Thursday, March 31, 2011

Ada Sarawak di Kajang

Kita lupakan kekecewaan semalam. Semoga hari ini lebih baik dari semalam et cetera et cetera et cetera

Selepas mengambil kira banyak segi termasuk segi bulat dan Kolej Segi. Kami dah buat keputusan muktamad tanpa talian hayat *drum roll*

Bahawasanya *drum roll*

Door gift untuk rombongan lelaki kelak *drum roll*

ialah * drum roll*

Hoi, boleh buang drum kau sekarang tak?

Baiklah baik *dru...errr tak jadi

Kami nekad untuk proceed dengan idea Kek Lapis Sarawak. clap clap clap



credit *google image*

Dak Yang come out with this idea since kebanyakan idea saya adalah bercirikan merepek. (Aku nak bagi bekas lilin lah, bekas garam lah) Dak Yang & emak memang tak setuju. Mereka kata door gift mesti bercirikan makanan.

Saya bertanyakan Makcik Maznah (ibu kepada BJ, kawan kepada Dak Yang) kot-kot boleh dapat kek lapis murah dari Sarawak. Dia kata kek nanti rosak tak masuk dalam peti ais sebab nak travel jauh. Tumpang peti ais Dania tak boleh? OK OK.

Pendekkan lagi cerita, di Kajang ada seorang guru yang mengajar buat kek lapis ni. Dan sememangnya originally from Sarawak. Kami pun bergegas ke rumahnya di Sungai Ramal Dalam, Kajang. Selepas tawaf bandar Kajang 3 kali dan lalu Tol Kajang Silk seploh kali (exaggerate) akhirnya sampai juga. Penat sudah Kak Rini tu tunggu tepi jalan. HAHAHA. Ampunkan orang yang pat lima tahun sekali baru sampai Kajang.

Lepas berbincang sakan, saya dibekalkan dengan kek lapis free 2 roll. Dua-dua aku rembat, Dak Yang balik Ipoh kempunan saja. Ampunkanlah GF yang kalau mendapat makanan, kekasih sendiri dilupakan.

Packaging, riben semua Kak Rini tu yang settlekan. Malas nak fikir banyak. Nanti saya tinggal letak Tag Terima kasih saja.
Ok dah habis dah. Nak drum roll boleh?

Wednesday, March 30, 2011

Dilemma

Ini lah yang akan dilalui oleh insan yang suka rambang mata dan tak tetap pendirian.

Itu cantik, ini cantik, sana pun cantik, I pun cantik. Eh eh eh.

It happened again. Ni kali kedua!!

Hari itu saya sudah beriya-iya emel mahukan khidmat pihak pertama. Saya call dia kata tak boleh booked lagi sebab awal sangat. Takut-takut nanti kalau ditunggu sekali dia tak mahu. Yang lain-lain pula dah penuh dibooked orang. Aku juga yang melompong. Apa pun tak dapat.

Jadi, nekad, mahu guna khidmat pihak kedua saja. Lepas dah letak deposit. Baru tahu ada banyak masalah berbangkit. Tapi, pihak kedua sangat baik, kalau saya rasa susah, dia boleh pulangkan deposit. Saya pun menunggu pihak pertama tadi respond. Kecewa.

Lepas dah discuss dengan Dak Yang, we all agree saja dengan extra charge pihak kedua tadi. Dia banyak tolerate dengan kemahuan saya dan dah janji akan datang rumah cuti sekolah kelak.

TUP TUP TUP

Pihak pertama yang sangat diidam-idamkan bagi tarikh untuk appointment. Dang!!!! Apa kau rasa? Nak tolak pihak kedua macam tak sanggup sebab dah discuss bermacam-macam. Dia pun tak berkira sangat walaupun sepatutnya perlu dikira. Sangat tak sampai hati.

Aku yang terburu-buru atau memang takda rezeki nak menggunakan khidmatnya?

