Kerusi panjang juga dah sampai, tapi tak cleopatra pun. Saja buat tempat duduk sembang-sembang dengan suami (tempat untuk merajuk perhaps)
  • Langsir dah siap. Wohooo. Langsir yang super simple untuk kesenangan in the future sebab isteri ni juga yang kena basuh langsir tu, takkan nak suruh emak pula. Langsir yang berombak macam tsunami tak membantu isteri pemalas. Cantik saja, menyusahkan orang nak buat apa? KAHKAH
  • Dah dapat contact number untuk Dj dan orang kompang dari caterer
  • MG update about pelamin. Tak sabau nak tengok rupa pelamin sendiri.
  • Alas nikah from Kina dan Inai from Alia juga sudah berbayar, ehh termasuk rawatan kaki bersama ahli persatuan.
  • Esok dah boleh collect kotak dan bunting dari tempat kad kahwin.
Semuanya menggembirakan, kecuali part baju T____T. Ok, takyah fikir banyak, kalau terpaksa pakai baju kurung cotton pun tak mengapa, asal dapat kahwin dengan Darling Fiance.

Wednesday, October 12, 2011

30 Days Left

Memang hebat penangan dan dugaan nak berkahwin ni kan? Dulu kan saya asik terfikir, ala, kalau buat preps awal-awal, nanti dah dekat boleh rileks-rileks. Feeling bridezilla tu macam mane ha? Dugaan nak dekat akan kahwin makin hebat? Tak dapat imagine langsung.

Well, well, well sekarang hambik kau!!!

Tekanan memang super hebat sampai dah rasa nak habis dari seksa ni cepat-cepat. Dah tak sanggup nak duduk dalam situasi menekan ni lagi. 100 hari masih sanggup tunggu. Lagi 30 hari macam nak .....

Kau faham ke aku cakap apa? Aku sendiri pun tak faham apa yang aku cakap. Dugaan tu masa dulu tak timbul, bila dah dekat hari ni lah benda yang takda isu jadi isu. Haa, macam tu lah. Contoh, order dressing table colour putih, Ok, lega, dressing table dah order, kira dah settle. Alih-alih orang tu call cakap, eh, colour putih takda la, kelabu taik anjing je tinggal. Kan dah jadi isu. Tapi, tu contoh, dressing table saya memang warna putih. 

Kadang-kadang tu la, kita bersungguh-sungguh buat sesuatu benda tu biar sampai takkan ada masalah di kemudian hari. Alih-alih, bila ada pihak ketiga, keempat masuk campur, cerita dah jadi lain. benda tenang pun boleh berkocak. Arghhhhhhhhhhhh

Lagi 30 hari, lagi 30 hari. Lagi 30 hari korang akan hadap entry tak bermutu dan takda hujung pangkal macam ni. Bila penulis sudah berkepala angin dan mood swing. Eh, sudah dulu lah. Nak kena kemas bilik, esok dressing table yang colour putih tu nak masuk. Dia nak hantar tadi, tapi saya tak bagi, Kat rumah takda orang la. HAHAHA Mati lah kalau dia hantar tadi sebab bilik dah macam Titanic karam.

Esok kena pergi kursus lagi. Tak faham kan? Masa aku masih anak dara takda planning nak berkahwin, takda pula dia nak hantar aku ni kursus mana-mana, bila aku tengah  tak cukup masa, kaki dan tangan ni lah di hantarnya kursus ke ceruk mana tah. Habis dah satu hari yang berharga.

Itu pun menjadi salah satu punca aku makin tertekan T______T

Wednesday, October 5, 2011

Review : Grand Wedding at Grand Dorsett

Nak dekat-dekat kahwin ni, Darling Fiance macam rajin sikit nak pergi wedding orang. Kalau tak, sibuk memanjang.

