Thursday, June 30, 2011

Seminggu Yang Lalu

Rasa hati berbunga-bunga sebab tak sangka yang tengah drive kereta dari Klang ke Lipis itu Dak Yang. Tidur dan bangun semula pun masih kelip-kelip dan gosok mata seploh kali sebab eh, kenapa ada wajah kesayangan hamba kat depan ni. Mimpi ke apa? Eceh ceh.

Memang Dak Yang lah pun. Jadi driver terjun bawa kami sekeluarga ke Lipis sebab my brother ada emergency secara emergency. Memang cemas. Tapi, nak tak nak, kami ada tanggungjawab nak bawa berkotak-kotak muffin ke rumah kenduri. Nanti kasihan mereka ternanti-nanti.

Rasa gembira sangat seminggu yang lalu itu sebab tak perlu nak mesej-mesej atau rindu-rindu. Orang yang dicari-cari ada saja di mana-mana. HP memang tak berfungsi langsung. Macam kalau dia mati pun aku tak peduli sangat. HAHAHA. Dia ringing bila ada orang tu mintak iron nak gosok baju. AHHAHAHA, comel sekali. Bila orang dah gosokkan, kemain lagi inspection sampai bawah cahaya sebab nak tengok kedut ke tak. Pfffttt. Ini tangan iron lady-lah :P

Nampak manis bila duduk jauh-jauh dan malu-malu

Hipokrit huh?

Biarlah hipokrit daripada di pandang serong oleh ibu bapa.
Di pandang serong takpa lagi, kalau di baling jug berisi sirap limau?

 Memang hilang kemanisan darah sendiri.

Bakal menantu makan tak toleh kiri kanan.


Malu sangat ke Yang makan sampai macam nak masukkan muka dalam pinggan :P

Pelamin simple untuk majlis bertandang. Nice

Wednesday, June 29, 2011

Thank You Mr. Bloom :D

You made my life more easier.

Tak payah bayangkan hot guy ini lah oiii


Tapi Bloom.Com.My [LINK]

Mula-mula rasa tak tahu nak beli apa as a birthday present. Since budget restraint neh, semua kena fikir doploh kali. Lepastu mentol pun bercahaya like ting ting ting doploh kali juga.

Hari tu ada terbaca yang Puan Raden surprise kan hubby dia menggunakan bloom.com.my neh. So, why not saya buat percubaan main surprise-surprise since semua surprise saya tak pernah menjadi T__T

Bila buka je website neh, mata jadi kelabu asap. Lepastu rasa macam nak hadiahkan untuk diri sendiri pun ada. HAHAHA. Bunga, teddy bear, coklat. You name it. Semua pun ada. Dari budget serendah RM100. Untuk semua occasions. Eceh, buat iklan tak berbayar.

I took a while untuk bertenang dan memilih. Mula-mula ingat nak bagi set ini


Tapi tengoklah Ferrero Roche ada 4 ketul. Dah lah nak deliver kat rumah FFIL. Takkanlah mereka nak jadi saksi je. HAHAHA, kalau makan pun lekat celah gigi je. Nak beli yang banyak-banyak. Errr, budget restrain remember?
Akhirnya, saya pilih *drum roll* ahh, annoying




 
Kalau yang ini serumah dengan jiran-jiran rumah sekali boleh datang rasa.
 
Service tip top. Lepas je kita send form online, dia terus call dan tanya dah buat payment belum. Lepastu, semalam pagi dia call Dak Yang dan kasi tahu ada courier nak datang pukul 11. Dia takkan bocor rahsia cakap Your fiance ada hantar buah ni. Takda takda. HAHAHA. Tapi, pukul 10.00 da terpacak depan rumah Dak Yang. 10.05 dia akan hantar mesej pada kita bagitahu yang barang kita dah selamat sampai pada penerima.
Rasa yakin dan selamat, lepas ni ingat-ingat nak bagi kat diri sendiri tulis from secret admire. KAHKAH. boleh feeling-feeling ada fans yang ramai. Pfftt

Ini lah dia rupa basket of fruit tu

Ini pula kad yang dia bagi sekali :D


Tuesday, June 28, 2011

You Are 26 Already Shyang :D

 SO, Happy Birthday to you Darling Fiance. Eh eh, last year Boify, this year Fiance, next year Hubster. *clap clap clap* Pencapaian memberangsangkan.

This one special dedicated for you...

You are my friend,
My companion,
My lover
My soulmate.

You are forever loved
though this life fades away
and all mortal bodies decay.
You will forever be my beloved,


Imagine the woods,
Without a tree,
Imagine the rivers,
Without the sea,
Imagine yourself,
Without me,
Imagine how lost,
I would be.


