Sunday, January 30, 2011

Assistant Seksi Kembali Beraksi

AMARAN : Pensidaian Gambar-Gambar Hotttsss tepi kolam renang. Ala-ala Majalah M**gg*. Harap suka dan terhibur. KAHKAH. Dosa tanggung masing-masing.

Sarah atau nama komersil dia Aah bukan main lagi beriya-iya mengajak Kak Yaty dia neh pergi tengok dia swimming. Nasib baik waktu tu demam beransur hilang. Dah nak dekat pukul 5 tu dia call lagi tanya, Kak Yaty nak ikut Aah pergi swimming tak? Demi tak menghampakan harapan anak kecil, gagahkan diri juga ikut beliau ke kelas swimming.

Dah serupa karakter dalam Up dah aku tengok

Since masuk Little Caliph ni Aah makin tembam
 HAHA

Tak sabar dah nak swimming, tapi cikgu dia tak datang lagi

Air yang biru lalalalala

Nampak tak dia excited dapat masuk pool

Aah dan kembarnya anak cina

Dia suruh saya capture dia buat bubble besar-besar
Baiklah Aah, baiklah

Cikgu Aah lagi seksi, siap ada yang gatal-gatal suruh saya MMS kan
*jeling Dak Yang*

Kan Yang kan...

Cikgu dia dah lepaskan dia ke seberang
Gembiralah dia macam itik dapat air

Pastu sedih taknak balik. Nak buat pool macam ayah dia punya
HAHAHAHA

Saturday, January 29, 2011

Emosi Tak Sudah

Dah lama tak emosi secara besar-besaran.
Dah lama tak emosi secara back-to-back
Dah lama tak emosi dahsyat-dahsyat.

Penangan PMS kali ini sangat hebat, sampai terjejas kehidupan selama 2 hari.

Inilah kelebihan perempuan. Sebulan sekali mesti melalui fasa emosi tunggang terbalik. Kau ada? Ok, takyah jawab.

Bermula dengan siri emosi tak bagi salam pagi semalam, tu cuma kecil-kecilan saja. Dia bagi hint-hint yang emosi akan semakin memburuk bila hari makin siang. Dah lama tak buat perangai degil, semalam degil decide nak menunjukkan diri. Bila diri dah degil, adakah orang nak sayang. No! No! No!

Di tambah pula bahawa PMS saya ada pakej. 1 PMS for two Jadinya, ingat aku dah emosi sensorang, adalah belahan jiwa nak comfort kan ke apa. Too bad. Sebab hal yang tak kait dengan aku (ok, takyah tipu. Aku menyumbang kedegilan sikit) emosi beliau lagi lah di luar jangkaan.

What should I do? What should I do? What should I do?

Hati dah musnah kecewa, kepala macam nak mintak cerai dari badan. Semuanya serba tak kena.

Last-last ada orang tidur dengan air mata meleleh ke tepi. Kesian gila. Aku menangis sendiri, aku kesian sendiri. Apa jenis perangai aneh ni? Ye lah, mata dah pejam nak tidur, tapi hati sedih. Jadi, berlinang-linang air mata keluar.

Ya Allah, pagi Sabtu pun aku masih diheret emosi? Berilah aku kekuatan untuk menghadapi emosi dahsyat ni secara solo.

Ya Allah, jangan lah ada orang ingatkan aku (eh, lagu baru ke?) Hoi, hoi takyah nak pesongkan cerita. Jangan lah ada yang teringat, terdetik atau terlintas dalam fikiran mereka-mereka nama aku atau keberadaan aku dalam meeting nanti. Eh, kalau ada yang sebut nama aku, aku buat-buat pengsan saja. Habis cerita. KAHKAHKAH

Terukkan emosi aku terganggu kali ni. Hormon memang betul-betul tengah celaru dalam badan.

