Thursday, September 29, 2011

Prosedur Nikah Untuk Perempuan Negeri Selangor : Step By Step

Baca Bismillah dah semua? Bagus

Sebelum membaca para seterusnya, anda kena pastikan yang borang pihak lelaki sudah siap diisi dan dah dapat borang kebenaran untuk bernikah. Kalau belum, sila lah settlekan borang lelaki terlebih dahulu. Saya malas nak cerita prosedur borang nikah lelaki, sebab saya perempuan. HAHA, tak kelakar. Nanti, kita dahulukan pihak perempuan sebab selalunya kan ladies first atau First Lady. Pfttt.

Hey Ladies jangan mahu dibilang lemah semua. Anda betul-betul dah sedia nak kahwin? Ewahh, mintak penampar nampaknya si Yaty neh. Ok, kalau anda jawab iya dalam hati sebab takut nak dizahirkan, dah pergi Kursu Pra Perkahwinan ke belum? Kalau belum pergi SINI

Kalau dah pergi kursus sila abaikan para di atas. Tapi, kalau dah terbaca, kira halal saja. Anggaplah ianya seperti menimbu ilmu secara free.

Pergi kursus kahwin sudah, err, HIV test & Talasemia dah buat dah? Kalau belum pergi SINI

Kalau semua dah, anda betul-betul nak kahwin ni. HAHAHA, mari kita lihat the next step,

MULA-MULA : Print borang 2C di SINI
KEMUDIAN : Print borang Wali di SINI
KALAU ALAMAT IC TAK SAMA DENGAN ALAMAT SEKARANG : Print Borang di SINI

Dah print semua borang boleh tidur diam-diam. HAHA, Taklah. Pergi lah isi borang dan sila ikut senarai semak yang dia bagi tu untuk memudahkan urusan di SINI

Anda perlu:
  1. Bawa 2 orang saksi anda (tak kira siapa, abang, adik, jirang tetangga, rakan taulan, ex-kekasih LELAKI) bersama-sama dengan wali berjumpa dengan PPN (Penolong Pendaftar Nikah Kawasan). Kalau tak tahu mana nak cari, sila pergi ke PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) terus. Yang 3 orang jejaka penting ini jangan dilupa. Boleh tandatangan di sana juga.
  2. Bawa diri sendiri, jangan lupa :)
  3. Jangan lupa bawa sijil kursus original, HIV test slip original, dan IC semua yang berkaitan.
  4. Bawa borang permohonan nikah lelaki yang dah siap diisi dan dapat surat kebenaran berkahwin. Yang lelaki tuan punya borang tak perlu bawa. Tak penting. HAHA
  5. Bawa duit sepuluh ringgit untuk bayaran proses borang.

Jangan:
  1. Tandatangan borang tu siap-siap di rumah, kelak borang akan di anggap borang rosak (ingat undi rosak ke apa)

Tidak Perlu :
  1. Bawa gambar pasport berkeping-keping. Dia taknak, itu masa buat kad nikah nanti baru bawa.
  2. Panik, tiada sesi interview yang akan dijalankan.
  3. Surat akuan bujang, JAIS tak nak tahu kau bujang ke dara. HAHAHA

Rasanya itu saja. Yes, lelaki boleh mula isi borang 3 bulan sebelum kahwin dan perempuan 2 bulan sebelum kahwin. Bila borang nikah dah settle, baru lah bermakna wedding preps yang lainnya. 

Sekian, ada soalan sila ajukan. Saya memang kaunter pertanyaan.

Tuesday, September 27, 2011

Nikah Venue : CONFIRM

Bismillah

Saya perlu cekal hati dan kaut semangat yang ada untuk menyiapkan sebuah entry. Aku tahu kau tak minta, tapi aku saja nak sua-sua.

Setelah hampir beberapa bulan tak tidur malam akibat memikirkan nasib diri, dimanakah akan bernikah. Bernikah sambil duduk di atas kerusi dan meja di masjid, atau bernikah dirumah atas alas nikah empuk milik Kina. HAHAHA. Keputusan telah pun diambil.

Drum roll please. Hoii, dalam masjid tak boleh ber-drum segala. Hormat sikit.

Tak faham?. Nah baca SINI

Saya dapat bernikah dirumah manis akhirnya. Syukur pada Tuhan. Ini berkat doa emak siang dan malam.