Tahun lepas bagi surat cinta. Tahun ni bagi sajak yang manis pula. Tahun depan InsyaAllah, bagi baby takda tandingan *blush*

Semoga Allah permudahkan jalan dan perkenankan doa kita.*Amin*

P/s: Bajet 2011 takda peruntukan untuk hadiah birthday. Datuk Seri Najib tak luluskan :P

Sunday, June 26, 2011

Hal-Hal Kait Nikah untuk Negeri Selangor-VOL 1


Pergi lah wei Kursus Pra Perkahwinan dekat JAIS, Shah Alam. Memang tak rugi bayar RM80 anda akan dapat sebuah beg, banyak-banyak pamplet dan buku yang mengandungi ilmu tak ternilai, makan sarapan, tengahari dan minum petang tanpa pasangan serta hiburan padat kalah Maharaja Lawak for 2 days in a row. Pheww, try baca senafas kalau hebat.

Kat sini boleh tengok tarikh yang available dan no fon untuk booked tempat kursus pra perkahwinan [LINK]


Semua masih dalam keadaan baik sebab tak pernah diselak walau sekali. Kantoi perangai buruk disitu. EH, orang nak pergi belek lah ni. Jika anda punya kemusykilan. Do ask. Saya akan rujuk semua kitab-kitab yang ada diatas. Jangan lah tanya pasal dah setahun tak dapat nafkah anak ke apa. Tanya lah soalan ringan skek. InsyaAllah :)

Sedikit info yang saya dapat catat

Tiada HANTARAN untuk NEGERI SELANGOR
Semua frust tunggeng-tunggeng. Ya, I guess ramai yang dah tahu. Negeri Selangor memansuhkan wang hantaran. Yang ada cuma MAS KAHWIN. Nilai mas kahwin di Selangor sebanyak RM300 minimum.

Habis macamana dengan duit hantaran kami? Takda masalah, kalau duit hantaran anda bernilai RM100,000 dia akan disebut sebagai aku terima nikahnya Erra Fajira dengan mas kahwin sebanyak RM100,000 blablabla.

Bukan kah mas kahwin akan jadi hak pengantin perempuan. Macam mana Mak Pak nak guna untuk bayar katering? Selagi diizinkan oleh pengantin perempuan, Mak Pak boleh guna untuk urusan kenduri ke apa. Jadi pengantin perempuan takyah kejam sangat bolot mas kahwin sorang-sorang. Kesian dengan Mak Pak no?

Tak perlu SURAT PERAKUAN BUJANG
(Kecuali polis, tentera dan depends on HR company masing-masing)
Anda tak perlu nak pening-pening fikir apa nak karang ayat untuk mengesahkan anda masih bujang. Jangan pula buat, aku dara lagi la woii, kalau tak caya tanya tunang saya. HAHA. Ini untuk sesi jenaka. Nak serius pergi tengok National Geographic sana. Tapi, ada juga negeri yang masih minta surat ni. Itu saya tak boleh nak komen lebih.

PENGESAHAN PERMASTAUTINAN
Ok, yang ini tak payah nak susah payah balik Pendang nun semata-mata nakkan surat permastautinan neh. Ini bagi yang sama spesis macam saya, alamat tempat tinggal sekarang tak sama dengan alamat pada IC. What you should do? Buat surat akuan pengesahan permastautinan. Yang penting dah menetap lebih 4 bulan. Jumpa ketua kampung sekarang bawa bil elektrik atau bil-bil lain. Tak, bukan nak suruh ketua kampung bayarkan bil kau. Kang tak memasal, bil Astro, bil telefon semua dibawa Tok, tolong bayarkan bil saya sekali. Memang ah tempah azab. Tapi sebagai saksi yang kau dah menetap dekat alamat tersebut dan bukannya homeless.

Hal kait nikah memang panjang. Esok saya hurai lagi. Sekarang nak pi layan Stanza Cinta dulu. Abang Aaron, lebiu muah muah :P

Friday, June 24, 2011

Takda Pape

Dah tiga hari tak update entry. Adakah akibat penangan si Anon a.k.a Mak Enon? Naaah, bak kata Kak Ya Mak Enon ni so yesterday. Takda life, sebab tu pilih jadi Mak Enon. Kalau rasa-rasa apa yang saya tulis tak menepati selera, ada berpuluh-puluh ribu belog lagi yang anda boleh baca. Marah sangat orang kata Kate dan William kahwin pakai duit rakyat. HELLO!! Itu kan just a joke. Kenapa takda sense of humor langsung Mak Enon oi? Lantaklah dia nak pakai duit rakyat ke, nak pakai duit dia ke. Kalau anda memang selalu baca belog ini, anda tahu yang seratus dari sepuluh ayat saya adalah berunsur humor bukan humus. Kalau nak makan humus ada kat Zam Zam Cafe Sek 9.Orang datang sini baca belog sambil gelak-gelak. Kau pulak yang beriya-iya nak kedut dahi seribu. Duhh

Gila ah habiskan seperenggan untuk Mak Enon. Lagi pun, entry saya bukannya bertajuk How To Cut Cost On Your Wedding ke apa. Siapa yang suruh cari cemana nak cut cost kat situ. Memang ah tak jumpa.