Friday, January 28, 2011

Memori Cinta Luka

Aku tak pernah kenal dia. Padahal kalau ada Majlis-Majlis atau Motivasi-Motivasi mungkin kami pernah terlaga bahu. Siapa tahu. Tapi, personally memang aku tak pernah kenal dia since 1998-2002

Macam mana aku kenal dia? Bila dia kawan dengan HIM a few years later. Aku tak berapa nak suka. Jadi, terjadilah beberapa insiden yang semua pun tak happy. Tapi, nak salahkan siapa?

Lepastu, dia yang mesej-mesej aku dengan niat baik nak berkawan. Ok lah, aku sejenis manusia yang orang baik dengan kita, takkan kita nak jahat-jahat pula. Takda simpan dendam atau benci pun dalam hati.

Kami pun kawan, dan aku pun pernah stay bilik dia, tidur kat katil dia guna bantal dia, guna toilet dia, guna sabun dia, guna ampai dia. Belikan cheese cake untuk dia lagi. Aku takda masalah pape. Aku takda syak pape.

Tapi, Ketentuan Allah ni memang kita tak dapat nak teka.

Aku taknak cerita salah siapa-siapa. Lepas 4 tahun aku rasa aku pun ada salah aku. Jadi, ambil semuanya jadi pengajaran. Ambil semuanya jadi iktibar. Apa yang dah terjadi semua ada hikmahnya. Yes. saya sudah nampak sekarang.
Both of us meminta maaf dan memaafkan (eh, lama dah). Dia? Heh, how should I know?

Kemaafan dendam yang terindah. Eh, tetiba.

Betapa kecilnya dunia kan? Dari tak pernah jumpa padahal bawah satu naungan-tak kawan-kawan-taknak kawan terus. Eh eh eh. Kau faham ke cerita tak bagi salam neh?

Ni semua angkara terjumpa Majalah Gemilang Yayasan Selangor lah ni. Damn!!!! Buat aku terkenang memori duka.

Mungkin ada hikmahnya.

Hari Jumaat yang Mulia meh sini nak bagi sikit pengajaran

# Jangan ambil milik orang, kelak milik kita akan dirembat juga
# Jangan hancurkan kebahagiaan wanita lain, kelak ada wanita yang lain (atau yang sama) akan hancurkan kebahagiaan kita juga
# Jangan bercinta dengan suami/tunang/kekasih/teman tapi mesra orang, fikirkanlah perasaan isteri /perempuan-perempuan itu dan keluarga mereka. Takda perempuan suka jadi janda. Kelak kau akan ada suami juga. Kau suka ada perempuan lain ngendeng suami kau?
# Jangan berbuat perkara tak manis, kelak pasangan kita buat, kita nak meroyan padahal kita takda nak cermin silap sendiri.
# Jangan tuding jari dan salahkan orang lain sepantas kilat atas apa yang jadi, padahal apa yang kau  dah buat tak fikir pulak.
# Jangan emosi tak bagi salam di hari Jumaat macam aku buat sekarang. Kau dah kenapa Yaty?

Wednesday, January 26, 2011

Saya Malas Nak Gaduh Dengan Makcik

Kisah annoying ini happened waktu pergi Singapore tempoh hari la tuh.

Tetiba memilih untuk teringat hari ni. Ala, tak kisah la nak ingat bila-bila pun.

Waktu tu saya dengan niat murni nak bersolat. Dan dah tentu-tentulah takda proper place macam surau kecil ke apa yang dah siap tempat wudhu' semua. Did I mentioned yang surau dia berupa sebuah stor kecil yang full of boxes dan perlu di kongsi bersama-sama kaum Adam. Memang lah

Kalau tak ingat cerita saya boleh pergi SINI, SINI dan SINI 
Boleh pergi boleh, free.

Kemudian, saya pun masuk lah toilet dia untuk amik wudhu'. Jadi, sebelum berwudhu' kita kena lah buang apa yang patut. Get it get it? Takkan nak elaborate secara detail disini? Haishhh.

Jadinya sebagai orang Islam kita kena lah bersuci dengan betul-betul. Maksud dia kena pakai air yang banyak. Pastikan tiada najis yang melekat pada pakaian sebab nak solat kan tadi.

