Monday, May 30, 2011

Temu Janji Sihat bersama Chong Wei (Wannabe)

Beliau tahu GF (GF la GF. Segan ah nak guna that 'T' words) beliau gemuk. Beliau tahu perlu lakukan sesuatu. Ye, beliau dengan sengaja-sengaja cakap saya tak pandai main badminton. Mari bertanding!!. Ciss, pantang keturunan Tun Fatimah dicabar-cabar.

Anda pun tertanya-tanya ' Siapa Tun Fatimah?'

Saya dengan selamba jongket bahu. Engkau ingat aku tahu? Saya memang suka petik nama yang hebat-hebat saja, kenal belum tentu.

Sebelum anda diminta selak buku sejarah Tingkatan 5, mari kita lanjutkan cerita kepada karangan bergambar.


Pagi Sabtu yang lalu, saya bawak lah bala tentera saya yang terdiri daripada

Abang & Kakak ipar

Kakak kepada kakak ipar dan suami serta anak-anak. Dak Yang bawak sepupu 2 orang, jiran sepupu dan tunang sepupu.

Abang saya tempah court belakang Jusco Bukit Raja. Dak Yang tukang beli shuttle sebab shuttle lagi mahal dari court. HAHA, tah pape.

Mari tengok aksi-aksi Piala Sudirman (kononnya) kat bawah neh

Single Match



Double Match



Saya pun tak tahu siapa yang lebih hebat. Sebab saya pun sibuk main di court belakang. Eh, kau ingat aku datang sebagai penangkap gambar saja? Kata tadi keturunan Tun Fatimah. Malu lah sikit setakat datang pegang kamera je.

Aksi-aksi kongkang

Kekuda tu yang mahal


Perghh, Lin Dan nampak ni terus nak suruh sign jadi model Raket Li Ning

Last but not least, Si Katik dan Gergasi keding


Kebenaran terserlah jua. Selalu heels jadi penyelamat. Sekarang takleh nak hide lagi kekurangan diri. Gualah Hantu Kateeeek. HUWAAAA

P/s ; Kesan dari pantang dicabar tadi, pinggang dan tangan belah kanan sakit dan lenguh-lenguh. Rasa nak nyanyi anak itik Tok Wi sekarang.

And the school holiday begin. What a happy teacher I am. PD, here I come

Wednesday, May 25, 2011

Wordless Wednesday - F***in' Perfect


Currently listening to this song over and over again.

Lately sangat cepat sentap dengan kawan(s) baik. Either am the one yang over sentap or them yang tak dapat bezakan benda sensitif atau bukan. But, I think more to no 1.

Benci bila punya feeling gundah gulana like this. Pffft

Monday, May 23, 2011

Maafkan Saya Tok Kadi

Since from the beginning, bila sudah decide mahu berkahwin, perkara yang paling saya takutkan adalah bernikah. Apa jenis pengantin kau neh? Semua macam paling terkinja time nak dinikahkan rasanya.

Bukan sebab bakal suami tak hafal doa Qunut ke apa, mind you. Cuma cara bernikah disini buat saya hilang excitement nak bernikah.

Tahun lalu my sister melangsungkan pernikahan di masjid. Saya sudah siap sedia nak buat drama sebabak ke apa sebab the only sister sudah mahu diambil orang. Usually, pergi pernikahan orang hati saya akan sebak dan padat. Nak menangis tapi macam tak. Touching kot tengok majlis pernikahan.

Unfortunately, saya takda rasa apa-apa waktu kakak dinikahkan. Siap tak dengar lagi. Tahu-tahu saja dah SAH! SAH! SAH!. Aik?? Dah sudah? Bila nak menangis ni? Danggg

Tempat nikah di Masjid

Ye, duduk di meja

T______________T

Waktu Babah nikahkan my BIL

Tetamu duduk belakang macam ni

Apa pun tak dengar bukan Apa pun tak boleh. Itu Jambu

Saya tahu, yang penting selamat sudah menjadi suami isteri. Tapi, saya nikah cuma sekali (hopefully) Kalau boleh moment itu mahu saya kenang dan menjadi yang paling mentusuk kalbu kaw kaw punya. Saya mahu suasana yang boleh meruntun emosi. Some more saya hire OV only on my nikah's day. Semata-mata sebab mahu direwind seratus kali detik itu kalau CD tak rosak. HAHA

Semua jadi begini sebab Tok Kadi tempat saya ni hanya ada SEORANG.  The one and only. Macam kurang mengerti juga kenapa boleh begini. Tiada pelapis atau pembantu. Tok Kadi itu sudah uzur. Tak boleh duduk di lantai. Sebab tu kena nikah atas meja. Dia juga tak mahu ke rumah. 

