Friday, July 29, 2011

Ini Blog Saya? Ye Ke?

Angin dari mana tah bawa sifat rajin saya pergi jauh. Jauh sangat. Sampai rasa, nak tekan blog address sendiri pun malas. Traffic merundum tak yah cerita. Ah, malas no 1. Traffic takda dalam list kalau malas dah sampai.

Saya sibuk nak complete kan list Harus Makan saya sebelum Ramadhan tiba. Sebab lepas Ramadhan akan strict berdiet untuk tiga bulan. Ahh, dari dulu aku dengar dia ni diet, tapi badan masih macam tempayan jugak. Ohh, shadap!

Progress kahwin nak start balik bila ticker da jejak angka 100. HAHAHA. Gila lah kan. Kad kahwin pun aku tak buat lagi. Esok, kalau dah tak sempat, ada yang rajin nak tulis pakai tangan satu-satu, saya tak susah hati sangat. Yes, you lah sayang. Orang aja buat kad, amboi, sikit punya susah.

Tudung pun takda, kasut pun takda, veil untuk nikah belum tengok, kad kahwin, door gift, langsir, dressing table, room deco, bla bla bla.

Semuanya LANTAK situ. hahaha. Pandai lah esok saya menggelupur sendiri. Yes, having dinner with awesome fiance yang geleng kepala tengok tunang dia makan whooper tak toleh kiri kanan dah. Lepas 2 gigitan, am full sayang.

Habiskan, selagi tak habis jangan balik!!! Awesome fiance dah jadi Fiance Firaun. Kejam wehhh.

Jadi sekarang perut saya adalah boncet macam katak kembung. Sikit hari lagi, meletup lah ia. Ok, bai Tahajud Cinta dah mula

Tuesday, July 26, 2011

A Love Journey - FINALE- Di Mana Saya Jumpa Jodoh Saya

Everybody's got something they had to leave behind
One regret from yesterday that just seems to grow with time
There's no use looking back or wondering
How it could be now or neither been 
All this I know but still I can't find ways to let you go

2002-2003
Sejak kehadiran bakal jodoh, hati saya berbelah bahagi. Puppy love sayang-saya-sayang bakal jodoh. Waktu itu bakal jodoh sudah single. Cerita cinta beliau bersama high school GF tamat early 2001 (she read my blog by the way *waves* Thanx sebab sudi jadi kawan saya. Lisa, jangan senyum! Aan, so do you :P)

Waktu itu saya memang tak beritahu pun bakal jodoh yang saya sudah punya somebody (my bad). Saya taknak bakal jodoh pergi menjauh lagi. Dalam masa yang sama juga, saya mahu selesaikan masalah saya dengan puppy love. Perlu fikirkan alasan dan cara terbaik, supaya tiada hati yang terluka.

I never had a dream come true
Till that day that I found you
Even though I pretend that I've moved on
You'll always be my baby
I never found the words to say
You're the one I think about each day
And I know no matter where love takes me to
A part of me will always be with you

In the mean while, bakal jodoh macam main ba ba cak. Beliau sangat unpredictable. Sekejap mengungkap kata manis. Goodnite princess, sweet dream. Kejap lagi texted saya kambing, ko tgh magut rumput ke?. Sekejap-kejap panggil saya tuan puteri. Bila angin tak berapa center datang. Hoi Hoi saja. Kami cuma ber'aku' 'engkau'. Takda saya awak ke apa. But, i love everything about him. Ya, love is blind yada yada.

Somewhere in my memory I lost all sense of time
Amd tomorrow can never be
'Cause yesterday is all that fills my mind

Sewaktu beliau mendapat panggilan masuk ke KMNS. Sekali lagi, harapan dan impian saya suram se suram Gua Kelam. Alah, tak tertanding lah aku dengan budak-budak matriks ni. Sure lah lebih hebat dan gorgeous-gorgeous kan Emi? SO, sekali lagi saya menyerahkan segalanya pada Yang Esa. Saya sudah berusaha. Moga Allah bersama saya.

Waktu di matriks rupanya nampak perhatian beliau lebih hebat. Eh, eh, takda life ke beliau ini. Setiap malam his job adalah bergayut-gayutan dengan saya. Dari malam membawa ke pagi. Itu mesti. Oh, sungguh kuat aura saya sampai dia tak terpaut pun dengan sorang budak matriks neh. Ekekeke.

Minat saya pula makin pelik. Dari seorang yang anti dengan football, sampai sanggup stay up-2,3 pagi sebab nak tengokkan MU untuk beliau. Lepastu, bagi live report terus. Gila. Semua nama player MU aku hafal. Veron, Rud Van Nisteroy bla bla bla. Again, love is blind blerghh.

You'll always be the dream that fills my head
You'll always be the one I know I'll never forget
There's no use looking back or wondering (or wondering)
Because love is a strange and funny thing
No matter how I try and try
I just can't say goodbye

Hingga pada satu malam, secara tak sengaja, saya meluahkan perasaan macam mana susahnya hati saya waktu tu sebab tersepit antara dua, tapi masih tak cakap yang saya sudah punya BF, tapi dia dapat tangkap. HAHAHAHEBAT. Beliau pun meluahkan perasaan yang sebenarnya beliau suka kan seseorang ini since sekolah menengah lagi tapi orang tu sudah punya kekasih (BUKAN AKU LAH OI) 

Aku rasa nak tanam kepala dalam tanah dan bertukar jadi Ostrich. Sedihnya. SOBSOB.

Since that sesi luahan perasaan, saya cuba untuk menjauh kerna saya tahu, saya bakal menangis tak berlagu atau dalam bahasa mudahnya. KECEWA. Saya tak punya tempat di hati beliau. Friend will always be remain as friend. Even beliau kata itu cerita lama. Saya masih tak percaya. Kapal terbang diudara pun boleh di hijack inikan pula kekasih orang. Hah, pi lah hijack yang. Ok, takyah. Dah terlambat. HAHA.

15 May 2003
Saya dapat panggilan ke Politeknik JB lalu berfikir secara masak-masak dan saya ingin bebas. Dari puppy love mahupun bakal jodoh. Secara official hubungan saya dengan puppy love tamat. Penat weh feeling abuse. Jadi, saya macam dingin-dingin lah dengan bakal jodoh ni. Mesej dan call sudah tak sekencang dulu. He noticed perubahan tingkah laku saya

Aku berhenti berharap, dan menunggu akan gelap
Sampai nanti suatu saat, tak ada cinta kudapat
Mengapa ada derita, bila bahagia tercipta
Mengapa ada sang hitam, bila putih menyenangkan


15 Jun 2003
Malam itu kami bergaduh, tentang apa tu dah tak berapa ingat. Hingga akhirnya saya terima satu mesej yang panjang berjela hampir buat saya pengsan kegembiraan

I look deeply into my heart n I found u. I realized that u r important 2 me. n because of that I want u 2 tell me the truth. what's happening now? if I do a mistake go ahead tell me. I can accept it. Just tell me. I'm seriously now my darling. I hope that there is no gap between us because I want u 2 b my special girlfriend. But if u want 2 n have a same feeling as me. I really want u 2 be my princess... Darling

*Speechless* Biar betul, dah la gaduh-gaduh, suddenly nak ajak orang jadi special GF dia. Orang tak hingin lah (KONON, padahal hati dah berpancaragam, siap buat formasi). Saya pun tak ingat dah apa yang saya reply. Tapi masih lagi nak argue tu.