Kau tahu apa yang jadi? Ok takyah teka, memang nak cerita.

Makcik cleaner yang berbangsa Melayu dan bertudung ketuk pintu tandas aku dan my aunty gedegang gedegang sambil jerit-jerit Jangan ambil wudhu' dalam tu, Hei dengar tak, jangan ambil wudhu' dalam tu blablabla membebel tah pape. Tapi, aku buat keras je dalam tu dan terus basuh kaki semua. Bukan wudhu' pun, cuma dah terbiasa lepas membuang terus cuci kaki.

Dia tunggu depan pintu tandas tu kemudian sound aku kerek-kerek, aku cakap leklok, saya bukan ambil wudhu'. saya buang air. Lepastu dia pun membebel non-stop keluar masuk keluar masuk toilet marahkan aku sambil mop lantai. Habis satu toilet tu pandang. Dan ayat yang tak boleh blah makcik tu cakap JANGAN BUAT MACAM RUMAH SENDIRI.

Excuse me makcik, habis kau pun orang Islam, takkan kau nak suruh bersuci guna tisu macam orang-orang itu. Kau penat nak cuci tandas, jangan lah kerja sebagai pencuci tandas. Kerjalah siram pokok bunga ke apa. Some how kau pun orang Islam, takkan tak tahu yang kalau nak bersolat kita kena bersih-bersih sebab nak jumpa Allah. Kau tak solat ke Makcik? Alasan dia taknak lantai dia basah. Dah kalau nama dia toilet, ada ke yang tak basah. Pengotor gila makcik neh.

Berlagak heh, tapi malas nak gaduh-gaduh dengan makcik yang mungkin tak faham konsep. Biarlah dia jaga tandas kering dia tu. I buat muka stone jah sambil ambil wudhu' dekat sinki. I renjis-renjis lagi kasi basah betul. Sapa suruh buat perangai tak molek? Aku pun lagi suka nak hangatkan hati dan perasaan makcik

Tolong lah. Sesiapa jumpa makcik kerek yang jaga tandas dekat entrance tu, Tolong Ingatkan Dia kata Ana Rafali yang dia adalah seorang muslimah yang tahu membezakan najis dan kebersihan. Tak, buakn Ana Rafali yang pesan. Saya.

Monday, January 24, 2011

Memang Lelaki Idaman

kahkahkahkahkahkah

Title entry yang tak boleh blah memang menggeletek setiap sendi kalau di baca seploh kali. Jadi, abaikan saja sebab kering idea nak bubuh title yang kurang ngeri sikit.

Tah kenapa, ini tetap jadi pujaan
*sigh*

Tapi takpa. Kita takyah terpesong niat. Bukan niat utama nak cerita tentang Abang Nuar. Beliau dikira sebagai penyeri entry orang kata.

Sebenar cerita ialah tentang seorang lelaki yang gigih membantu wanita lemah tak berdaya mengkemas kelas tempoh hari. Masa semua orang sibuk cuti sempena kemenangan Mesia untuk piala AFF itu lah dia. Ada dua orang makhluk yang terkedek-kedek bawa baldi, penyapu et cetera et cetera.

Waktu akhir tahun 2010 nak ke awal tahun 2011 kan saya dilanda demam teruk. Tapi, nak taknak kelas kena lah kemas juga. Habis kalau tak cemana. Jadi Dak Yang pun tampil sebagai hero tolong saya kemas kelas.

Hero kena lah buat kerja berat-berat, barulah nampak macho. tak kait

Saksikan foto dengan iringan sound effect lagu Mariah Carey -HERO-






Tehehehe

Hep, sapa terdetik dalam hati kata saya pembuli, siap dia. Dak Yang kesian sangat dengan Yours Truly neh. Maka, terjadilah aksi-aksi di atas. Saya cuma buat kerja ringan-ringan saja like memusnahkan almari yang macam hidup segan mati tak mahu tu. Kemudian, mensapu habuk dan pasir. Macam-macam lah.

