Monday, August 29, 2011

Eid Mubarak 1432 Hijrah

From deep down inside our heart


Pada yang pernah terguris atau terluka secara langsung atau tidak ketika membaca setiap entry. Am just a human being.

Sempurna Akhirnya

Alhamdulillah, dapat sempurnakan terawih yang terakhir malam ni. Sudah beberapa malam kami berterawih di Masjid Shah Alam. Di malam terakhir ini, Imam membaca Qunut sambil menangis tersedu-sedu. Terlalu sedih kerana ini malam terakhir di bulan Ramdhan.

3 atau 4 tahun yang lepas, waktu masih memegang title remaja belia. Memanglah, kalau disuruh berterawih. Liatnya Nauzubillah. Mesti ada macam-macam alasan dah sedia dalam kepala sebab nak mengelakkan diri dari disuruh pergi terawih. Tapi, saya selalu kalah dengan paksaan ibu bapa. Memang muka tempe saja kalau pergi ke masjid.

This year is totally different. I am willingly nak pergi masjid dan berterawih. I don't know where is the strength come from. Memang bila sesuatu pekerjaan tanpa paksaan, hati tenang saja dan semuanya jadi mudah. Walaupun masih mengerjakan 11 rakaat saja, takda penambahan atau pengurangan. Emak dah bising suruh buat full 23 sebab saya bukan warga emas nor mempunyai sakit lutut. Saya jawab. Saya ikhlas 11 rakaat je cik. HEHE

Selebihnya saya habiskan dengan membaca Al-Quran. Saya punya azam mahu khatam Al-Quran sebelum bergelar isteri. Walau takda majlis khatam Quran nanti, tapi sebagai personal achievement. Tapi, manusia merancang, perancangan Allah yang sentiasa mendahului. Saya hanya mampu sampai ke Juz 22 saja setakat malam ini. Ya, i know, lagi a few steps saja nak sampai ke garisan penamat. InsyaAllah, akan dihabiskan dalam masa kurang dari 3 bulan ini. Doakan saya berjaya.

Pengalaman baru lagi, kalau sebelum ini saya fikir masjid mesti baca ayat-ayat Al-Quran dalam solat terawih mereka. Anda tahu, am just a human being. Saya rasa semacam HMMPH, larat ke nak berdiri lama-lama ni. And up to my surprise, saya sudah jatuh cinta untuk berterawih di Masjid Shah Alam. Siap cakap dekat emak, tahun depan nak ajak suami pergi berterawih disini hari-hari. Sangat tenang dan sejuk bila solat kat sana. Dengan lampu suram-suram tu, dengan Masha-Allah, ramainya orang. I keep telling my siblings, rasa macam pergi umrah. HAHA, lepastu mereka dengan pelik-pelik muka, kau dah pernah pergi umrah ke? One day, InsyaAllah.

Jadi, Alhamdulillah, sempurna ibadah puasa saya di bulan Ramadhan ini, moga kita semua dapat bertemu dengan Ramadhan di tahun hadapan. Mudah-mudahan, dengan izin-Nya

Sunday, August 28, 2011

Ramadhan Terakhir Anak Gadis

Sayu saja hati mengenangkan, ini tahun terakhir dapat beraya bersama keluarga sebagai anak gadis yang manis. Tahun depan InsyaAllah beraya sebagai isteri atau bakal ibu. InsyaAllah. Semua kan Allah punya kuasa.

Bila difikir semula, mampukah saya bangun di pagi-pagi hari dan terus menuju ke dapur untuk memasak kelak? Sekarang ini, hanya tahu celik mata, basuh muka, lalu turun mendapatkan makanan yang terhidang. Bangun dan hanya fikir diri dan perut sendiri. Takda memikirkan tentang orang lain. Harap bakal suami takda masalah untuk bangun sahur. Kelak saya stress, mana nak masak, mana nak ulang alik bilik kejut suami bangun. Ecehhh.

Bila waktu cuti pula, hanya tahu duduk bersenang-senang di bilik. Kemas bilik, basuh kain baju sendiri banyak mana lah sangat kan? Selebihnya memang banyak bertenang-tenang. Tahun depan belum tentu saya setenang ini. Kalau punya rumah sendiri, menguruskan rumah mesti dah jadi satu kewajipan lah bukan?

Nanti pulang dari sekolah, sudah takda masa nak berbaring-baring sambil menonton Kasih Alia lagi. Mana mungkinlah. Habis, nanti mahu berbuka air masak dengan kurma saja kah? Kalau sekarang ini pun. balik dari sekolah memang dah flat habis. Takda tenaga yang tersisa. Mungkin nanti, bila sudah tahu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, akan hadir kuasa luar biasa atau lebihan tenaga supaya saya mampu menyediakan juadah berbuka buat suami.

Saya bukan complaining atau memberi bayangan bahawa life after marriage adalah horror. Sekejap lagi adalah Cik Anon yang tak bergaji nak kasi komen, kalau rasa susah, tak payahlah sibuk nak kahwin. Tapi, saya memikirkan kemampuan diri saya dan saya harus mampu untuk menjalankan tanggungjawab sebaiknya. Juga memberi peringatan bahawa kahwin bukan secara hanya sebab I love you, you love me, I nak anak dua, I nak rumah besar. Tapi ada great responsibility yang datang dalam pakej perkahwinan.
Oh, sedang hanyut dalam perasaan, mengenang 2 hari terakhir Ramadhan sebagai anak gadis.

Thursday, August 25, 2011

Raya Preps

nada.