Saya berdoa siang malam supaya hati beliau lembut dan mahu kerumah untuk nikahkan saya. Sebab impian saya mahu bernikah dirumah. Ada pelapis sedang dilatih, tapi failed bila ditemuduga. Frusttttt.!!!! Bak satu Imam Muda jadi penyelamat Kg Dusun neh.

Yang saya tahu, kita tak bole nikah guna kadi kariah lain sebab nanti mendatangkan masalah. Hati pernah juga terdetik sesuatu yang tak baik, Tapi cepat cepat Istighfar lepastu. No good. No good.

Tadi, bila Babah pulang dari masjid bawa perkhabaran yang Tok Kadi tersebut admit hospital akibat masalah jantung dan akan operate on August ni. Kau bayangkan lah orang yang nak kahwin bulan Syawal nanti macam mana takda Tok Kadi. 

Tapi, sumpah saya takda doakan Tok Kadi sakit sampai macam tu sekali. Rasa bersalah dan berdosa pulak sekarang TSKTSK

Hopefully, JAIS ambil tindakan lah. Hantar Tok kadi yang sihat tubuh badan, boleh datang rumah, boleh duduk atas lantai. Sebab saya tetap mahu nikah dirumah. *crossing fingers and pray hard*

Sunday, May 22, 2011

Fun Weekend

Update laju-laju sebab rindu nak menconteng arang dekat belog sendiri.

What a fun weekend I had

Pulang dari gerak kerja kokurikulum (perghh, skematik) terus di kidnap oleh Dak Yang. Tudung tak sempat bukak, baju dan seluar je yang berganti. Terus buru-buru menuju ke Jusco Bukit Tinggi.


Sejak jadi handicap ni keupayaan untuk bercantik-cantik terbatas. Pakai apa yang senang nak pakai. Nak pakai jeans adalah kesusahan yang teramat. Nak bubuh contact lenses dalam mata pun dah jadi satu isu besar. Memang banyak bersabar seminggu ini dengan diri yang kurang terurus. Mandi pun asal basah. Ok ok.

Waktu sakit-sakit macam beginilah masa yang sesuai nak manja terlebih. Macam contoh mengadu lah yang muka semakin malap akibat terdedah secara over dekat matahari. Jadi, ada point nak berbelanja lebih di Body Shop. Eh, lupa lah Yang, perfume dah nak habis. Dan kini... saya harum dengan Lychee Blossom from Body Shop.

Yang paling best, my feet successfully landed on my 1st Crocs ever. Tak pernah ada selipar Crocs. Baik dari Uptown mahupun dari Downtown.1st time neh, bagi lah gua batak-batak sikit. HOHOHO


Sekarang mahu bersiap-siap sebab nak pergi menonton Nur Kasih The Movie bersama. Bukan bersama Dak Yang, tapi bersama keluarga masing-masing. Saya punya sesi bersama keluarga jam 11.20 ini, Dak Yang pulak bersama keluarga jam 5.20 petang.

What a great weekend I had. Anda, have fun juga :)

Wednesday, May 18, 2011

Tragedi Berdarah : Dugaan Bila Berdarah Manis

*Entry sedikit serius, sedikit panjang dan sedikit meruntun air mata*

Kuasa Allah, tak siapa boleh menghalang

In a split second

  • Kepala terlanggar rak kaca tempat meletakkan toiletries
  • Rak kaca tergelincir dari tempatnya
  • Saya mahu tahan dari jatuh berderai di lantai
  • Rupanya dia sudah terbelah kepada 2 bahagian
 Bahagian yang besar saya selamatkan
 Hujung tajam tu yang merodok ibu jari
Saya lepaskan ke lantai biar dia. Jahat sangat!!
Tempat asal dia.