Hasilnya


Riben sekerat jalan sebab tak cukup. KAHKAH

1st time Dak Yang lunch di rumah My brother. Lepas solat Jumaat sambung lagi kerja-kerja pembersihan. Gigih tak gigih. Sebab dapat kelas pertama tu yang semangat pun melimpah ruah.

Sekian.

Sunday, January 23, 2011

Glorious Food; Nasi Lemak

On Sunday morning, the good side of Yaty dah janji nak pergi jogging. Dah siap pasang niat dari semalam, bila terasa dah makan berlebihan. The other side pula berasa mahukan nasi lemak. Jalan manakah harus aku pilih? Saya suka poem masa form 5. The road that you taken. Eh, tah la. Apa tajuk dia tak ingat.


Bangun pagi tetiba tekak meronta-ronta nak rasa nasi lemak. Pergi mandi dan bersiap-siap nak cari nasi lemak adalah a big NO. Ada orang jual nasi lemak online tak? Cehh, perangai adalah berciri pemalas tahap pelampau. Harap ada yang sudi menerima. *wink wink*


Jadinya, tengok gambar nasi lemak pun dah kira mengenyangkan juga kan. Orang Malas Selalu Rugi, Macam Yaty dan Nasi Lemak. Biarkannn.

Nasi Lemak Sambal Sotong
*Lap air liur setitik*

Nasi Lemak Paru Goreng
..kalau sambal paru dah lap air liur setasik

Add on ayam goreng berempah
perghhhh

Regu dengan kopi panas
*lap air liur sebaldi*

Sejak bila layan kopi neh?

Ini semua angkara Asna yang buat saya teringin sangat nak rasa Nasi Lemak Antarabangsa neh. Jadinya, lepas meeting bertempoh-tempoh hari (menunjukkan dah lama sangat), Dak Yang pun bawa untuk memenuhi hajat dan tembolok gf dia yang lazy a** itu.

Malam-malam minggu jalan kaki dari Sunway Giza ke Nasi Lemak Antarabangsa di Kota Damansara. Nampak jauh kan? Punya lah gigih jalan kaki. Sampai depan kedai tengok aik? takda orang pun. Nak kecewa dah, tapi bila dia kata welcomeee. Hehe.

Malam-malam mana ada orang nak makan nasi lemak lagi. Si pengumpul lemak saja yang suka. Syhhhhh!!

Hurmmm, rasanya? Kategori biasa-biasa saja. Takda rasa nak jilat sudu garfu pulak.

Sebab makan pakai tangan

New companion untuk sesi Jalan-Jalan Makan-Makan

Saturday, January 22, 2011

Ya Habibi Ya Maulana

Senyum....
.....tak perlu kata apa-apa

Chiyeehhhh
......over.

Wednesday, January 19, 2011

There Is No Turning Back

Just a random feeling.

Waktu merancang atau lebih kepada berangan dan merancang yang sebenar-benar perancangan dua perasaan itu adalah totally different. Apa ayat Bahasa Melayu kau macam karangan Turgashini saja neh?

Mari masuk perenggan cerita supaya ayat tunggang langgang mudah di fahami.

Saya seorang yang penyibuk (as always) sibuk lah planning itu ini. Survey sana sini. Feeling dia sangat fun you know. Discuss dengan family, dengan Dak Yang macam mana yang saya nak. Day dreaming hari-hari takyah cerita.

Ye lah, kalau dah bincang saja tapi takde action sama juga macam angan-angan Mat Jenin. Jadinya, emak sebagai orang yang terlebih arif dan suka act like emak-emak only arahkan lah saya buat itu dan ini. Tapi, saya sebagai anak yang nak kena kaki dengan emak itu bagi jawapan, ala mak (alah emak ni bukan alamak!!)  lama lagi lah.

Emak pun mengalah.

Beberapa minggu kemudiannya emak ulang cakap lagi the same thing, dan jawapan saya remain the same. Bukanlah saya ni malas (ayat cover kau memang lame) cuma rasa belum bersedia.

Apa yang emak kau suruh sebenarnya?

