Friday, April 29, 2011

My Ex-Boify Getting Married

Finally, you choose her instead of me. Am happy for you.

Wills & Kate

TSKTSK. Tak dapat jadi Princess Hidayati. Tak dapat nak Rules Britain. Tak dapat nak kasik tiket percuma tengok MU kat you every single games Yang.

Tapi, takpalah, dapat jadi queen of his heart pun dah cukup indah.


Eh Eh Eh, sudahlah. Buru-buru nak tonton Royal Wedding sambil makan nasi goreng. Berdoalah William yang Kate pandai masak nasi goreng tak spicy sangat. Kelak kau tak menyesal mempilih dia sebagai bini. Eh, aku pun bukan pandai masak nasi goreng. KAHKAHKAH

Wednesday, April 27, 2011

Wordless Wednesday - E version

Pict from Nazihah Nasir's cam :)






Love the expression

Love the friendship

Thank you G-ha, I definitely will hire you as my 2nd OP :)

Tuesday, April 26, 2011

How To Get Engaged in 10 Days

Baiklah, dah dok sila rapat-rapat semua? OK

Kita mulakan dengan Bismillah dalam hati dan gambar buat tatapan semua.


Maaflah kalau anda sudah tahap jelak menatap gambar-gambar tak berapa nak indah tapi nak disidai juga. Semua gambar dikutip dari camera kawan-kawan yang canggih-manggih. Sendiri punya camera sudah tak berguna lagi. Harap bersabar semua. Kita tunggu gambar dari OP. 

Baiklah, where do I start.

Sebenar ceritanya, takda pun segmen pertunangan dalam diari. Lepas dah bincang molek-molek kami setuju dengan keputusan untuk mengadakan majlis risik saja. Pertunangan dijalankan sebelum nikah. Sooo Siti Nurhaliza. Kata idol. teeheee

Sebab itulah saya terus sibuk buat wed preps. Gelojoh no? Itu langkah untuk menjimatkan kos. Sebab duit tak turun macam hujan dekat rumah ini. Rumah lain mungkin ya.

Tiba-tiba..... ok, dah masuk cerita suspen ni. Jaga-jaga

13 April yang penuh dengan kekalutan bila Dak Yang kata majlis risik akan bertukar kepada majlis pertunangan. WHOAAAATTT??!! Semua pening, semua kalut. Bila dikira dengan jari. Hah? cukup-cukup. Maksud dia, tinggal seploh hari lah tu. Kalau Hithrik Roshan yang kira, memang jadi sebelas. Ok, Hitrhik Roshan boleh keluar sekarang.

Rupanya rombongan merisik Dak Yang dah bertambah dari 8 kepada 20 orang. Jadi, mana ada orang merisik ramai-ramai. Lepas berbincang, pihak sana kata nak meminang terus dan bawa 3 dulang. Demi tak menyusahkan, orang disini minta dibalas 3 juga. Benda tak ikut adat ni orang tua-tua bising.
Jadi, setujulah dengan 3 balas 5 dan akhirnya jadi 5 balas 7. Rombongan Dak Yang pun meningkat ke angka 30 plus plus.

Perkara pertama yang saya buat adalah moody dan menangis. Memang Drama Queen. HAHA. Pelik no? BBF pun tahu macam mana meroyannya saya waktu tu. Sebab majlis adalah rahsia, jadi tak boleh conteng pada wall sendiri. Wall BBF jadi mangsa. Thanx buat semua BBF yang supportive itu. Heart anda semua.

Bawa muka ketat pergi sekolah adalah perkara biasa. Warna tema bertukar pun seploh kali. Apa barang yang nak dibalas pun tak boleh nak fikir. Semua kalut dan kelat. Nasib baik saya punya tulang belakang yang sangat kuat. Literally. Mak, abah, adik badek, pakcik makcik dan kawan-kawan yang awesome banyak membantu dang menghibur hati lara. Eceh. Nanti kita buat entry khas puji-pujian buat semua.

 My Ultimate backbone :)

Heart my family so much

Begitulah flashback saya. KEHKEHKEH, So, Hantu Kak Limah balik rumah lah.

Nantikan siri-siri yang seterunya dengan pensidaian gambar secara melampau.

Nah, tengok gambar sekeping dari OP kat SINI

Monday, April 25, 2011

The Engagement : Intro

Ce tengok tangan saya

Sebelah ada gelang buruk, jumpa dalam laci waktu main kemas-kemas
Sebalah lagi ada gelang emas, hadiah dari emak sebagai penghibur hati lara

and, and, and, Owh -MG.