Dah lah, dah lah. Buang tenaga weh bagi explanation pada Mak Enon. Dah la kutuk-kutuk aku, pastu aku sibuk pulak nak terangkan balik kat dia. Apa kurang pekerjaan sangat kah aku ini?

Kejap lagi akan bertolak ke Lipis bersama Dak Yang, emak, babah dan nenek. Weeehuuu. 1st time lah berjalan jauh sama-sama dengan family and future husband. Tapi nanti Dak Yang akan duduk hotel, kami sekeluarga pula stay dirumah my sister. Tadi, tanya emak, boleh tak saya teman Dak Yang kat hotel. Emak bagi jelingan je. Bak kata orang tua-tua, senyap tandanya setuju, no?:P

Apakah hormon gatal dah mendatangi diri ini? KAHKAHKAH

OK, habis dah. Boleh bersurai :)

Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday - RKM

Go and visit





P/S : Anon, klau berani takyah jadi anon sangat lah. tak nice and nampak cam pengecut skek kalau awak sangat benar sebenarnya. BTW, thanx ya sebab sudi drop by.

Tuesday, June 21, 2011

Saya Bukan Anak NAZA

Kemalasan terhadap belog sendiri semakin menjadi-jadi. Dah tekan new post, lepastu ketuk-ketuk dahi 2 kali lepastu terus tekan butang pangkah. KAHKAH. Sendiri pun tak pasti kemalasan tahap apa tah. Tahap jula juli bintang tiga mungkin.

Hari ni entry takda gambar. Dah kata malas tadi. Jadi takda sebab nak tepek gambar berduyun-duyun lepastu claim malas. WTH?

Baiklah, hari tu di Group ada yang membincangkan tentang personal loan untuk perkahwinan. Saya tahu ini satu isu yang sensitif. Saya takda nak mengupas lebih lanjut kebaikan dan keburukan ke apa. Nak hasut orang jangan buat personal loan, nanti jadi macam dalam cerita P. Ramlee blablabla.

Tak semua orang beruntung punya duit berkepok-kepok dalam bank, dalam poket atau bawah bantal. Tapi, Alhamdulillah saja dengan rezeki yang Allah bagi. Jangan kufur nikmat, merintih dan mengeluh sana-sini kenapa lah aku takda banyak duit. (Ok, tepat kena muka sendiri)

Saya pernah punya niat untuk buat personal loan bila apa yang saya inginkan Dak Yang kata tak perlu or tak payah. Degil is my middle name. Jadinya, Dak Yang akan mula bagi ceramah tentang berjimat cermat. Nanti lepas kahwin nak pakai a lot of money. Nak beli rumah, perabot. Kalau murah rezeki ada baby terus, mesti nak spend a lot. Jadi, buat loan beli rumah lagi baik daripada buat kahwin yang hanya sehari gahnya.

Lepastu, insaf la kejap. Bila dah lama-lama, lupa balik. Buat balik perangai degil tak bertempat. Nanti Dak Yang ceramahkan semula. Sungguh sabar lelaki nama Dak Yang itu.

Jadi, apa yang kita semua yang tak berapa nak berkemampuan tapi punya selera yang tinggi boleh buat, ada part yang lebih ada part yang kurang. 

Yes, saya spend a lot on material for my dress. Tapi, tapi, tapi, saya tak hantar material dekat Rizalman Ibrahim atau Jovian. Saya hantar dekat Halim saja (K.Ya mesti excited dengar nama ni. haha). Dalam hati nak ambil Manggis TV sebagai OV untuk 3 event. Tapi Abang Sabirin bagi quotation yang saya mampu bayar. Saya tak ambil Saiful Nang or Daniel Zain untuk OP (I wish I could). Tapi saya percaya Redza boleh hasilkan sesuatu yang magis :)

Saya kagum dengan Nas Great Idea, Arjuna Cipta, Flora Etc. Tapi, kagum saja yang saya mampu. Nak hire tak mampu. Merisik Gallery pun boleh hasilkan yang terbaik. Saya yakin.

Saya spend banyak untuk door gift dan catering sebab saya nak tetamu saya berpuas hati dan gembira. Dak Yang kata yang penting orang yang datang raikan kita, bukan kita cantik-cantik tapi tetamu makan tak sedap. So, saya kurangkan pada bahagian khemah. Saya ambil khemah Pyramid instead of khemah Arabian yang mana beza dia 1K. After all people takkan notice pun kita pakai khemah apa. Nak tengok pengantin ke nak tengok khemah? HAHHA

Dulang hantaran pun saya cuma recycle my best friend punya saja. Dia bagi saya guna for free. Dah jimat banyak disitu. Yang penting barang atas dulang tu sendiri. 