Emak suruh saya pindah bilik. Bukannya pindah rumah pun. Pindah bilik saja Yaty. For God Sake! Iyelah, tapi, perasaanya lain tahu. Bilik itulah yang saya huni since 2000. Bilik itulah yang dikemas (jarang-jarang), di sepah (selalu) diguling, di baring, dinangis, di gelak. Semua 'di 'dalam bilik itu. Saya suka bilik saya even ianya cuma sekangkang kera. Bila masa nak sendiri, dalam bilik itu juga saya berkurung. Sangat comfy sangat suka.

Walaupun katil yang diguna dah keluarkan bunyi kriuuk kriuuk, dari dua tingkat dah tinggal solo, kadang-kadang kalau over lasak boleh membawa kepada keruntuhan, even tilam dia dah rasa kayu pun sebab dah lunyai takda span dan spring. Saya tetap sukeeee. over. This is the place where am nesting.

Bila emak insist suruh saya pindah cepat sebab bilik sekangkang kera akan bertukar kepada stor untuk menempatkan katil lain, bantal-bantal, carpet-carpet, periuk belanga dan 3 buah almari. Saya pun akur. Ku tolak lah barang-barang ke bilik depan. Katil kriiuk-kriiukk pun dah termusnah. Dah takda tempat nak nesting lagi. T________T

Bilik saya pun dengan pantas berubah wajah. Bila jadi stor dia lagi indah daripada masa dia jadi bilik saya dulu. KAHKAH. Saya pun duduk lah sendiri-sendiri dengan barang-barang saya yang bersepah sana sini. Lepastu asik merenung bilik lama.

Oh tak sangka, I really have to move on. Dah tak boleh nak patah balik kat bilik lama. Dah tak boleh nak feeling anak dara takda tanggungjawab lagi lepas ni. Cepatnya masa berlalu. Macam tak bersedia lagi. But, I have to. There is no turning back.


Mungkin, sebab badan tak sedia nak berubah, saya demam semula dalam masa 2 minggu. Doc kata antibodi saya lemah sebab tu kena serangan demam kedua, tapi hati saya kata, I missed my room.

Former room

Tuesday, January 18, 2011

Glorious Food; Delicious Meatball

Cuti sekolah tempoh hari menyaksikan saya dan my companion mengadakan siri jelajah jalan-jalan dan makan-makan. I love food. Yerp, we knew it from your figure. It's tell. Shadapppp!!

Siapa tak suka delicious food. Memang lah dia.

Anyway this is my 1st time. Yup, 1st time saya ke IKEA. Ok, takyah main boo booo lah. Penat. Ye lah, no point untuk saja-saja ke IKEA kalau dalam hati takda niat nak shopping perabot. Damn Yaty!!! perabot lagi? Tak lah tak. Kita cerita pasal makanan ni kan. Ishhhh.

Tapi, I do find my dream dressing table dengan harga RM999. Baiklah. Lupakan saja.

....drooling and keep dreaming.
Cantikkan? Kenapa mahai sangat neh?

Ok, back to reality.

Kami ke IKEA dengan niat saja-saja. Tak mahu dibilang kampungan sebab tak pernah pun sampai IKEA.

with my companion

To tell you the truth, saya seorang saja yang tak pernah sampai IKEA. Lagi dua tu takda heran dah. Hep, kan dah kata penat main Booo boo.

1st time, 1st time

Lepastu sibuk nak main tanda-tanda macam orang lain

Pity her kan

Sungguh-sungguh suri rumah ni cari barang dapur

Lepas dah tawaf satu IKEA tanpa tujuan sangat, tiba-tiba nak lapar. Teruslah kita menuju ke kafe yang punya lah ramai umat. Rasa macam kat kafe hostel dulu-dulu. Kena queue for the food. haha, batak.

This is what am talking about
*kesat air liur menitik-nitik*

Apsal sedap sangat. Apsal?

