Monday, February 28, 2011

Dewan Habis Di Tempah!!! T______T

Kepada bakal pengantin yang ada hati nak berkahwin dalam tahun ini dan mahu menempah dewan di sekitar Shah Alam, semua dah sold out. Forget it. KAHKAHKAH sambil berjuraian air mata.Gelakkan diri sendiri dan juga orang lain. Tawa dalam tangisan nama dia.

Dengan tak memasal, saya punya list possibilities hall-hall yang ada around Shah Alam dan jajahan sekitarnya. Ewah.

Dewan Bankuet MBSA - 03-55222762
  • Price : RM 3500 (siang) RM 3800 (malam)
  • Max 500-600 kerusi
  • Sudah penuh di booking sepanjang tahun

Dewan PKPS (berhampiran Grand Bluewave Hotel) - 03-55116700 (Pn Sal)
  • Max 400-500 kerusi
  • Katering in-house
  • Sudah di booking pada tarikh yang sama

Kelab Shah Alam, Selangor - 03-55100001
  • Max 500 pax
  • Sudah di booking juga on the same date

Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah (KGSAAS, Sek 13) - 03-55105872
  • Max 400 pax
  • Takda orang booking tapi ruang kecil
  • Boleh buat Garden Wedding kalau suka

Kompleks Belia Shah Alam Sek 7- 03-55118236
  • Boleh memuatkan hingga 1200 orang
  • Parking pun luas
  • Tapi, tapi, tapi suasana dia tak sesuai untuk buat majlis formal (pada pandangan Dak Yang)

Shah Alam Convention Centre (SACC) - 03--55118858
  • Memang takda orang booked lagi
  • Memang boleh muat 1000 pax
  • Memang sangat convenient dan santeekkkkk sangat
  • Semua di sediakan dari katering sampai door gift. Lengkap
  • Tapi tapi tapi RM 799++ for one table (takda pelamin) dan RM 998++ akak tinggal bawa baju pengantin. Dia kata. *pengsan*

Gambar-gambar ihsan Google

Saturday, February 26, 2011

Datang Tak Berjemput

Bismillah (dengan harapan membaca Bismillah dapat menenangkan hati yang tengah menyala)

Perggh, suka lah syaitan tiup-tiup api kemarahan dalam hati neh. Aku pun ikut saja kata syaitan. Istighfar, Istighfar. Ingat Allah.

Breath in, breath out. Fuuuh, fuuuh, fuuuh.

DI pendekkan cerita. Panjang-panjang nanti bertambah dosa pula. Cukup-cukuplah dosa yang ada.  Kang tak sampai sekolah pukul 8 lah jawabnya neh. Tapi sebab panas hati punya pasal.

This is free country. Semua orang ada hak nak bersuara dan berkata-kata. Asalkan dia tak pinjam mulut kau atau duit kau cukup.

Here. Di sini. Saya meluahkan buah fikiran dan perasaan. DI SINI. Saya takda pergi pinjam page sesiapa atau menyibuk dimana-mana untuk meluahkan ketidak puas hatian saya. Takda. Aku suka, sedih, menangis, ketawa, membenci. Semua disini.

Anda-anda datang lalu membaca. Saya suka dan gembira. Bagi kata-kata perangsang. Gelak tawa dan duka bersama. Kita dah macam sahabat walau tak pernah bersua muka. Lagi-lagi yang suka bagi ayat-ayat manis dan comel sekali. Ah, kalian buat saya terharu kadang-kadang.

Jadi, perumpaan yang saya nak buat macam ni, ini rumah saya. Saya tak menjemput sesiapa. Open house. Anda datang saya sambut. Tak kira SIAPA pun anda. Tapi, maniskah datang rumah orang, kemudian meludah sana sini? Dah lah tak dijemput, lepastu nak buat hingaq pula.