Saya bukan dari keluarga yang ada harta sampai tak habis tujuh keturunan bila saya kata my parents and Dak Yang yang banyak membantu. Tapi, kami beli dengan cara sikit-sikit lama-lama banyak lah nanti. (pepatah apa neh?) Bulan ni beli bunga telur 50pcs dulu. Bulan depan beli lagi sikit. Baru lah tak rasa terbeban kalau nak beli sekali serentak. Tokey lembu pun jual kandang. Ok, tak kot. Sebab dia tokey lembu, mesti dia kaya. HAHA.

Ya, perlu lebih dan kurang dalam banyak segi. Memang akan sedikit sesal dan sedih sebab tak dapat apa yang kita mahu. Tapi, cuba berpijak di bumi yang nyata. Perkahwinan William & Kate Middleton yang makan berjuta-juta duit rakyat pun orang review cuma sebulan dua atau tiga. Inikan pulak saya yang cuma cikgu Rumah Pink. Tak sampai rumah pun tetamu dah lupa dah tentang wedding saya. Ehh, siapa ye yang kahwin tadi tu? Haha, teruk betul pakcik tu.

Jadi, tu je pesanan khidmat masyarakat saya hari ni. Tah ingat apa tetbe nak bagi nasihat kat orang.

Monday, June 20, 2011

My Caterer - Nurul Izzah Pilihan Ramai

Demi membantu rakan-rakan memilih caterer yang bersesuaian, saya gagahkan jari-jari tak berapa nak runcing ni untuk menghentak keyboard.

Untuk Miss Sunshine & Fira yang sedang dalam kegelapan. HAHA, saya datang bagi torch light neh.

Kami jumpa Nurul Izzah Catering waktu Pameran pengantin di Stadium Malawati tempoh hari. Dak Yang ada good experience with them. Bila dah makan kenyang-kenyang, sembang kencang. Kami pun setuju letak deposit RM200 untuk booking mereka.

Apa yang kami dapat kalau bayar deposit waktu tu?

PERCUMA
  • cendol/laksa
  • Extra makanan 10%
  • Riben untuk semua kerusi
  • PAKEJ HONEYMOON (HOOORAAAHHH)
  • Chaffing Dish Exclusive
Jadi, Sabtu lepas kami beramai-ramai pergi Food Testing di Dewan Bankuet MBSA. Untuk rasa adakah bila dia masak secara banyak rasanya berbeza waktu Pameran pengantin tempoh hari.

Jawapan dia, SAMA SAHAJA. Keenakan dia tak terjejas even dia masak banyak sekalipun.

ACARA FOOD TESTING

Emak suka, abang suka, SIL pun suka.
Dak Yang and Along tumpang suka
Setting meja beradab yang buat saya tak sabar nak makan beradab
Saya nak mintak napkin merah buat bentuk angsa. HAHA
Hiasan mereka memang menggunakan fresh flower
Ada pelayan yang akan layan di meja beradab. Huiii, lagi lah tak sabar

Err, rasa nak kahwin kat Dewan MBSA lah sekarang.

Cantik

Meja Beradab dari sisi depan

Setting meja VIP untuk rombongan pihak lelaki.
Minus kuih tart tu
Kang tak memasal marah-marah Nurul Izzah Catering sebab tak sediakan kuih tart macam dalam gambar.

Chaffing dish exclusive like I mentioned it before

Ada Tagging signage untuk setiap menu. Jadi, orang takyah penat selak satu-satu tudung nak tengok apa isi di dalam.

Stall Kopi Corner
  • Kopi O
  • Teh Tarik
  • Bubur Kacang
  • Rojak Buah
  • Cendol (yang dapat free tadi)
Oleh sebab kami setuju mempilih pakej Nasi Arab, jadi Stall Kopi Corner ni termasuk dalam pakej tadi. Lepas dah kenyang makan nasi, boleh datang sini rasa cendoi Jonker Walk (tipu)

Hiasan Meja kek

Kek adalah percuma dari Nurul Izzah Catering beserta dengan Dummy 2 tingkat. Jadi, sudah save budget untuk Kek kahwin saya.


 Serius discussion with Atiqah (wakil dari Nurul Izzah)

Centerpiece bunga ros sekuntum just nice. Nanti takda lah orang nak makan sampai tak nampak muka suami diseberang.

Kompang, deejay, PA system dan 12 lelaki gagah kacak-kacak muda remaja pelayan pakaian seragam termasuk dalam pakej ni sekali. So, pening no more nak cari asing-asing.