Ini watak sampingan yang boleh tahan sedap

Insan gembira dapat makan

Lepas sesi makan dan kenyang, terus dapat idea nak beli apa. Terus penuh troli, duit pun terus habis. Even Dak Yang dah pesan, jangan beli pape. Survey je dulu. Perempuan is always be perempuan lah Yang. Survey makna dia beli barang kecil-kecilan saja.


Shopping sampai jinjit kasut

Elyana's style. HAHA

Monday, January 17, 2011

Hadiah Apa Siti Dapat?

Damnnn!!! Semuanya akibat sibuk sangat google Hadiah Hari jadi Siti Nurhaliza lah ni. Lepastu keluar pop-out out of nowhere dan suddenly, dunia terang menjadi gelita *terus sound effect Jeritan Batinku sambil merintih hiba*

Bodoh, B#$%*&^%, B^*%#%&!!!! sambil hentak-hentak kaki.Pandai, yang ditulis bodoh saja, yang lagi 99 jenis makian tahu nak simpan dalam hati.


Dah lah mood sangat molek nak update blog. Terus terbantut selera, takda perasaan, putus harapan dan semua-semua lah. Blerghh, bosan betul. Kalau tak sibuk-sibuk nak tahu apa hadiah Siti kan takda lah lappy diserang virus child-porn tuh. Sekarang, tak hingin dah nak google-google benda tak berfaedah. Malas nak jadi Minah Kepochi ke apa nak tahu apa hadiah Siti dapat. Ingat heran sangat??


Tapi, kalau ada. KALAU yang berbaik hati nak bagitahu apa hadiah Siti dapat, saya tak marah pun. Sila lah, sila. Komen anda di alu-alukan. Malulah, kata die hard fans. Apa hadiah dia dapat pun tak tahu. Nanti ditendang keluar senarai terus. 

Boo Yaty, Boooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
 
 Google Image

Siti nampak chubby kan masa AJL neh. But still, super duper shomeellll. Psttt, hadiah apa Datuk K bagi. Ce ceghite, Ce ceghita.

Ek eleh, dah macam baca beautifulnaradotcom kat sini. KAHKAHKAH

Monday, January 10, 2011

Pameran Pengantin 2011

Adakah tajuk kau akan terus ber-ekor kan perkataan pengantin di hujungnya? Adakah kau sudah kemaruk mahu sangat jadi pengantin? Adakah? Adakah?

KAHKAHKAH, Hoi, kebetulan saja terbuat entry pengantin back to back. Bukan sengaja nak bagi seluruh entry bercirikan pengantin ke apa.

Kalau tidak, hampir tak jadi mahu ke Pameran Pengantin 2011 ini. Sebab bakal pengantin dia fatal satu badan. Tapi dah kata kemaruk sangat nak jadi pengantin, sakit cemana pun gagah juga akhirnya.

Saya tak dapat sangat nak grab feel dia sebab feel sakit kepala lebih kuat menyerang. End up satu Stadium Malawati sepasang bakal pengantin yang demam in the house Yaauuuw. Suruh rasa makanan itu ini tak mahu. Ye lah, bukannya deria rasa berfungsi sangat.

Memang berguna juga ada Pameran Pengantin macam ni. Tak perlulah nak terjah satu-satu butik pengantin untuk cari yang terbaik. Dalam satu tempat ni, semua ada. Apa kau nak? Just name it.

Pelamin semacam ini?

Rasa bersanding dalam cerita Jungle pun ada

Semua cantik-cantik. Lepastu kaki dah kengkang. Sekejap nak ke booth itu, tapi hati rasa booth ni lagi best. Semua pun nak di telek di tenung. Tapi, kepala pusing macam nak terpecah belah. Tak boleh nak fokus sangat dengan apa-apa.

Akhirnya, kami cuma duduk depan pentas dan discuss, Kita cari apa sebenarnya ni Yang? AHAHAHA
Gaah, ni bincang ke cam nak gaduh jek
Muka tak siap pun ada tersidai di sebelah
Pucat lesi

Tekun sungguh telaah menu


Adakah hasil pencarian kami success?
Of cos lah. Kalau tak sia-sia tawaf 7 pusingan pusat pameran. We nailed 2 major things. Katering & kad kahwin. Ini sungguh bizarre sebab kami takda the final date pun lagi. KAHKAHKAH. Nanti akan dilayangkan kad kahwin kosong. Anda tolong catat tarikh later. Ok?

