Thursday, December 22, 2011

Tetamu Dari Seberang Laut

As we grow up, we realize it becomes less important to have a ton of friends, and more important to have real ones.

 BJ's family from Limbang, Sarawak.

Siapa BJ?
Bj adalah best friend hubster waktu di UTM.

Macam mana kami boleh jadi rapat?
Dahulu kala, waktu kami dilanda tsunami, BJ dan GF beliau Leen (duduk belah kanan mama) yang banyak tolong saya, bagi support segala. Ok, lets not dwell on the past. Jadi, we become close. Kemudian, waktu family BJ from Limbang datang semenanjung, mereka teringin nak ke Melaka, jadi saya dan hubster yang bawa mereka pusing-pusing sana. Kebetulan Makcik Maznah, Mak BJ pun seorang guru, memang jadi lah. Since then we always keep in touch di FB.
Macam jawab soalan pemahaman dah

Walaupun mereka datang Jumaat malam sebab BJ tak dapat cuti dan perlu balik semula ke Sarawak keesokan harinya, still, we feel honored. Dari Limbang ke Kuching perlu naik flight and from Kuching ke KL dah cerita lain pula. Memang terharu sangat.

Sampai-sampai di KLIA, mereka terus menuju ke rumah in law. Penat dan letih semua tolak ketepi. Mereka sampai dulu sebelum saya sebab saya balik rumah tukar baju segala. Saya sampai saja, Makcik terus peluk cium saya. Makan-makan, sembang-sembang. Mereka sekeluarga sangat peramah. Even baru jumpa beberapa kali, tapi memang dah rasa macam satu family.

Lepastu Makcik hadiahkan saya gelang dan brooch mutiara Sabah. Beliau siap nak pakaikan lagi T___T

Baru sudah acara pakaikan gelang

Makcik, yours truly, Adik BJ dan Leen

Dah lah datang dari jauh, mereka siap bawakan hadiah set pinggan mangkuk dan set teko plus gelang mutiara lagi. Hubster dah geleng kepala saja. Kita kena kumpul duit ni, kalau BJ kahwin tahun depan, wajib pergi. Muka isteri dah glowing habis kalau dengar pasal berjalan. HAHA.

Kawan baik selamanya. HAHA

Kenangan

Leen dan BJ ambil berkat. HAHA

Sampai jumpa lagi makcik dan pakcik :D
Rasa terharu sebab Makcik dan Pakcik sekeluarga sanggup datang dari jauh untuk meraikan kami.
Thanx BJ walau ke Semenanjung hanya untuk sehari.
Thanx Leen sebab sudi datang :D

4 feedback:

K.I.N.A said...

ini la namanya sahabat sejati..dari jauh sggup datang..

N.Aima K said...

limbang tu boleh jalan darat g Sabah dan Brunei tuh!!..hi hi mmg kena kumpul duit banyakbanyak..kot kot nak buat tour limbang-KK-limbang-Brunei :)

amy fahmi said...

agree..dah besar2 ni kwn2 yg dulu2 konon rapat pun tah ke mana. waktu ni baru tau mane satu 'sahabat' :)

Norhidayah Rasin said...

kite kenal kak leen ni..dulu kiteorg masuk competition aerobik same2..sweet couple =)