  • Ibu jari terodok bahagian bucu tajam
  • Kulit terkopak sampai menampakkan isi putih didalam
  • Darah mengalir macam air terjun tak berhenti
  • Sisa kulit yang tinggal sedikit itu saya cantumkan semula. Tak punya kekuatan untuk dibuang
 Nampak macam luka biasa. Actually luka itu terlalu dalam

Waktu kena ni belum pun sempat gosok gigi. Alamak, takkan tak gosok gigi jumpa Doc, kang Doc yang pengsan dah cerita lain pulak. Semua kena bertindak pantas. Gosok gigi pantas-pantas guna tangan sebelah. Lagi sebelah dah kebas-kebas sebab darah banyak keluar.

Keluar toilet terus MMS Dak Yang gambarajah diatas. Tak boleh nak call dulu nanti jiwa yang saya cuba kebalkan runtuh dengan air mata.

Saya sarung jubah dan seluar panjang kat dalam. Nak pakai lain-lain dah tak boleh fikir macam mana cara dengan tangan sebelah. Dak Yang call, I cakap later, nak gi klinik dulu. Air mata dah bergenang je waktu tu

Mintak adik dengan emak hantar ke klinik. Masa ni memang tadah dengan tisu je tangan. Darah dah berhenti sebab saya katupkan balik kulit tadi, remember? Tinggal keluar sikit-sikit yang kat tepi tu.

Sampai klinik, orang ramai. Mulut saya ketap je sebab memang dah rasa nak pecah empangan air mata. Teringat kenapa satu demi satu musibah melanda diri. Dak Yang kata, sabar k. Itu pun I dah nak meleleh air mata.

Emak kata, cuba fikir mana silapnya. Kenapa Allah turunkan satu demi satu dugaan. Ini peringatan untuk hamba-Nya yang lalai *insaf*

Sepanjang tunggu turn, banyak berdiam diri. Ngeri bila teringat balik apa yang baru jadi tadi. Tak sangka punya hati yang kuat sebab boleh tengok darah sebanyak itu, luka sedalam itu. I have a weak stomach.

Bila jumpa Doc dia kata nasib baik saya cantumkan balik kulit tu, kalau tak perlu dijahit sebab luka dalam sangat. Bila kulit tu ada, dia boleh lekat sendiri lama-lama.

Dia bubuh iodin sikit punya ganas. Tangan yang dah rasa elok sikit makin sakit. Kulit tadi terkopek balik. Ikut hati ringan je kaki nak bagi sedas. Buat gentle-gentle tak boleh ke? Kan tengah sakit tu. Apa lagi, darah membuak-buak semula. Air mata dah kat hujung je sama dengan kesabaran.

Terus berdenyut bagai nak gila. Dia bagi ubat cuci, ubat tahan sakit dan ubat MC. Fav medicine all the time. Tak jadi nak nangis.

Scar di bawah pun akibat dari kaca juga waktu sekolah rendah
Tak tahu ini dipanggil karma atau apa
Jari yang sama, punca yang sama
16 tahun kemudian

Dak Yang kata, You clumsy sangat

Ye, saya dan Bella Swan takda beza sangat

Ada yang kata, bila berdarah manis, macam-macam yang jadi. Kena jaga diri elok-elok. Dugaan bukan dari segi relationship saja. Ini pun dikira dugaan.
Ya Allah, mohon dipermudahkan urusanku dan dijauhkan dari segala musibah.

Kecut Perut

Semakin hari semakin malas mengerjakan belog. Rasa fobia dengan belog pun ada juga.

Tengok semua orang dah bersiap itu dan ini untuk majlis masing-masing. Walaupun ada majlis yang sama tarikh tengok dah buat preparation macam-macam. Apasal aku boleh tidur dengan lena tanpa gangguan neh? Apasal aku takda sibuk sana-sini neh? AIkk, betul ke nak kahwin ni? *Garu kepala* 

Berbekalkan azam yang jitu, pergi pinjam wedding checklist Cik Belle. Kau tengoklah, wedding checklist pun pinjam orang. B2B yang sungguh tak berwawasan aku neh.

Dah edit-edit sikit ikut majlis sendiri, dan hasilnya.