Saya takda baju raya.
Saya takda tudung raya.
Saya takda kasut raya.
Saya takda handbag raya.
Saya takda ehem ehem raya.
Saya takda make-up set raya.

Yup, once upon a time memang semua itu adalah list raya saya. Luar dalam semua mesti baru. Tak tahu kenapa, mungkin dah jadi kebiasaan. Lepas dah complete semua mesti nak twist and twirl depan cermin sepuluh kali sehari. Walaupun setelah berumur 25 tahun T____T

Tak cukup tu, dengan tok tok tok bunyi high heels turun bawah sebab nak tunjuk dekat ahli keluarga. Memula tunjuk kat parents. Nanti abang dan kakak ipar datang, pakai lagi tunjuk. Nanti my sister and her hubby balik, kena ada slot wajib tayang. HAHA, I wish my daughter esok jangan lah sampai dapat this kind of attitude.

Tapi sekarang  NO MORE. Sangat sayang dengan duit. Sebab tu tak kisah nak pakai yang lama-lama punya. Imagine lah kalau nak spend RM300 untuk baju ready made, saya akan rasa, baik aku bayarkan duit tudung dekat Vispera. Dapat scratch satu benda. Haa, macam tu lah contoh dia.

Macam tu juga dengan yang lain-lain. Dari beli kasut raya, baik cari kasut buat sanding lah kan. Atau mahu sanding berkaki ayam. Pilihan di tangan anda. Pffft. SO, This year, dah takda sesi runaway di tangga dah. Apa yang nak ditayang. Semua berbentuk last season. Heels Primavera itu baru dipakai 2,3 kali. Eh, sebenarnya banyak lagi heels yang baru dipakai 2,3 kali. Macam kasut konvo. HAHA. Konvo Poli, konvo maktab. You name it. Semua masih elok. Kasut raya 2006 pun ada lagi oii.

Handbag Charles & Keith saya masih elok. Ia adalah bersifat tahan lasak. Saya sangat menggemari. SO, memang itu lah yang akan diguna pakai semula. Guess saya semua dah buruk sebab disimpan. Sangat menyesal asik disimpan-simpan konon sayang nak pakai. Ambik kau T____T

Yang saya betul-betul buat untuk raya ini adalah biskut raya. Masih ingat tart swiss yang easy peasy itu? Saya buat 4 trip. Yang tu baru saya rasa oh, nak raya. HAHAHA

Saya tahu, saya sepatutnya bergembira sebab ini tahun terakhir beraya sebagai anak gadis. Patut ada baju kebaya nam pasang. Baju kurung, kebarung, kebabo semua lah. Ni masa nak melaram pikat anak teruna sebelum chances itu pudar. HAHA. Tapi ye lah, kalau Maybank itu adalah MYbank, mungkinlah.

Tahun depan dah boleh beli baju raya sedondon kedondong dengan hubster. Huyehhhh.

Wednesday, August 24, 2011

Not In A Good Mood


bagaimana cara membuatmu bahagia
nyaris ku menyerah jalani semua

tlah berbagai kata ku ungkap percuma
agar kau percaya cintaku berharga

tak kuat ku menahanmu, mempertahankan cintaku
namun kau begitu saja, tak pernah merindu

sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu

sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa
apa kau mengerti ku sedih sendiri
tanpa ada kamu ku merasa sepi
tlah lama ku menantimu, diam sendiri menunggu
setengah hati mencinta, ku sakit karenamu

 ku sakit karenamu
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci
sungguh aku tak bisa membenci dirimu
sesungguhnya aku tak mampu
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci ooo
cinta dan benci ooo yang ku rasa

Feel like wanna stay in bed for the whole day. T_________T

Monday, August 22, 2011

BBF to BFF?

Dulu saya memblog secara membuta tuli. Takda yang specific, secara random dan secara suka hati. Yang jadi pembaca pun adalah golongan general. Sekarang, mostly B2B yang jadi reader. And most of them adalah Blogger Bride.

So, since saya di add ke dalam BBF oleh Lisa, rakan saya dah bertambah. Kami tukar pendapat, idea and bagi suggestion itu ini. Serta saling MEMAHAMI. Guys, ini honestly. HAHA. Jadi, bila dah lama sangat kenal secara virtue, apa salahnya kita bertemu secara nyata dan 2 mata. Eh 14 mata lah.

Secara adhock nya pertemuan itu dirancang dan terus jadi. Yang berjumpa ni pun yang duduk atau kerja area Shah Alam, PJ dan Klang (yours truly of cos) Semuanya tak formal. Semuanya tiba-tiba. Semuanya suka-suka.

SO, mereka terdiri dari

Kumpulan terawal yang hadir

  • Fira (baju kurung bunga-bunga) : Comel gila. memang padanlah dengan gelaran baby untuk dia sebab dia lah the youngest. Suara dia, the way she talk and smile. Sangat imut (comel dalam bahasa Indonesia) HEHEHE. Dia lah mastermind di sebalik this meeting.
Link entry

  • Linda (si baju hitam) : Seriously, dia boleh buat saya gelak non stop. Gila tahu. Linda lah yang buat saya gelak sampai nak terguling. Dia kuat imitate orang. Habis semua abang SR dia panggil sayang and she loves nasi. Dan dia lah kembar kepada Umie Aida. Lentixx gitu. HAHAHA
Link entry
  • Amy (landmark shwal purple) : Comel dan ayu dan lemah lembut. Alahai, melted betul bila dengar dia cakap. Memang Perempuan Melayu Terakhir betul. Saya no 2 akhir. KAHKAHKAH. She pursuing her PHD at UKM dan seorang dietician. Terus malu-malu alah nak makan depan Amy. Suka tengok Amy pakai shawl.
Link entry

 Kumpulan Kedua awal (nak juga)
  • Uya (next to me) : Bila dia datang, I was like starstrucked. Cantiknya Uya ni. Her skin sangat lah membuat hati malu nak tunjuk tangan berbelang hitam coklat. Dia macam pemalu ayu. Bila gelak, mesti nak tutup-tutup mulut. Tak macam pompuan sebelah dia yang main KAHKAHKAH je tak pandang kiri kanan dah. HAHA. Asal, borak-borak pastu mesti nak pegang tangan Uya, sebab geram, putih sangat (eh eh, apakah?)