Ahad beberapa minggu lalu, beliau di jemput ke majlis perkahwinan kawan merangkap Ketua Pelajar KUSESS, Shahrin Dato' Shamsudin dengan Katrina Safura. Kami pergi sekali dengan his BFF Iskandar, yang pulaTimbalan Ketua Pelajar. Dak Yang takda jawatan ke oi? Oh, beliau adalah prefect setengah jalan. HAHAHA. You get what I mean?

Wedding tu berlangsung di Grand Dorsett, Subang. Mula-mula masuk saja, tengok entrance deco dah speechless habis. Tak dapat nak snap sebab terlalu ramai orang keluar masuk. Bila dah sampai dalam, lagi lah *drop jaw*. Kagum sangat.

Dak Yang suruh saya dan Husna (wife Iskandar) pergi ambil makanan dulu. Akibat dah terlebih kagum dan tak tahu nak makan apa, sebab makanan dia semua nampak sedap, ada butter prawn, ada stall lemang. mi udang, roti canai dan macam-macam lah. Saya mampu ambil mi udang seciput. Lepastu dah tak lalu makan. HAHAHA, ada bunyi macam orang jakun tak?

Mata saya browsing every sudut dan corner and I spotted Datuk Radzuan Radzwill and the team berdiri sebelah meja saya tengok pengantin atas pelamin. HEWHEWHEW.

Iskandar dan Husna cakap, Yaty boleh cari ilham kat sini. Muka Dak Yang dah kelat-kelat masin dah. HAHA. Wedding grand sebegini bukan tahap kami. Kami tak mampu. Ok, takyah buat ayat simpati.

Nah, saksikan beberapa keping gambar

Walkaway deco
cantik

Meja makan beradab
cantik cantik

Syiling Deco (tak tahu nak panggil apa)
Cantik juga, dia guna giant paper flower

Abang Nas sebagai Pengacara Majlis

Bob antara penyanyi undangan

Pelamin yang super cantikkkkkkkkkkkk
Mereka kata by Flora Etc.
*nangis*

Gambar pengantin yang saya dapat snap bersama Iskandar & Husna
Dak Yang tak pi salam? Dia kata jangan kacau majlis orang :(

Doorgift yang diterima. Bapak berat

Isinya?
Balang comel berisi coklat

OV mereka adalah Manggis. *Nangis lagi* dan OP saya tak dapat kenal pasti sebab ramai sangat. So far, ini wedding paling grand saya pernah hadiri sampai tak lalu makan. HAHA, Kau boleh faham apa masalah aku? HIHI

Alya comel, anak Iskandar & Husna.

Tuesday, October 4, 2011

In Progress : Wedding Attire

Tersenyum tak girang sangat. HAHA

Baju nikah, bersanding dan malam berinai semua sudah siap. Tapi semua takda dalam almari pun sebab semua belum boleh di bawa pulang. Baju bertandang saja yang belum siap dan belum fitting. That one complicated sikit.

Takda teaser-teaser, imagine saja boleh. HAHA.

Baju nikah saya dapat idea dari baju Heed. Anda tahu I loved everything about her wedding. Sepuluh dah kau mentioned oii. HAHA. Mana yang saya mampu hire, saya pergi. e.g : OV. Dengan Sharifah Kirana takda rezeki. Miscommunication masa buat appointment :(

So, tadaaaa

 Pic credit : Heed Sidek

Baju nikah saya lebih kurang macam ini. Nak exactly tak dapat. Saya tak sekurus Heed. Eh, apa kaitan. HAHA

Untuk baju sanding, saya ada kain, tapi takda idea. Tengah browsing blog Arma, ternampak exactly kain macam yang saya beli itu. SO, I've decided nak buat baju macam yang di bawah

Pic Credit : Blog Arma

Simple saja kan? Tapi saya tak buat dress sebab lepas kahwin nanti tak boleh nak pakai. SO, saya buat 2 pieces. Veil tak tahu macam mana rupa sebab masih pada Halim. Harap nampak kurus bila pakai baju itu. HARAPAN saja lah.