Wedding Checklist

1. Tarikh/ Waktu/ Lokasi/ Tema
- Nikah
- Resepsi

2. Legal Document
-Kursus kahwin
-HIV Test
- Borang perkahwinan

3. Pakaian + Aksesori

Nikah

Baju nikah - belum tempah
- Tudung
Veil
Kasut
- Aksesori

Resepsi

Baju Resepsi
Tudung
Veil
Kasut
Aksesori

4. Caterer
Nikah
Resepsi
Malam Berinai

5. Majlis perkahwinan

Nikah

Kanopi
Meja Kerusi
Caterer 
Alas nikah
- PA System
- Hiasan bilik pengantin
- Hantaran

Resepsi

Kanopi
Meja Kerusi
Caterer 
Pelamin
Guest book
- PA System

6. Make-up

- Nikah
- Resepsi
Bertandang

7. Fotografi

Nikah
Resepsi
Bertandang
Pre/post wedding

8. Videografi

Nikah
Resepsi
Bertandang

9. Bilik pengantin

Set Perabot (baru katil)
Cadar (recycle)
- Langsir
- Karpet
- Dekorasi

10. Kecantikan

- Facial
- Spa
- Manicure/ Padicure
Inai

11. Doorgift

Nikah
Resepsi (tetamu)
- Resepsi (Rombongan lelaki)

12. Kek/ Pulut kuning

- Nikah
-Resepsi (Free from caterer)

13. Stationary

Kad Jemputan
Wedding Signage
Road Signage
TQ tag

14. Bunga-bungaan

Bunga pegang (nikah)
Bunga pegang (resepsi)
Dekorasi meja (nikah)
Dekorasi meja (resepsi)

15. Entertainment

Kompang (dari caterer)

16. Honeymoon 

Air ticket
Accomodation

Banyak lagi yang belum scratch!!! *Menangis sebaldi* Adakah saya patut takut sekarang atau bila saya patut takut sebenarnya? Nanti bila dah kena panick attack aku scratch lah semua sekali. HAHAHA (gelak gigil nama dia). Tengok gaya macam nak kahwin tahun depan je kan. *duhhh*

Where do I start? Errrr

Monday, May 16, 2011

Hari-Hari Guru Saya

Hari Guru 2007

Hari Guru 2008

Hari Guru 2009

Hari Guru 2010

Apa yang boleh disimpulkan?

Big, Bigger, Biggest.

SELAMAT HARI GURU
buat semua warga pendidik. 

Ya, kerja kita semakin mencabar,
Kita juga pantang dicabar bukan?

Wednesday, May 11, 2011

E-Day Review - Finale : 3 in 1

Bismillah

MUA

Eynna Omar - Supervisor Elianto Klang Parade

Terima kasih kepada my little diary, Fasya Amir yang kenalkan Eynna. Nasib baik mahu terima job last minute. Walaupun beliau bekerja pada hari kejadian, tapi, sempat juga datang dan make-up kan saya dulu. Beliau juga B2B!!! Ek eleh, eksaited sendiri.

Sebelum

Ni muka fresh lepas mandi.
Mata berciri kecik sebelah yang obvious
Kening tebal yang tak berhaluan
Jerawat gatal atas kening kiri

Hanis Zalikha in the making?

Taklah, tu kan Yaty si Jawa berhidung kemek.

 Hasilnya

Sorang kata cam Marsha
Sorang kata cam Ziana Zain

Hakikatnya, itu cuma si Yaty berhidung kemek di bagi pakai bulu mata Rozita Che Wan dan tahi lalat Siti Nurhaliza. End of story.

Kalau berminat boleh add FB Eynna. Nak murah datang make-up di Elianto, nak mahal, boleh panggil datang rumah. Harga masih dibawah RM200. Murah kan?

ATTIRE

DRESS
Hanieym Boutique
1st Floor, PKNS Shah Alam
Price Range - Below RM300

Kurung Moden

Detailing lace dekat dada tu buat saya suka sangat. Lepastu border manik. Simple dan cantik. Kain potong duyung.

Banyak gila baju cantik-cantik kat Butik tu, cuma saya yang takda size sebab semua nak cutting model. Ini lah paling besar iaitu saiz M stands for Mokmok. Kenapa pilih putih? Sebab nanti nikah tak dapat pakai putih. Sekian



Tudung - Chiffon 2 layer (without batu-bata dekat awning)
Bellamar
Seksyen 7, Shah Alam
Price Range - Below RM150

Veil
Rent from Azika Collection
Meru, Klang
Price Range - RM30 je

Maaflah pada yang emel saya nak sewa veil sebab bukan diri ini yang punya.