End up, sekarang rasa amat kecewa, tension, tertekan. Tapi, tapi, tapi. Think positif. Yang 2nd best pun kadang-kadang the best juga kan. Sekian

Tuesday, March 29, 2011

Orang Tamak...

Kadang-kadang rugi, kadang-kadang untung. Ikut sabut lah, kalau untung timbul, kalau tenggelam berat sangat lah sabut tu.

Jadi, apa kaitan orang tamak dengan sabut timbul? Takda kaitan ah.

Waktu Pameran Pengantin di Stadium Malawati tempoh hari, orang tamak ni rambang mata. Semua dia rasa cantik-cantik. Semua pun dia rasa nak rembat. Tapi, masa tak mengizinkan sangat sebab ada orang nak kena balik Ipoh. Jadinya, buat decision secara mebabi buta dan taknak fikir molek-molek.

Sekarang dah termenyesal sikit. Kita padankan muka orang tamak, ayuh!!

Menyesal sebab sudah ternampak kad kahwin yang sangat membuat jantung berhenti berdetak T____T

Tarik nafas panjang-panjang

//
//




Those cards sangat breathtakingly beautiful *speechless*
Sudah goyah prinsip kad mesti simple dan murah, sebab sudah tahu apa nasib kad dikemudian hari. Tapi, yang ini membuatkan saya sanggup membakar deposit tempoh hari.

Mana kau dapat kad cantik ini?

Nah, pergi dekat Kad kahwin Pino. Pictures credit to them :)

Feast your eyes sampai terbuntang-buntang. Jangan teragak-agak untuk membakar deposit juga. KAHKAHKAH. 

Sesungguhnya membazir itu sahabat Syaitan.

Friday, March 25, 2011

Sejuk-Sejuk Satu

Kuarters guru Kuala Lipis
16 Mac 2011

Susah nak dapat panas cahaya mentari disini.
Sidai towel lepas mandi pun takkan kering sampai petang.
You have to chase the light untuk mendapatkan suhu panas.

Heaven gila. Ketiak pun tak berpeluh tell you :)

Perjalanan dari Lipis ke Cameron ikut jalan belakang memang a new experience.
Jumpa a few POS (Penempatan Orang Asli) and a few kaum peribumi tengah cari buluh of course :)

2 hours later

Journey untuk sampai ke sini sumpah ngeri.
Nyawa sipi-sipi saja bila nampak gaung sebelah bahu

The main purpose nak ke sini adalah untuk mendapatkan scone yang diidamkan
Kenapa dekat tanah rendah tade jual scone
T___T


Meleleh saliva berbaldi-baldi

Manusia diciptakan berpasang-pasangan

 Emak & Babah
Wahid & Adah

Husna & Zaky

Gua, contestant solo *SOBS*

Tapi, tapi, tapi
We are family :)

Nanti ada sambungan. Kalau rajin. Teeheehee

Thursday, March 24, 2011

Big Girl Don't Cry

Tak tahu nak labelkan minggu ini sebagai minggu apa. Minggu sedih ke apa.

Saya tak faham kenapa nak sentap-sampai-mengata-depan-depan dengan pertanyaan yang sekadar untuk -berbual-mengisi-masa-makan. Maybe saya tak perlu nak jadi friendly sangat pada orang yang tak patut. Bila pertanyaan for the sake of bertanya dah jadi isu besar *sigh*

Di tambah dengan personal problem with -you-know-who- makes myself want to be burung kasawari. Burried my head dalam tanah.

Alhamdulillah, proud to be myself this week juga. So, far I manage to control my tears. Tak tahu kenapa jadi gagah sangat lately or just not yet.

Mungkin Fergie lah yang buat saya gagah dan tabah. Thanks to you and your song


Don't cry don't cry don't cry. Eh, takyah cry lah. Hari ni kan Hari Gaji. Tak jadi cry *kesat hingus*

Wednesday, March 23, 2011

Pelamin Anganku (Ni Bukan Lagu)

Ini adalah antara entry kepam yang dah jadi perkasam. Tapi takpa. Lebih perkasam lebih enak. Saya suka ikan perkasam HUH?