Sunday, January 9, 2011

Pengantin 1.1.11

Tahun baru tahun ini dimulakan dengan kadar kesihatan di bawah sifar. Tapi macam biasa, tahun baru mesti banyak sangat aktiviti menarik yang tak boleh katakan tidak, maka ku gagahkan juga diri dengan sisa kudrat yang tinggal. Kudaku lari gagah berani, jeng jeng jeng jeng jeng. Ayuh lari, ayuhlah lari *PANG SEKALIK*

1 Januari adalah hari mengepaw duit ibu bapa sedunia. Atau dalam bahasa moleknya, bayar yuran. Walaupun ada ibu bapa yang takda kesedaran, dia ingat sekolah itu abah dia punya, ikut suka dia nak bayar ke tak. Tapi, sebenarnya ramai lagi yang masih punya kesedaran dan tahu malu. Tahu malu, nanti kalau tak bayar yuran, anak tak dapat buku teks. Kalau tak bayar yuran, anak tak boleh periksa. Tapi ada juga yang tak bayar yuran, lepastu marah-marah mintak buku teks, dia kata atas sebab apa anak dia tak layak dapat buku? Dasar muka tembok. Tapi, lantaklah. Itukan urusan kau dengan Tuhan Maha Adil.

Tetiba ada sesi pesanan khidmat masyarakat. WTH??!!

Tapi, 1 Januari hari tu saya cuma mampu bertahan sekerat jalan saja. Mintak permission balik awal sebab dah tak mampu nak duduk lama lagi. Luckily, saya punya Penyelia petang yang baik hati. Dia bagi saya pulang awal. *Jangan tanya macam mana rupa daku masa mintak permission tu*

Dalam pukul 11 lebih macam tu Dak Yang setuju nak bawa orang demam pergi kenduri kahwin BFF dia. Demam-demam pun gagahkan juga diri nak pergi kenduri.Kalau sekadar kawan say hi & bye mungkin saya lebih prefer untuk tidur-tiduran saja. Mempujuk Dak Yang ni pun sehari semalam. Finally, beliau setuju. Thank You Darling, You're the best. Tak memasal.

Pelamin cantik

Kek pun cantik

Setting meja beradab pun niceeeee!!!

Pengantin mana? Pengantin? Kami nak tengok pengantin. Hoh, orang demam mana mungkin dibenarkan jumpa pengantin. Kan dah cakap tak larat nak duduk berlama-lama. Jadinya, lepas dah sudah makan pun pengantin tak muncul-muncul. Jadi, lebih baik saya membawa diri dan pulang. Teehee, Elok keluar je dari dewan, rombongan FORTE pengantin pun sampai. Nampak pengantin dari kejauhan saja. Dah tak mampu nak berlama-lama.

Demi anda semua. Demi anda heh, saya pun jadi pencuri gambar di FB beliau. Anda kan yang mintak gambar pengantin tadi. Aiyyokk, tatayok!!

Affan sorry, curi gambar dari FB kamu :)
Tahniah Affan. Both of u sangat comelll.
Majlis berlangsung di Taman Botani, Putrajaya. Nice place. Tapi, sebab mood zero tak dapat nak capture sangat keindahan semula jadi ke apa. Keindahan kami, dapatlah kami capture

Keindahan si muka boolat
Jangan benci. LOL

Saturday, January 8, 2011

Tentang Perasaan

Saya tahu, saya tahu.

Sedang mengalami sindrom wanita usia pertengahan. Perghh, cerita macam umur sudah menginjak 50 tahun. Tapi, seriously lah. Saya semacam mengalami proses perubahan yang mendadak. physically & mentally.