Why should I hurt ur feeling? It doesn't make sense! One day u will know why I really need u. Its hard 4 me 2 convince u now. If u think that i'm just want 2 play games with u, its up to u. There's nothing prove I can show 2 u. But the fact is I want u 2 share life with me. Can u please answer my question. But if u think its a burden 2 u 4get it.
Masa tu tak tahu apa makna burden. Sanggup bangun pi selak kamus sebab takut salah faham. HAHA.

Dan akhirnya, anda tahu lah. Takkan tak jadi pula. Bangun tidur terus muka glowing. Macam tak percaya, eh betul ke ni? The guy that i've been waiting and dreaming now dah jadi milik saya? Serius, tu lah kali pertama saya rasa macam floating in the air je waktu berjalan. Seharian memang bersedekah senyuman dekat orang kiri kanan. Muka nak manis je waktu tu.

Takyah cerita lah macam mana rasanya bila bercinta with the right guy. Semuka pun tak habis. Sayangnya melimpah-limpah. Every second nak check HP la weh. Bak kata Alicia Keys

I know some people search the world
To find something like what we have
I know people will try, try to divide, something so real
So till the end of time I'm telling you there ain't no one


Sehinggalah membawa kepada our 1st date pada 31 Ogos 2003 di Mc Donald Bukit Raja. Yes, after 2 months couple baru lah berjumpa. Gigil kepala lutut semua. Err, masih hendsome lagikah macam waktu last jumpa Disember 2002. Alhamdulillah, sempurna sifatnya, takda cacat cela. Kalau tobek sikit pipi memang dah walked away dah. Taklah, tak. Kidding.


His 1st pic yang saya simpan hingga kini
Dari aku - kau
Membawa kepada An - Yaty
Terus kepada B - Gurl

Sekarang? Rahsia meh. HAHAHAHA

2006-2007 Ok, tak perlu diingat, semua kan sudah tertulis di Luh Mahfuz. remember? Sebagai seorang Islam, saya patut percaya dengan Qada' dan Qadar Tuhan.

 Our diary, together :)

Ya, kami adalah pasangan yang mengamalkan LDR atau PJJ. Tak pernah pun rasa dating, lunch sama, pergi library sama, masuk kelas sama. Kecuali waktu kursus kahwin hari tu. HAHA. Tapi, takdir-Nya sentiasa mahu kami mendekat. Waktu saya di PJB, beliau ke UTM, Skudai. Kemudian, saya sambung pengajian di IPGM Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, beliau masih di UTM, Skudai.

 My diaries a.k.a sumber rujukan

Alhamdulillah, atas keredhaan Allah dan keutuhan cinta, kami diikat dengan tali pertunangan pada 23 April yang lalu. Manisnya perancangan Tuhan buat kami yang memang tak pernah merancang untuk bertunang. Selepas segala badai tsunami yang melanda, InsyaAllah, cinta kami akan terus utuh dan akan diikat dengan tali yang lebih kukuh dan perjanjian dengan nama Allah this becoming November. InsyaAllah.

Doakan pengakhiran yang indah buat kami berdua.

 Konvo IPGM 2009

New Beginning to the New Chapter

Monday, July 25, 2011

MALAS

Blog tak update, saya malas. Otak jammed. harap maaf. nak pi dating pun malas. cuma mahu tidur, merehatkan minda dan menjauh dari masalah. sekian

Saturday, July 23, 2011

7 Series Bukan BMW

....tapi Harry Potter. Khatam sudah semua series. Oh, Al-Quran tak khatam-khatam pulak. Errr.. Insyaallah, Ramadhan ini.

My Fav pick are

Paling buat saya menitiskan air mata laju-laju waktu Harry Potter and The Deathly Hollow PART 1

Sangat sedih dan mensentuh kalbu. 
Pelik, tengok Harry Potter pun menangis?
Yes!

Tapi, cerita yang saya rasa a bit boring dan kalau marathon semua series, saya mesti skip this one
Harry Potter and The Chamber of Secret. Cemuih.
My Fav Character pulak tak lain tak bukan

Sirius Black

Saya suka lelaki jahat physically, tapi dalam hati ada taman.

My Fav Guest Artist haruslah

Cedric Diggory.

Waiting for ya in Breaking Dawn this coming Nov

The most beautiful woman in this series

Ginny Weasly

Masa kanak-kanak rasa macam dia tak cantik, bila dah grown up, walla!!

Dan saya paling teringin nak makan

Licorice wand

*yummy*

Dan

Pumpkin Juice.

Ohh, this film affect me a lots. Gonna missed Harry Potter.

Friday, July 22, 2011

My Hillarious Fiance

Cerita di bawah takyah jadikan contoh dan teladan. Jadikan bahan hiburan di masa lapang boleh.

Semalam Dak Yang rushing dari satu tempat ke satu tempat. Masa untuk chat on the phone macam terkurang. The perfect time yang tak ambil masa lain adalah waktu sedang driving. And suddenly dia cakap, nanti,nanti and terus hung up.

Saya pun, takpelah. Maybe ada panggilan yang lebih penting dari our conversation.

Tak lama kemudian, saya call semula and asking what happened?

Dia kena tahan polis sebab bertelefon waktu memandu. Memang salah dia. Tapi, dalam waktu macam ni duit sangat berharga daripada di buat bayar saman trafik RM300. Uihh, boleh buat beli tudung dari Vispera tuh. 


google image

SO, he said, my wife dah nak bersalin. Dia dekat rumah sorang-sorang. Dia baru call, jadi saya risau. Polis trafik tu siap tanya, wife awak dah cuti ke? Dia siap cakap kalau tak percaya, telefon lah wife saya.

 google image

Tak sabar sangat ke Yang nak tunggu your 'wife' ni preggy. AHAHAHAHA

God, how convincing his lakonan sampai polis tu teragak-agak nak saman beliau.

SO, lesson learnt. Jangan memandu sambil bertelefon, kecuali anda tak sayangkan RM300 anda bak sini bagi aku. Dan jangan sesekalu tiru lakonan di atas.
 Google image

Cerita jodoh-jodoh sambung next week, nak buat finale terus biar orang tak muak. Ek eleh, apsal cerita cinta dia ni berepisod-episod macam cerekarama pula?