  • Suria ( Bertudung biru) : Suria pemalu sangat. Ayu je bila dia tumpang senyum dengar kami gelak sakan. Tapi dia tak kisah nak join semua mulut-mulut kepoh ni berborak. Dia pun menyumbang gak gosip barang separa dua. HAHA. Tak habis-habis nak rasa tua. Padahal, tua setahun je pun. 

 Makcik kesayangan kita

  • Syafiena : Yayy, finally we met. Before this asik bertexting dan bercalling saja. Almost everyday mesti nak contact each other. Tak tahu kenapa rasa kimia tu kuat sangat. What we really have in common? We are getting married on the same day. Awesome. Dua-dua tak dapat tengok dua-dua kahwin which is sangat regrettable. Fiena sangat tinggi, sangat fair, sangat garang macam polis dan sangat lurus kalah pembaris. Tapi, tu yang buat kitorang suka. HAHAHA. Fiena ada cheekbone macam Noraniza Idris dan chinese look yang cantik.
http://kamikamihaa.blogspot.com/2011/08/gathering-bbf-secret-recipe.html

US
Take 1
Linda Spoil

 Take 2
Fiena plak yang pelik

Take 3
Ok, decent photo. Finally. HAHA
  • My cousin secara tiba-tiba ajak berbuka di Empire Gallery with Lisa. Mereka adalah kawan baik. So, another chance to meet up with Blogger Bride lagi. HEHEHE. Lisa adalah sangat kelakar dan kecil saja orangnya. Can't imagine kalau dah bergabung dengan Linda. Memang riot la nanti. HAHA. Jejari dia runcing tapi dia bukan Si Jejari Runcing. Opss. HAHA. Tak ada pun snap gambar with them
 Lisa with my cousin
Somehow, mereka pun share wedding date yang sama kelak
Curi pic from my cousin's FB

http://krlisa2011.blogspot.com/

Dah jadi minggu meet up with all the B2Bs agaknya. Nice knowing you guys and can't wait for the next session, L***** hunting. XOXO

Sunday, August 21, 2011

LDR dan Pengorbanan

Tajuk apakah ini? Sejenis ceramah atau free talk?

Umum tahu, kami adalah pasangan yang mengamalkan LDR. Yes, dari mula bercinta sampailah sekarang. Sebab itu saya memilih untuk berkahwin sebelum cuti sekolah, sebabnya cuti sekolah sebulan solid itu saya mahu gunakan untuk membaldi ilmu menjadi full time house wife.

Honestly, memang tak sanggup nak berjauhan lagi. Walau orang kata dah imune duduk jauh-jauh, tapi bila dah jadi isteri kelak, haruslah mahu disamping suami. Mahu layan makan minum suami sendiri. Tak mahu mek-mek kedai yang layan "Abe nak make ghapo?" Biar mek jawa ni yang layan walau tak semolek dan segebu mek-mek di kedai itu. Biarlah masakan saya tak seenak mana, biarlah sebenarnya tak tahu masak pun(yup, exactly like it). Tapi ada niat dan usaha, InsyaAllah. Allah akan bantu.

Memang terasa LDR ni bila pasangan sangat-sangat diperlukan untuk ke majlis-majlis kenduri-kendara, tapi datang tercongok sorang-sorang. Nak ajak shopping sama, nak ajak buka puasa sama. Semua pun impossible. Sedih weh. Nampak je muka nak manis 24 jam, dalam hati tersiat-siat. 

Lagi-lagi sekarang ni, memang terasa sangat. Di saat lagi 2 bulan plus plus nak kahwin, Beliau sedang struggle siapkan Master. Di aat-saat macam memang memerlukan beliau. Nak beli itu ini, discuss macam-macam secara face-to-face. Settlekan legal document, semuanya pending. DI saat ini jugalah beliau tak boleh diganggu dan perlu fokus.

Sayalah pasangan paling independent, cari cincin tunang dulu pun secara solo. Sekarang ni, memang banyak settle kan benda secara virtual. Mana-mana saya suka, cari sendiri dan emel untuk approval. Kadang-kadang cari sama-sama secara atas talian. Bunyi sangat sadis.

Saya, manusia bertopengkan lalang neh apalagi, bila angin tiup ke arah rasa kasihan, semua dia nak kena fikir blablabla. Aku jadi lah extra understanding. Aku perlu support dia. Macam akulah manusia paling memahami dalam dunia ni, semua pun aku takpa, takpa. Tapi, bila angin puting beliung yang tiup lalang aku, punah weh, semua yang aku faham. Hal kecik pun aku nak hangin. Dak Yang tak reply mesej pun nak jadi isu dunia. Padahal dia sehari semalam tak tidur kot. Aku rasa dia tak sayang aku dah, I ni siapa?I memang tak penting. Cehh ceh cehhh, terus lah ayat drama melankolik kau semua nak keluar.