Kadang-kadang, saya tak faham. Manusia nampak baik luaran, lemah lembut, ciri-ciri muslimah sejati. Tapi, tak tahu hujung pangkal tiba-tiba nak membenci. Betul lah kata-kata pujangga (eceh) Don't judge the book by it's cover. Kau nampak aku yang buruk, aku yang jahat. 

Kalau betul-betul nak membenci, mari dengar cerita dari pihak saya kalau berani. Pihak yang TERANIAYA. Barulah kau nampak siapa yang jahat, siapa yang salah. Setakat dengar cerita nak menangkan diri sendiri, memanglah. Peragut pun nampak innocent.

Kalau niat baik nak berkawan, saya takda masalah. Dengan tangan terbuka saya hulurkan salam ukhuwah. Again, tak kira SIAPA anda. Orang baik dengan saya, takda sebab saya nak ludah muka dia. Tapi, tolong jangan sebab ada niat busuk atau nak buat bahan ketawa ke apa. 

Kau beragama (from your appearance) Takkan tak tahu hukum mengata orang yang kau tak tahu orang tu benar ke salah. Jangan mudah-mudah jatuhkan hukuman sebelum kau tahu cerita sebenar.

Dengar cerita kat rumah aku, lepastu dah habis sampai situ. Keluar dari sini, simpan semua dalam hati masing-masing. Tak perlu nak jadi tukang penyampai atau ahli nujum yang nak ramal masa depan aku ke apa.

Pada yang mendoakan yang indah-indah, amin dan syukur. Pada yang punya hati sehitam bontot kuali kau boleh blah. Datang kau tak aku jemput!

P/s: fahamilah kenapa wanita ini emosi dia meribut di pagi hari. Bulan hampir menjelmakan dirinya.

Friday, February 25, 2011

Make Me Pretty Please :)

Setelah mengalami kemurungan dan depression berminggu-minggu nak pilih make-up artist (MUA) yang berkenan di hati. Finally, boleh bernafas dengan lega. Takyah susah-susah bernafas dalam lumpur. Nak buat apa?

I know, I know. Majlis saya BUKANLAH bulan 3 ini (hint) atau bulan 6 nanti (hint lagi). Tapi, booking awal kan lebih bermakna daripada berputih mata dan menangis air mata darah kelak, sudah tak berguna lagi. Tiba-tiba nak bagi perumpaan ngeri. Tak boleh blah.

Sepanjang menelaah blog-blog B2B yang ada. Ramai yang bagi review on make-up Sue Cantik yang flawless dan menserlahkan keayuan individu. Baiklah. Bagi bakal pengantin(ehemm, myself) yang kecantikan dia dalam rate 1/2 dari 10 haruslah bercita-cita mahu jadi pengantin yang cantik kelak. HARUS. Takda sampai jatuh hukum wajib. Tapi, kalau sudah di alter pun tak mahu cantik. Pasrah saja.


Ughh, Kak Nawal ni memang dah natural beauty


I still think you're the most beautiful bride Heed :)


Dalam hati melonjak-lonjak mahu Sue Cantik, mahu Sue Cantik. Maw maw maw. Memang gigih lah usaha. Sesiapa hire Sue Cantik try tanya, inbox and email dia penuh dengan mesej siapa? KAHKAHKAH.

Tapi, tapi, tapi. Saya tak kata pun saya dapat Sue Cantik sebagai MUA. Sad. Waktu tu dah memang berputus asa dan pasrah saja. Sue Cantik tak respond, we had to move on. Nanti habis MUA yang lainnya penuh di booking.

Secara sengaja (kalau secara tak sengaja nampak tipu sangat) saya membeli Magazine Persona Pengantin (Oh, my-new-must-buy for this year) and ada beberapa MUA di dalam. And yes!! I call everyone on the list. Yang kelakar sangat my MUA bukanlah yang ada dalam list-list tersebut. HAHAHAHA. Apa punya pelik lah perangai ini?

Nak tambah kan lagi drama dalam cerita mencari MUA ni, elok saja haku bayar deposit, Sue Cantik pun reply my mesej T___________________T.