Arabian Canopy
Ini urusan orang tua-tua, saya tak masuk campur sangat. Tapi saya suka warna hijau tu.



Mini Dais by Azika Collection

Masa request hari tu dah cakap bunga nak dua pasu je, dengan bunga yang atas dekat tirai. Sebab seboleh-bolehnya mahu yang paling simple. Bila dah siap, ambik!!! Bukan makin kurang, tapi makin bertambah. Harga makin kurang ada. Siap ada daun terjurai-jurai, ada bebola daun. 

So far, Azika Collection memang highly recommended sebab service bagus. Dia pasang hari Khamis, dia buka hari Ahad. Tapi, kalau nak kahwin dalam masa terdekat memang tak dapat la sebab fully booked dah date mereka. Baik booked setahun awal.

SEKIAN. Yayyyy!!!

Tuesday, May 10, 2011

E-Day Review - Hantaran From Her

Mula-mula dapat berita di paksa bertunang (exaggerate) sudah celaru memikir eh, barang hantaran macam mana? Tak boleh nak fikir langsung nak membagi apa. Tu yang end up menangis tak sudah-sudah. Bosan kan? benda kecik pun nak ditangiskan. Tah pape.

Emak yang bijaksana telah list down kan barang-barang yang saya patut cari dan beli dan bagi kepada Dak Yang. Ini lah dia

Red velvet cuppies & Buah-buahan

Cuppies adalah sponsored by my darling bestie Kak Ezy. Dia punya sebuah kedai kek, so dia tanya mahu cuppies apa dan design apa. Saya yang kusut tak tentu hala cakap apa-apa pun takpa. Design saya cilok my best friend punya yang baru sudah bertunang tempoh hari. HEHE. Thanx Aetul.

Bakul buah saya buat di PKNS. kehkehkeh. Maaf lah. Masuk blog ini takkan menjumpai sebarang DIY pun. Sebab saya bukan insan kreatif yang boleh do it myself without crying and give-up ing. I fed-up dengan benda remeh.

Kuih tart & Coklat

Kuih tart dari the famous emak Hanis Zalikha, Kak Nani. Masih ramah macam dulu juga. Bercerita tentang pertunangan anak sulung beliau. Even dah lama tak jumpa pun, Kak Nani masih ingat lagi diri ini. HEHE. Coklat tah pape. Main rembat je apa depan mata. Takda motif langsung. Ah, lantak. Dah lepas pun :P

Kain Baju Melayu & Kemeja

Kain baju melayu dan sampin songket semua FMIL dah sediakan. Saya tinggal ambil dan gubah. Bukan kau pun yang gubah. Ah, shadap. Kemeja beli last minute. Dak Yang kata pergi Mark & Spencer boleh dapat kemeja murah. HOH? nak pergi OU boleh la. Nak balik tak tahu cemana. HAHAHA. Pergi SACC saja cukup. Masuk Bonia, erghhh, masuk British India, keluar balik (read: tak mampu) Berakhir di Pierre Cardin saja. Tu pun tak da saiz. Ahh, lantak. Aku ambil saja saiz apa yang ada. Benda last minute memang tak banyak kebaikan.

Sireh junjung

Memang sudah jadi tradisi kot. Kot lah. Sireh junjung mesti hasil tangan ibu saudara saya. Dari abang ke kakak ke pakcik makcik, semua ibu saudara yang buatkan. Memang cantik dan suka sangat. Ibu saudara adalah best friend kepada FMIL. hehehe. Thanx Auntie Edah :)

Ok, dulang dan hiasan dari pihak saya, saya serahkan bulat-bulat kepada Izwa Hasnan. Dia juga lah yang jadi OP saya di hari kejadian. Semua last minute. Saya sangat suka dan berpuas hati. Boleh la tengok-tengok blog beliau yang sediakan khidmat sewa dulang gak kat SINI

Habis pun entry ni :)

Monday, May 9, 2011

E-Day Review - Hantaran From Him

Kita takyah nak sembang kencang, meh tengok Hantaran dari Dak Yang

Tema - Baby Pink, Silver & White
Decorator - Halim
Fresh Flower - Baby pink & White roses
Dulang - 5
Bintang - Banyak (HAHAHA)


Kek buah & Tepak Sireh

Ye, bunga-bungaan atas kek tu masih ada lagi tersimpan sampai sekarang, mungkin kalau rajin saya nak cabut kelopak bunga itu dan jadikan bunga kering. Tah berapa tahun dia akan melayu pun kita tak tahu. Berdoa saja. HAHA Isi kek sangat delicious. Buah-buahan padat dan banyak. Dap dap.