Thursday, July 21, 2011

Bila Murid Kasi Ujian dekat Cikgu

Betapa hati seorang ticer ini rasa tercabar dari hari ke hari. Episod demi episod yang tak nice lah mereka nak pertontonkan dekat cikgu mereka. Tentang prestasi pelajaran saya memang tak punya masalah dengan mereka-mereka. In fact, mereka semakin well done dalam membuat latihan. Tapi dari segi attitude buat saya tepuk dahi.

Bermula dari episod ter-iyak dalam seluar. 2 orang serentak. Saya tak punya masalah sebab saya mintak mereka bertahan sampai waktu balik lalu cuci di rumah. Settled. Pencemaran bau kena la tahan sikit. 

Berlanjut ke episod dimana bukan waktu saya budak ni main hayun-hayun badan antara meja lalu terjatuh ke depan dan terpatah giginya. Yes, he admitted yang itu kesalahan sendiri. Menangis sendiri lalu penyelia petang tuamkan ais pada mulutnya lalu tertidur. Kemudian, ada ura-ura ibunya macam kecil hati dengan guru kelas (me of cos) dan mahu bersua muka. Ya, saya ada sedikit hangin. Di luar waktu saya, kenapa saya yang mahu dicari. Saya ada obligation dengan kelas lain juga.

Kemudian, membawa ke episod budak bertumbuk dan bertampar lalu berdarah mulut. Bukan juga dalam waktu saya. It makes my blood go upstairs. Ceritanya, Si A main zombie-zombie. A memang anti sikit dengan si B. Alih-alih si B pergi baling kertas pd si Zombie A ni tadi. Si A bagi penumbuk, Si B balas balik dengan kekuatan luar biasa mungkin sampai berdarah mulut si A. Si Cikgu dah angkat kain dan singsing lengan masuk ke kelas untuk mengamuk.

Apa masalah anak-anak murid aku sekarang? Bukannya budak kelas hujung pun. Budak-budak intelek tinggi. Kelas depan sekali. Tapi mengalahkan jaga budak kelas hujung. Masalahnya, buat perangai bukan pada waktu saya.

Apa-apa jadi, guru kelas juga yang dipertanggungjawabkan. Tahu pulak kalau masa saya, semua duk mengintai dari atas ke bilik guru nak make sure saya dah naik ke belum. Memang pandai berlakon, bila cikgu ada, masing-masing buat muka baik. Bila cikgu tinggal je, memang pertempuran dan pertumpahan darah berlaku. 

Minta dijauhkan dari penyakit darah tinggi dan serangan jantung. nauzubillah

A Love Journey - V4- Dimana Saya Jumpa Jodoh Saya

I'll be your strength,
I'll give you hope,
Keeping your faith when it's gone
The one you should call,
Was standing here all along

Life must go on. Takkan sebab dia dah tak mahu hubungi saya, saya perlu cuddle dalam selimut tak bangun-bangun macam dunia dah berakhir. Padahal, SPM pun tak lepas lagi. Sibuk nak akhirkan dunia. Long way to go (belum jadi cikgu lagi pun :P)

2001-2002
No news, no stories, no butterflies, no sunshine 

(Cerita lucu : Saya pernah potong keratan akhbar hitam putih yang ada muka beliau dan rakan-rakan cemerlang PMR beliau, lalu simpan dalam kamus, dengan niat supaya saya rajin baca kamus. Saya minta rakan bawakan majalah sekolah KUSESS adik dia. Bila orang takda dalam dorm, aku feeling sorang-sorang tengok gamba besar semut)

That's the only way untuk melepaskan gian tak dapat jadi stalker pekan.

Pada tahun 2002, waktu itu tengah menggilai Sheila On 7 dan saya salah seorang ahli Sheilagank dan chatters tegar di Sheila sonic. SO, saya bertemu 1st puppy love saya di situ *grin*


7 Nov 2002 (beberapa jam sebelum paper BM SPM) telefon berdering (teka, jangan tak teka) and yes, tekaan anda tepat sekali. Seorang makhluk Tuhan paling seksi (bakal jodoh) call saya untuk wish good luck and all the best. God sent him back pada musim peperiksaan. Muka saya haruslah serupa kera dapat bunga. Tersengih sorang-sorang dan panjang-panjang. Tapi saya cepat cepat sedar. He'll be gone just like before T_____T

9 Nov 2002 Puppy love pula ajak declare us as a couple (macam tahu-tahu saja). Saya memang tak berfikiran panjang dan jauh. Terus terima. Serious. Sebab saya rasa beliau (bakal jodoh) akan hilang. Saya taknak mengharap dan kecewa lagi. Syukur sangat kalau beliau sudi nak jadi kawan sepanjang musim periksa ni..

So am happy with my couple (waktu itu. 1st time feeling-feeling hangat bercinta gitewww) dan saya cuma menghitung hari bila bakal jodoh akan hilang semula like pufff! hilang tiba-tiba macam dulu.

Unfortunately, day by day bakal jodoh masih wujud tak hilang-hilang. Makin kerap call ada. Aik? aik? aik? What happened neh? Saya pula yang dalam dilemma. Apa mahu bakal jodoh ni sebenarnya?

Saya pun taknak fikir banyak kerana target saya bukan mahu kahwin lepas SPM. Apsal nak berat-berat kepala fikirkan hal jodoh? Saya pun teruskanlah hubungan dengan puppy love dan berkawan dengan bakal jodoh macam biasa.

Saya dan bakal jodoh pernah plan beberapa kali nak keluar dan berjumpa (as a friend of cos). Tapi, manusia merancang, Rancangan Allah pastinya yang pastinya menang.

One of the situation : Dah plan cantik punya nak keluar. Saya pun dah tidur rumah my cousin, sebab dia saja yang dah ada lesen waktu tu. Malam tu saya tertidur awal, tak dengar bunyi HP dan msg yang bertanyakan lokasi nak jumpa dimana dan masa. Bila saya call semula tak berangkat. Msg tak berbalas. End up, kami pergi Sunway Pyramid. Dalam hati dah agak dah, dia ni nak main-main kan aku je ni. Saya msg dan cakap mekasih bebanyak, aku ingat punya, takde lupa ( Why on earth aku msg macam ni?)

2 hari berlalu dan takda balasan. See, dia dah pufff again. Thats what I really thought. MIA secara tak bagi salam. Hari saya suram suam-suam sebab saya masih punya puppy love remember?

Masuk ari ke-3 dia call. Rupanya, HP dia tertinggal dalam kereta his uncle and on that particular day, dia pergi KLCC dengan harapan, kami akan kesana. Masha Allah, kalau Tuhan tidak berkehendak, memang tidaklah ia.