Hasil kerja my MUA

Siapakah? Tunggulah, tunggu.

**All pictures credit to Kak Nawal, Heed and Dr. Halina's Personal FB**

Thursday, February 24, 2011

Stress itu Tekanan Perasaan

Ini cerita pasal stress. Stress tahu stress. Stress betul.

Hep, bukan dalam dilema nak pilih yang mana satu untuk jadi bakal suami. Tak baik tu dia, nanti lagi aku stress nak approve komen. HAHA

Apa yang aku stress kan?

  • Sudah berniat dalam hati, mahu siapkan semua kerja-kerja secara total sebelum nak hadap blog 24-7 macam dulu. Tapi, kerja masuk macam peluru M16 kerja keluar macam sembelit (?) Bayangkan-bayangkan. Jadi, semakin hari bukan semakin sayang. Semakin stress!!

  • Menerima 2 orang anak angkat lelaki. Wah, advance betul neh. Belum pape dah adopt anak angkat dulu. Sebelum ada yang fikir lebih buruk, anak angkat tu budak-budak yang memang LINUS tegar. Tak boleh membaca dan mengira secara tegar. Jadi, saya harus memantau, membimbing dan membuat laporan. Yang paling penting, mereka kena ingat nama mak angkat ni, sebab kalau PPD datang kelak, mereka akan ditanya.

  • Kewangan yang limited, tapi kemahuan yang unlimited. Ada faham kah?

  • Susah nak tidur sebab banyak sangat nk difikirkan. Badan dah lembik minta rehat, kepala degil ni tetap tak nak rehat. End up mood pun buruk sebab tak cukup tidur. Stress lagi

  • Lebih baik berhenti disini sebelum yang membaca pun join stress sama.
Terima kasih kepada a few B2B yang drop by dan komen-komen. I will get back to you later. Lagipun ada banyak nak share bout the preparation. Kepada kesayangan semua, saya akan mengunjungi kalian. Teeeheee gedik sekali

Saturday, February 19, 2011

Saya Sedang

  • Saya sedang mengcompletekan fail Badan Beruniform TKRS
  • Saya sedang menyiapkan 2 set Latih Tubi Tatabahasa
  • Saya sedang merangka soalan Bahasa Melayu untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Saya sedang merangka soalan Pendidikan Jasmani Kesihatan untuk Peperiksaan Akhir Tahun
  • Saya sedang rasa hebat sebab tak pernah buat kerja bapak awal camni
  • Saya sedang lapar sebab saya kena fruit diet saja sekarang
  • Saya sedang tersenyum bila ramai yang tanya MUA itu apa
  • Saya sedang berfikir MUA tu apa sebenarnya? 
  • Saya sedang gelak HA HA HA
  • MUA itu Make-Up Artist teman-teman sekalian
  • Saya sedang membazirkan waktu sekarang. No good, no good
  • Saya sedang berazam, kelak semua kerja selesai, saya akan membelog dan berjalan belog semula
  • Saya sedang merindukan kalian sebenarnya.

Thursday, February 17, 2011

Hard To Get

Apsal susah sangat nak contact MUA? Dia hanya menerima tempahan dari VVIP saja kah? (dah macam pesan pizza bunyi dia)

Emel - tak balas
PM dekat FB - tak balas
Try Call - Tak dapat

Ada cara lain lagi ke nak mendapatkan MUA neh? Iklan kat TV perhaps? Takda hati nak berbelog sebab hati dibawa pergi. Tak memasal. Stress!! Stress!! Stress!!

Dah. Malas nak make up!!! Inner beauty tu lebih penting. Hadaplah muka cekelat berminyak-minyak di hari bahagia kelak. Bleerrghhh

Monday, February 14, 2011

My Dreamland

Sudah 2 malam mendapat tidur yang sempurna. Sudah dua subuh juga terlajak sebab sedap sangat dapat tidur yang sempurna. Memang mudah sungguh di hasut bila syaitan suruh teruskan tidur. Istighfar, Istighfar.