Cerita dia lebih kurang macam ini:

Waktu bulan puasa tempoh hari, Tok Kadi itu kan menjalani operasi jantung. Doctor kata, 4 salur darah ke jantungnya sudah rosak habis. Sepatutnya, Tok Kadi tersebut tak boleh hidup dengan keadaan jantung sebegitu. Tapi, ye lah. Ajal maut di tangan Tuhan. Jadi, beliau selamat menjalani pembedahan dan di arahkan supaya berehat.

Perancangan yang saya dah susun rapi selama berbulan-bulan adalah mahu minta keizinan untuk bernikah waktu beliau tengah operasi. Jadi, bila tiada Penolong Pendaftar Nikah (PPN) kawasan, kita boleh minta dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Tapi, masalahnya waktu itu semua tengah sibuk buat persiapan raya. Siapa nak layan aku terhegeh-hegeh nak uruskan hal nikah. Dak Yang kata lepas raya saja.

So, hari Khamis yang dah berlalu dua minggu, saya membawa borang ke PAID Klang. Nak tanya macam mana nak ambil tandatangan PPN kawasan kalau orangnya sakit. Dengan muka confident, saya terus menghala ke Unit Undang-Undang Keluarga. Yakin ni. Tengok semua muka kusut kena kaunseling, saya je muka happy nak kahwin. Lama ni tunggu orang tu tengah kaunseling, so, bila sampai turn saya,

Ok, apa masalah awak?
Saya nak tanya pasal borang nikah. (Muka innocent)
Bukan kat sini. Kat kaunter 3 depan sekali.

Sekali tengok fail kakak tadi, aduan mahkamah nak bercerai. Danggg. Patutla ngeri je muka masing-masing. Saya yang terhegeh-hegeh bawak muka happy nak kahwin.

Lepas dah memalukan diri barang seminit dua, masuk dalam bilik kat depan sekali, dan terus cari kaunter 3.

Mana kaunter 3? Sebab tak nampak kaunter dalam bilik tu
Cari kaunter 3 untuk hal apa ye? Tanya ustaz tu
Nak tanya pasal nikah
Kaunter 3 sebelah sana. Sini bilik untuk Mualaf. Padan lah ramai yang berkulit tanned dalam bilik tu.

HAHAHAHAHAHAHAHA. Gelak sampai pengsan. Silakan. Jangan jemu-jemu.

Lepas tanya ustaz di kaunter 3, beliau kata, kes-kes Tok Kadi saya semua perlu berurusan di PAID Klang sebab Tok Kadi saya belum ada pengganti. Lega hati saya. Usaha yang saya perjuangkan untuk bernikah dirumah telah menampakkan sikit hasil.*bertango*
Macam mana prosedur untuk bernikah di Selangor (Klang to be specific) saya sambung esok ya. Stay tuned :)

Saturday, September 24, 2011

Allah Maha Mendengar

Saya suka lelaki yang

  • Educated - Sebab bila dia educated, secara tak langsung dia terus nampak handsome (walau hakikatnya tidak) dan awesome. Dia boleh membawa kita kepada masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ahh, tak memasal.
  • Tinggi - Sebab tinggi itu seksi. Tang mana tah seksi tu? Tak faham. HAHA. Tapi saya rasa dilindungi dan selamat berjalan dengan lelaki tinggi. Macam ada yang memayungi (literally)
  • Kulit tanned (gelap) - Machonya kau wahai lelaki yang berkulit gelap. It shows yang kau sangat aktif dan tak takut peluh. Hew Hew Hew
  • Wangi - Alahai, kita boleh tahu yang dia sangat menjaga penampilan dan diri.
  • Katakan tidak pada rokok - Errrr
Inilah impian dan doa saya sejak dahulu kala. Alhmadulillah, Allah maha mendengar. Doa saya (1-4) Allah perkenankan. Yang ke 5, Insha-Allah someday. Kan Yang kan?

Entry terhasil akibat dari terlalu merindui Fiance yang sudah dekat di mata, tapi sibuk bekerja. Kata nak masa depan yang gemilang. Hambekkkkbekkkbekk, jadi kambing terus. Ok bai.

Thursday, September 22, 2011

SKII - My Skin Grade

Baiklah, sesiapa yang baca belog Hanis Zalikha, mesti dia ada baca entry What Grade Is Your Skin kan kan kan?

Hari ini mahu meleraikan segala kekusutan dari readers sekalian yang emel dan tanya, saya pakai SKII ke? Which range yang saya guna? How much et cetera et cetera et cetera.