Arghhh, aku stress. nak kesian ke nak marah neh?

Ini pun kira dugaan lah kan? Mungkin dugaan saya bukan berupa perempuan Dahlia yang muncul lalu merampas tunang (Nauzubillah). Tapi dugaan saya dalam bentuk ini. Saya harus syukur paling tidak saya tahu, beliau safe and sound dibelenggu kerja, bukan diulit tino-tino. Kuikuikui.

When he text-ed me 
I do luv u, cuma I kena sacrifice utk master

Saya terus senyum lebar-lebar. See, semua orang berkorban.

Emak, Babah, Uncle, Auntie berkorban tenaga, masa dan wang agar kami dapat disatukan.
Dak Yang berkorban tenaga, wang, masa dan perasaan untuk masa depan yang gemilang.
Aku? terkorban perasaan je. Ceh, cerita panjang-panjang, sikit je yang aku korbankan pon.

I Miss Him A Lots

Nah, lagu raya paling cocok buat Mr. Fiance


Friday, August 19, 2011

It All Ends

Sesiapa yang tak membesar dengan menonton Harry Potter, mereka takkan mengerti betapa emosinya kami yang kena berhadapan realiti. Harry Potter dah habis. SOBSSS.

Aik, bukan dah lama ke habis cerita Harry Potter ni? Memang lah. Tapi sebagai siput, perasaan sedih saya lambat hadir. Bila tengok video ini


I was like, seriously, Harry Potter dah habis, I should cry now. Sedih when see them hugging each other and cry. Memang mentusuk kalbu. Ini bukan lakonan, ini betul-betul kejadian. Surprisingly, I pun nangis sama.


Eh, kitorang tak faham lah apa yang kau nak emosikan sangat neh? Kan dah kata tadi, kalau yang mana satu Harry Potter pun kau tak tahu, takyah cakap banyak. Nangis sekarang. T____T

1st time tengok Prof. Snape senyum. Selama bersiri-siri neh, mana pernah beliau senyum. Muka nak ketat saja. Lepastu nampak pula muka Bellatrix Lestrange mulia sungguh. Padahal, dia lah paling evil dalam cerita ni. 

Sekarang saya sedang repeat Harry Potter dari Siri 1 sampai lah yang ke 7 setiap malam supaya tak rindu-rinduan. 10 Tahun hidup dengan mereka, literally. How can i live without Harry Potter?. Ok, Drama Queen sangat.

Dari belum akil baligh,

Sekarang, semua dah grown up


Die Hard Fans Yang Tegar Tapi Lambat Sedih,
Yaty
XOXO

Thursday, August 18, 2011

Checklist - Checklist - Checklist

**Sticky Post, Scroll down for new entries**

85 days more to go
1. Tarikh :
Nikah : 12 November 2011 (Lepas Zohor/ Asar)
Resepsi : 13 November 2011 (Siang)
Bertandang: 21 November 2011 (Malam)

2. Theme & concept:
Nikah : Off white - Confirm
Resepsi : Silver (major) + Pink - Confirm
Bertandang : Peach + Off White - Confirm

3. Legal documents:
Kursus kahwin: Done
Hiv Test: Done
Borang Kebenaran Nikah: Pending

4. Venue
Nikah : Rumah : Batu Belah, Klang
Resepsi : Rumah : Batu Belah, Klang
Bertandang: Dewan Jubli Perak, SUK, Shah Alam

5. Catering/Canopy
Nikah : Done - Belum bayar depo
Resepsi : Already paid 20%. Balance-Pending
Malam Berinai : Done - Belum bayar depo

6. Pelamin
Nikah :
-Bantal nikah: Rent from Kina - Belum bayar Depo
Resepsi : Merisik Gallery - Already paid deposit 50%. Balance-Pending
- Design : in progress
- Deco tangga : In Progress
-Dais & Decoration: Borrow from Eca

7. Photographer
Nikah : Dreyanzcolour Photographer (Redza & Nik) - Already paid depo RM200. Balance - Pending
Resepsi : Dreyanzcolour Photographer
Bertandang: Dreyanzcolour Photographer

8. Videographer
Nikah: Dosh Production (Abang Sabirin). Balance 50%- Pending
Resepsi: Dosh production
Bertandang: Dosh Production
Choices of songs: Pending

9. Wedding outfits
Nikah:
-Dress: In progress
-Tudung: done (Ariani)
-Veil: Pending.
-Shoe: Pending.
-Accessories: Pending.
Resepsi:
-Dress: In progress
-Tudung: Pending.
-Veil: In progress
-Shoe: Pending
-Accessories: Pending

Bertandang:
-Dress: In Progress
-Tudung: Pending.
-Veil: Pending.
-Shoe: Pending.
-Accessories: Pending.