Katil saya sudah selamat sampai masuk ke dalam bilik. Hip Hip Hooreyy!!! Macam mana cara dia sampai ke dalam bilik adalah sangat luar biasa. Para pekerja kena angkat katil yang bapak berat melalui bumbung dan balkoni. Memang kerahan tenaga.

Saya takda tips untuk membeli furniture. Just follow your instinct. Kalau rasa cantik rembat saja. Tapi, pastikan poket bakal suami anda memang tebal. Kalau sederhana, bawa berbincang. Bagitahu 10 kebaikan kenapa perlunya anda memiliki katil tersebut. Insyaallah, bakal suami akan faham.

Kalau tak faham juga? Anda hanya boleh bertawakkal dan berserah pada Allah. Selepas berusaha (memujuk) kita hanya boleh berserah. HAHA.

Kita kena terima pasangan kita seadanya. Kalau di luar kemampuan, jangan paksa (Mesti Dak Yang senyum sinis sambil tak sabar nak lempang muka GF sendiri) Hai Yang!!!


As for me, saya memang tak ambil set bilik tidur sebab saya sudah punya almari build-in seperti dalam gambarajah di bawah



Jadinya, another almari adalah sangat tak relevan. Kemudian, dressing table yang saya suka (sangat, sangat, sangat suka!!!) adalah from IKEA

Yang ini Yang :)

Itu lah yang menyebabkan saya tak pergi angkut satu set. Tapi, memang keburukan dan kerugian lah bila beli seketul-seketul asing-asing. Harga memang naik mendadak.

Untuk sebuah katil yang boleh bertahan sampai anak lima. Saya nasihatkan (Ceh, siap bagi nasihat, tak boleh blah) baik anda memilih katil divan atau divun atau devon atau devun err, eh tah la. Kau cakap saja dengan SA tu. Tahulah dia katil apa yang aku maksudkan ni. Sebab selalunya, katil yang kayu atau besi ni bukan tak tahan, tapi tak berapa lama lah.

Tilam pula pastikan yang terbaik untuk tulang belakang. Sebab kita bukan nak beli tilam hari-hari. Janganlah juga beli tilam dari lori yang honk..honk.. tilam lama, tukar baru..honk..honkk.. tilam..tilam tu jangan. Sebab Insyaallah, selepas berkahwin, semua pun ada impian nak pregnant, jadinya, kita akan rasa tak selesa kalau tilam tak sedap nak baring. Sakit pinggang, sakit belakang, sakit hati. Semua sakit.

Kalau dah sakit-sakit, mood pun memburuk. Jadi, yang akan menjadi mangsa mestilah orang yang disebelah. Ehem, bakal-bakal suami, tolonglah mengerti. (Boleh guna dalam 10 alasan tadi) HAHAHA

Naah, ada muka doc yang approved kan tu sekali.
Kalau dia tipu, boleh cam muka dia dan cari dia sampai lubang cacing.

HAHAHA

P/s: Maaf, gambar katil tak boleh turut serta sebab Dak Yang minta privacy dan privilege. Eceh :)

Saturday, February 12, 2011

I Lost My Ring(s). Damn!!

Kehadapan Emak yang di kasihi. Harap emak senantiasa sihat di tingkat bawah. Sebab kalau emak tak sihat, kami berdua (saya dan babah) akan kelaparan dan rumah kurang serinya.

Emak,
Harap emak tak menyesal punya anak yang degil dan patut dapat kaki saja sejak lahir. Kerana kedegilan ini memang membawa padah. Macam Motto 999. Jenayah membawa padah. Tapi, bukan saya yang lakukan jenayah. Seorang pekerja bangsa asing lah ni. Kurang hasam!!! @#$%^&(*

Saya tahu, kalau saya dengar cakap emak tempoh-tempoh hari, pasti kotak yang berisi 2 bentuk cincin emas dan seutas gelang tak hilang. Damn!! Aku letak elok-elok saja dekat rak. Sejak warga-warga asing tu kerja, takda apa barang pun yang hilang. So, dengan yakin dan percayanya bahawa mereka mahu kerja secara halal dan takkan mencuri. Nanti malu majikan mereka.