Ini semua angkara review BBF kesayangan yang mentioned kulit saya flawless, pakai SKII kononnya. (Yes, it's you Fira, Lienda, Uya, Fiena, Amy, Lisa, Suria) Semua pun nak termakan kata-kata mereka lah kan. HAHA

Kulit saya tak flawless seperti yang digembar-gemburkan. Dan, ya, saya tak pakai SKII pun. Baru nak beli dan letak pada dulang hantaran nanti.

Saya sempat pay a visit to 2 kaunter SKII. Yang di Bukit Raja, the girl asked me adakah saya pengguna SKII? I said No. Baru nak cuba ni. Why? You have nice skin. Pakai produk ape? Eh eh, terbalik sudah. Lepastu, dia cepat-cepat suruh saya grab promotion 199 untuk miracle water, toner dan kapas. HAHA

Kali kedua, saya ke One Utama. Dekat sana lah saya dapat buat test for my skin. Kulit terbaik, gred dia adalah 5D. My skin cuma dapat 2D saja. TSK

Pic credit : Hanis Zalikha

Skin saya excellent pada Spot Control 81% dan wrinkle Resilience 79% tapi sangat teruk pada firmness power dan radiance enhancement. Jadi, dia pun suggest saya ambil
Facial Treatment Cleanser

Facial Treatment Essence

Cellumination Essence

Cellumination Deep Surge

Tapi, tapi, tapi each product pun harga dia taknak kurang dari RM499 *pengsan*. Mungkin akan ambil yang wajib-wajib sahaja. Yang bagus dengan SKII ni, penggunaannya adalah sangat minima. Maksud dia essence yang medium itu bole pakai sampai 3 bulan. Jadi, sempat menabung untuk beli yang baru.

Tak sabar nak ber SKII. Tak sabar nak tengok macam mana lah rupa kulit yang 5D tu. HEHE. Cepatlah November.

Wednesday, September 21, 2011

Fun Fact about Family


  1. Ada 6 orang guru dalam gambar di atas iaitu Babah, saya, kakak (baju kurung ungu), abang (baju melayu merah hati), kakak ipar (baju kurung merah hati) dan abang ipar (baju melayu ungu)
  2. Emak, walaupun bukan guru secara bertauliah, tapi saya tetap anggap beliau sebagai guru disiplin sebab emak selalu tak bagi saya ponteng sekolah. Apatah lagi ponteng kerja.
  3. Saya, abang dan kakak ipar mengajar dalam satu sekolah. Ya, tapi sekolah tu bukan keluarga kami yang punya.
  4. Saya dan kakak ipar adalah rakan sekerja sebelum abang saya pergi mengorat beliau. Jadi, dari rakan sekerja terus jadi kakak ipar.
  5. Saya dan abang ipar pula adalah rakan semaktab walau berlainan kelas. Saya lah cupid yang menyatukan mereka. SO, dari rakan semaktab terus jadi abang ipar.
  6. Apa perasaan rakan-rakan jadi ahli keluarga terus? Mula-mula rasa pelik sebab eh, dulu kau kawan-kawan jumpa kat sekolah, kat maktab. Sekarang balik rumah pun mereka ada sekali di bawah satu bumbung. Kau faham ke ayat aku ni?
  7. Adik lah satu-satunya makhluk yang tak mahu jadi cikgu. Tapi, takpa, esok kalau dah takda hala tuju lepas grad mesti jadi cikgu juga. HEW HEW HEW
  8. Saya tengah sibuk nak mengheret Dak Yang (tiada dalam gambar, tapi ada dalam hati) untuk isi borang KPLI.
  9. Bila family vacation setiap hujung tahun, baru lah lengkap semua sekali sebab semua pun cuti waktu cuti sekolah.
  10. Abang ipar adalah lebih tua dari abang saya.
  11. Saya, kakak dan adik beza umur adalah 5 tahun setiap seorang.
  12. Muka adik dan muka saya adalah serupa. Kedudukan tahi lalat kami pun sama. Bila adik pakai tudung, dia akan kelihatan seperti saya. 
  13. Sekarang, takhta makhluk paling tinggi dalam keluarga di pegang oleh adik, bulan 11 nanti takhta akan dirampas oleh new family members. You guess?
  14. Saya sedang demam sewaktu menulis entry ini akibat 2 minggu yang melelahkan, sebab tu my brain cannot function properly.
  15. Tahniah, sebab anda sanggup membaca hingga ke titik terakhir.
  16. Eh, belum akhir lagi. Jap gi saya nak pi Pejabat Agama untuk submit borang nikah.
  17. Ok, dah akhir. titik

Friday, September 16, 2011

Hectic Week

Maafkan kami penunggu gua, maafkan kami penunggu gua. HAHA, belog kan secara rasmi dah bertukar kepada gua untuk seminggu ini.