10. Makeup
Nikah: Anis Finesse Touch - Depo RM200 - Balance : pending
Resepsi: Kelrina HOF- Depo RM 500 - Balance : pending
Bertandang: Kelrina HOF

11. Doorgift
Nikah: Pending
-isi dalam: Pending
Resepsi: Boxes - Done
-VIP doorgift:Done Kek Lapis Sarawak  -Depo 1K. Balance - pending
-Guest doorgift: Pending.
- Friends doorgift : Pending
- Kanak-kanak : pending
Malam berinai:Pending

12. Bunga Pahar/Bunga Manggar/
Nikah: Done
Resepsi: Done

13. Hantaran
Bilangan dulang: 7 berbalas 9
For bride:
  1. Mas kahwin & Gelang-pending
  2. Handbag & Kasut - Pending
  3. Jam - Pending
  4. Make up set/Perfume set- Pending
  5. Telekung, sejadah & Tafsir Quran - Done
  6. Coklat - Pending
  7. Sireh Junjung - Pending
To decorate: Pending
For Groom
  1. Cincin- pending
  2. Kasut- pending
  3. Kemeja-pending
  4. Jam tangan- pending
  5. Perfume set- pending
  6. Dompet & Belt- pending
  7. Cuppies- pending
  8. Coklat-pending
  9. Sireh Junjung-pending
To decorate: Pending

14. Cincin/ Gelang kahwin
For him: Pending
For her: Pending 

15. Invitation Card
Resepsi: Amazon Card
-800pcs = RM829
-Balance: RM229
-Design: Done
-Printing: in progress
-Pos : pending 

16. Cake
Nikah: Maybe pulut Kuning (pending)
Resepsi: Free from Caterer plus 2 dummies


17. Jurunikah/Pembaca doa
Nikah: Jurunikah-Babah
Tok Kadi - Pending
Resepsi: Pembaca doa-Pending

 
18. Handbouquet
Nikah: Pending ( The Craft Potion)
-Types & colors of fresh flower: Calla Lily White (Macam Nurul Syuhada punya)
Resepsi: Pending (The Craft Potion)
-Types & colors of fresh flower: Pending
 
19. Guest List
Nikah:To be confirmed
Resepsi: 1000 invitees. To be confirmed

20. MC/Kompang/Entertainment
MC: Done (Dalam Pakej Nurul Izzah Catering)
Kompang: Done
PA system: Done
CD of songs: Pending

21. Pengapit/Bridemaids/Bestman
Nikah: Bridemaids
9 Bridemaids: Pending
- Bridemaids dress:Pending

Resepsi: _______ & Sarah
Dress: Baju melayu (pending) & Baju kurung moden (done).
Color: Red
Bertandang: _________ & Yunie
Dress: Baju melayu (pending) & Baju kurung moden (pending)

Color: pending


22. Dresses for family
Nikah : Coklat/Gold - done
Resepsi: Lelaki (Grey) Perempuan (Pink)- Done
40 Buttoniers: The craft potion: Pending
Bertandang: Pending

23. Bilik pengantin
Katil: Done
Decoration: Pending
Dressing table : pending
Side Table : pending
Air conditioner : pending
Langsir : pending
Carpet : Pending
Cleopatra chair : pending
 
24. Signage
Resepsi: pending
Location: pending
Design: Pending
Printing: Pending
Welcome sign & Easel: The Photobooth Corner- Already paid 50% depo- balance - Pending
  
25. Facial/Massage/Inai
Pending

26. Honeymoon
Date: Pending
Location: Pending
Tickets: Pending
Accommodation: Pending

27. Pre/Post Wedding
Photographer: (Pre)The Photolicious & (Post) Pending
Theme: pending
Outfit: Pending
Location: pending
Date: pending

28. MISC
Guest Book - Creative By Lynda - Pending
TQ Tag (VIP, Friends & Guest) : CBL - Pending
Guest Book corner - Pending
Photobooth Corner - Pending

29. Candy Buffet (Sponsor by The Craft Potion)
Pax : 50
Date : 12 Nov 2011
Theme : pending
Credit to : Kina :) 

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday - Pre Wed #1





Can you see, his evil faces when he got the chances to kenakan me. He do enjoy it.


 Kak boleh ambil gambar saya lambung-lambung buah?
Ohhh, My....

But

I love an angel instead

Tuesday, August 16, 2011

Browsing Calon Handbags

Tak, tak. Saya tak mungkin browsing gambar makanan sambil drooling sebaldi. Sebab nafsu terhadap makanan adalah ditahap paling rendah. Tak macam sebelum puasa tempoh hari, kalah wanita mengandung 9 bulan gayanya. Sampai mengheret-heret tunang tersayang, dari Burger King membawa ke Tutti Frutti dan terus ke A&W.

Ini manusia atau saka, you pergi jauh-jauh?

Tapi, saya sedang drooling over bags. Ouwhhh.

Yes, pilihan terletak di tangan saya. Asalkan tak melebihi budget yang disyorkan

Jadi, konon-kononnya nak yang special for Hantaran, saya up sikit handbag dari yang biasa. Up sikit je pun. Saya rasa yang affordable dan within budget saat ini adalah Coach. Coach saja pun buat mata saya berpinar 360 darjah. Ini cantik, eh, ini pun cantik. Alaa, ni cantik juga. Aghhh, stress.

Saya banyak survey dari blog


Dak Yang yang comel itu pun sangat memahami. Beliau tolong carikan website mana yang ada jual Coach authentic. Jadi, beliau suggest saya tengok di


Memang ada yang diingini. Tapi biasalah, Makcik Joyah ni lalang sikit. Mata merambu saja nampak yang cantik-cantik.

Antara yang ada dalam folder Handbag's Candidates 2011. HAHA


Saat dan ketika ini, (waktu entry ini ditulis) pilihan utama adalah Chelsea Leather Ashlyn Hobo ini. Takda lain. Warna pilihan adalah B4/Midnight. Lepas Cik Joyah ni bangun tidur, mungkin hati dia dah berubah, siapa tahu, HAHAHA

Calon kedua Makcik Joyah yang sesuai dibawa ketika menjoyah adalah Chelsea Leather Jayden Carryall. Yang ini nampak harga keterlaluan mahal. Mungkin jadi calon simpanan saja. But, kinda love this one.