Tapi, nasi dah jadi bubur (eh, emak masak nasi ke masak bubur hari ni?) Semalam baru perasan yang kotak tersebut dah hilang. Dan emak menebak (meneka) yang warga asing tukang cat tu yang ambil (kot) sebab dia cat separuh jalan, lepastu terus tak datang 2 hari. Terus orang lain take over kerja mengecat.

Mungkin, dia dah kaya sebab dah dapat barang kemas (mungkin) jadi, buat apa aku susah payah mengecat rumah lagi.

Eiii, pening kepala fikir mana nak cari. Yang buat saya sedih sebab tu semua pemberian emak. Dari zaman kanak-kanak dulu saya kumpulkan satu bekas. Tu yang rasa ralat teramat.

Menyesal gila jadi budak degil dan cepat percaya orang. menangis tersedu-sedu satu malam semalam pun tak berguna lagi (siap nak ajak Dak Yang pergi Poh Kong cari the exact ring, tapi Dak Yang kata takkan sama) Nangis lagi. Menangis saja lah kerja kau heh.

Baiklah, nak teruskan meratapi kehilangan barang-barang kemas pemberian emak. T____T

Friday, February 11, 2011

Sedikit Tentang Wed Prep :)

I

Minggu yang lalu sudah pergi menabur wang ringgit ke Enzol Setia Alam untuk tempat peraduan yang diimpikan sangat lah tu. Macam best. HAHA. Sampai sekarang both of us masih memperdebatkan should we get the best mattress or the best headboard. Padahal dah beli. Terlajak membeli tak boleh jual balik. Guna lah sampai bercucu cicit kelak. Esok, kita wariskan saja pada anak-anak. HAHAHAH mimpi yang tak sudah-sudah. Sudah lah kau!!

Berfikir bahawa perempuan sebelah ni memang lah
Penggurup Wang Berlesen
Habis duit aku

HUEE HUEE HUEEE

Sebagai balasan dapatlah limau 3 biji dalam bakul cantik
Hoh? 3 biji je?
Pandai ambil hati customer

Supposed to be katil akan sampai hari ini. Tapi, skru katil pun tak nampak bayang. Ceh!!!

II

Sudah punya idea dan konsep untuk pre-wed kalau jadi. Ku bilang KALAU ye KALAU

Picture Credit to : The Photolicious

Tahukah kalian gambar-gambar from The Photolicious memang sangat terbaik dari ladang. Kali pertama lihat terus jatuh cinta, terus ambil handfon terus call terus tanya harga dengan tak sabar sekali. Lepastu errr, err, errr terus terdiam dan terus berfikir. A bit pricey for us lah. Tapi tengoklah cemana. Semua masih dalam proses perbincangan (macam artis dapat offer filem baru lagaknya) pffft.

III

Esok hari ada appoinment dengan beautician. I hope they can make me pretty like Pretty Zinta. KAHKAHKAH. Suka hati kaulah labu. Taklah, esok ada upacara pembuangan lemak berlebihan. Hopefully akan berhasil. Saya harus tambah effort sendiri juga. Kalau tidak, malu lah aku sebab saya yang beriya-iya promote pada Dak Yang yang hasilnya saya akan look like Amber Chia.Dang!!

Mayfair Bukit Raja

Amber Chia wanna be.

Kalau lipo saya berhasil, akan diceritakan secara detail bout the treatment ke apa. Kalau saya tak cerita pape, jangan cuba-cuba tanya, padah jawabnya.

