Tuesday, December 20, 2011

Birthday Celebration with New Family

New chapter, new age, new family.

Sambutan ulang tahun tempoh hari jatuh pada hari saya di rumah in law. Lepas dapat ucapan tahniah dan hadiah, siap-siap nak pergi wedding Lienda, suami jatuh sakit. Pening kepala, muntah-muntah kemudian tak larat nak jalan. 

Saya sedikit kecewa sebab itu lah wedding pertama kawan-kawan yang saya nak attend secara husband and wife. Jadi, suami tinggal dalam kereta, saya berlari-lari mendapatkan kawan-kawan. Peluk cium secara laju, tengok lienda sanding secara laju, makan secara laju dan baibai secara laju. Semua buat laju-laju.

Sampai di kereta suami dah basah lencun sebab berpeluh sakan dan lembik, saya dah naik cuak. Saya selalu doa suami tak sakit sebab saya tak tahu cara macam mana nak jaga T___T

Saya drive laju-laju balik rumah. Lepas buatkan milo dan ambilkan nasi, sapu minyak angin segala, saya pun tertidur sebelah suami. Sambil tidur sambil sedih sebab di hari ulangtahun suami tak dapat hiburkan saya, saya yang kena jaga suami.

Bila petang, suami macam bertenaga, PIL kata kita tak payah keluar dinner lah since suami tak sihat, tapi suami insist nak pergi celebrate juga.

Lepas solat semua, kami bergerak sekereta pergi makan. Sampai tempat makan, teka saya jumpa siapa. HAHA. Saya jumpa pengantin baru siang tadi. Lienda makan bersama keluarga besar di situ juga. Berpeluk-peluk sakan macam lah siang tu tak jumpa kan? Biasalah, kalau dah jumpa ahli persatuan, suka nak eksaited lebih.

Kami pengantin baru.
Ok ok tak, saya pengantin baru sebulan T___T

Mak mertua order sampai nak penuh meja, lepastu saya disuruh habiskan sebab saya birthday girl. Nasib lah Along membantu. Kalau tak, pengsan!

Lepas makan, suami dengan Along nak pi Shah Alam Mall sebab saya teringin sangat kek Baskin Robin. Konon-konon suami tak bagi ikut sebab nak buat surprise. Tapi kalau dah dasar muka tembok, tetap juga mahu ikut.

Sampai di BR, mereka tengah mop lantai, saya cepat-cepat cakap nak beli kek sebab takut kempunan. Nasib baik boleh. Jadi, sesi mencari kek pun bermula.

Tertonggeng-tonggeng pekerja BR ni cari mana satu kek dalam tu kek coklat

Customer terakhir yang bertuah. KAHKAH

Sampai rumah, suami pergi siap-siapkan semua. Saya tolong ambil piring je. HEHE


Lepastu kami gather di bilik TV untuk acara potong kek. Along yang jadi fotografer tak rasmi.
Birthday girl dengan kek BR yang dia ingin sangat tu. HAHA

Birthday girl dengan suami yang dia ingin sangat tu. EH? HAHA
Hari tu potong kek guna pedang, hari ni potong kek guna pisau plastik T__T

With my new family. Tapi tak cukup sebab ALong yang tukang ambil gambar. HAHA

Kek itu MashaAllah punya keras, tak daya saya nak potong. Jadi, apalah guna ada suami kalau beliau tak tolong saya mempotong kek.


Tapi, beliau sendiri tak larat nak potong, keluar segala urat tangan, muscle-muscle yang tak berapa nak ada tu. KAHKAH.

Begitulah kisah peranten baru sambut ulang tahun. Walau simple tapi mestilah sangat meaningful sebab 1st time sambut dengan seorang lelaki bergelar suami. Apa wish saya waktu tiup lilin? Mestilah rahsia. KAHKAH.

7 feedback:

butterfly said...

nampak muka ur hubby mmg tak sehat...


happy belated birthday kak poyaty..:)

fitria said...

mmg keras kek tu smpai die pun kua2 urat..

r.i.n.a said...

happy besday & slamat pengntin baru..hehe wpun xbaru sgt :p

LisaLisut said...

Kesian nye tgk muka dak yang.haha.isteri dia byk songeh siot.lol. I tau ape u wish miahaha nk baby kannnn ;p

cik asam jeruk said...

happy birthday sis yati..semoga cpt2 dpt baby hehe:)

Miss Sorbet Purple said...

tokleh blah ek muka pengantin baru tu =p

*koma*

Ati Masrif said...

penyakit pengantin baru tu yati

selalu mcm gitu wife dah ada
isi kot..hihi