Calon ketiga New Madison Pleated Leather Sophia Satchel. Alahaii, apsal $398? Kalau MYR dah lama dah dalam genggaman.

Calon-calon bebas yang bertanding

Cantik TSK TSK TSK.

Cantik lagi

Macam kotak apsal?

Satu-satunya calon dari Marc Jacob yang bertanding

Tak tahu nak pilih mana satu. Dari hari tu lagi dah nekad nak bulatkan hati. Yang satu itu. Tapi, bila dah buka website Coach, lalang terus. Nampak lagi yang cantik lainnya. Bila tah nak buat keputusan muktamad takda talian hayat neh? Dang

Monday, August 15, 2011

Lucky-3

Antara entry masam yang tersimpan dalam draft.

Hari tu ticker dah menunjukkan yang ada 90 days left. Tambah tolak lebih kurang 3 bulan saja tinggal. Memang betullah orang kata, kalau dah lepas angka 100 laju bukan main lah ticker tu bergerak. Macam lebih laju dari biasa. Hepp, tak terkejar dek akal. Tu la, dulu wish sangat ticker tu bergerak sepantas the fast and the furious.

Lepastu, tengok-tengok pada date yang sama juga, saya sudah 3 bulan dan 3 minggu menjadi tunangan Dak Yang. Wah, tunang? Dulu macam segan-segan kucing nak use that words. Sekarang kalau boleh rasa hari-hari nak addressed him as my  fiance. Bila difikir-fikir, bukan semua orang ada chances melalui fasa ini, menjadi tunangan orang. Me, myself hampir-hampir juga tak merasa jadi tunangan orang sebab memang nekad taknak bertunang dulu. Nikah? Sangat mahu.

Jadi, got 90 days left untuk panggil Dak Yang my fiance before it change to my hubby for the rest of my life. InsyaAllah.

I am gonna missed this moment.

Being Miss Fiancee :)

Sunday, August 14, 2011

It's Not That Easy

Ya Allah, agak-agaknya dekat sepuluh kali jugak aku klik new post dan pangkah semula. Sebab banyak nak cerita tapi mood takda. Macam sekarang. Hampir-hampir tekan butang pangkah, tapi kuatkan semangat juga nak menulis. Biarlah kalau nanti entry ini tak semacam entry biasa. Biarlah, asalkan apa yang nak diluahkan berhasil.

Bermula dari kekusutan terhadap wedding card sendiri, almost a few days juga muka ada iras-iras cencurut bila memikirkan hal kad kahwin. Sudah dibilang, sesuatu yang simple itu adalah my ultimate goal. Tapi, nakkan yang simple itu tak mudah. Gila kan? Kalau yang complicated tuh memang bersepah-sepah.

I WANT THIS

Lepas kad kahwin moden saya mendapat objection dari pelbagai pihak. Yess, SOBS sangat. Saya dah terus terfalling cinta dengan kad ini. Yes, simple yet classy. Sangat suka takda tara. Jadi, bergegas-gegas email kepada kedai kad kahwin saya minta dia buatkan sebiji macam ni. 

Unfortunately, dia tak boleh buatkan sebab tak boleh. Depo dah bayar, takkan nak burn lagi. Sekejap lagi ada yang makan penangan berapi sebab nak burn depo untuk kali ke-2. Saya tenangkan hati dan minda. Motivate diri bahawa, itu cuma kad kahwin yang tak sampai berapa hari orang akan lontar dalam dustbin. 

Jadi, berbekalkan minda yang positif, saya bawa mak, biar hati teguh dan taknak tukar-tukar design lagi. Saya betulkan salah sana-sini, betulkan peta dan pilih kad ready made saja. Saya mahu kad 6x6 tapi, design sangat crowded. Design yang saya suka pula atas kad yang jenis panjang-panjang tu. Sumpah benci. Tapi, what choice do I have? Pejam mata dan pick one. 
Habis hal kad kahwin.

Tentang pre wedding pula, saya sangat menyesal dengan pilihan attire that day. Gambar cantik, make-up cantik, Dak Yang pun dah cantik (?) Tapi aku lah perosak gambar. Huduhduhduh. Tudung ibarat tuala yang digumpal atas kepala. Kalau aku pakai je tudung awning, mungkin aku adalah insan paling gembira menatap gambar pre wed sendiri. Itu pun dah buat aku down berhari-hari. 

Menunggu CD pula ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Dari hari Selasa tunggu, hari Sabtu baru dapat. Lepastu muka dah tersengih-sengih macam kerang busuk. Bila dibuka, invalid image, CD corrupt. Apa kau rasa? Muka dah biru-biru air laut. STRESSS!!
Nasib baik, pihak yang bertanggungjawab cepat-cepat selesaikan masalah ini. Dia turun Klang bawak external hard disc dan transfer terus gambar dalam my lappy. So, am happy. It's a rhyme.

Sekian sudah, laporan yang tak berapa nak memberangsangkan sangat. Bila aku tak happy, aku bitter, jadi aku marah.

Wednesday, August 10, 2011

Tolong Emon Ni Pilih Tudung Boleh?

Teringin nak pakai cenggini di hari persandingan

Tapi, wajah Emon (Read: Doraemon) saya sesuai ke?

Adakah

Awning suits me well

ATAU
Go with the shawl n shows my bulatness face

ATAU LAGI

Stick with the tradisional - Tudung Bawal

Which one is better?
Saya perlukan pandangan anda.
Be honest ketika mengundi.
Jangan bagi undi rosak, nanti saya rugi <<< tak memasal.