Around Jan to Feb adalah masuk ke dalam butik pengantin secara random. Eh, ni nampak macam best dari luar, jom kita masuk mak. HAHA. Tapi, betul omputih kata, Don't judge the book by it's cover.

Dari luar nampak best, dekat dalam belum tentu. Untuk saya lah

Semua pelamin yang di tengok dengan 2 biji mata ni semua nya tak berkenan di hati. Sampai emak pun fed-up. Ini taknak, itu taknak. Buat sendiri lah Yaty. Kalau saya hebat, dah tentu.

Awal-awal sudah mengatakan tidak kepada rokok. HOI!!. Ok, ok. Am not a big fan of
  • Pelamin yang ada panel-panel daripada boxes atau besi kerawang-kerawang. Nampak stiff dan keras. Yang ada dome pun saya tak maw taw.

Abaikan yang depan. Tengok pelamin, tengok pelamin.
Ni pelamin my sister
Even diri sendiri yang pilih, tapi bila diri sendiri nak kahwin. tak mahu dah yang sebegini

  •  But if I don't have any choices, saya terima tapi cuma satu panel saja.

Macam ni more likely
2.Bridal Sanctuary

 Atau ini
Satri's Anggun
*drooling*

  • Kalau boleh lah kan. Kalau boleh, mahu yang simple dan unik 
Tirai dan frame bunga
Arjuna Cipta never failed me with their design.
Tapi, kemampuan membataskan. *SOBS*

English Style
Always eyeing on Arjuna Cipta's creation

Nak cenggini, nak cenggini

Macam sanding dalam taman munge
2.Bridal Sanctuary punya design quite unik
Nice talking to Syed. Sangat freindly
 
  • Saya bermimpi untuk bersanding atas pelamin ini
Kerja Kahwin
Kenapa masih belum open booking?
T____T

Tapi, kita tak boleh nak memilih sangat kalau duit belum jadi bukit. Berdoa saja MG dapat merealisasikan pelamin yang simple dan unik(konon-kononlah) yang diidamkan sangat tu. HAHA

Woi, siapa MG, siapa MG? Ce teka, Ce teka :P

Monday, March 21, 2011

Something From Medan

Berasa sungguh gembira.

Duduk saja dirumah. Tak fly kemana-mana pun untuk mencari wedding stuff. Tapi, I still can get a few things from overseas (Indonesia kira overseas kan?kan?kan?) Please angguk. Thank you :)

This time my beloved friend Kak Ezy fly ke Medan pula and she said telekung disana cantik-cantik. I said OK. Carikan lah telekung yang cantik itu yang kat sini harganya boleh mencecah tiga pat ratus.

And, she never failed me.


Maafkanlah kualiti kamera handphone yang diragui ketajamannya. Kamera sebenar merupakan harta pertama dibeli lepas dapat tunggakan, masuk workshop. TSKTSK. Adakah benar kata-kata seorang ibu, Yaty mana boleh ada harta, tak lama guna pasti rosak menyusul.

Baru nak cakap emak salah, tapi rupanya emak memang selalu betul. Anak yang selalu disalahkan walau dia sebenarnya dikedudukan yang betul. Apa kau cakap neh? Apa?

Ok, 1 benda settle for hantaran. Ek eleeeh, baru satu? Lagi enam later lah. Orang tak kaya beli barang berdikit-dikit sebab dia kena kumpul duit sampai jadi bukit. Kau faham ke?

Sunday, March 20, 2011

When My Hair Grow...

Ini adalah satu kesulitan yang amat-amat-amat dikesali bila rambut pendek mahu jadi panjang. Semua serba tak kena. Nak diikat tak boleh, nak di toncet tak boleh, nak dicekak tak mahu. Pffftt.