*gasp*

Apa yang shining-shining-silau-mata-memandang di jari yang paling sweet itu?

TEEHEEEEEEE

Alhamdulillah, am engaged to my beloved Fiance

*mata bersinar macam Sin Chan*

Still, can't believe it.

Friday, April 22, 2011

Less Than 24-hours

Wanted. Sangat Dikehendaki


This guy had less than 24-hours to enjoy his life to the fullest.
 
This guy had less than 24-hours to be my darling boify

This guy had less than 24-hours to find another soulmate (if he want to)

I Love this guy till my heart stop beating.

I Love his poket too. (Ini bahan kelakar, kau takyah nak cepat melatah sangat)

Permudahkan urusan Hamba-Mu Ya Allah

Thursday, April 21, 2011

What Kind of Feeling?

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah

Kenapa tah perut tak boleh bertenang sangat ni. Kejap-kejap nak terkecut. Apa yang dinervouskan sangat pun tak dapat di identified. Waktu nak pergi interview SPP hari tu pun tak nervous macam ni sekali. Kau apasal perut? Nak lebih-lebih dari tuan punya badan.

Sudah beberapa malam juga menjadi sleepless night. Weird dreams makin menjadi-jadi. Sampai rasa takut nak tidur. Tapi, ah lantak, bila dah ngantuk takda peduli pun lagi. Pejam juga mata. Hidup memang sangat up side down lah seploh hari terkebelakang ni. Sampai dah tak sempat nak jadi Zoo keeper lagi. Pandai-pandailah haiwan aku membawa diri cari makan dan membiak dengan jaya. Eh eh, Korang try lah main Zoo Tycoon yang African Animal. Memang best tiada tandingan lagi (tetiba lah kau)

Hari ini akan mengkemas bilik secara total, kemudian nak hampar karpet bulu-bulu. Lepastu nak pergi manicure. Sebab esok rasa nak bertenang-tenang sambil goyang kaki. Cuti pun sudah lulus. Wooohhooo, 1st time guna CRK. Terselit kebanggan sikit sebab sikit punya payah lah kan nak mintak guna CRK tu.

Esok nak senang-senang? (lempang muka sendiri) Esok nak ambil tart, esok gak nak beli buah-buahan dan bakul-bakulan, and the list goes on and on.


What kind of feeling should I feel right now?
Happy?
Nervous?
I think I might have anxiety attack.

Blah!!

Wednesday, April 20, 2011

Tiba-Tiba

Arahan : Mulakan karangan anda dengan perkataan tiba-tiba.

Tiba-tiba rancangan berubah

Tiba-tiba saya menggelabah

Tiba-tiba saya sibuk

Tiba-tiba saya penat

Tiba-tiba semua cakap saya makin kurus (padahal tak pun)

Tiba-tiba saya rasa eh eh, macam dalam rancangan Reply's Beleive It or Not and I still don't beleive it. KAHKAHKAH

Tiba-tiba Dak Yang semangat pergi dengar ceramah Anwar Ibrahim, siap MMS gambar. Dia nak pergi tanya secara live betul atau tak err, ok kita takyah bincang lebih detail perihal video S**S ke apa. Tak manis untuk tatapan U.

Saya : Kem salam Yang
Him : Dekat bapak G** ka?
Saya : Boleh la, dia ensem pa?

Kan dah kata, entry ni tiba-tiba, tadi cerita lain. Sekarang dah lain. Memang tiba-tiba. Dan secara tiba-tiba entry ni tamat

.



.


HOH?

Monday, April 18, 2011

I Heart AF**

Sunday yang awesome. A laid back Sunday di rumah manis rumah (home sweet home) tak manis langsung bila di translatekan. Jelik sekali.

Memang tak menjejak kaki ke luar rumah pun. Eh, correction, tak jejak kaki ke luar pagar pun. Ke luar rumah adalah, nanti nampak sangat anak dara Gred B, kau tak sidai kain kah?

Persiapan perkahwinan bagaimana?

Semuanya terhenti. Nak bagi laluan pada acara penting yang lainnya.