Tepak sireh tu bukanlah jadi hak mutlak, daun-daun sireh dan bunga-bunga segar je saya boleh ambil, yang silver tu kepunyaan Halim. Orang yang bertanggungjawab menggubah hantaran from his side. Beliau ada butik di Seksyen 9, Shah Alam. Honestly, saya tak berapa mengenali beliau. Jadi, tak boleh nak bagi suggestion ke apa. Kalau rajin boleh google. Sebab, kalau saya yang google apa pun tak dapat. HAHAHA

2 pasang kain baju kurung & sepasang kain nikah beserta tudung

Asal cerita, my FMIL sudah beli kain lace beaded from Cambodia (dalam gambarajah diatas) warna off white. Sumpah sangat berat sebab beaded penuh. Jadi, beliau kata why not jadikan itu baju untuk nikah. Tapi, kami dah decide untuk pakai pearl white di hari nikah. Then, my FMIL kata ok takpa, buat baju untuk majlis bertandang nanti.

Bila, beliau ke Jakel bersama-sama Dak Yang dan Halim (he also gonna design our baju) untuk cari kain lining dan kain baju melayu cerita pun dah bertukar. End up baju itu jadi juga baju nikah. My FMIL pun dah siap-siap carikan tudung from Ariani. Jadi, kesimpulan dia baju dan tudung nikah consider DONE. Tinggal cari veil saja. Hai Kak Ya *wave*

Kain pasang itu akan dibuat baju raya atau baju untuk pakai waktu jalan pengantin kelak. pheww

Cincin risik

Just a simple one from Habib. Dak Yang yang pilih. Good taste sebab ramai juga yang suka. Yang penting, saya like 100 kali. Cincin tunang? biarlah rahsia. Ek elehh


Saturday, May 7, 2011

Kenapa Saya Sayang Emak?

Sebab gila apa kau tak sayang emak. Anak derhaka betul kau neh. Nanti Tuhan dah murka baru kau nak tarik-tarik kaki mak kau kat muka pintu atau menangis berguling-guling dekat tanah perkuburan sampai jadi gila macam Erra Fazira.

Maaf, emosi. Sampai Erra Fazira yang tak bersalah pun terheret sama.

Saya sayang emak sebab emak sanggup serahkan Master bedroom buat saya dan bakal suami kelak. Walaupun, memula macam nampak tak nice ah rebut bilik emak sendiri, tapi emak dengan rela hati. Dia tak sanggup tengok anak dan bakal menantu tidur dalam bilik dua kangkang kera tu. hehe

Saya sayang emak sebab emak sanggup masakkan makanan ala-ala diet untuk seisi rumah. Padahal yang diet aku seorang. Tapi semua pun kena santap sup fish ball dengan ikan bakar hari-hari. Sayur pun yang rebus-rebus atau bihun sup. Buah-buahan selalu penuh dan tak akan lupa bertanya, dah makan pil mustajab ke belum?

Saya sayang emak sebab emak sanggup spend duit untuk persiapan bertunang tempoh hari. Nak harap duit si anak gadis, mungkin semua tetamu cuma makan biskut kering saja. Takda pelamin or khemah or even worst, saya pakai baju kurung biasa-biasa saja. Tapi, emak tak sanggup kot tengok anak gadis bermuram durja dan berhuduh nestapa. Di hulur juga wang barang seringgit dua. Ehh, lebih kot :P

Saya sayang emak sebab emak tetap belikan breakfast walaupun dia tahu saya tak makan. Kadang-kadang jamah juga sebab tak sampai hati. Walaupun dah diugut sepuluh kali takkan belikan breakfast lepas ni sebab saya tak makan, still, emak belikan juga. Emak kaki ugut yang comel no?