Hinggalah pada tanggal 28 Disember 2002
Rumah my uncle jadi saksi pertemuan kami selepas almost 4 years tak pernah bersua muka. Waktu itu hari raya. Lutut bergoncangan takyah cerita, macam makcik yang kena parkinson. Lepastu 2-2 jadi batu. Duduk sebelah-sebelah tapi satu perkataan pun tak terkeluar dari mulut masing-masing. Membisu seribu bahasa. Duduk saja tengok beliau makan (Oh, bakal jadi full time job saya kelak) He's here, sitting besides me, what else I could say. I am beyond happy.

It's just me or all of you forgot that I already had a Boyfriend. Danggg!!! Puppy love remember?


Sebulan kemudian......

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday - Taknakgemuk.com Challenge

Zaman nak bajet hot tapi tak perasan hot


Berat - 46 Kg
(Tak, tu bukan ex-BF saya. Tu ahli kumpulan Element from Indonesia)

Zaman Hot n spicy macam ayam yang nak digoreng


Berat - 60 Kg (ni bulan Mei itu hari)

GEMUK GILA. BENCI!!!!! (or yellow just not my colour?)

Yeah, lets put the blame on yellow.

Jadi, saya sekarang tengah join Kurus Sebelum Raya Taknakgemuk.com Challenge. Untuk Atkiners Diet boleh like Fanpage Taknakgemuk [LINK] dan ikutlah apa yang dia suruh buat.


Kenapa kita tak pernah perasan yang kita pernah kurus, kenapa bila dah gemuk baru perasan. Eh? Aku dah gemuk? Kenapa? Kenapa? Tak sempat nak bajet hot masa kurus. Tau-tau dah gemuk. Dunia ni tak adil (Tiba-tiba nak salahkan dunia) Ok Bai

Tuesday, July 19, 2011

A Love Journey - V3- Dimana Saya Jumpa Jodoh Saya

Sometimes I run, Sometimes I hide
Sometimes am scared of you
But all I really want is to hold you tight

2000 
Millenium, Bring me hope and sunshine

Saya tahu, harapan saya makin tipis. Peluang saya kelam. Dengan halangan-halangan yang datang, saya tahu, impian hanya tinggal impian

  1. Saya berpindah ke SMK Convent Klang. Tak dapat lagi nak jadi stalker di pekan. Tak dapat lagi nak skodeng mereka merentas desa ke Bukit Malawati. Tak dapat lagi nak bump into him dekat mana-mana kawad kaki or pertandingan hoki.
  2. He had someone special. And yes, my friends pernah jumpa mereka dating di McDonald Centerpoint. (Waktu itu impian saya pecah macam kaca berderai-derai, saya terduduk tanpa kata)
    Berpindah ke asrama baru buat saya homesick. Every week saya minta nak pulang ke rumah. Ye, tempat baru, kawan-kawan baru dan impian yang musnah. I don't have any reason to be happy.

     AYSK

    Tapi, di satu petang, tiba-tiba telefon rumah ringing. And, saya dengan berat kaki pergi angkat sebab tahu mesti bukan kawan aku neh. Takda siapa pun tahu aku balik rumah minggu ni.

    23 Januari 2000
    + : Hello *suara malas*
    - : Hello, boleh saya bercakap dengan Yaty (suara lelaki, siapakah?)
    + : Ni Yaty ni, siapa tu? *masih confius dan blur*
    - : Kau tak kenal aku ke? Kita pernah PERGI PANGKOR SAMA-SAMA
    + : *speechless**nak nangis**nak jerit**nak lompat**nak guling**excited* Siapa ya? (masih nak bajet punya ramai peminat padahal takut salah orang dan kecewa)
    - : Alaa, kau tak ingat ke? bla-bla-bla (conversation dipendekkan untuk menjimatkan masa dan ruang)

    Semua tercatat dalam ni



    Itulah panggilan pertama yang saya terima dari beliau. Panggilan yang boleh membawa maut juga kalau saya punya heart attack. Saya tak pernah mengharap lebih dari pertemuan demi pertemuan yang terjadi dulu. Yes, he makes his 1st move even nawaitu cuma mahu berkawan.

     Honestly, bukan saya yang circle that picture

    Since that day, kalau kebetulan saya balik rumah dan kebetulan beliau telefon dapatlah kami berbual. (Esok pukul 1 aku call kau) Hah, dari pukul 10 dah duduk tepi telefon sebab tak nak bagi orang lain guna. Nanti dia call tak dapat. Yes, beliau memang tak belajar kesopanan dan kesusilaan. Ber aku kau je.


    1998
    Waktu ni rasa macam beliau katik dan gemuk sikit

    Curious? Macam mana beliau tahu no telefon saya. Thanx to our cupid a.k.a my cousin Azrina yang bagi no telefon itu. In fact, saya berterima kasih dengan beliau sampai sekarang :D

     Geng Abang surau

    Ya, he promised me nak bagi soalan trial PMR sekolah dia. Even he asked me the same in return. Ya lah weii tukar-tukar soalan exam. What to expect from 15 years old budak yang baru nak kenal-kenal? We never talk anything about feeling or anything related. Plain conversation that makes butterflies menggila in my stomach.

    Biasalah drama melayu, ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari.

    Bila dah lama-lama rasa macam, ala, dia ni seriously nak be friend je. Saya tak rasa pun ada cubaan-cubaan nak mengayat ke apa dari dia. SO, the friendship macam makes me suffered even more. Kadang-kadang dia tak angkat handphone. Sibuk main bola petang-petang. (Ya, dia melanggar peraturan di asrama. Aan do report your warden. HAHA) Kadang-kadang dapat rasa dia macam tak interested je nak berborak lama-lama.

    So, macam berasa. That's it. Itu lah dia pengakhiran kisah kami. The last thing that I could remember, wishing him Good luck for PMR. Ada a few times juga I've made a fon call waktu cuti sekolah. But I never get thru. Dan saya masih berpegang pada biar timba cari perigi. Saya tak perlu nak try harder kalau orang dah tak suka. And the last thing he said he got straight A's for PMR. Congratulation!

     Tah pape senyum macam tu.

    Perasaan suka pun sikit-sikit lenyap di telan arus masa. Since 2001, kami lost contact. Tak pernah dihubungi dan cuba untuk menghubungi. Still, saya tak punya orang lain sepanjang waktu itu. Hati ini hanya untuknya (serious, even saya pernah berjanji dengan hati, I'll wait for him till i am 18. After that, kalau dia tak datang juga, memang bukan itu jodoh saya) Imagine lah oii, kecik-kecik dah pandai buat janji dalam hati macam ni.