Dulu waktu pendek semacam ini memang hati gembira bukan kepalang. Takda langsung masalah dengan rambut. Kepala ringan semacam. Semacam takda kepala pun iya. Takda masalah rambut gugur. Guna jari pun boleh (ok, iklan keluar sekarang!!)

Itu cerita dulu.

Langit tak selalu cerah macam sekarang. Tiap-tiap petang mesti hujan. Tapi, takpa. Itu adalah nikmat tak terperi sebab bila malam boleh tidur lena sambil dibaluti quilt yang selalu disepak lalu terperosok tepi katil tatkala musim panas.

HOH?

Sekarang, masalah rambut kian meruncing. Tak, tak. Kau takyah bagi suggestion suruh call Yun Nam ke apa, aku takda masalah botak ditengah. Tapi, masalahnya sekarang rambut asyik nak serabut dekat permukaan wajah (?)

How come Justin Bieber boleh bertenang dengan situasi ni?

Macam inilah keadaan diri nowadays. Memang tension sebab asik-asik nak kena selak rambut. Asik-asik nak bergaduh dengan rambut. Kalau pakai anak tudung pun, dia masih nak keluar dari sisi. Nak dipotong memang tak mahu sebab konon-konon nanti mahukan sanggul asli (saya sangat geli dengan sanggul tiruan)

Bukan geli belagak lah woi. Tapi memang betul-betul geli eiuuuwww. Saya memang tak berani sentuh sanggul atau wig. Macam sangat mentakutkan (membayangkan ianya berasal dari rambut pontianak). Imaginasi tak terkawal.

Yang jadi masalahnya lagi, bila rambut dah semacam Justin Bieber ni, tiba-tiba terus nak layan lagu Pray seploh kali sehari. Tak kait kan? Tak kait. Kenapa tak mengaku saja dari awal cerita yang kau sekarang adalah one of Justin Bieber's Fans?

HE HE HE

Tumpang lalu

Friday, March 18, 2011

4 uhh-mazing days :)

Baru pulang dari bercuti. HEHEHE.

Kata cuti sekolah. Kalau tak pergi bercuti kan nampak sangat ke-loser-an nya. Walau tak kemana-mana yang menggunakan kapal terbang atau kapal laut, masih juga di kira bercuti. No?

Kalau cuti-cuti pun update blog nanti orang cepat teka, eh. Cikgu loser neh kesian dia. Cuti-cuti pun mengadap belog ke?

Definisi bercuti - dapat makan, tidur dan rehat yang berlebihan. Dilakukan bersama-sama keluarga tersayang. Itu lah yang dinamakan bercuti bagi diri si loser.

Takda stress fikirkan hal-hal kerja

Takda stress fikirkan hal-hal wedding

Takda stress fikirkan perasaan yang stress

Kali ini bercuti tanpa sang mentari. (semua pun giat berfikir, negara mana yang tak kena matahari. Iceland maybe) 

HAHAHA. Later ya.

Friday, March 11, 2011

Muhasabah Diri ; Jangan Ikut Kata Hati

For the past few days saya ni dah macam stalker yang menakutkan semua pengusaha pelamin. Yes, saya akan work hard kalau dah sukakan satu-satu itu. Be it manusia (My Darling Boify to be specific) MUA, FotoG, VideoG, dress, BB (eh eh). Tak kira. Termasuklah pelamin.

Saya sudah terkecewa dengan yang satu ini (itu cerita kemudian) Jadinya, saya dah ambil masa sehari untuk berkabung. Then, thats it. Terus bekerja keras hunting-call, hunting-call. Takda hold-hold lagi. Tak sanggup kecewa untuk yang kedua kalinya.

Kau takda dalam kasut aku, kau boleh cebik-cebik bibir. But, I don't give a damn care. I must work for what I really want. Biar sampai ke titisan keringat terakhir. Chiyeehhh.