Dah, habis dah. Mana orang Enzol neh, Gua nak luku pale dia. Ngantuk main mercun bagai nak gila lah malam tadi ni. DFGHJUIYTRGH

Wednesday, February 9, 2011

Eca si Pengantin Pelik

Beliau memang seorang yang pelik, start from beginning to the end. Selalu pengantin sibuk nak pilih warna tema, baju, hantaran. Beliau buat stone saja. Tak kisah apa-apa. Dia sarung saja apa yang Ibu beliau sediakan. Nasib baik lah Ibu beliau ada taste yang tinggi. Pssst, makcik jadi nak hiaskan tangga saya? KAHKAHKAH, nampak cam bodek ibu kau tak ca?


http://bulandarling.blogspot.com/2011/02/pengantin-pelik-ke.html
Credit to My Darling Bestie. Puan Fasya Amir


P/s : Wordless Wednesday - ni lah yang saya dapat setiap kali masuk blog Kak Ya. HAHA ampun Kak Ya, cepat lah update belog. Tu yang pergi tumpang entry orang lain lak.

Tuesday, February 8, 2011

Happy Birthday Auntie :)

28 Januari sama dengan hari Jumaat 2 minggu lepas lah tu adalah hari jadi Auntie. Jadinya, Yours Truly ini sudah berhari-hari err baiklah tipu tu dosa. Sebenarnya dah berminggu-minggu fikir the perfect gift untuk beliau.

Hadiah yang tak nampak macam desperate nak jadi menantu sangat atau hadiah yang tak nampak cam kaki bodek atau kaki ampu ke apa. Hadiah yang semata-mata hadiah. Bukan sebab mahukan anak bujang beliau cepat-cepat. Eh, tapi memang mahu pun. Lagi cepat lagi baik. KAHKAHKAH

Pagi-pagi sudah mereka ayat mesej yang indah-indah. Bila dah send lupa nak tulis nama bawah tu. Lepastu hantuk kepala sendiri sebab mestilah Auntie takda tahu gerangan siapa lah yang hantar mesej berbunga-bunga macam nak mengorat beliau. Tak berapa minit pun mesej berbalas. Pheww, nasib baik beliau tahu siapa sender yang lupa taruk nama tu. HE HE

End up, saya rasa better memberi hadiah yang sama macam anak beliau terima dulu. Tayar kereta? Eh, tahukah anda yang saya memberi tayar kereta kepada Dak Yang sempena hari jadi beliau. Tak tahu takpa. Belum dikategorikan out dated lagi. Haa, sekarang dah tahu kan? Pfffttt.

Jeng je jeng

Hadiah Satu

Hadiah Dua

Eh, nampak macam sama je Yaty? Memang lah sama. Saja nak bagi nampak macam bagi banyak-banyak hadiah. Ok, not funny.

Perancangan awal adalah Dak Yang datang dan ambil hadiah ni bawa pulang ke rumah. Tapi, last-last minute suruh yours truly ini deliver hadiah sendiri.

Pergghh, sepanjang 20 minit perjalanan ke Shah Alam, kaki tangan sejuk membeku,  bibir dah biru (tipu) tahap gigil dah. Seploh kali fikir nak patah balik, nak patah balik. Esok je soh Dak Yang ambil. Tapi bak kata pepatah Hang Tuah, pantang anak melayu berundur. Bila Hang Tuah cakap camni? Tah, mein petik je nama Hang Tuah. Tumpang lalu Hang Tuah.

Lucky me Along yang sambut dekat pagar. Cepat-cepat bagi dan balik. Tak boleh nak beramah mesra ke apa.

Ye, dah berapa kali datang dan jumpa dengan mama beliau masih lagi ada rasa malu dan segan yang melimpah ruah. Rasa malu sampai rasa nak sembunyi dalam baju sendiri (?)

Dah sampai Sek 7 tu Mama beliau mesej say thank you and everything. Lepastu Dak Yang call tanya dah kat mana sebab Mama nak bagi nenas. KAHKAHKAH, Takda tahukah beliau dalam masa beberapa minit saja yours truly sudah sampai ke Klang semula. Macam pengedar VCD cetak rompak kena kejar penguatkuasa.