Dan saya rasa baju malam berinai lagi cantik. HAHA. Perasan ke apa ni. Pada pandangan peribadi lah ni, saya cinta baju malam berinai saya. Macam nak pakai buat sanding, tapi haruslah takda kaitan dengan baju lelaki

Baju malam berinai sebelum beading.
Saya yang minta reben tu. Motif? Nak feeling pwincess. 
KEKEKEKE

Tudung pun dah settled. Tudung nikah sudah minta Koleksi Vispera tambahkan pearl dan tudung sanding sudah request buat exactly macam

Tudung Aida
Harap lagi akan nampak cantik macam Aida.
Puhh-liss lah Yaty. Stop dreaming T____T

Semua dah selamat belayar dalam kotak kasut ni. Hewhewhew

Veil, veil, veil. Tinggal veil nikah yang belum confirm. Huarggghh. Kakya suruh pergi try test tengok sendiri. Tapi nampak dalam gambar pun macam tak masuk.

Veil Kakya putih betul, baju saya putih susu
Susu? Kuikuikui

Kasut pula kena tempah akhirnya, sebab pusing sana sini memang tak dapat pun kasut yang boleh masuk dan berkenan di hati. Hampir-hampir terbeli kasut 800 itu. Tapi, emak cepat-cepat tampo dan cakap, 800 dekat kaki, nak buat apa? 

Terus sedar, saya bukan ada banyak duit pun nak letak 800 di kaki T_____T

Kasut Idaman from Thomas Chan. RM800 T___T
bukan yang pink tu. HAHA

Jadi, tamatlah sudah tentang part wedding attires ini. Phewww, lega.

Monday, October 3, 2011

Anda Semua Di Jemput Hadir

The moment of truth. Eceh,

Kepada rakan-rakan blogger yang pernah singgah, tersinggah, silent reader, BBF, rakan-rakan semua. Saya dengan rendah hati ingin menjemput semua ke majlis perkahwinan saya seperti yang tertera dalam kad di atas.

Jadi, sila tinggalkan alamat anda di FB saya atau emelkan pada saya gurlpuff.b@gmail.com

Insyaallah, saya akan edarkan kad jemputan kepada semua.

Tak sabar nak jumpa anda semua. It's time for us to meet up in real world :)

Saturday, October 1, 2011

In-Progress : Checklist Updated

Sejuk mata memandang sebab banyak yang dah biru. HAHA. Eh, takyah HAHA sangat lah, masa dah terlalu suntuk, tak sempat nak kejar nafas sendiri. Bila malam, tangan melekat atas dahi dengan ucapan di bibir, sempat ke, sempat ke, sempat ke?

Kita kena postif!!! Jerit SEMPAT YATY dalam telinga saya kasi gegendang berpinau skek.


Terima kasih :)


1. Tarikh :
Nikah : 12 November 2011 (11.00 pagi)
Resepsi : 13 November 2011 (10.00 - 4.00 petang)
Bertandang: 20 November 2011 (Malam)

2. Theme & concept:
Nikah : Off white - Confirm
Resepsi : Silver (major) + Pink - Confirm
Bertandang : Peach + Off White - Confirm

3. Legal documents:
Kursus kahwin: Done

Hiv Test: Done

Borang Kebenaran Nikah: Done

4. Venue
Nikah : Rumah : Batu Belah, Klang
Resepsi : Rumah : Batu Belah, Klang
Bertandang: Dewan Jubli Perak, SUK, Shah Alam

5. Catering/Canopy
Nikah : Nassir Catering- Done - Belum bayar depo
Resepsi :Nurul Izzah Catering - Already paid 20%. Balance-Pending
Malam Berinai : Nassir Catering -Done - Belum bayar depo

6. Pelamin
Nikah :
-Bantal nikah: Rent from Kina - Belum bayar Depo
Resepsi : Merisik Gallery - Already paid deposit 50%. Balance-Pending
- Design : in progress
- Deco tangga : In Progress
-Dais & Decoration: Borrow from Eca