Perubahan paling ketara selepas demam yang agak teruk tempoh hari, saya kurang selera makan. Makan ikut dan saja. Kemudian, kerap cirit-birit dan muntah. Sebab tu rasa malas sangat nak makan. Lepas makan mesti diri rasa tak selesa. Baring tak kena, duduk tak kena. Golek sana sini pun tak kena. Ahh, bosan.

Kepala semakin keras. Yup, Dak Yang banyak tahan perasaan lately dengan kekerasan kepala yang tahap kalau di campakkan konkrit pun, konkrit yang pecah. kepala gua steady beb. HAHA. Saya suka degil. Bukan sengaja nak bersifat degil. Tapi, rasa ini saja yang betul. Rasa semua kena ikut idea haku. Kalau sudah berkata tidak tu, tidaklah. Kalau sudah berkehendak tu. Dah tak boleh kata nanti lagi. *sigh* Perangai middle age agak teruk juga.

Lebih banyak berdiam dan berkhayal. Macam duduk dalam dunia sendiri. Ye, kurang bersosial dan bergaul dengan teman-teman. Rasa macam takda hati nak bercakap, malas nak cakap, takda benda nak di cakap. Sekian

Berperang dengan hati sendiri, mahu go too simple or menjadi drop-dead gorgeous. Saya tak mahu sesal kemudian sebab tidak berguna langsung. Macam lah boleh ulang balik masa dan kahwin once again. Ishhh, semua ni mensesakkan dada. Bosan

Tapi, saya sedang mengalami sesuatu revolusi yang sukar di tafsirkan. Apa aku merepek tah. Maaf, saya jarang dah nak berjalan blog. Sebab sedang menyesuaikan diri dengan keadaan dan perubahan sejagat. Bai.

Friday, January 7, 2011

Birthday Bash; Haven

eTajuk Karangan - Sambutan Hari Jadi
Tempat - Haven Food Art Gallery, Look Out Point, Ampang
Tarikh - 10 Disember 2010
Mastermind - Dak Yang

Pagi itu bangun dengan muka yang glowing sekali. Yayy, today is my birthday. Dak Yang pun dah berpesan-pesan, malam ni kita dinner together. Yayyy lagi Yayy lagi.

From Ipoh, bergegas-gegas lah beliau sebab nak kejar reservation pukul 8.30. Kebetulan hari tu lah semua highway nak jammed. Hari-hari lain dia takda pulak nak jammed. Sengaja.

Dengan kesusah-payahan dan mulut bising-bising kenapa jammed, kenapa jammed akhirnya kami sampai. Berbekalkan sekeping kertas yang ada peta atasnya. Yayy lagi.

Sayang, you memang hebat. Semua orang dah pakai Garmin, you pakai kertas lagi. Teeheee. Hebat hebat,


Baru sampai dilereng bukit I was like OMG OMG kenapa cantik sangat ni Yang. OMG. Boleh nampak satu KL yang penuh dengan lampu OMG. Breathtakingly beautiful OMG. Kalau nak tengok scenery sambil OMG OMG banyak kali, pergi lah SINI

We had our dinner with 2 others couple. Memang romantiklah sebab sebesar-besar restoran tu ada 3 pasang kekasih, yang 2 pasang sambut birthday (ehem, saya dan cina sebelah) Yang satu pasang saja makan sambil bergambar. Cuba tripod baru lah tu. HAHA. Menyesal tak bawa tripod, kalau tak boleh buat aksi sama.

Birthday Girl buat aksi solo

Dah makan sambil feeling-feeling hembusan bayu malam lah konon Lepastu Dak Yang shivering sebab sejuk sangat. HAHA. Amoi sebelah rileks je Yang.

Perghhh, phewiit, pheewiiit. Muka tahan sejuk


camera takleh nak capture, pemandangan ke nak capture orang

Pipi Botox nampak bersinar dalam gelap. pokok krismas pon kalah


Auwww, wedges 3" not helping at all.
Still nampak rendang

25 tahun pun tak membantu saya jadi tinggi. Kena makan calci yum setiap hari