    Ya, Tuhan bagi saya rasa nikmat gembira yang tak ternilai itu. Dan saya rasa, setakat itu cuma.
    He do come back, after I accept someone to be my so called Boyfriend
    In the next entry :D

    Monday, July 18, 2011

    A Love Journey - V2- Dimana Saya Jumpa Jodoh Saya

    And everytime I see you in my dreams
    I see your face, Its hunting me
    I guess I need you baby

    Julai to Disember 1999

    Selepas family day itu, kami bertemu lagi untuk kali kedua di Klang Parade. Waktu itu, saya bersama sepupu dan my auntie pergi menonton Senario The Movie. (Wayang dekat Klang Parade pun dah takda, tapi kami masih ada) Beliau pula dengan his mum and Along.


    Naik-naik escalator, muka bakal jodoh yang saya nampak dulu. Oh, sekali lagi jantung berdebaran tak keruan. Kenapa ni? Kenapa? For God Sake, masa tu baru berumur 14 tahun. Berhingus-hingus lagi. Tak tahu pun istilah cinta itu sebenarnya yang buat kita tak keruan. No, bukan ikan haruan yang jahat makan anak tu.

    Since I knew that he is studying at KUSESS, and me myself pun masih sekolah di Kuala Selangor waktu itu, misi pencarian pun bermula. Saya admit yang saya sangat obsess dengan bakal jodoh itu. Sangat. But he never knew about it T_____T

    His School


    Mine :)

    Everytime budak lelaki KUSESS ni outing, saya pun akan cepat-cepat ajak teman-teman pergi outing. (Siap kira lagi, kalau minggu ni perempuan, minggu depan mesti lelaki yang outing) HAHAHAAKUTAKDAKERJA. Kalau silap kira, mesti bengang sebab tengok semua budak perempuan je yang memenuhi pekan. Ciss, rugi!!

    Tapi kan semua dah dalam perancangan Tuhan. Maka, jika Allah tidak berkehendakkan, maka tidaklah ia.

    Ya, saya berusaha mencari lelaki yang berjaya merompak hati saya pada kali pertama pertemuan (Saya jenis sekali saya berkehendak, itulah yang saya mahukan sampai bila-bila) bukan sebab dah takda lelaki lain ke apa. MIND YOU!



    Lagu ini adalah pengubat kekecewaan dan bila jemu bertandang dalam usaha pencarian



    Sekali Allah mengatakan Kun (Jadilah) Maka tanpa sebarang usaha dan perancangan, Allah pertemukan kami.

    Insiden Pertama

    Waktu itu saya baru pulang dari aktiviti Kokurikulum. Tah kenapa waktu tu kami ambil keputusan mahu naik bas luar sebab bas sekolah lambat sampai. Walkman adalah sangat in waktu itu. Sampai di stesen bas Kuala Selangor lama, kami pun turun.

    Secara tak memasal, hati saya berdegup kencang. (memang tak tipu) Sampai walkman yang saya pegang pun bergegar-gegar. Menggigil tangan waktu tu. lemah kepala lutut semua. Pelik sangat sampai tak boleh nak jalan. I asked one of my friend. Kenapa dengan aku ni? So, perlahan-lahan saya berjalan menuju ke kedai Kandaiah.

    Di depan saya itu seorang lelaki yang memakai seragam hijau (tak, tak. bukan askar, tapi prefect) tengah berdiri sambil berbual dengan rakannya. OMG OMG OMG. It's HIM. Bakal jodoh yang dicari-cari selama ni.

    Saya tak terkata apa. Cepat-cepat saya beritahu rakan-rakan, itulah dia. Lelaki yang saya cari selama ni. And we just followed him sampailah dia naik teksi. Secara officialnya anda tahu saya stalker sekarang. HAHAHA. (And for your info, dia perasan ada orang ikut dia waktu tu, dia kata dalam hati, apahal minah ni? He doesn't recognize me at all sebab saya berhijab ke sekolah. What a pity)

    Insiden Kedua

    Waktu itu PM Tun Dr Mahathir datang ke Stadium Kuala Selangor itu. Ya dalam beribu-ribu orang yang hadir dengan keluasan Stadium itu sendiri, sekali lagi lutut saya longlai dan berdebaran tak tentu hala waktu nak melangkah longkang besar. Dan Alhamdulillah, saya sedar tanda apa yang saya sedang alami, dengan pantasnya saya menoleh. Lelaki itu berdiri berdiri beberapa meter di hadapan saya di antara ribuan orang yang ada.


    Dan saya masih belum punya kekuatan dan keberanian untuk pergi mendekat sebab masih mahu timba yang cari perigi.

    The vibe and the sign sangat luar biasa. Waktu itu memang belum pun punya hubungan apa-apa. Tapi, takdir Allah tiada siapa boleh menidakkannya. Hati saya semakin kuat menyatakan Itulah lelaki yang saya cari.

    Tetapi, His high school girlfriend membuatkan saya berfikir. Adakah saya punya peluang?

    to be continued....

    Sunday, July 17, 2011

    A Love Journey - Dimana Saya Jumpa Jodoh Saya V1

    My love for you is a journey
    Starting at forever
    and ending at never

    Segalanya telah tertulis di Luh Mahfuz dengan izin Allah

    3 Jun 1999
    Pulau Pangkor, Perak


    Ya, it was a long long long eh loooong time ago. Our love story kinda ancient or what we call, vintage and classic. It's all started when I follow my uncle's family went to Family Day at Pan Pacific Pangkor. My 1st time being at Pangkor too. What a beautiful island.
     The Pan Pacific, Pangkor

    On the first day, everything went well. I enjoyed myself with my beautiful cousin, Azrina and others. Jalan-jalan, makan-makan, swimming, and cycling.

    SO, he stumbled into my life by accident on the 2nd day. And, my life about to change completely

    One fine evening, after I woke from the nap and seriously with air liur basi I go for a walk di tepi pantai. Ambil udara petang dengan angin sepoi-sepoi bahasa membawa bau air liur basi ku pergi jauh. Di waktu itulah saya berjumpa dengan seorang budak lelaki pelik yang menyorok jauh di belakang pokok. Yeah, we don't know when or where we gonna meet up with our soulmate. So, basuh muka sebelum keluar berjalan-jalan jumpa jodoh.