7. Photographer
Nikah : Dreyanzcolour Photographer (Redza & Nik) - Already paid depo RM200. Balance - Pending
Resepsi : Dreyanzcolour Photographer
Bertandang: Dreyanzcolour Photographer

8. Videographer
Nikah: Dosh Production (Abang Sabirin) Depo 50%- Balance Pending
Resepsi: Dosh production
Bertandang: Dosh Production
Choices of songs: Pending

9. Wedding outfits
Nikah:
-Dress: Done
-Tudung: done (Ariani)
-Veil: Pending.
-Shoe: Pending.
-Accessories: Pending.
Resepsi:
-Dress: Done
-Tudung: In progress
-Veil: In progress
-Shoe: Pending
-Accessories: Pending

Bertandang:
-Dress: In Progress
-Tudung: in progress
-Veil: in progress
-Shoe: in progress
-Accessories: Pending.

10. Makeup
Nikah: Anis Finesse Touch - Depo RM200 - Balance : pending
Resepsi: Kelrina HOF- Depo RM 500 - Balance : pending
Bertandang: Kelrina HOF

11. Doorgift
Nikah: Pending
-isi dalam: Pending
Resepsi: Boxes - Done
-VIP doorgift:Done Kek Lapis Sarawak -Depo 1K. Balance - pending
-Guest doorgift: In progress
- Friends doorgift :In progress
- Kanak-kanak : pending
Malam berinai:Pending

12. Bunga Pahar/Bunga Manggar/
Nikah: Done
Resepsi: Done

13. Hantaran
Bilangan dulang: 7 berbalas 9
For bride:
  1. Mas kahwin & Gelang-pending
  2. Handbag & Kasut - Pending
  3. Jam & BB - Done / pending
  4. SKII & Perfume-Done
  5. Telekung, sejadah & Tafsir Quran - Done
  6. Coklat - Pending
  7. Sireh Junjung - Pending
To decorate: Halim
For Groom
  1. ?- pending
  2. Kasut- done
  3. Kemeja-done
  4. Jam tangan- done
  5. Perfume set- done
  6. Dompet & Belt- pending
  7. Cuppies- pending
  8. Coklat-pending
  9. Sireh Junjung-pending
To decorate: Yanie from The Craft Potion

14. Cincin/ Gelang kahwin
For her: Pending

15. Invitation Card
Resepsi: Amazon Card
-800pcs = RM829
-Balance: RM229 - Done
-Design: Done
-Printing:Done
-Pos : pending
- Free Bunting & Kotak - Pending

16. Cake
Nikah: Maybe pulut Kuning (pending)
Resepsi: Free from Caterer plus 2 dummies


17. Jurunikah/Pembaca doa
Nikah: Jurunikah-Babah
Tok Kadi - Ustaz Malek
Resepsi: Pembaca doa-Pending

18. Handbouquet
Nikah: Pending ( The Craft Potion)
-Types & colors of fresh flower: Calla Lily White (Macam Nurul Syuhada punya)
Resepsi: Pending (The Craft Potion)
-Types & colors of fresh flower: Pending / Pink
19. Guest List
Nikah:To be confirmed
Resepsi: 1000 invitees. In progress

20. MC/Kompang/Entertainment
MC: Done (Dalam Pakej Nurul Izzah Catering)
Kompang: Done
PA system: Done
CD of songs: Pending

21. Pengapit/Bridemaids/Bestman
Nikah: Bridemaids
9 Bridemaids: Done
- Bridemaids dress:Done

Resepsi: _______ & Sarah
Dress: Baju melayu (pending) & Baju kurung moden (done).
Color: Red
Bertandang: _________ & Yunie
Dress: Baju melayu (pending) & Baju kurung moden (done)

Color: pending


22. Dresses for family
Nikah : Coklat/Gold - done
Resepsi: Lelaki (Grey) Perempuan (Pink)- Done
40 Buttoniers: The craft potion: Pending
Bertandang: Done