Tak pernah saya bayangkan bahawa kehidupan boleh bertukar sesibuk ini. Phewww, selamat ini hanya duduk dalam zon selesa, bangun pi sekolah, balik sekolah, main SIMS. HAHA, sila tahu main Sims adalah kegiatan wajib dalam rutin harian.

Mari kita lihat, apa yang sibuk sangat tah tu

  • 9/9 - Taklimat UPSR di SKTKJ - SKRP - Klang - Lipis
  • 10/9 - Lipis - Kuantan
  • 11/9 - Kuantan - Tg Malim - Klang
Di sekolah pula, settlekan banyak benda sebab takkan masuk sekolah sampai selasa depan. Kerja dah mula banyak sebab dah nak akhir tahun, saya pun dah mula nak pengsan. Nak kahwin lagi 8 minggu. *pengsan terus*

Jaga exam pagi-pagi dah kena bangun sebab sekolah jauh. 7 pagi dah kena gerak. Stress tempuh jammed di Klang sana. Hari kedua lagi la, pukul 6.15 dah gerak. Tak pernah lah bangun gelap-gelap lagi pergi kerja. Selalu pukul 1 baru nak pergi T_____T

eh, tiba-tiba rasa malas nak sambung. HAHA, secara tiba-tiba juga entry berhenti disini. Maafkan kami penunggu gua.

Thursday, September 8, 2011

In-Progress : Baju Family & Bridesmaid

Pheww, lagi dan lagi. Segala perkara berkaitan kain-kainan dah settle. Finally

Baju untuk family, dayang-dayang, baju nak pi bertandang. Semua done. *lompat bintang*


Lace yang saya beli di Jakarta masa tahun 2009, tak buat baju pun lagi. Emak macam berkenan. Padahal, dah belikan emak punya kain dah. Emak pun macam anak gadis dia, mata rambang, tak tahu nak pilih mana satu.


Yang kain lace hitam (yang dibeli di Jakarta juga lama dulu) dan pink tu mungkin akan jadi baju malam berinai. Mungkinlah. Sebab selagi dia tak jadi baju, tak boleh nak cakap. HAHA. Yang Lace Gold tu pula emak punya untuk malam berinai. Emak lagi. Dan dalam beg-beg itu semua adalah baju untuk ahli keluarga.

Aik? Emak again?
Hari Isnin hari tu pergi ke Jakel untuk cari baju family untuk majlis bertandang pula. Kami ambil keputusan yang waktu majlis bertandang nanti tema ahli keluarga adalah bebas. Ikut suka hati masing-masing nak pakai warna apa. HAHA. Yang atas ni warna baju emak dan babah.

Kami pergi waktu dia baru buka. Tak ramai orang lagi. So, memang dia layan kita je. Dapat pengurangan harga yang WOWWW, memang melampau punya hebat. Takyah tunggu sale. HAHA. Mesti anda takkan caya harga yang kami dapat untuk Chiffon beaded 4.5M di atas ni RM 350 plus free lining and free kain baju melayu.

Untuk kain satin yang harga RM28 semeter bole dapat sampai RM 12 semeter okeh. Sangat gembira memborong kain buat dayang-dayang. Maaf, saya tak mampu nak sediakan lace untuk kamu semua.

Punya la lama tunggu emak memilih kain. Muka nak bosan semua.
Haha

Memang hari tu nekad nak borong semua kain sebab dah taknak lagi fikir hal-hal kain. Kerja lepas ni adalah mengagih-agihkan kain kepada orang-orang tertentu.


Hasil menjala kain di Jakel. Penuh boot kereta Ingat kain ingat Jakel. Tak memasal

Wednesday, September 7, 2011

In-Progress : Wedding Card

Baiklah, baiklah. Someone should slap me in the face and tell me, STOP PLAYING THE SIMS lah oii, kau tak tahu tinggal berapa detik saja ni?

Everytime lah menghadap lappy, perhatian lebih terarah pada THE SIMS. Macam mana nak besarkan rumah, nak up level, nak tajam kan skill blerghhh. Saya kan dah masuk official sims-addict.

Mari cerita kahwin mari.

Yerp, finally kad kahwin saya dah siap sebelum raya lagi hari tu. Emak ingat nak distribute dekat saudara mara jauh waktu pergi beraya, but I said NO sebab awal sangat, nanti ada yang dah terbuang dan lupa. Biarlah keluar duit setem sikit takpa, asalkan kad selamat sampai pada waktu yang sepatutnya.