Part paling saya suka bila diorang kata yang ayam goreng berempah akan digoreng di tempat kejadian. Weehuu, aku nak jual seketul singgit macam kat pasar malam. HAHAHAHA

Lawatlah Nurul Izzah Catering  atau terus tuju office mereka di Taman Subang Mas, Shah Alam kalau nak ada ayam hotsss pada hari bahagia anada. Oucchh.

Friday, June 17, 2011

A BIG Thanks to : The Craft Potion & Creative By Lynda

Rezeki Allah dimana-mana. Alhamdulillah.

Saya adalah penggemar contetst yang suruh email je. Hah, email je. Tak susah kan. Lepastu pray hard. Alhamdulillah, rezeki memihak kepada kami.

Saya menang motor. KIHKIHKIH

Tak tak. Sebenarnya from Creative by Lynda atau CBL [Blog] [FB] saya menang 30pcs VIP Thank You Tag.


Baca tentang ni dah lambat, date yang dilist kan sudah hampir full, tapi date saya belum ada orang lagi. Macam torpedo lah saya menyerang Cik CBL dekat email dekat FB sebab nakkan tarikh itu. KAHKAHKAH.

Finally,
Walaupun sebenarnya saya berkongsi tarikh dengan Natrah Jaafar. Tak tahu lah CBL tak perasan atau beliau kesian saya yang terhegeh-hegeh sana sini sebab nak menang motor ni tadi. HAHAHA. Thanx Lynda.

Kemenangan kedua dari The Craft Potion [Blog] [FB]

Baca ni, baca ni (muka belagak) 

Memang tak tahu masa tu sebab belum balik sekolah. Then Hana yang sweet tu yang beritahu di wall FB


Kalau Hana tak cakap memang tak tahu lah. Thanx Hana. Thanx Yanie juga sebab pilih Yaty menang candy buffet neh. Memang teringin nak ada candy buffet, tapi budgetnya yang takda. Tercapai gak impian nak ada candy buffet. Siapa nak rasa datang hari pernikahan. Hari persandingan tinggal kulit candy saja untuk anda. HAHA

Both The Craft Potion dan Creative By Lynda adalah kepunyaan Ex B2B yang ada wedding sangat cantik. Do visit them. Ada hand bouquet dan macam-macam yang cantik-cantik. Perempuan kan suka pada yang cantik-cantik no?

Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday - Remy Ishak ; I Love You

Saya bukan peminat Remy Ishak
Saya bukan pemuja Remy Ishak
Saya bukan pencinta Remy Ishak

To tell the truth - I hate Remy Ishak and I wish Remy tak berlakon pun dalam Nur Kasih. Ih, buat semak ah mamat ni. Tak handsome pownn!!!!

Tetapi, akibat VC ini



I chocked back my own words (Betul kata orang, jangan benci sangat nanti jatuh suka)

Remy Ishak Handsome, awesome and som som yang lainnya *menangis*

I am melting. I wish saya ada kuasa Super Saia dan tolak Alyah jauh-jauh. Saya mahukan tempat itu.

Remy u make my heart stop beating for like 2 sec. Kalau lama-lama stop beating arwah dah la. HAHA

Forgive me darling Fiance. Cinta Tak Diundang. Eycehhhh, cehhh CEH!! (Mungkin lelaki yang sedikit serabut memang menambat hati saya  )

Tuesday, June 14, 2011

150 dan Progress yang Kencang

Taknak kalah dengan Lisa. Nak gak buat countdown. Hiks

Ye, 150 days left.

*Hati gedik merintih, Kenapa banyak sangat nombor tu?*
*Hati waras menangis, banyak lagi tak settle. 150 is not enough*
Hah, gaduh sana -__-'

Lagi 150 hari dan kita pula ambil tempat tengah-tengah
Orang lain pulak yang nak ambil berkat kita :)


Mana progress kencang tu pulak. Kencing kami ka?

Pulang dari bercuti di PD terus singgah ke Nilai. Ye, alang-alang dah sampai PD, takda sapa lah nak pergi Nilai kemudian hari.

Ada lagi berplastik-plastik, tapi tak jumpa. 

What's inside?

Bunga Telur


Suka sangat bunga telur yang unik ni. Macam kepala alien. HAHA. I know siapa yang tangan hebat boleh DIY. Saya tangan bangku, boleh beli saja. Still, ada 2 colour saja available silver and gold. I wish ada pink dan pening terhadap bunga telur is done.

Kepala Alien

Saya beli di kedai depan Thank Q itu sebab boleh nego harga serendah mungkin. Dekat Thank Q seposen pun payah. Dari RM9 satu saya boleh dapat kurang banyak gila. Tak ingat kurang berapa dah. So, beli terus 50 kuntum. Lagi 50 cari bunga pink. So, akan di campur adukkan later untuk bunga pahar depan pelamin.