23. Bilik pengantin
Katil: Done
Decoration: Pending
Dressing table : pending
Side Table : pending
Air conditioner : Done
Langsir : pending
Carpet : Pending
Cleopatra chair : pending
24. Signage
Resepsi: pending
Location: pending
Design: Pending
Printing: Pending
Welcome sign & Easel: The Photobooth Corner- Already paid 50% depo- balance - Pending
25. Facial/Massage/Inai
Pending

26. Honeymoon
Date: Pending
Location: Pending
Tickets: Pending
Accommodation: Pending

27. Pre/Post Wedding
Photographer: (Pre)The Photolicious & (Post) Pending
Theme: pending
Outfit: Pending
Location: pending
Date: pending

28. MISC
Guest Book - Creative By Lynda - Pending
TQ Tag (VIP, Friends & Guest) : CBL - Pending
Guest Book corner - Pending
Photobooth Corner - Pending

29. Candy Buffet (Sponsor by The Craft Potion)
Pax : 50
Date : 12 Nov 2011
Theme : pending
Credit to : Kina :)

In-Progress : Isi Doorgift

Apa yang boost energy saya sehingga saya sanggup menghadap belog di kala keletihan yang mendalam?

Nuffnang yang pemurah bagi BE lepas saya cash out kan duit minggu lepas. Selalu nya memang belog saya payah nak dapat BE terus bila isi dah kosong, Campaign memanjang. Tapi kali ini, campaign takda, BE yang melonjak. Syukur sangat. Rezeki. Terima kasih anda, anda dan anda juga :)

Mari, mari. Kalau sesiapa masih buntu memikirkan apa nak beri pada tetamu, saya ada idea sikit. Idea ni pun tercetus lepas dah kecut perut dan cuak-badak. Eh, tinggal berapa hari mahu kahwin, ada kotak saja, isi dalam tak wujud. Mahu saya berikan kotak kosong pada tetamu. Tapi, mahukah saya menerima kutukan, hinaan dan lemparan kotak?

Jadinya, bila waktu semakin menghimpit, secara tidak langsung otak akan berfungsi dengan deras dan menghasilkan idea luar biasa. Kadang-kadang idea tak boleh pakai pun ada. Jadi, pandai-pandai anda sebagai tuan punya otak untuk mengasingkan idea yang bagus dan hampas. 

Kenapa, bila badan makin letih, entry makin merapu?

Saya dan emak telah bersetuju sebulat suara untuk semua jemputan dan tetamu akan mendapat 


Kek buah kukus ini saya tempah dari orang kampung di Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang. Dia sangat pakar membuat kek kukus. Harga nya pula jauuuuhh lebih murah dari harga pasaran. Sebab tu gigih la mencari orang yang buat kek ini.
 
Memang ianya dikukus dan bukan di bakar. Sangat lembut. Saya suka, emak pun suka. Nombor telefon ada pada emak lah. Kalau mahu, sila tinggalkan soalan pada emel. Nanti saya beri nombornya. Jangan tinggalkan emel saja, pengerasnya sekali, jangan lupa. Teehee.

 Cara macam mana nak potong dan besar mana saiz dia itu terpulang pada emak lah. HAHA. Takda lah saya nak pergi mengukur pakai pembaris agar semua tetamu mendapat secara sama rata 4 segi tepat.

Buat rakan-rakan pula, idea saya nak beri coklat Beryl's mendapat bantahan. Saya anak yang solehah, harus lah tak derhaka kata orang tua. Jadi, saya tukarkan coklat kepada
Kacang Tumbuk

Order dengan Elya weh. Elya Elmo.

Elya adalah kawan baik Fiena. Fiena adalah twins kesayangan saya. Siapa tanyaaaaaa?
HAHAHAHAHA

Suka tak? Suka tak? Ok, kalau suka, sila datang wedding saya. Ehhh, datang sebab nak kacang tumbuk ke nak jumpa saya? Sebab kami nak tumbuk muka kau sedas Yaty. Nah!!