Sebelum tu nak tunjuk lah rupa kad kahwin yang macam katalog tupperware tu. HAHA, dah semua tak approve, malas lah nak derhaka-derhaka.

Sila boo saya dalam hati. Sekian

Rasa sedikit sesal kenapa tak buat dengan Pino yang saya idam-idamkan tu. Tapi, mesti ada hikmahnya lah bukan semua ni terjadi. Dah, tak payah sesal-sesal. Takda guna pun.

TIPS dari Fiena :
  • Kena kira kad satu-satu nanti tak cukup, naya (dekat rumah, baru saya kira. hebat?)
  • Jangan bayar habis kalau belum dapat free gift such as bunting dan kotak-kotak kecil (apsal lambat bagitau? Saya dah habis bayar dah, tapi bunting dan kotak belum dapat lagi T___T)
  • Err, envelope pun kena kira ke? HAHA.

So, dalam perancangan saya, 2 bulan sebelum majlis, saya akan collect semua alamat dari semua rakan taulan, saudara mara, sahabat handai segala dan sebulan sebelum majlis saya akan mula poskan. Sebab kenapa buat awal sangat? Sebab saya ada banyaaaak lagi benda lain yang belum buat. Mana yang boleh settle, saya kasi habis. Ok, dah macam abang long kawasan bunyi dia.

Teaser kad kahwin

*Ku pendam sebuah luka* TSK

Tuesday, September 6, 2011

Isi Borang Nikah Waktu Iftar

Gila apa cerita puasa neh? Tak gila tak. Si Penulis malas sungguh nak tekan publish akibat perut terlalu padat dengan lemang dan rendang. Err, tekan publish pakai perut ke? Haruslah. Apa kegunaan perut flabby kalau tak diguna untuk tekan publish. Pffftt.

Hari tu kan ada orang tu dia dah merajuk taknak buka sama sebab saya dah pergi berbuka dengan BBF dulu. Lepas tu kan Dak Yang (bukan nama sebenar) mesti la kalah sebab kelemahan lelaki adalah wanita chubby dan flabby ini. Eii, hari tu dah mintak ampun lah pagi raya. Yang (bukan nama sebenar) ampun lagi eh? Raya kan sebulan, no?

Lepas habis survey rata-rata tempat berbuka, saya tetap mahu berbuka di my fav place, Restoran Tasik Indah, Shah Alam. Kali ke-2 berbuka kat sini. Dulu waktu tahun 2006 ke 2005 tak ingat, buffet Ramadhan dia baru RM 70.++ untuk 2 pax. 2011 sudah jadi RM 55.++ per head. Semua benda nak mahal T___T

Tapi, saya takkan menyesal sebab saya boleh meratah pelbagai jenis udang dan sotong dan ketam dan semua lah disini. Butter prawn disini yang tak tertanding, sehingga menjilat kulit udang. HAHA. Air ada pelbagai jenis, plus ABC lagi.
TIPS: Bagi mereka yang berperut buncit tetapi bertangki kecil like yours truly tetapi lagi nafsu bergelodak nak rasa semua-semua lauk terhidang, 1st of all jangan datang meja nasi dan jangan minum air bergelen-gelen. Rugi. Kat rumah air banyak, butter prawn sedap takda. Saya punya air segelas tak habis-habis sampai nak balik.
Dekat sini kelengkapan surau semua ada. Walau agak sempit boleh la untuk solat Maghrib.

Nah, nah gambar. Sila tatap.

Kena booking dulu, kalau tak gigit jari duduk dekat pintu keluar :)

Sampai-sampai terus study borang nikah

Jadi, takda sapa sudi nak ambilkan gambar, kena snap gambar sendiri.
Jangan benci pipi apam saya :)

Lepastu, tengok orang ramai serbu meja buffet, saya tumpang sekaki dua.
Cari butter prawn dulu sebelum tinggal daki.

See, saya tak tamak. Takda pun makanan yang membukit. Semua ambil, tapi seketui-seketui ja. Sepinggan ada 4,5 lauk sekali.

Tapi, yang ini masih tak habis-habis lagi isi borang nikah.

Nampak sangat nikah lagi penting dari makan. Tehee

Friday, September 2, 2011

8 Years and A Few Months To Go

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah

 Celebrated our 8th years anniversary as a couple
on 1st September 2011

True Love Never Dies
It Only Gets Stronger
With Time...

In 70 days, I will be your 'Kekasih Halal'
Dear Allah,
May everything went according to plan.