Itu je kisahnya :)

Sunday, February 6, 2011

Berita Menterkejutkan

Hari ini. Ahad atau lebih popular dengan panggilan hari minggu. Seorang budak perempuan yang baru nak meningkat dewasa dan tengah berlatih-tatih nak jadi seorang isteri mithali bidadari syurga buat suami kelak (baca senafas kalau hebat) telah menterkejutkan ibu bapa dan boipren dia dengan bangun pagi-pagi dan gosok baju. Phewww

Anda bagaimana? Rasa kagum yang melimpah ruah? No?

 Work Attires Section

Ini pun dah ada beberapa pasang yang disingkirkan. Bukan sebab tak muat ke apa *muka innocent* tapi rasa baju tu macam dah out of season. Tak sesuai untuk diperagakan kemana-mana. Betul. Bukan sebab tak muat lah. Hoi, apsal kau senyum-senyum sinis? Nak kena?

*Think Hard* Manalah kita nak tempatkan baju-baju you kelak sayang? Elok kita biar saja baju you dalam beg. Senang kalau you nak balik Ipoh terus atau balik rumah Mama nanti. KIHKIHKIH

Friday, February 4, 2011

Contest Blog Paling Comel, Cantik & Kemas

Terima Kasih Zara, terima kasih. Tag anda telah membunuh kebosanan yang hampir membunuh seluruh kehidupan. Masa senggang saya kini terisi. Terima kasih kepada pihak penganjur juga (Biasalah, kalau nak menang kena selalu bodek penganjur) Terima kasih Tummytrim. Tak memasal.


Zara minta saya join contest yang sangat ridiculous ini. Sebab blog saya neither. Cantik tidak, comel tidak, kemas? Not really sure. Harap hakim dapat mengadili dengan bijaksana dan saksama. Bukan Sesame Street. Bukan.

Semua contest ada syarat. Kalau takda syarat semacam membagi give away secara percuma. Nah ambik, ambik hadiah mana suka. Memandangkan hadiah dia adalah lumayan buat gadis-gadis. Jadi, saya tengok kali terakhir sudah ada 600 plus plus penyertaan. Harap, penyertaan last minute ini ada tuahnya. *crossing fingers*



syarat-syarat penyertaan;
  • jadi follower FARZANA FARZANTO
  • peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masuk boleh juga. kalau tak kisah menang baju-baju macam kat atas nih. haha (setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri di Pelangiwardrobe Hannah. add dulu baru boleh tengok baju-baju di sana)
  • ada 3 kategori iaitu blog paling cantik, comel dan kemas. setiap kategori mempunyai 1 pemenang sahaja. 
  • buat 1 entry tentang contest ini.
  • tag kepada 5 orang rakan blogger anda.
  • letak banner di side bar blog anda dan link an terus ke entry ini.
  • setelah selesai, tinggal kan link entry anda berkenaan dengan contest ini di komen entry ini. saya akan check setiap link yang sudah ditinggalkan.
  • penyertaan bermula pada 10.1.2011 hingga 10.2.2011
  • dalam tempoh sebulan ini mungkin anda boleh gunakan masa ini untuk menghias blog anda.
Memandangkan blog saya baru saja bertukar rupa awal tahun lalu, jadi saya pertaruhkan apa yang ada. Dan ini lah dia blog saya yang neither itu.


Follow sudah, buat entry pun sudah. Tag? Oh, saya akan tag 5 orang iaitu :

Sekian, entry dari calon pemenang. (Keyakinan diri yang tinggi dan tanpa was was lagi) KAHKAH

Thursday, February 3, 2011

Setahun Yang Lalu

Belum pernah tercatat dalam sejarah peribadi menghabiskan waktu cuti tanpa sebarang perancangan. Ini kali pertama, menghadap cuti hanya di rumah. Rumah saja. Keluar dari pintu rumah pun tak lagi. Apatah lagi pagar rumah. Tanpa kemana-kemana. Bleergghh. Ada rasa nak menangis, ada rasa nak terketawa, ada rasa nak menjerit. HUEEE HUEEE HUEEE

Perkara ini akan berlanjutan hingga ke cuti-cuti seterusnya selama setahun. This is the price that I have to pay. Mahu berjalan dan bercuti semacam biasa, majlis nanti akan bersifat sederhana dan biasa-biasa. Mahu majlis yang sedikit luar biasa. Sedikit saja. Harus korbankan segala leisure dan holiday. Takpa lah, setahun saja. SETAHUN SAJA? *can't imagine* pengsan.