After all, tanpa sebab musabab di atas pun kita tetap kena sayang emak kita kan sebab dari pengalaman kawan-kawan yang sudah melahirkan anak, memang patut di pukul dengan senduk saja anak yang halau emak sendiri dari rumah. Macam lah dulu dia lahir dari perut pokok pisang. Biadab!!

Maaf, terheret emosi lagi.

Sayang gila kat emak kot bila tengok gambar ni

Tahun depan sudah boleh wish auntie pula

Happy Mother's Day

Friday, May 6, 2011

Rare Skin Disease - Ujian atau Dugaan?

T____________T

Hari ni adalah hari yang ke err, 1, 2, 3. 3 lah kot, ticker tak hitungkan untuk aku. Kena hitung sendiri. SOBS. Saya dilanda satu alahan pada kulit yang melampau.

Mula-mula dia naik di kaki. Macam bintat kena gigit nyamuk, tapi besar dan merah sangat. Lepastu merebak ke kaki sebelah naik ke peha, tangan, badan. Satu hari mesti ada dua, tiga bintat yang naik. Kalau naik satu je tak mengapa. ni naik 4 serangkai terus.

On Wednesday hari tu sudah ke Klinik Anis, tapi, Dr pun tak tahu apa puncanya.  Allergic habuk atau makanan atau insect. Dia cuma bagi ubat makan, ubat sapu dan MC (Ubat MC paling saya suka teehee)

Tapi, belum nampak keberhasilan sebab pagi ni dia naik di jari dan lengan. Mak bising-bising kata jangan digaru. Kau bayangkan kalau sudah gatal tahap nak siat kulit, takkan kau nak bertenang lagi. Saya dan kawan dihutan memang takda beza lagi.

Emak cakap inikan ujian Allah buat hamba-Nya. Ya, saya redha. Tapi saya berdoa, janganlah menyerang sampai ke permukaan muka (?) Nak kata aset tu, takdelah. Aku bukan model. Tapi ye lah, mana ada orang bermimpi mahu jadi pengantin biasa-biasa. Semua mahu jadi luar biasa cantik lah bukan?

Mentulis entry pun terhegeh-hegeh sebab mesti nak take 5 menggaru. Ya Allah, sedih sangat kalau tengok keadaan diri sendiri. Sangat daif dan serba kekurangan. Tetba rasa kalau ada sepasang tangan lagi yang boleh tolong garukan ke apa. Tapi, lepastu Istighfar Istighfar. Apalah rupanya manusia dengan empat tangan? Sangat alien.

Kalian doakan saya cepat sembuh ya.

Thursday, May 5, 2011

Syukurku Akan Hadirmu

*Miss this moment*


Ini adalah luahan perasaan terhebat abad ini. Rugi ah kalau baca.

Lepas dihitung-hitung, Ok takyah tipu sebenarnya cedok dari Ticker. Ticker yang hitungkan, genap 12 hari saya sudah menjadi tunangan orang. Dulu sangat wonder, apakah perasaannya bila sudah punya tunangan sebab saya tahu, saya tak mungkin melalui fasa itu.

Orang kata, bila dah bertunang rasa secure, rasa lebih bertanggungjawab, banyak dugaan mendatang, kalau tak betul-betul kuat takkan sampai ke jinjang pelamin. Macam-macam mitos sudah didengar.

Rupanya perasaan menjadi tunangan orang sangat luar biasa dan sangat tak percaya. Eh, eh sekarang sudah punya tunang. Darah pun manis-manis sikit dari air sirap bandung. Memang sukar dipercayai sebab semuanya tiba-tiba kan. Esoknya pun masih tanya lagi, kita dah bertunang ke? Pfftt

Perancangan Allah memang manis dan indah belaka. Allah mahu juga saya lalui alam pertunangan.

A few days before we getting engaged, Dak Yang text me

Lusa dah nak bertunang..Ujung tahun kite kawin..I will devote my life to u.. SO, don't u ever take me for granted.. I expect d same from u too
Sangat touched by his message sebab Dak Yang bukanlah that type of guys yang kasi ayat-ayat manis bergula sampai kena diabetes.