 Doorgift buat rakan-taulan


Suka gila dengan treasure box ni. Boleh buat simpan brooch atau barang-barang comel kemudian hari. Yang ini untuk rakan-rakan siapa cepat datang, dia dapat dulu sebab tak banyak ada hari tu. BBF included ya :)

Yang ini beli di Thank Q sebab tempat lain takda. Sebiji RM5 memang tak boleh kurang seposen even beli banyak pun. Tapi, di Sayangku Shah Alam lagi mahal. RM8.90. HUHEEE.

Maybe akan dihias sikit dengan riben pink atau lekat sticker TQ yang akan order later dengan Cik CBL

Oleh sebab yang tadi tak banyak, saya tambahkan dengan kotak pink ni pula. Masih untuk rakan taulan. Beli di Thank Q Nilai juga. Yang ini boleh kurang jadi RM4.++ tak ingat sangat. Kalau malas nak ke Nilai di The Wedding Cottage, Subang pun ada. Tapi tak tahu lebih mahal atau lebih murah.

Dari sudut sisi.

Tu saja progress yang kencang sangat konon-konon. HAHA. Tengah fikirkan isi yang sesuai pula. The work never ending until the day you get married. Haihh la.

Monday, June 13, 2011

Nah, Saya Dah Dapat Kotak Yang Ada BELT Tu

*Update*
Saiz kotak - 11cm x 11 cm
Tinggi - 5.5 cm
Colour available - Gold and Silver only
Riben - Memang dah ada

Comel gila tahu, one of my readers email me and tanya, you, dah dapat ke kotak yang ada belt tu? My friend G-ha pun call asked the same thing. Tiba-tiba kotak ni dapat nama baru, kotak yang ada tali pinggang. Thanx guys sebab concern kan I dan kotak


Nak lebih jelas

Tu, tali pinggang

Masih ingat kekecohan si fussy cari kotak di SINI?

Usai (?) menghadiri kursus pra perkahwinan tempoh hari, saya heret Dak Yang jalan kaki pusing kedai-kedai dekat Seksyen 9. Masuk kedai Sayangku lalu menjerit girang. Bukan gering lah hoi. Tu sakit. Yang ni Yang, ni Yang. Jumping-jumping siap ada tepuk tangan sikit. Typical me bila dah over excited.

Tapi sebab benda tu masih terkelepet dalam plastik, I asked the sales girl untuk buatkan 1 for me. Lorhh, rupa-rupanya the same box n ribbon tapi, dia kurus dan tinggi. Yang saya suka itu gemuk dan pendek just like me no?

1 plastik ada 10 buah kotak dan berharga RM 16.90. Erkk. Tercekik. Bila masuk sessi tawar-menawar jatuh sekotak Singgit. OK, malam nanti saya bawak emak sebab emak adalah Maybank bergerak saya. 

Emak tak minat sebab dia nak juga yang gemuk dan pendek macam dalam gambarajah atas.

SO, kami membawa diri ke Sayangku Handcraft cawangan Klang. Dengan harapan, adalah kotak itu sebab cawangan Klang lebih besar. Harapkan pagar, memang pagar memang takleh harap sangat. Dekat Klang lagi takda. Harap je besar, apa pun tak boleh.

Lepas saya buant hingaq sikit dekat kedai orang, Boss dia pun call supplier dia dan tanyakan ada tak box yang saya mahu itu. Dia kata tunggu kejap ye, nanti supplier dia MMS kan gambar.

And yes, exactly the same macam yang I mahu. I mintak dia zoom gambar untuk make sure ada ke tak texture and belt yang saya crazy about. Checked. Dia sudah orderkan dan InsyaAllah akan sampai dalam bulan ini juga. How much? Saya dapat dengan harga 90sen each. OK lettew.

Mana nak beli? Nah Alamat, No phone siap google map I bagi. LINK

Kotak Done! Isi Kotak? -__-"

Sunday, June 12, 2011

Can I Throw a Tantrum?

Dahulu

I have nothing to do. Bila cuti sekolah mula, diri pun mula dilanda kebosanan.

Dak Yang? Jauh
Kawan-kawan? Kerja
Rakan guru? Balik kampung atau bercuti dengan keluarga masing-masing

Jadi, cuti sekolah sangat membosankan. Saya tak suka musim cuti sekolah, selain dari badan jadi kembang, otak pun jadi tepu. Siapa kata cuti sekolah itu menseronokkan? Saya adalah cikgu yang tak sabar tunggu sekolah buka

SEKARANG?