    Waktu itu, his Along yang berbual mesra dengan kami. Dia mengasingkan diri dan duduk diam tanpa kata. He think he's cool? I think he's snobbish :P


    And that snobbish boy adalah anak kepada kawan baik pakcik saya :D

    Selama 4 hari di sana. We never talk to each other even say hi pun tak pernah. Dia bawa diri dia sorang-sorang sana macam kera sumbang. Memang arrogant and totally annoying. And silly me, am kinda like that snobbish attitude. What I thought waktu itu Langsung tak layan perempuan, and am sure kalau jadi boyfriend, mesti setia ni (bersangka baik is my part time job)

    A few things that he did makes me think, that he likes me but actually he already had a high school girlfriend T____T

    • Main bola sepak sama-sama. Saya goal keeper dan dia err sebagai apa-apa lah. Dia nak score the goal macam lah main world cup, lepastu tak masuk pun, tapi kaki ku jadi mangsa (waktu tu zaman pakai short lagi). Sakit siuttttt (maki dalam hati)
    • Dia call bilik dan cari abang sepupu saya yang tidur waktu tu. Saya yang angkat that phone call (buat-buat suara macho).
    • Dia tak puas hati dan datang our bilik himself sebab nak jumpa juga dengan abang sepupu (eiii, taktik nak mengorat orang lettew)
    • Kami duduk sebelah-sebelah waktu last dinner di hotel. Saya tersenyum dan jantung berdebaran tak sudah.
    Ya. Habis family day, cerita itu pun habis. Tapi, saya yang tak habis-habis keep mentioning about him to all of my friend. I fell in love at the first sight.
     
    And from that moment I knew, he is the one am looking for.


    to be continued...

    Saturday, July 16, 2011

    Honeymoon - His Side of Story

    Yess, selagi tak pergi selagi tu perancangan akan berubah-ubah ikut mood dan kesukaan hati sendiri. Ohh, wedding prep tired. Cerita honeymoon tak tired?

    Huishhh, siapa yang penat kalau cerita tentang leisure dan fun?

    Ye, both of us memang suka cerita tentang angan-angan. Paling suka berangan kan kereta and the latest where should we go for our honeymoon. 

    Saya tipikal perempuan yang otaknya ada dua cabang saja. Tak Bali, Krabi. HAHA. Memang tak berkembang langsung geografi aku. Tak boleh pakai sangat buat sumber rujukan. Yang paling saya dambakan of course lah

    UBUD HANGING GARDEN

    USD 430 per night
    *tadah sebaldi saliva tak habis-habis dari hari tu*

    Dak Yang tak banyak sangat cerita kalau harga dia adalah diluar jangkauan akal beliau. Nanti dia cuma kata. Takkan nak spend banyak tu untuk honeymoon? SO, kita dapat budget yang. OK honeymoon nanti mesti tempat yang dekat-dekat dengan hotel yang biasa dan suasana mesti lah luar biasa sebab ada suami (to-be) di sisi. AGAGAGA

    Tapi, once beliau buka mulut cerita tentang honeymoon. Tak terlayanlah dek akalku. 

    His 1st choice

    Switzerland

    Tak agak-agak taw Dak Yang neh. Impian setinggi Gunung/Banjaran Alps. Bila di survey-survey Pakej Tour Europe dengan MAS seorang RM6K ++.  Errrr, next!

    Beliau kemudiannya memilih Cuti-Cuti Malaysia. Ok, bangga sekejap sebab semangat patriotik beliau naik secara mendadak. Sebagai tunangan haruslah pasrah kalau di ajak bermudik di hulu saja.

    His 2nd Choice

    Bunga Raya Resort & Spa, Pulau Gaya, Sabah


    When he said kita pergi Sabah je lah. I was like OK. Sedikit upset sebab ikut hati nak pergi Bali atau Krabi remember? Ni ha, ada Resort Bunga Raya (Am showing no interest sebab "heh? Bunga Raya?") Sekali Dak Yang kata pakej honeymoon treehouse 6D5N bernilai RM 14 580. *faint* Saya tak patut underestimate Bunga Raya after this. Teheee.

    Waktu macam rasa kesian sangat dengan beliau nak spend berapa banyak lagi untuk wedding? Saya pun sebagai seorang petunang yang berhati emas dan memahami penderitaan si petunang bagi cadangan. Kita pergi Langkawi je lah Yang, tapi I nak stay dekat Four Season. (dalam hati fikir balik, tak membantu meringankan beban langsung!!) HAHAHATIAKUBOLEH FIKIR.

    Sekalinya, joke saya dipandang serius (habislah!! waves kat Langkawi sekarang T___T) Dia kata OK, kita pergi Langkawi stay kat Four Season *Gulp*


    Beach Villa

    Pakej honeymoon yang di offer pun sangat tempting. Aktiviti tak padat, tapi fun. Tapi lagi, tapi bernilai 5609 MYR. Kenapa bukan Rp? Kenapa!!!!. *kecewa terduduk*

    Aikk, kenapa kecewa? Ada chance lah nak pi Krabi yang baru bernilai 2K MYR untuk stay di Princeville Aonang 5D4N.*bertango salsa*

    Kan dah kata tadi. Ni lah kerja kami diwaktu lapang. Angan-angan Mat Janen. You should try too. Fun weh survey hotel yang kita tak afford nak stay. Lepastu berangan sampai Subuh. HAHAHA. Selagi tak pergi, and the list will go on and on.

    Saya akan update lagi cerita angan-angan kalau ada yang fun :D

    Friday, July 15, 2011

    Am Getting Tired With All The Wed Prep Thingy

    Itulah perasaan pada waktu dan ketika ini (waktu saya mentulis post ni) Mungkin esok lusa perasaan akan menjadi lain. Ya, saya manusia. Bukan patung Barbie atau patung lilin. Of cos perasaan saya boleh berubah-ubah.

    Saya sangat penat dan letih. Tak berpeluh pun? No, not Physically. Tapi secara penat dan letih perasaan dan duit tentunya. Walaupun bukan duit saya yang terkorban banyak, still, saya nampak gaji saya macam angin lalu saja. Macam chipsmore pun ye jugak. Kejap ada, kejap takda.

    Pada yang bakal-bakal berkahwin, memang anda akan jadi super duper excited. Macam semua vendor kau nak survey nak call nak mintak quotation nak tu nak ni. Rasa macam tak cukup satu lappy kau nak tengok, rasa macam nak pinjam lappy jiran, Ipad, Galaxy Tab semua kau nak guna lah.

    Tapi, bila sampai di tengah jalan, akan timbul rasa macam "Apa yang aku buat ni?" Perlu ke? Eiii, leceh nya. Macam malas nak teruskan. Rasa macam nak kahwin pakai baju kurung kedah je. Settled. Takyah nak pelamin. Amik gambar pakai camera cap ayam pun takpa. Lain-lain tak penting dah sekarang ni.

    Ye, itulah saya rasa sekarang. Saya tak mahu majlis itu. Saya cuma mahukan suami saya saja. HAHA. Boleh? Aku penat dan penat dan penat dan bosan. Berapa kali penat tu? Tu pun masih tak sama dengan perasaan penat yang sebenar.