Sometimes, I do asked myself. Apa yang saya mahu sebenarnya? 

Kegembiraan pada SATU hari itu atau kebahagiaan bersama Dak Yang forever without any debt.

Kenapa saya tak boleh jadi manusia yang less complicated dan tak memeningkan Emak mahupun Dak Yang (dan diri sendiri juga). Macam mana keadaanya kalau ditakdirkan tak punya financial yang baik untuk wedding ini. Pastinya pelamin apa pun aku angguk kepala saja. Baju apa pun aku sarung saja. Betul tak?

Tapi tu lah manusia jarang nak bersyukur dengan apa yang dipunyainya (yes, am talking to myself)

Dah punya yang baik, mahukan lagi yang terbaik, ter ter baik dan terus terbalik (?)

Rasa tak mahu ikut kata hati sangat. Tapi, nama pun Yaty. Wang didahulukan, Hati di utamakan. KEHKEHKEH

Tolong sedar diri sendiri (lempang pat puluh kali) Duit tak jatuh dari langit macam air hujan. Penat orang yang cari duit pun tak sudah lagi aku dah usulkan mahu itu dan ini. Oh, tolong sedar diri sekarang.

Ok, bai T_______T

Thursday, March 10, 2011

Family Come 1st

Baiklah, lintas langsung dari bilik kepam hari ini bawa berita tentang pakaian untuk ahli keluarga dah siap cari. Boleh horey horey sekarang ahli keluarga sekelian. Jangan malu jangan segan. Pengantin takda baju takda hal lah. Yang penting family punya baju dulu. Mulia tak hati aku? Mulia tak?

Hari Ahad yang lalu nekad lah bersama emak nak cari sampai dapat baju untuk ahli keluarga. Malas nak fikir banyak-banyak. Cari-jumpa, potong, bayar dan pulang. 

Baju Melayu untuk kaum adam cari disini.
3 pasang (Abang, Abang Ipar & Adik)
Babah? Sudah siap awal dulu.

Mahu kain satin yang macam ada texture sikit, baru cantik. Emak bilang.
Kain Trusardi (tah tak ingat nama) yang dipilih. Harga? RM13.90 semeter

Kain lining untuk kaum hawa pula cari disini.
3 pasang juga (Emak, Kakak & Kakak Ipar)
Nama kain sumpah lah tak ingat.
Cakap saja mahu kain lining berkualiti tinggi dengan harga yang murah.
Murah? RM15 semeter

 Kain Lace untuk kaum hawa pula cari disini
HEHEHE
Mujur ada kawan yang punya perniagaan kain dan kerap ke Bandung
Kirim sajalah. Taste beliau pun sangat-sangat dipercayai
If I told you the price pun mesti tak caya. Jadi, takyah bagitahulah HUHEHUHE
Way more cheaper daripada yang ada disini.
Thank You Kak Ezy :)

Tapi, ni baru pakaian untuk hari bersanding. Belum lagi pakaian waktu nikah dan bertandang. God, family pun dah macam pengantin juga. Tukar-tukar baju ikut event. Yang tengah menulis ni pun tak jumpa lagi kain yang sesuai.

Kenapakah perlu kain yang cantik berharga RM ribu-ribu SEMETER? *faint*

Tokey kain tolong jawab T___T

Wednesday, March 9, 2011

Saja Nak Kepoh

Hari ni takda update (habis ni apa namanya?)

 Tara papa hei Tara papa hei.

Sibuk tanda kertas ujian budak-budak 15 muka surat. Blerrghhh. Penat menselak je.

Ni belum lagi membaca karangan yang macam-macam bikin hati panas.

Jadinya, itu saja yang nak dikepohkan hari ini.

Tinggal 2 hari saja hari persekolahan yang tinggal. Lepastu dah boleh cuti 9 hari (cakap sajalah cuti seminggu, tu pun nak kepoh)

Seminggu nampak sikit. Sembilan hari nampak banyak.