Saya berdoa hari-hari sekolah takkan buka. Saya taknak cuti habis. Hati saya bukan milik sekolah. Hati saya kepunyaan wedding preparation saya, kedai kain saya, dan Dak Yang saya. Gila kau, sejak bila ada kedai kain sendiri?

Ya, saya lebih suka menghabiskan masa di kedai kain berjam-jam daripada pergi sekolah. Saya lebih suka mentelaah magazine-magazine pengantin dari selak buku latih tubi. 

Ohhh, keburukan cuti sekolah adalah susah nak kembalikan hati cikgu ke sekolah semula. Tak yah try harder sangat. Hati cikgu akan kembali lagi 2 bulan lagi. Hang on there anak murid.

Saturday, June 11, 2011

Dilemma II - Pisang Do Berbuah 2 Kali

THANX PEEPS. THANX A BUNCH

InsyaAllah, hari ini akan ke Jakel semula with Dak Yang and Halim (FMIL & emak tak ikut. Ohh, guilty nya saya buat mereka sedih T__T) dan akan memilih kain yang pada pandangan ramai itu cantik. Pandangan saya tak boleh pakai sangat. Semua orang jelek nanti

--------------------------------Tamat cerita kain bla bla bla---------------------------------------------------

Nak cerita about what happened DULU Ianya terjadi kembali.

What happened? What happened?

Nak cerita la ni. 

Dengan suggestion seseorang, saya pun bulat hati dan bertekad nak menggunakan khidmat K, bukan nama sebenar untuk design my wedding dress. Saya dah emel dia banyak kali juga tanya itu ini dengan budget yang saya punya, assistant dia kata boleh. 

Cut it short, saya tanya bila boleh buat appointment? Beliau minta datang last week. Dak Yang agak sibuk so, saya mintak jumpa this week. Sejak itu email saya tak berbalas. Saya ambil no fon assistant itu sebab macam segan sangat nak call direct the designer. I am no Marion Caunter nor my fiance bukan anak NAZA.

Saya pun call almost sepuluh kali, text beliau satu kali. Takda balasan langsung. Aik?? Masuk hari kedua, saya msg, email dan call bagitahu nak datang hari kejadian. Masih takda balasan.

Dengan nekad hati pergi terus butik beliau di KL dengan emak and Dak Yang. Seperti yang dijangka, memang takda lah orang dia. Saya terus msg pada hp designer itu dan cakap yaang assistant beliau tak balas apa pun since last two days and now I tercongok depan butik kosong.

Dak Yang kata, dah alang-alang kat KL, kita cari designer lain. SO, dah siap call and set the appointment, kami pun bergerak ke Bandar Sri Permaisuri untuk bertemu dengan Designer Q bukan nama sebenar tapi anda boleh teka I think.

Dia dah siap sketch apa yang sesuai, terangkan material dan still within budget.

You know what happened?!!

Designer K message balik dan mintak maaf dan set the new appointment.

APA AKU RASA AGAK-AGAK? Why on earth this situation happened again? Exactly like before. Sebelum aku stress lebih hebat. Aku ignore msg tu, alih-alih dekat email pun assistant dia do apologize dan buatkan appointment baru.

Dengan keyakinan yang jitu, aku menghamburkan segala amarah yang tersimpan dalam hati. At least response lah. Takkanlah dalam banyak-banyak missed call, satu pun tak dengar.

Assume saja takda rezeki untuk dapat sentuhan beliau.

Sekian, wayang kulit tamat, bak duit tiket sorang singgit.

Friday, June 10, 2011

Which Lace? Need Your Vote :)

Alhamdulillah, selepas revise balik itu ini. Kutip pendapat sana sini. Tak cukup tu, tak cukup, siap call lagi Puan Penasihat saya Puan Fasya Momoi. Finally, I've made my decision.

Saya memilih designer yang BUKAN Jovian atau Rizalman dan seangkatan untuk buatkan my wedding. Saya pilih designer yang biasa-biasa saja.

SO, waktu ke Jakel KL tempoh hari semua excited sangat pilihkan kain lace yang sesuai untuk majlis I. Tapi, sebab mood dah terbang melayang, saya dah hampakan banyak hati (emak, FMIL, Halim, Dak Yang)

So stupid!!. I won't behave like that ever again.

Ok, lupakan drama melayu dan cerita air mata *kesat*

HERE are a few of laces yang mereka pilih dan matchkan dengan lining mana yang lebih sesuai.

I

II

III
FMIL yang pilih dan simpankan dulu :)

IV
 Lining light grey
Lining dark grey

V
Exactly like baju bertandang. Colour je lain :)

VI

Lining Pink

Lining Grey

Errr, tak sangka yang dah try almost 6 lace. Nampak yang bersandar kat tepi tu tunggu turn untuk dicuba.

So, semua ni candidate yang akan jadi my wedding dress. Pada mata anda, which one yang menambat hati dan bagi impak WOWWW!!