    Esok nak pi buat pre wed ni pon macam lah nak ambil periksa. Takut, berdebar nak terkencing semua lah ada. Apa masalahnya pun aku tak faham sangat. Sebab saya dah penat dengan semua ni dan saya mahu cepat-cepat sampai ke garisan penamat. Wake me up when October end

    Oh, tabah lah. Berdoa moga Allah turunkan hujan duit dalam rumah (read: permudahkan rezeki)

    Thursday, July 14, 2011

    Pre Wed Idea - Picnic

    Finally, lepas macam-macam idea datang bertandang. End up kami memilih tema yang cliche. Malas lah nak fikir benda luar kotak (think out of the box)

    Seperti yang telah dirancang

    Date : 16 Julai 2011
    Time : 9.00 am
    Venue : Lake Garden
    Theme : Picnic
    MUA : Mizz Amy
    Photographer : Izan from The Photolicious

    Thanx to Mr google For all the pictures. Sangat inspired

    Bakul - Check
    Lolipop - Cari esok
    Board - Check


    Mana nak cari rabbit?
    Scratched that. Siapa berani nak pegang rabbit?
    HAHAHAHA
    Falling in love dengan pre wed idea dari Subhi Karim ni

    Kita tengok lah apa hasil pre wed sabtu ni. Seorang Cam-Whore. Seorang lagi mintak senyum pun macam orang nak rompak dia. Tehee. Hopefully Dak Yang bagi full cooperation. Kalau tak kena photoshoot lagi sekali. HEHEHE.

    Saya? Seploh kali pun suka :D

    Monday, July 11, 2011

    HIV Test & Talasemia di KK Shah Alam : Step By Step

    Tempat : KK Shah Alam
    Masa : 2.30 - 3.30 petang 
    Hari : Isnin - Khamis SAHAJA

    1st step - Call klinik kesihatan Shah Alam 03-55186531 untuk buat appoinment. Cakap molek-molek apa tujuan takyah sembang kencang tentang hal-hal lain. Dia tak layan. Waktu ujian hanya dari 2.30-3.30 petang.

    2nd -Lepas parking kereta segala, bawak diri masuk dalam klinik dan cari tangga. Kalau nak lagi manis, mintak pasangan turunkan anda depan pintu, biar dia cari parking sendiri. HAHAHA Jangan lupa inform pasangan. Nanti dia lost. AHAHAHA. Pergi naik tingkat satu. Anda akan jumpa kaunter kecil disana.

    3rd -Dia akan tanya, ada buat appointment tak? Kalau ya, dia akan semak nama dalam buku dia tadi dan akan keluarkan 2 borang siap dengan nombor giliran. Dia minta anda isi borang tu dan hantar di kaunter 4.

    4th - Lepas siap isi borang, pergi turun bawah dan letakkan borang dalam bakul di kaunter 4. Tunggu sekejap-sekejap lama sikit, dia akan panggil untuk buat bayaran sorang singgit. Kalau 2 orang? Ha, keluarkan kalkulator dan kira.

    5th - Lepas dah buat bayaran, anda kena bawa borang anda ke bilik 13 dan masukkan dalam kotak transparent yang ada melekat dekat muka pintu. Letak je borang dalam tu, nanti mereka kutip.

     Dak Yang dah buat muka bosan

    6th - Lama sikit nanti, dia akan panggil no giliran dan anda masuk. Dia mintak anda bacakan IC sambil hulurkan tangan mana yang anda nak cederakan. Tak sampai seminit pun dia ambil darah. Lepastu anda tunggu luar balik

    7th - Lama sikit lagi, dia akan bagi semula borang anda dengan memanggil nama di muka pintu. Kalau dah taknak buat talasemia boleh balik pergi sambung bercinta. Kalau nak buat talasemia baca the next step.

    Take 5 jap. Penat ah nak ingat balik semua

    1//
    2//
    3//
    4//
    5//

    Untuk talasemia, bawak diri anda semula ke kaunter 4 dan bitau yang anda nak buat saringan talasemia. Dia akan keluarkan kad kuning dan tanya itu ini semua. JANGAN BUANG NO GILIRAN TADI. sebab kalau tak menanah bontot nak pegi ambil no baru dan tunggu giliran semula.

    Kemudian, anda akan disuruh tunggu di bilik 8. Nanti bila Doc panggil, cakap lah, saya nak buat saringan talasemia. Anda akan disuruh ke bilik 13 semula untuk ambil darah. Muka anda akan kelat dan bitau doc, tadi saya dah ambil darah untuk ujian HIV. Nanti Doc cakap, yang ni lain. HAHAHAHA

    Kalau tadi anda di cucuk di hujung jari untuk HIV test, kali ini anda akan dicucuk di pelipat lengan. Tengok jarum macam nak nangis. Mintak pasangan tunggu depan pintu bilik 13 dan mintak dia buat muka funny supaya anda tak ingat kesengsaraan lengan anda. HAHA.

    Untuk talasemia, dia akan minta sebotol kecil darah. Lepastu aku sedih sebab darah kena ambil. Sayangnya. Lepastu, bawak kad dan sebotol darah pergi ke makmal yang ada dalam klinik tu juga. Bagi pada orang makmal dan tunggu sat sambil dengar your fiance will tease you. Nak sangat ambil Talasemia kan? AHAHAHA

     Bila result dah keluar, bawa semula keputusan tadi ke bilik 8 dan serahkan pada doc kemudian sila tunggu di luar. Nanti doc akan panggil semula dan beritahu, awak normal takda talasemia. Then, both of you boleh sambung bercinta di A&W.

    Melahap lepas darah habis sebotol.

    Tak sabar-sabar lagi nak replace darah yang hilang

    Semua Dak Yang punya. Saya kan diet :P

    Clear? ni di KK Shah Alam je la. KK lain tak tahu :D

    Random-ness

    • Hari Jumaat streamyx di panah petir. Dunia terang menjadi gelita. AHAHHA. Terus hidup tak keruan. Apa pun tak boleh!!!
    • My Atkins diet ruined habis since Jumaat malam celebrate birthday July-ians  (emak, Kakak dan kakak ipar) Sabtu malam kenduri tahlil for Ehsan's Families dan Ahad adalah housewarming emak kepadamy neighbor. Still, no rice taken. Cuma makan yang manis dan bertepung. Arghhhh
    • Hari ni sekolah cuti tanpa syarat. HAHAHA. Once in a blue moon lah sekolah nak cuti secara tak bagi salam. Am so happy. 
    • Akan settle kan HIV Test dan Talasemia hari ni. Appointment is set dekat KK Shah Alam. Ohh, hati senang bila dengar suara lemah lembut nurse yang jawab telefon itu. Pagi-pagi mood baik lagi rasanya.
    • What else? Tengah sibuk siapkan barang-barang untuk pre wed this Saturday. Semangat lebeh lah kan.
    • Later akan update belog secara proper. Nuffnang dah bagi BE banyak-banyak, tak baik lah buat kerja sambil lewa. AHAHAHA, Unique Visitors pun dah merundum bawah 1K. Bad reputation ni. Ececececeh. Nak kena BERSIH, BERSIH kan sawang skek. 
    • Rindu nak baca preps sekalian geng. Tunggu lah saya buat serang hendap :D

    Thursday, July 7, 2011

    Atkiners : Induction Day 4

    Kejayaan di depan mata. HAHAHA.