Semalam menangis merayu nak mintak pergi Medan bersama rakan-rakan cuti sekolah ni.

Of course lah a big NO dari Dak Yang *sigh* Penat menangis, tidurlah. What else can I do? Tunjuk perasaan secara aman perhaps. Berarak dari Klang ke Ipoh sama banner (great idea)

Tengoklah macam mana nanti.

Tuesday, March 8, 2011

Yang Ini Buat Kepala Pusing Keliling

Tengok, tengok. Kepala memang tengah pusing keliling. Aku takda masa nak HAHAHUHUHEHE dalam ni. Tahu apa yang buat kepala pusing neh? Ok, takyah teka. Memang nak bagitahu lah ni.

DOOR GIFT

Benda simple pun nak pening-pening kah Yaty?

Ikut diri ini memang simple. Simple sangat. Rasa nak ambil batu 3 biji, cat warna-warni masukkan dalam beg plastik, ikat riben. Senang. Simple. Santek. (Nak S juga, baru jadi 3S). Yang penting keikhlasan hati. Lepastu secara berjemaah kita baling semula batu kat pengantin.Sedap!! (dah jadi 4S).

Tengok, kalau kepala dah pusing keliling, entry pun dah serupa Macha pun ayat.

Baiklah, idea utama adalah mahu menggunakan boxes macam my sister guna dulu. Takyah nak packing-packing. Takyah nak fikir banyak. Nak bagi pada tetamu pun mudah. Nah, Nah. Ambik. Senang kan?

Abaikan objek berbaju melayu itu.
Fokus pada kotak-kotak dibelakang.

Tapi, ye lah. Takkan sampai nak tunggu orang kata asal datang kenduri rumah dia, dapat kotak ni. Asal datang kenduri rumah dia, dapat kotak ni. Dah takda idea lain ke? Eh, eh. Loghat. Taknak sudah. Jawab balik. Tapi, dalam hati.

Saya cuba come out dengan beberapa idea yang tak kurang hebat juga. Tapi, still tak hebat juga. Pfft

Objection by Emak & Dak Yang
Reason : Kecik sangat. Nampak tak ikhlas

NEXT!

Objection by Yours Truly
Reason : Over budget

NEXT!!

Objection by Emak & Dak Yang (Eh, mereka ni memang ada komplot menentang aku kah?)
Reason : Macam tak kemas, nampak murahan (TSK, mereka tak tahu nilai estetika) Emak kata isi dalam boleh hancur lebur. Baiklah, syurga dibawah telapak kaki ibu. No?

NEXT!!!!

Objection by errr, nobody
Reason : Nampak kemas, comel dan memang nice ah. Sempurna serba serbi

Tapi, hati belum mahu bertenang. Itu tandanya belum dapat keputusan muktamad. Yang jadi bahan bertikam lidah sekarang adalah isi dalam tu. Yang seorang mahu kek (ehem) yang seorang mahu cookies, yang saya mahu coklat dan nail clipper (HAHAHA). Lepastu semua against idea masing-masing. Semua taknak kalah.

Japgi kalau anda semua dapat 3 ketul batu warna-warni. Tahulah anda angkara siapa. KAHKAHKAH. Dah hujung, boleh gelak. Silakan, silakan.

Pic kredit to i like card & merisik gallery

Monday, March 7, 2011

Dosh Production For My Unforgettable Moment

Alhamdulillah. Last week saya sudah menyelesaikan hal-hal berkaitan vidoegrapher. Banyak sangat uncertainty, jadinya saya confirmkan hanya untuk satu event iaitu event yang saya mahu rewind 100 kali kalau boleh. SOLEMNIZATION!!

Everytime saya mensaksikan pernikahan orang, hati jadi sebak dan touching habis Tak tahu kenapa suka over dekat majlis orang. HAHA. Saya rasa itu lah moment paling penting dalam marriage. Di mana Si Dara sah menjadi isteri kepada Si Teruna. Everything totally change from that moment onwards.