Masih fikirkan apa doorgift yang molek untuk tetamu ni? Gua runsing lah. Idea, tolonglah jatuh hempap kepala ni. Mahu sesuatu yang worth it berbentuk makanan yang mengenyangkan selain bahulu adik beradik atau saudara mara coklat. Apa yang lain lagi? Tuh la tuh, dah berbulan dah fikir. Masih dalam kegelapan juga. Berdoa siang malam moga ada sinaran harapan dan cahaya dihujung bulan ini. KAHKAHKAH. Malas nak drag hal door gift berbulan-bulan. Nanti jadi kenyataan pulak batu 3 ketul warna pelangi tu.

Ok, forget it, ada cerita gedik nak share.

Tengok AF tak? Tengok AF tak? Zaman AF dah lama ditinggalkan. Dah tak pernah AFUNDI sesiapa (I pernah AFUNDI KAER & RICH dan hantar ke 32999) pffttt. Boleh gelak berguling sekarang. Kinky skeleton in my closet is out!! Dah takda siapa boleh glued kan saya depan tv selain dari AF 2 yang oh-some itu.

But this time saya kembali bersama keropok depan TV semata-mata untuk jejaka ini

I heart his kening bertobek itu
I heart his voice
I heart Afif yoooww.

Tapi, geli pula bila tengok dia pakai baju low neck. Macam gay boy saja.

Errr, masih boleh kan I berkelakuan seperti gadis remaja sweet 17 neh? Boleh kan Yang? A-valid-for-a-week-boify? HEHE. Don't worry, I tak pernah pun AFUNDI dia.

Saturday, April 16, 2011

Alhamdulillah :)

Quicky & Shorty

Alhamdulillah, semua yang konon-konon impossible macam nak pergi pacak rumah atas Everest tu dah jadi mudah macam berumah di tepi pantai. Tapi, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai (?) Bila Allah turunkan rahmat dan berkat, TING!!! semua jadi molek-molek belaka. SO, no more tears *crossing fingers*

Dengan kewujudan sahabat yang amazing dan kakak ipar yang sporting. MasyaAllah, I am blessed. Mereka akur saja diheret kesana-sini. Mintak tunggu dalam kereta lama pun tak merungut. HAHAHA. Love you guys.

Makes me even more happier of course lah Future Mother In Law (FMIL) yang sangat-sangat-sangat baik hati, generous dan helpful itu. Thanx a lot auntie sebab bersusah payah itu dan ini. Really appreciate it.

Hoi, hoi kau cerita apa neh? Kenapa kami tak faham?

Will story bout it later. Maybe we should keep a few things in the dark until the right time appears. Chiaaoowww :)

Thursday, April 14, 2011

Badai Melanda

Dugaan demi dugaan.

Moga diri ini terus tabah. Berdoa moga semuanya berjalan dengan smooth and silky. Walaupun ianya hanya iklan syampu. Abaikan.

Dear Sayang,

I AM SORRY

Mood dibawah sifar. Nak bawa diri ke kedai langsir. Ok. Bai

Wednesday, April 13, 2011

Malang Tak Bau KFC

Kisah tragis yang menyayat hati. Sedia tisu semua.

I
Selama jadi player hoki dulu kala, belum pernah lah badan kena cop dengan bola hoki. Tak pernah sekali pun. Saya play safe. Tapi, bila jadi pegawai teknikal hoki pulak, dapat sebiji kat kaki. Damnn. Sepanjang 2 hari saya berkasut, takda pulak sebiji bola nak cium kaki aku. Sekali aku pakai selipar, time tu la melekat sebiji. 

Waktu kena sedas tu semua terdiam. Lepastu, haruslah tunjuk macho jalan je terus sampai ke tempat pegawai duduk. Sekali tengok, urat timbul dan lebam dan bengkak dan ada corak bola hoki. Teruslah HUWAAAAA, menangis depan umpire-umpire tu semua. Tak peduli dah malu ke hapa. Kaki gua lagi sakit.

Berkejaran kakak ipar cari ais. Ada gak suara-suara sumbang mengejek. But, I don't give a damn care. Pffft.

II
I am bruise easily lately. Tak tahu dapat dari mana tah. Esok pagi tengok-tengok, sudah biru kehitam-hitaman. Danggg

Just assume seorang clumsy mcam saya memang senang bruising dimana-mana. Malas nak fikir gigitan hantu, jembalang adik beradik. Nanti saya seram sorang-sorang.