Tahun lalu kami ke Lumut menghabiskan cuti Tahun Baru Cina. Kenapa Lumut? Sebab nak cari anak ikan mak. HAHA. Sebab mahu cari ikan bilis untuk buat stok setahun. Ikan bilis Lumut adalah bersifat fresh dan elok sifatnya putih mulus. Emak suka. Saya? Biasa-biasa saja. Asal dapat berjalan dah cukup. Drive all the way from Klang to Lumut adalah sangat exhausting.

Sampai-sampai saja semua emak-emak cari ikan bilis. Saya decide mencari tilam dan bantal. Tidur lebih baik. Kalau aku tak ikut pun para-para sakura, ehem maksud dia para ibu boleh cari bilis yang baik juga. Saya bukanlah penasihat yang baik dalam hal-hal ikan bilis ni.

Bangun tidur. perut terus berkeroncong. Terus pakai tudung dan bersidai dekat waterfront depan hotel penginapan. Dengan muka bangun tidur yang tak dicuci langsung untuk menserlahkan lagi natural beauty. KAHKAHKAHGELIIIII

Order ABC dengan Banana Split

Dengan Calimari blablabla (tak ingat, dah setahun dah)

Di temani oleh Makcik ini. Waktu ni beliau belum kahwin lagi
Masih anak gadis. KAHKAHKAH

Nampak tak natural beauty di situ
Double chin pun boleh dilihat di situ

Orang kata, kalau nak tahu bakal isteri sebenarnya cantik atau tidak, try mintak gambar dia baru lepas bangun tidur. Baru boleh tahu memang beauty queen atau dark witch sebenarnya. HAHA

Malam itu, baru lah pergi dinner secara berkeluarga. Misi mencari bilis pun masih diteruskan. Sampai kedai dah tutup separuh pun tetap nak serbu.

Model jalanan

Model Air Pancut
(kurus dalam kenangan)

Miss you guys

Ohhh, seksanya nak menghabiskan setengah hari let alone 4 boring days. *pengsan lagi*
Psssttttt, boleh I datang Ipoh naik ETS tak? Plishhh

Tuesday, February 1, 2011

1 Down, Many More Months To Go

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

  • Target bulan Januari semua dah tercapai. Wooohooo
  • Rumah yang macam tapak pembinaan dan di penuhi dengan macam-macam warga asing ada, Indonesia, Bangladesh, Nepal. Kadang-kadang rasa macam duduk oversea pun ada. Sekarang dah kembali tenang dan dihuni warganegara Malaysia saja.









  • Barang-barang si nomad yang bersepah sana-sini pun dah kembali ke tempat asal

 Depan tangga sikit

 Tepi tangga ada juga sikit

Dalam bilik Kakak pun sikit lagi ada. KAHKAH

  • Bilik lama dah selamat jadi stor yang lebih indah dari bilik lama. Faham ka?

  •  Masih rindukan katil lama. TSKTSK

  • Bilik baru putih berseri suci murni macam iklan ADABI. Pffffffftt

  •  Tapi diam-diam puni masih intai yang lama

  • Semua payment untuk Januari juga sudah settle. My new bed akan tiba kurang dari seminggu. Takyah nak jadi cindai lagi berbantal lengan tidur ku.
  • Mengakhiri Januari dengan beberapa drama emosi. Alhamdulillah, feeling even better sekarang.
  • Semangat melimpah ruah untuk bekerja. Tiba-tiba.
  • Oh, Februari sudah menjelma. Welcome, welcome.