Sebab itu nekad mahu ada videographer on my nikah's day. Saya memilih Abang Sabirin from Dosh Production untuk merakamkan beautiful moment itu. (Thanks to Heed secara undirect. Sebab saya sangat-sangat-sangat suka dan tertarik dengan video nikah beliau by Abang Sabirin)

Abang Sabirin sangat friendly dan tak berkira sangat when doing business with him. Sorry dan thanks ya sebab sabar dan faham dengan our situation. The price also boleh dirunding-runding lagi. Bukan serunding lah hoi. Beliau boleh dibawa ke tengah dan ke tepi. Tak caya? Try la hire. HEHE. 

This is the video yang buat hati tertawan, terus nak cari Abang Sabirin. You can add his facebook



Saya sudah like 100 kali dalam hati. Anda macamana? HEHE

Video credit to Heed & Dosh Production :)

Saturday, March 5, 2011

Terima Kasih Cinta

Teringin sekali mahu pergi menonton teater Terima Kasih Cinta. Title saja sudah menarik hati. Tapi, kita lupakan saja kalau nak kena ke Istana Budaya di malam hari tanpa teman yang dipercayai. Itu memanglah mimpi.

Lupakan. Lupakan. Sekarang nak kasi tahu orang ramai yang menjadi seorang kaki complaint memang beruntung sangat. Sebab apa tahu?

Contoh Complaint 1:
Semalam baru complaint yang Dak Yang kurang masa untuk diri ini. Balik sini pun asik tertangguh-tangguh saja. Bila pulang pun hanya singgah untuk beberapa minit. Dapat minum teh tarik sama bihun goreng tom yam dekat Old Town dah berpisah. Memang ah, sedih sekali.

Respond:
Kaki complaint yang beruntung, hari ini dapat spend setengah hari bersama-sama. (Setengah hari pun sudah kira lama, terima kasih cinta) Kesana kemari, ketawa gembira, burung pun menyanyi (tiba-tiba burung pandai nyanyi). Ah, dah macam cerita Hindustan. Tinggal lagi tak berguling-guling di Taman Tasik saja. So 2000 late.

Contoh Complaint 2:
Saya complaint yang everytime pakai kasut sukan Power tu mesti sakit kaki di bahagian hadapan. Tak tahulah kenapa. Rasa tak selesa bila digunakan untuk running (cough, cough. am running nowadays. percayalah) Kemudian, hari Khamis hari tu, rasa janggal sekali bila dibuat berjalan. Rupa-rupanya
Tapak belakang sudah tanggal
Sahih lah yang I kuat lari sekarang

Cepat-cepat saya capture gambar dan MMS kepada Dak Yang. Tapi, takda respond.

Respond:
Rupa-rupanya respond dia lambat 2 hari. Di pendekkan cerita, kami menuju ke Al-Ikhsan dan mendapatkan ini.

Makin rajinlah saya running lepas ni.
Again, Terima Kasih Cinta

Contoh Complaint 3:
Beg dah buruk lah Yang. Saya punya feeling nak beg baru this year. HEHEHE

Respond:
 

TERIMA KASIH CINTA!!!!!!

Thursday, March 3, 2011

Perasaan Sekarang Ini

.....adalah sedang kucar-kacir.

Sangat takut menghadapai malam. Bukanlah sampai dikejar Freddy Kruger bagai dalam Friday 13th on Elm Street. Bukan. Saya sukar mahu tidur. Nak di suruh lelap mata macam disuruh pergi perang. Liat Nauzubillah. Bila dah sedap-sedap dapat tidur, datanglah haiwan-haiwan comel datang menyerang. Kalau tak semut, nyamuk. Ya Allah, belum manis lagi darah ni dah dihisap-hisap. Tidur memang tak tenang lah pokok pangkalnya. Hilang nikmat tidur sekarang T_______T

Selalu fikir, mahu yang terbaik. Jadi, takut bila tiba masanya, tak jadi as I expected. Sebab tu macam berusaha sangat untuk dapatkan sesuatu yang terbaik. The best dress, the best caterer, the best pelamin. Berdoa saja lah.