III
Saya adalah penonton setia TRILOGI CINTA. Sangat setia sampai taknak missed 1 episod pun. Nak tahu apa jadi waktu episod akhir tempoh hari? Tengah syok-syok layan Norjinah manja-manja dengan suami, tiba-tiba pukul 10.54 black out. Sawan lah seorang diri kat situ. Lagi sikit saja. Apsal kau black out neh? Lepastu lampu nyala balik pukul 11.09. @#$%^&***$%#@. Saja nak sabotaj


Ada bau KFC ke?

Tuesday, April 12, 2011

Saya Adalah Penagih

Salty Food. God, hope am forgiven

Now I know, apakah perasaan sebenar drug addict. I can feel you. Bila tak dapat barang sampai gigil-gigil. So do I.

Susahnya nak diet. T_______T

Saya sangat gilakan salty food. Sebab itu suka munchy-munchy junk food sebagai hobi di waktu lapang. Itulah penyebab kepada selulit dan kegemukan sebenarnya. Kadang-kadang ikan masin dan ikan perkasam akan diratah macam KFC.

My dietician sudah sediakan jadual pemakanan yang tak libatkan salty food. Perghh, menggelupurlah aku. Dah banyak kali pun melanggar pantang larang. Pastu, bila difikir balik, aku lah yang rugi. Dangg!! Dah lah aku bayar mintak nasihat, pastu aku malas nak ikut nasihat dia. blergghhh

Semalam azam memang kuat. Jangan turun kantin. Jangan cari salty food. Lapar saja, gua bukak bekal buah. Lapar lagi gua bukak biskut Jacob Hi-Fibre. Makan sambil tersedu-sedu sebab menahan ketagihan yang melampau. Memang tak boleh duduk diam kau tahu. I channel my salty food addiction kepada tanda buku latihan. Kau rasa menjadi ke?

Sebab dah ketagihan yang tak terkawal, nampak kakak ustazah ni baru buka kerepek ubi black pepper. Pergghhh, masa tu dah meleleh saliva menitik-nitik ke lantai. Aku datang bagi salam pastu mintak sopan-sopan. Boleh saya mintak sekeping kak, saya nak benda masin. Satu meja tu gelak tak ingat. Pfffttt

Ini cerita benar. Lagi kuat azam nak buang lemak, lagi kuat cabaran, dugaan dan ketagihan. Moga hari ini aku berjaya mengharungi another day without salty food. Wish me luck :)

Sunday, April 10, 2011

Make Me Pretty, Pretty Please Vol 2

Rasa tertekan bila semua cakap aku tak buat hapa-hapa pon. Hesshh, sebab nampak aku macam gembira saja bangun tidur, makan dan tonton tv. Lain-lain takda progress. Err, betul ke dah takda progress ni? *terkecut perut sendiri*

Ade laaa woii. Ini adalah progress beberapa bulan yang lalu.

MUA untuk akad nikah kelak sudah di tempah. YIPPIESS. Kena cepat, nanti tangis tak berlagu.

Saya telah terpengaruh dengan Kak Ya si comel nak mams* itu lah maka saya nak pilih juga siapa yang mekap kan beliau. Dengan harapan dapat cebis-cebis kecomelan Kak Ya. Boleh gitu? HAHA

Kak Ya tak mekap pun dah comel

Bila dah mekap macam Kak Juma lah Datin Ya. Eh eh

Majlis resepsi

Jadinya, lepas di selidik sampai ke akar umbi, yang mekap kan Kak Ya ni adalah Kak Anis from Anis Finesse Touch.

Kak Ya, bak doposen. Ingat senang nak buat entry puji-pujian semuka pada Kak Ya? heh

Kak Anis juga yang jadi MUA untuk anak MB Pahang tempoh hari

Yang Azizah Dato' Sri Diraja Hj Adnan Yaacob

Jadi, Alhamdulillah, MUA sudah takda masalah lagi. Boleh lebih fokus pada hal-hal yang asik K.I.V saja. 

Pic credit : FB Kak Anis

Friday, April 8, 2011

Bond 777

Sudah 7 years, 7 months & 7 days we've been together.

In a few months more the bond become more tighter

In a few months more our title will change

In a few months more our new life will begin

In a few months more....
Bersabarlah wahai hati :)

Wednesday, April 6, 2011

Dayang Senandung In Action

Tired. Damn tired

4 hari ini makan banyak, kerja pun banyak, penat lagilah banyak.