Relation saya with his family juga semakin baik. SO do him with my family. Honestly, kami bukanlah pasangan yang close gila with both family yang mana boleh datang rumah, makan-makan, sembang kencang lepastu pulang. No offense. Saya tak pernah juga menghadiri kenduri atau berhari raya ke rumah ibu bapa Dak Yang. Sebab both parents masih mengekalkan adat dan sikap ibu bapa zaman Ibu Mertuaku.

Selagi takda ikatan yang sah, jangan nak ajak-ajak tidur rumah!!! Itu prinsipnya. His parents pun sama. Saya keluar masuk rumah beliau pun waktu ambil kain baju melayu dan songket untuk buat hantaran tempoh hari. Segan toksah cakap. Gigil kepala lutut nak face Mama beliau. Berlaga gigi dengan lidah. Ok Ok we get it Yaty

Sebab mengekalkan adat melayu lama ni tadi, Dak Yang tak datang pun waktu hari pertunangan tempoh hari. Uncle tak bagi. Esok harinya baru beliau datang pulangkan dulang hantaran. Kami dating di rumah depan Mak Abah. SO 1960's late. Tersiput-siput. Oh My...

After a week bertunangan, barulah kami dapat keluar sama. Itu pun sebab mahu cari birthday present for his dad. Nak kidnap tunang sendiri Dak Yang kena masuk rumah, minta izin semua. Old school macam filem zaman black and white.


I really enjoy the moment being his fiance. Love him more each and every single day even sometimes dia buat perangai tak berapa nak molek. I pon nak tunjuk kepala siapa lagi besar HAHA you know what I mean, still, kasih sayang kami padu dan jitu.


Blerrghhh, entry apa ni Yaty? Semut pun taknak hurung cenggini.

Kan dah kata, rugi baca. Kenapa nak pilih rugi juga? HUHUHU

Wednesday, May 4, 2011

All White for My Bedroom

My dream bedroom to be exact.
Sudah masuk bulan Mei. MEI!! Should I happy or should I be totally jumpy sebab my wedding progress stuck dimana-mana. Sana hold sini hold. Since berhenti sebab buat preparation for engagement tempoh hari, terus tak mula-mula. I need energy booster. Patutkah saya minum red bull berkoyan-koyan? Ok takyah merepek lah

Takyah pergi jauh-jauh. Dalam bilik sendiri baru ada sebuah katil. Ingat tentang INI? Kesian dia sorang-sorang kat situ. Takda kawan sepermainan macam dressing table dan side table. Togel. Bukan Bogel lah hoi!!

Jadi, makin hari saya rasa yang impian untuk memiliki dressing table from IKEA makin malap. Duhh.

Dah sepuluh kali aku komplen, Kenapa kau mahal sangat?

Harga kau tetap tak kurang -_-

*breathtakingly beautiful*

Too small maybe

Tak cukup cermin nak belek muka? Ambik

Somehow, round or oval mirror lebih menambat hati dari yang petak-petak. Kalau dapat satu daripada mana-mana satu kat atas tu, lengkaplah my dream bedroom ever.

Eh eh belum ah.

Side table tak masuk cerita lagi. Belum cukup lah kawan kepada katil saya. I think the one from IKEA itu affordable (read: kalau dibeli satu. Masalahnya cacatlah kalau side table satu je. Ok dah takyah read) Annoying :P

The one from IKEA

Bukan dari IKEA, tapi cantik

Pun bukan dari IKEA. Comel

Kalau side table satu yang cantik, satu yang comel, ada orang marah ke? Ok, takyah jawab. HAHA

Last but not least saya nak masukkan kerusi. Keluar keringat jantan semua masa nak cari apa nama sofa yang curvy cantik selalu dalam bilik tu. Akhirnya, aku taip Wedding Chair, baru keluar.

Jeng jeng

Mahu kan sofa itu dalam bilik, boleh buat duduk sambil sembang kencang. Kalau nanti ada sesi sentap-sentap pun ada lah tempat selesa nak tidur (main point). AHAHAHA. Takda lah sesiapa yang kena tidur lantai kelak.

Ada orang tahu ke nama sebenar kerusi tersebut. Letih ah nak cari.

Berdoa moga Allah buka pintu rezeki, so that boleh barang-barang idaman masuk dalam rumah. Pity them kena duduk show room saja. Sampai bila? Katil saya pun mahu teman sepermainan.

Dah, pameran perabot tamat, boleh balik ke pekerjaan masing-masing.