P/s: Wajah-wajah sebelum di cucuk BOTOX. Sekarang pipi lebih ranum, bagai apam terlebih baking powder. Maybe, you should take it into consideration. hihi

Monday, August 8, 2011

Kad Selamat

Bukan, bukan. Bukan Kad Selamat Hari Raya. Eh, dah lama kan tak dapat kad raya. SOBS. Dulu, siap duduk depan pintu tunggu posmen hantar kad raya. Sebab nak tahu berapa ramai kawan yang sayang kita dan sanggup pos kad raya. Tapi, tu dulu lah. Kalau nak kira sekarang, memang takda yang sayang kalau camtu. Sekeping kad pun tak pernah dapat T____T

Sebenarnya, lepas dah panic attack tempoh hari, Dak Yang (read: yang sabar dan mempunyai shield yang kukuh hadap mood tunang dia yang kejap macam gerimis, kejap-kejap lagi ribut taufan, lepastu terus Tsunami takda amaran serang dia bertubi-tubi.DUDUDUDUDUDU macam bullet) ajak pergi tempah kad kahwin.

Dia dah runsing tengok saya mensebut 'Tempah kad kahwin' 99 kali sehari (exaggerate). Kalah baca Asma'ul Husna. He do asked me to bring my design. Tapi, macam malu lah pula nak bawa design yang tah pape.

Sampai di Amazon, Seksyen 7, buka pintu terus nampak kad Lisa. Main attraction kad you Lisa oii. Saya terus pusing-pusing dalam kedai cari design yang menambat hati ke apa. Most of the card letak gambar pre wedding atau yang sama dengan. Kami? tak berani nak pertaruhkan gambar sendiri. Bajet pengantin misteri. LOL

Dak Yang dah macam gelisah-gelisah sebab dia nampak kad tradisional yang kilat-kilat tu lebih menarik. Beliau kata kad yang saya pilih macam Kad Raya. Takpa, people just wanna know the date and the address. Lain-lain doesn't matter.

SO, saya ambil pakej RM0.85. Free kotak 1000 pcs dan bunting 2 unit. Err, apa nak dibuat lah dengan kotak 1000 ni. Kotak yang ada pun tak tahu nak isi apa T_____T

Jadi, tugas baru yang saya baru assign untuk diri sendiri adalah mendesign kad kahwin. Kan cari penyakit nama dia. Tengoklah, kalau tak jadi, saya tiru saja kad yang sedia ada.

Sekian.
Junior Creative Design in the making.
XOXO

Saturday, August 6, 2011

Hati Selembut Tisu

6 Ramadhan adalah ujian Maha Hebat buat insan lembik macam jeli ni. Semalam hari waktu berbuka saya kelabu mata bila nampak durian seguni. Dalam hati dah target, mesti nak tamak habiskan semua. Tapi, ye lah, orang tamak selalu untung(?) macam KFC dengan bunga-bungaannya. LOL.

Bila bangun sahur pagi tadi, dah rasa perut tak sedap. Saya cuma sempat menjamah ayam goreng seketul dan ikan masak asam dan air masak sebotol sebelum saya menghabiskan waktu dalam tandas seharian. Diarrhea. FLAT habis. Memang ada rasa nak muntah, tapi saya tahan. Nanti puasa habis musnah. Jadi, pukul 8.30 macam tu baru selesai urusan dengan tandas dan baru boleh tidur bersama minyak angin sebagai teman.

Bila tak sihat, mood swing, sensitif semua datang dalam satu pakej. Dak Yang cakap sikit saja pun saya sudah bertitis-titis air mata keluar. Mana nak tahan muntah, mana nak menangis lagi. Saya tidur. Bangun tadi pun sebab Kina and his fiance datang nak collect something. Kalau tak memang tidur terus.

Memang makruh kalau banyak tidur. Tapi saya betul-betul tak bertenaga. (Read: Saya tak minum air manis sepanjang puasa) Mungkin itu pun salah satu punca. Kaki dan tangan dah sejuk satu macam. Saya terus tutup mata untuk lebih bertenang.
Ye la, bila dah tak sihat, ada ke masa nak hebah-hebah kat orang lain yang kita ni tak sihat. Sedih bila dikata pemalas dan menghadap lappy je dari pagi tadi. Menitis lagi air mata. Murah sungguh air mata hari ni. Saya terbaring bertemankan Harry Potter and The Deathly Hollows Part 1 yang tak berhenti main dari pagi tadi. Nak duduk ngadap lappy pun tak larat.
Sedih sangat hari ni. Puasa berteman air mata, minyak angin dan Harry Potter. Takda siapa yang mengerti hati dan perasaan. Sad. Tak mintak pun simpati ke apa. Understanding is really needed here.

Friday, August 5, 2011

Panic Attack Over Wedding Card

Semalam malam kan, ada seorang Hamba Allah ni mesej saya dengan ayat-ayat yang boleh membuatkan jantung saya berdegup dengan lebih kencang dari angin lintang, lepastu muka saya pucat tak berdarah.

Awak tau, kad kawen kita dok msg risau kte x proceed peta n segala bagai. Sbb date da dkt katenye. Agak2 kte berjaya x takut kan awk ni. haha
Saya terus bagi balasan setimpal !!!

Tetiba kita rasa benci awk mlm ni oii. Esok kita nak pi kedai kad kahwin terus lepas sahur. Kita nak suruh dia siapkan sebelum awk. Benci. Ckp bebetul weyhhh

Kita terus kalut sendiri. Eh, betul la. Bila dia nak siapkan, bila aku nak lipat-lipat gam, tulis alamat, tampal setem pakai air liuq dan distribute dekat orang semua. Bila? Bila? Bila dah panic semua tak boleh fikir dengan waras. Terus buka website Mad About Cake sebab nak tengok door gift.