Lebih baik mengajar pung pang pung pang dalam kelas. Setengah hari sudah balik

Daripada duduk berpanas di padang dari pagi sampai petang.

Dulu, datang stadium hoki tu as a player for my school team. Sekarang, saya datang as one of pegawai teknikal yang mana one of the umpire dulu pernah mengadili perlawanan saya. How time flies so laju.

Dulu adalah anak remaja riang ria di suruh lari sepuluh kali padang pun takda hal punya. Sekarang sudah jadi grown-up woman yang merungut-rungut bila disuruh berpanas sepanjang hari. Dayang Senandung in the making juga *sigh*

*google* 

Saturday, April 2, 2011

Costing Door Gift Pihak Lelaki

Baiklah, baiklah. Ramai yang komen & bertanya (terima kasih semua) tentang Kek Lapis Sarawak saya. Eh eh, bukan Kek Lapis Sarawak saya. Kek Kak Rini. Saya tukang beli dan makan free saja.

Mari kita rungkaikan permasalahan ini satu persatu. Ecehh.

  • Kek Lapis Sarawak itu saya ambil yang berbentuk roll. Bukan kek lapis seloyang pat segi tu. Sebab tu gambar yang saya provide pun gambar yang bentuk roll kan? kan? kan?

  • Kalau yang semacam di atas ni, seloyang memang RM80 kata Kak Rini. Saya tanya Makcik Maznah yang duduk Sarawak pun, harga dia sama.

  • Kalau yang macam gambarajah di atas ini pula sebatang dikira RM18.  Setiap batang berlainan perisa. Boleh request kalau mahu.
  • Saya memang ambil yang jenis roll. Tapi, tapi, tapi bukanlah seorang dapat sebatang. Saya belum cukup duit lagi :(
  • Satu roll itu akan dipotong kepada 8 bahagian, dan seorang dapat 4 bahagian
  • Packaging dan hiasan boleh runding dengan Kak Rini. Dia akan selesaikan semua. Siap delivery (Klang Valley saja maybe)
  • Kek Lapis ini akan goes to rombongan pihak lelaki, relatives dan closest friends (including bloggers) yang siapa cepat dia dapat. Eh eh, macam main rebut kerusi.
  • Kalau berminat boleh lah call Kak Rini sendiri dan bertanya soal harga. Lagi banyak order, harga boleh dibawa berbincang. Nak no fon? email saya gurlpuff[dot]b[at]gmail[dot]com
  • Rasanya? Semua orang suka, anda pun mesti suka.

Friday, April 1, 2011

Korban Mentari

Global warming memang mencabar kehidupan seharian. Lagi-lagi kehidupan guru physical education PE seperti diri ini. Ceh, Cikgu PJ, taknak kalah glamour.

Semalam, seorang kakak menegur, apasal muka kau gelap sangat ni? Tangan kau lagi putih dari muka.

Mahunya tidak, waktu PJ saya adalah ditengah-tengah rembang mentari. Pukul 4 -5. Bayangkan, bayangkan. Betapa peritnya tadah muka bawah matahari.

Guru ibarat lilin dah tak relevan. Sekarang guru ibarat matahari, membiarkan diri terbakar oleh mentari sampai hitam bak anak African.  much better.

Sekarang, rasa jelik juga nak tatap wajah Africa neh. I don't apply any protection pun. No sun block, sun shield whatever sun protection pun tade. Bila dah ada orang tegur baru lah terasa, gelap sangat lah aku neh sampai ada yang perasan.

Next week akan menjadi korban matahari lagi. Isnin - Khamis akan berada di Stadium Hoki Pandamaran sempena MSSD.(reason untuk blog bersawang lama). Lepastu nak cari budak gimnastik. Lepastu nak sukan bulan Julai. Lepastu.... ok dah takda lepastu. Titik

Sedang berkira-kira mahu menggunakan alat kosmestik ke komestik ke apa-apalah yang mana yang sesuai untuk mencerahkan kulit wajah. Jangan, jangan bagi petua suruh lumur muka pakai lumpur ke apa sebab saya seorang yang tak rajin.

Adakah patut menggunakan set pencerah muka

De' Wajah

De' Putih

Loreal Revitalift supaya looked like Maya Karin

Clinique - Currently, am using the facial soap saja

SK II - Tak mampu TSKTSK

Jadinya yang mana satu boleh buat saya cerah serta-merta? Like tingg!! da putih. Your suggestion is highly appreciate :)