Thursday, October 20, 2011

Nak Update

Saya nak update, sumpah. Tangan dah gigil nak hentak keyboard. Tp tak tahu nak  update mane satu dan mana dulu. Bila duduk depan lappy, blank. Banyaknya nak update.

Nak cerita mana satu ni? Saya kalau dah kalut macam ni lah. Serupa ayam betina nak bertelur. Sana sini tak kena, sudahnya terlahirlah entry membazir semacam ini. Perghh, dapat hentak keyboard satu kepuasan, dapat menconteng arang dekat entry sendiri pun dah teruja.

Kesian kalian semua, baca entry tak bermutu. Eh, takpa, baca saja. Tak kena bayar pun kan? Alhamdulillah, kesihatan semakin meningkat. Terima kasih atas doa dan petua kalian. Sumpah terharu. Masih ada yang ambil tahu rupanya. 

Lepas MC 2 hari, masih belum daya lagi nak ke sekolah, tapi gagahkan juga. End up, setengah jalan juga. Lepas rehat memang minta pulang sebab dah tak larat nak duduk, kepala pusing keliling. Berbaring saja yang saya mahu.

Sampai rumah, telan ubat dan kabooom sampai 8 malam. Lepastu call emak (read: emak di bawah) ngadu teringin pizza. Emak pun cakap, ada ke orang nak hantar pizza hujan-hujan ni? Ehh, hujan? Maklum lah duduk bawah selimut, hujan ke, salji ke kat luar memang tak tahu apa.

Tapi saya tetap mahu, dan luckily DOminos sudi melayan karenah si demam tak sedar diri tengah diet tapi makan pizza malam-malam. And, just so you know, mak dan babah makan a few slices je, the rest si demok tak ingat dunia ni yg melantak. Selera orang demam kena penuhi, kalau tak menyesal nanti. HAHAHA


Tadi pula, pergi berjumpa dengan wellness coach saya, Iqa. Wahh, sejak bila ada coach bagai. Lepas timbang, ada a few perubahan, berat turun slow sebab saya makan tak teratur since demam. Dak Yang pun teringin juga nak naik penimbang, and he lost some weight. Kesian sangat. Dah la memang lidi, makin melidi lah beliau. from 64 something tinggal 62.4Kg je. Dulu masa zaman Matriks-UTM berat beliau 67KG. Nampak la gagah sikit.

Jadi, saya menggalas tugas maha berat iaitu untuk memastikan berat beliau naik dalam masa yang sama berat saya tak boleh naik. Apakah? Haruskah saya menjadi penonton bila beliau makan nasi? Beliau gigit ayam, saya gigit jari? HEHE. Tapi one thing for sure, beliau taknak saya lebih demok dari biasa. Oh, bukan sebab kecantikan, tapi untuk kesihatan juga. *Think hard* he he he. 

Lepas timbang berat, mengidam nasi ayam Pak Mal, gigih Dak Yang bawa pergi Seksyen 4 untuk dapatkan nasi ayam. Best lah semacam ini orang demam selalu dapat layanan super special. Tapi, kalau boleh taknak demam lagi. Suffer sangat.

Ahh, cakap banyak tak guna lagi. 22 days left. Tapi saya lebih looking forward untuk tarikh 27.11. HAHAHA (this HAHA is longer)

7 feedback:

Miss Sunshine said...

Nasi Ayam Pak Mal ada kat seksyen 4 ke yati...? Ingatkan ada kay Seksyen 11 & 10 je... my feveret nasi ayam tu..

Take care dear.. dah tak lama nak jadi raja sehari.. ^_^

LisaLisut said...

sbnrnye ko demam sbb suka dak yang dh dekat dgn ko kannnnnnnnnnnn hahaha

Renee Meow said...

ah rindu nasi ayam pakmal....!! yumyum.. :)

get well soon.. :D

Ati Masrif said...

biasalah tu yati...angin org nak
kahwin ...masa tulah nak sakit..
pening kepala dan mcm2 lagi

tenangkan sikit hati tu


p/s: dah dapat kad tu..thanks :)

aurikelsan said...

waahh..besaunya selera org demam.. hihihi get well soon.. rest btul2x k

Syima Syaz said...

demam ape ni? makan sedap2....

yati...i datang wedding u!! weeeeee...

UyaRayza said...

hornymoonnnnn heheheh