Relate tak cerita saya? Kau tahulah, bila dah panic rasa macam nak buat semua serentak. Danggg!!

Terus call Dak Yang, menyampaikan kegusaran hati dan menyampaikan mesej Fiena yang kita benci tu. HAHA. I HATE FIENA sebab progress dia lagi kencang saat ini. And Dak Yang seperti biasa, kalau dia tak sibuk, mungkin saya rasa itu adalah 7 Keajaiban Alam macam 7 bebola api Dragon Ball.

Kali ini saya insist cos I can't wait no more. Ada 3 bulan dan 8 hari yang tak boleh dibazirkan sana sini. Membazir amalan Syaitan remember?

So, he promised me. Err, bila dia free, we go together. Beliau tak kasi saya pergi settle sendiri. Err, tapi bila ek Yang? T____T

Jadi, saya dah survey a few design yang dekat dan melekat dihati. Untuk kad kahwin, macam tak minat pula yang berbentuk tradisional ada tepak sirih, jantung-jantung bertaut gamba cincin tah siapa-siapa punya dengan tulisan timbul-timbul stamping panas segala. TAK MAHU!

Saya mahu something like these

Kad Kahwin Pino

Macam membara sungguh cintaku siap ada efek terbakar-terbakar jantung. Ni hati panas ke apa? LOL

Kad Kahwin Pino

Yang ini nampak lebih bertenang. Warna tema pun dah hampir tepat.
(P/S: Kina, ni lah kad yang sama dengan bunting awak tu. HAHA)


The latest, bila saya dapat kad Lisa tempoh hari, saya rasa macam, WOWW, Saya surely nak cenggitu. Simple yet sangat cantik dan moden. Takda ciri-ciri yang tak disukai.

Curi dari blog Lisa. HAHA, ampun :P

Jadi saya berfikir mahu buat something like

this
Tukar gambar dan wording. Tapi, nak ada kota-kotak cenggitu. Harap orang kad kahwin boleh realisasikan impian si cuak neh.

(Thanx Nora, menyumbangkan idea tanpa sengaja)

SO, siap-siap. nak pergi terjah kedai kad kahwin sekarang juga *tarik selimut* In my dream of cos. HAHA (Masih tak insaf rupanya :P)

Thursday, August 4, 2011

Tentang Inai, Henna dan Victory

Alhamdulillah, selepas bencana mengoncang perasaan semalam, hari ini feeling better.

INAI

Hari itu ramai yang drop comment dan emel bertanyakan tentang ujikaji inai saya. Bahan apa yang digunakan dan mana nak dapat. Maaflah, semua. Inai tersebut saya beli dari one of BBF, Hazrina Johari. Dia pun kirim inai tu dari rakan dia yang ke Mekah. Mungkin, ada dijual disini. Saya pun tak dapat nak bagi keyakinan jitu atau harapan palsu kepada anda-anda semua. Try la survey.

Rupa bentuk luaran

Rupa bentuk dalaman

Hasil kepada Tikus makmal (rat lab)

Pandangan sisi depan
Hari pertama (L) Hari keempat (R)

Pandangan sisi belakang

Ini adalah tangan orang yang rajin-rajin kucing. Maksud dia takdalah rajin sangat. Yang kejap menyapu, mengemop, lap tingkap, lap syiling masak 7 jenis lauk setiap hari. Bukan. Ini tangan orang yang balik sekolah terus terbaring tak ingat dunia. Lepastu pukul 7 baru jenguk dapur buat ayat manis, Mak, nak tolong pape tak? Padahal dah nampak meja tu penuh dengan hidangan. HAHAHA

Sebab tu warna dia lambat pudar maybe.

HENNA
google.com

Tentang Henna pula, hari tu macam suka dan teringin nak buat. Tapi, bila di fikir-fikir dan dihitung-dihitung, I'll go with inai tradisi. So, no corak-corak Henna pada jari saya kelak. Tapi. Eh, apsal ada tapi neh? Tapi, waktu bertandang saya akan corakkan tangan saya. Jadi, rasa lah juga tangan bercorak gelombang ombak ke, spider web ke.

Status Dak Yang tentang inai pula belum diketahui. Kalau ikut my family memang mereka tak bagi sebab ada yang mengatakan haram lelaki berinai. If FMIL mahu Dak Yang berinai, then, berinailah jari-jari kurus beliau.

VICTORY

Tahu kenapa hari tu wujudnya kisah percintaan bersiri-siri?

Sebab ada contest yang dianjurkan oleh Kueh Bakar bertajuk, Dimana Saya Jumpa Jodoh Saya. He do invite me personally dengan ayat Ada cerita macam mana jumpa Dak? (dia tak sanggup nak sebut 'Yang' itu) HAHAHAA.

Saya ada cakap yang kalau tak menang takpa, tapi nak kisah masuk dalam buku (Beliau ada niat nak membuku kan kisah-kisah contestant semua).  

Keputusannya dah keluar semalam, saya yang baru tahu hari ini. Saya menang tempat kedua. (Tak layak tempat pertama sebab yang tempat pertama tu dah kahwin 10 tahun. HAHA) Jadi, saya menang motor. Ok takyah ngarut sangat. Saya menang top up. RM 20. Rezeki emak lah tu sebab saya pakai postpaid. Err, Kueh Bakar takda hadiah bayarkan bil ke? :P

A few quote from my entry

Alhamdulillah :)