    Yesss, I lost 1 KG after 4 days of induction. Sebenarnya mana boleh timbang lagi. Kena cukup seminggu. Tapi kaki gatal membawa badan ke tempat penimbang. Dan, Ya, jarum menuju ke kiri. Walau setakuk tapi takpa. Sikit-sikit lama-lama kurus lah nanti. Mari tengok menu for today

    Breakfast : Telur goreng mata kerbau (2 biji) tomato, ikan bilis gorang dan tuna

    Brunch : Sup ayam

    Lunch : Ayam goreng berempah (dada), paru goreng dan taugeh masak lemak

    Dinner : Sup Egg Dumpling

    Air : Kurang. Uhuhu. Malam ni akan cukupkan 10 gelas

    Kantoi : Papadom. Err, tak tahu papadom bole makan ke tak tah.

    FYI saya menaiki timbang selepas makan semua makanan di atas. *grin*

    Moga-moga takda cheat day untuk minggu-minggu awal ni, Nanti lambat turun.

    Wednesday, July 6, 2011

    Atkiners : Induction Day 3

    Hari ni sangat berjaya. Sangat ok sangatttttt. *PANG!!*

    Breakfast : Murtabak Sardin (telur plus bawang plus tuna) & Salad (Lettuce plus timun jepun plus tomato)

    Lunch : Ikan keli masak kecur (No kuah) Sayur campur (lobak, bunga kubis, kacang panjang)

    Dinner : Tomyam ayam plus bunga kubis dan carrot

    Air : 8 gelas cukup kot

    Kantoi : satu cubit kecik daging berger dan hash brown. (Teringinnnn yang teramat. Dah lah depan mata, takleh jadik neh!!! cubit dia. HAHAHA)

    Kesengsaraan takda lain ialah nak menelan sayur. Ughhh, I hate veggie. Terkembang tekak. Setakat tak makan nasi, no big deal. Tapi kena kunyah sayur. Goshhh, penyeksaan jiwa. Boleh tak kalau tak makan sayur kak Myoliza? 

    Ok. Kidding. I wish hari-hari nak makan terung dengan taugeh je. Tapi, tu bukan sayur hijau lah kan. SAYA ANTI-SAYUR HIJAU. sekian

    Wordless Wednesday - Where To?

    Bali

    OR

    Krabi

    Tough decision. A lot to consider *sigh*

    Say you?

    Tuesday, July 5, 2011

    Atkiners : Induction Day 2

    Hari ni nampak macam lebih berjaya *clap clap clap*

    Breakfast : Ommlette (2 biji telur, setengah biji tomato dan setengah chesee) Ayam rendang seketui (tanpa kuah

    Lunch : Seketul ayam masak kicap (tanpa kuah) Sayur tumis bendi, seekor ikan goreng saiz sederhana dan pajeri terung 2 ketul

    DInner : Ikan goreng sepotong setengah saiz kecil. sayur pucuk ubi masak lemak (tanpa kuah) dan ayam rendang seketui lagi.


    Air masak : More than 8 gelas

    Kantoi : kek coklat sikit sangat sebab kawan paksa suruh rasa (alasan heh?)

    Lapar in between : chewing gum

    Thanx Kak Myoliza sebab check kan menu diet saya. Saya terinspired dengan kisah beliau. Kalau beliau boleh buat, Kenapa saya tidak?!!! Sebab kau suka makan sedap sedap. Ok Shadap!!

    License to Wed: Dapat Ilmu, Dapat Kawan, Musuh Pun Ada

    Ok, sebelum pergi kursus kahwin ni memang dah plan dengan orang sana-sini supaya nanti takda la kebosanan sangat. Memang pergi dengan Dak Yang sekali, tapi tahu la kan. Bukan boleh duduk berdua bersama ke apa.

    Tiba hari kursus, bawak diri sorang-sorang la jugak. Duduk la dekat kerusi tepi sekali yang 3 lagi tu dah full. Baru je duduk, bersalam dan terus jadi kamcing. Terus pok pek pok pek. KAHKAHKAH segala. Padahal baru je jumpa. Terus jadi geng. Dak Yang? dah tak dipedulikan sangat. AHAHAHA.

    4 of us
    Aini, Nurul, Tasha dan Yours Truly

    Daripada seat belakang kena halau suruh duduk seat depan. Dah lah mulut bising, siap makan gula-gula lagi depan penceramah.


    Makan sama, gi tandas sama, gi surau sama. Semua lah nak sama-sama. Padahal baru je kawan. Memang kelakar tahu. Yang tak boleh blah ada pula satu geng jambul ni, (geng pakai tudung macam Siti Nurhaliza) tak puas hati dengan kami. Apakah?

    Yang rasa kelakar rasa nak berguling kat jalan tu, dia siap jeling-jeling lepastu sound pergi kursus kahwin pun nak ambil gambar. WTH? Macam la orang mintak pertolongan dari dia kan. Kenapa tah tak memasal busuk hati. Hello, dah nak kahwin kot, tapi perangai cam budak sekolah rendah je aku tengok.

    Kitorang ambil gambar takda lah melanggar peraturan JAIS yang tak bagi makan atau duduk berdua-duaan. Geng jambul ni siap makan bersuap dengan pasangan masing-masing, takda pun kitorang nak ambil peduli. Masing-masing dah besar dan ada otak. Mind your own business lah kan. *tetiba nak hangit*

    with Darling Tasha

    Dak Yang and his new friend

    Rupanya,

    Kawan Dak Yang adalah Tunang kepada Nurul
    HAHAHAHA

    Us :D

    Nampak macam ustazah tengah bagi ceramah rumahtangga

    Tak lah, saya cuma Emcee slot terakhir

    Graduate with flying colours. 

    Dah boleh kahwin. Yayyy

    Tapi geng jambul tak habis-habis buat masalah. Sijil-sijil ketua kumpulan yang akan serahkan lepastu kena check dan tandatangan. Tasha ketua kumpulan geng jambul. Bila orang suruh sign dia boleh jawab Why should I? Pftttt&^%$#@. Bajet artis la orang nak mintak dia punya signature tu? GRRRR
    Alhamdulillah, sempurna akhirnya