Jerawat sedang bermaharajalela di mana-mana. Tension, tension, tension. Saya sekarang mengamalkan free product on my skin. Sebagai apa aku pun tak tahu. Saya hanya mencuci muka menggunakan Clinique facial foam. Yang lainnya hanya natural. Kita harus percaya dengan natural beauty dan inner beauty. KAHKAHKAH aku malas sebenarnya mahu apply apa-apa di wajah. Masa itu kan emas. No?

Rasa jauh sangat dengan Dak Yang lately. Baiklah, baiklah kita tak patut complaint kalau ia berkaitan dengan kerja. Tapi, dah nama perempuan. Sikit-sikit harus nak sentap. Sikit-sikit complaint mesti ada untuk dapatkan perkhidmatan terbaik (?)

Tengah KIHKIHKIH kejap-kejap ada call masuklah. Nanti I call balik. Lepastu dah setahun tunggu (exaggerate) tak call-call semula. Bila kita call balik kena pergi ofis lah, ada meeting lah, nak kena jumpa orang lah. TSKTSKTSK. Oh, Saya tak boleh complaint lebih-lebih. Mahunya tak complaint dah berapa kali tunda hari kepulangan. Tapi takpalah, demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. (Psstttt, borang KPLI masih ada, mahu ke Yang?) Ok lah ok lah. Main-main je.

Itulah perasaan saya sekarang ini? Normal kah?

Wednesday, March 2, 2011

Make Me Pretty, Pretty Please!!

Marilah kita semua berdoa semoga air tangan beliau boleh buat saya berseri-seri di hari perkahwinan kelak. Kalau rasa tak berseri sangat, kita tabur glitter banyak-banyak. Fine. Tak kelakar.

Dalam banyak-banyak part, choosing MUA adalah part paling kritikal. Maunya tidak. Semua mahu kelihatan gorgeous di hari perkahwinan. Kalau tak gorgeous sekalipun, sekurang-kurangnya mahu. Ada nawaitu pun dah cukup. HAHA

Kalau boleh mahu muka ini jatuh pada tangan magis yang boleh buat si buruk rupa looked like princess. No? Jadinya, selepas buat survey banyak-banyak, so this is it. Hasil beliau yang buat hati rasa lega dan releif dan rasa yang beliau boleh buat magis pada wajah saya. TINGG!!!

Cerita di sebalik cerita
Masa mula-mula I know bout her waktu Dr. Halina bertunang tu lah. Saya cakap, oh nampak sweet saja. Tapi I can't find her number anywhere. Lepastu terus dah lupa. Tapi, dalam hati memang mahukan dia. When I start to survey for MUA ni, nama dia langsung tak teringat. Sibuk cari sana sini and suddenly I terjumpa nama dan no fon sekali. Terus lah bergegas-gegas call beliau. Tapi, sayang sayang sayang, Waktu saya nikah, beliau sudah di booking. Hanya dapat booking beliau on sanding & bertanding. Shuussh, bertandang lah.

But really, once I dah seal the deal rasa lega yang teramat sangat-sangat. Jadinya saya rasa, just follow your first instinct, Thats what mean to be for you. Apa aku cakap neh? Apa? apa?

Her artwork


Pic kredit to http://kelrina.blogspot.com/

So, she is gonna be my MUA on my big day

Tak, ini bukan another model. This is her
Kak Kelrina the owner of Kelrina House of Fashion
Butik beliau ada di Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Girls, don't hesitate to hire her - 0192116277

Hurmm, MUA for nikah? Sedang kekusutan lagi.