Saturday, December 31, 2011

Farewell 2011 and Hello 2012

2011 adalah tahun paling manis dan paling magis (bukan typo, di Indonesia Magic itu disebut Magis. Tak bukan manggis T__T)

Ia jadi magis bila secara tiba-tiba kekasih ajak kahwin di hujung 2010. Dah la bila mula-mula ajak kahwin, perkara pertama yang kami cari adalah katil. Nampak sungguh tidak sopan disitu. Tapi, haruslah ada cerita disebaliknya. HAHA.

Secara tiba-tiba juga kami bertunang pada bulan April. Padahal takda dalam planning langsung. Itulah yang dikata "Bila dah jodoh" semua jadi sepantas bullet. Dan selepas berdrama sana sini, akhirnya jadi lah kami sepasang suami isteri. Akhirnya tauhu, selepas 8 tahun peram tauhu (?)

Mana magisnya? Magis lah, dulu cik seorang diri, kini puan dah berdua. Eh, aku ni sebut magis banyak kali dah nak jadi bunyi najis dah. Euwww.

Apa lagi pencapaian puan selain dari dapat seorang suami?

Saya dapat turunkan berat badan. hewhewhew. Total up to 5KG. Tapi sekarang dah gain 4KG's back. SO what's the point? The point adalah aku nampak kurus di hari perkahwinan lah. Tu je target aku. KAHKAH. Gila.

Jadi, bila berat dah naik 4 KG maka baru lah aku boleh buat azam 2012 iaitu menurunkan semula berat badan. HAHA, kalau kurus terus nanti aku tak punya azam untuk 2012. Alasan huh?

Lagi cerita manis 2011, 1st time travel oversea tanpa family tapi bersama suami, 1st time pi Phuket (ini akan direview later) 1st time memiliki BB, 1st time juga memilik Coach (buhbye GUESS. Berlagak? PANGGG!). Oh, banyaknya 1st time di tahun 2011.

Tapi, di tahun 2012 esok juga menyaksikan saya bakal tidur seorang diri selepas 1 bulan lebih berkahwin. Tak, aku tak nak cakap sedihnya, takda bantal peluk ke, takda teman seselimut sebantal ke. Aku tak nak cakap itu. Aku rasa terlalu dalam kelambu bercakap tentang itu. But I just did? Did I? HAHAHA.  Aku cuma mahu cakap, takda orang nak bacakan doa sebelum tidur supaya aku tak mengigau yang bukan-bukan T____T

Doakan saja suami berjaya. Moga 2012 memberi lebih rezeki dan happiness kepada kami. Rezeki anak itu yang di pohon siang dan malam.

AMIN, hopefully tahun 2012 membawa lebih manis dan lebih magis lagi. Magis la magis, bukan najis.

8 feedback:

iszieylyanziy said...

tahun depan dapat baby lak akak ek,,hehe,,

Nurul Atiqah Mutaza.iQa said...

hehehe.. xpe awk...teruskan usaha diet!!!!

hanys said...

Apa la yati ni.. Memang nk kena PANGGG.. haha. Magis nya plan ALLAH kan. Moga bahagua sebtiada. Dan teruskan menaik kan lagi berat. Kah kah.. Huhu

Hidayati Farhan said...

is : aminnn

iqa : baheekkk

hanys : hahaha, xmoo, da cukup demok da

Miss Sunshine said...

yati... kita doakan berat yati bertambah sebab ade baby dalam perut.. hehe.

Just^me said...

salam yati, moga2 azam thn baru tu tercapai ya... i follow ur blog laa sebab banyak info2 bleh dapat... thanks for sharing

Lara Shamsyul said...

semoga thn 2012 mbawa lg byk keriangan utk yati k... :)
n magis nya hope 2012 dpt baby...wink!~

mrs irmidrza to be said...

semoga 2012 give u more sweet momory dear..

btw miza b2b 2012 dtg melawat cari ilham wed prep...jom tukar link dear..miza dah folo u dear...folo me back ya..=)

http://lildrwalimah.blogspot.com/