Friday, December 30, 2011

Amarah dan Emosi

Bila sedang di baluti emosi marah, memang rasa nak cakap (atau tulis) saja apa yang terbuku dihati. KALAU BOLEH. Tapi, Istighfar, Istighfar.. syaitan sedang mencucuk hati dan minda biar kita meroyan bagai manusia hilang akal. Mungkin perasaan amarah sedang di sokong oleh hormon tak stabil seorang wanita. Jadi, can you blame it on me? no?

*breathe in, breathe out*
Fuhhhh (mode tenang)

Aku tak peduli kalau ada yang mahu terasa. Sebab sekarang aku rasa geram sampai nak tumbuk orang. Jangan jadi pengecut, baling batu sembunyi tangan. Jangan lupa daratan. Jangan jadi Kaduk naik junjung. Jangan jadi kacang lupakan kulit. Kalau kau benar-benar dewasa, tunjukkan. Jadi contoh yang baik pada semua bukan jadi batu api lah oii. Hasut orang sana-sini. Bawa mulut macam Mami Jarum. Blerghhh.

Ya, doa insan yang teraniaya, Insha Allah Tuhan perkenankan. Kalau berasa diri terlalu hebat, sepatutnya lebih tunduk ke bumi, bukannya terus menongkat langit. Saya percaya dengan Qada' dan Qadar Tuhan. Bukan selamanya kita hanya boleh duduk di atas, tiba masa, rasa lah kau duduk bawah tempurung. Eh, itu katak. Kau duduk lah bawah mana kau suka.

Sedarlah, perlakuan dan perkataan kau telah menyakitkan hati insan lain. Diam tak bererti kalah, dan menjeling serta sebarkan fitnah tak tentu hala tak bermakna kau dah menang dan hebat. Eh, orang hebat tak perlu buat macam tu untuk tunjukkan kehebatan. Kan?

Cantik nau mata kau tu. Korek nak?