Kalau tak woow sangat pun, buat-buat wooww jugak. hehe. Thank You in advance peeps :)

Thursday, June 9, 2011

Tak Sangka

HAHAHAHAHAHAHA. Bukan ada apa pun. Cuma rasa WOWWWW!! tak sangka

Apa benda weh? Apa benda?

Baiklah, tak sangka yang sekarang ni emel adalah tempat paling kerap dikunjungi dan aktif menerima pertanyaan. Faham ka?

Dulu belog ni takda lah informatif dan ilmiah sangat. Sekadar tempat untuk main conteng-conteng takda hala tuju. Tapi, sekarang dah ada a few readers yang emel tanya itu ini.

So, sangat tak sangka lah. 

Baiklah, baik. Aku punya inbox hari-hari terima 1000 emel. Takda kepoh macam ayam nak bertelur pun? Bagi lah chance orang baru nak kumpul 1000 emel ni act sikit. HUUUHEEEEE

Kekecawaan Bakal Pengantin yang Musafir

Semalam hari adalah hari yang paling tak boleh blah punya kesibukan. Patutlah ada B2B yang rindu buat wed preps sebab memang akan rindu punyalah, kesibukan, kepenatan, kekecewaan, kegembiraan, keconfuse-an dan macam-macam lagi ke anda boleh dapat. Take your pick

Tak caya?

Jadilah B2B macam saya yang banyak songeh lagi cerewat mengkalahkan mak nenek.

Semalam ada dua target yang mesti dilunaskan Catering dan Baju resepsi my side.

Berbekalkan air sebotol, saya, emak dan Dak Yang bergerak seawal 9.30 pagi.

10.00a.m appointment dengan caterer di Taman Subang Mas, tapi mereka sedang meeting. So, we go straight to KL to meet designer K without any appointment sebab dia tak angkat fon dan reply my email since last 2 days. I dah mentioned nak datang sekian-sekian masa. Just berdoa yang ada lah orangnya di Butik.

Dah lah tak tahu jalan sangat dengan jalan KL yang anda-tahu-macammana, kami sampai juga dekat butik K itu. Turun kereta berdoa, I hope she get my message. Hopefully she'll be there.

SADLY, orang kat bawah tu tanya, buat appointment tak? Sebab kalau tak buat, kat situ takda siapa-siapa. Saya pandang muka emak, muka Dak Yang. Oh, pity them. Saya dah susahkan mereka.

Saya duduk luar dan keep calling and messaging her assistant. No reply. I terus ambil no the designer and luahkan kekecewaan I bout her assistant itu.

Dak Yang kata kita pergi cari orang lainlah since dah ada kat KL ni. I tak boleh fikir sesiapa pun. I want her, I want her!!

Dalam hp cuma ada 1 no designer saja. Itu saja pilihan yang saya ada. Terus call dan set up the appointment dekat Bandar Sri Permaisuri and the rest akan cerita later.

Lepas habis meeting with the designer, terus berkejar nak pergi jumpa caterer semula. Unfortunately, Tuan Haji tu ada meeting di KL pula. So, we have to meet his assistant. Dah siap bincang semua petang nak pergi ambil ukuran untuk baju nikah dan resepsi groom side.

FMIL call Dak Yang and mintak datang straight away to Euro Moda SACC sebab mereka nak tengok kain yang saya minat itu. Bila dah di tengok, mereka kata tak cantik sangat lah and decide nak terus ke Jakel KL.

Err, baru balik dari KL dan ke KL semula waktu orang balik kerja dan hujan. You can imagine macammana sesaknya jalan.

So, FMIL, her friend dan Halim (must bring him untuk dapat harga Halim remember) satu kereta. Dak Yang, emak dan yours truly satu kereta.

Ye, saya boleh malu sekarang sebab FMIL punya pemanduan sangat hebat. Dah la expert gila jalan kat KL. Dak Yang kata nak compare you dengan mama, you lagi lambat dari kekura. Cehhh!

Saya lepas area Shah Alam je. TSK

Finally, sampai rumah pukul 9 malam. Imagine lah semua muka dah berkedut.

Yang boleh disimpulkan, buat wed preps memang tak mudah. Jangan terlalu fussy, insya Allah, hidup anda selamat dan tak susah.

Apa jenis kesimpulan tah. Thanx for reading bebelan perempuan cerewet neh.

Tuesday, June 7, 2011

NORA ELENA & I Share Something In Common

We have the same engagement ring!!!
 Seth bagi waktu breakfast

 Waktu Nora jatuh tangga



Totally the same Teehee * High Five Nora Elena* Maybe I've got it from Seth Tan juga? Uhuuukss, fine, fine. Bukan Seth Tan tapi Tan Ten Tun :P