Saturday, October 1, 2011

In-Progress : Isi Doorgift

Apa yang boost energy saya sehingga saya sanggup menghadap belog di kala keletihan yang mendalam?

Nuffnang yang pemurah bagi BE lepas saya cash out kan duit minggu lepas. Selalu nya memang belog saya payah nak dapat BE terus bila isi dah kosong, Campaign memanjang. Tapi kali ini, campaign takda, BE yang melonjak. Syukur sangat. Rezeki. Terima kasih anda, anda dan anda juga :)

Mari, mari. Kalau sesiapa masih buntu memikirkan apa nak beri pada tetamu, saya ada idea sikit. Idea ni pun tercetus lepas dah kecut perut dan cuak-badak. Eh, tinggal berapa hari mahu kahwin, ada kotak saja, isi dalam tak wujud. Mahu saya berikan kotak kosong pada tetamu. Tapi, mahukah saya menerima kutukan, hinaan dan lemparan kotak?

Jadinya, bila waktu semakin menghimpit, secara tidak langsung otak akan berfungsi dengan deras dan menghasilkan idea luar biasa. Kadang-kadang idea tak boleh pakai pun ada. Jadi, pandai-pandai anda sebagai tuan punya otak untuk mengasingkan idea yang bagus dan hampas. 

Kenapa, bila badan makin letih, entry makin merapu?

Saya dan emak telah bersetuju sebulat suara untuk semua jemputan dan tetamu akan mendapat 


Kek buah kukus ini saya tempah dari orang kampung di Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang. Dia sangat pakar membuat kek kukus. Harga nya pula jauuuuhh lebih murah dari harga pasaran. Sebab tu gigih la mencari orang yang buat kek ini.
 
Memang ianya dikukus dan bukan di bakar. Sangat lembut. Saya suka, emak pun suka. Nombor telefon ada pada emak lah. Kalau mahu, sila tinggalkan soalan pada emel. Nanti saya beri nombornya. Jangan tinggalkan emel saja, pengerasnya sekali, jangan lupa. Teehee.

 Cara macam mana nak potong dan besar mana saiz dia itu terpulang pada emak lah. HAHA. Takda lah saya nak pergi mengukur pakai pembaris agar semua tetamu mendapat secara sama rata 4 segi tepat.

Buat rakan-rakan pula, idea saya nak beri coklat Beryl's mendapat bantahan. Saya anak yang solehah, harus lah tak derhaka kata orang tua. Jadi, saya tukarkan coklat kepada
Kacang Tumbuk

Order dengan Elya weh. Elya Elmo.

Elya adalah kawan baik Fiena. Fiena adalah twins kesayangan saya. Siapa tanyaaaaaa?
HAHAHAHAHA

Suka tak? Suka tak? Ok, kalau suka, sila datang wedding saya. Ehhh, datang sebab nak kacang tumbuk ke nak jumpa saya? Sebab kami nak tumbuk muka kau sedas Yaty. Nah!!

10 feedback:

LisaLisut said...

nakkkkkkkkkkkkkk.sedapnye gmbr kek kukus buah tuuuuu

Aida Azryn said...

pergh kek buah!!! faveret aida tuuu.. 0.0

miszatie said...

kek shedappppp

Ms. Fiena said...

kte xdpt tp kte nk kek kukus seketol size besarrrr

Rina (◕‿◕)✿ said...

haha klkr entry yaty. nak pegilahhh rase kek kukus nyuummy

Miss Sorbet Purple said...

nak jmpa mak mertua awak yati ;p

Cik Zimie said...

ohhh kacang tumbuk.mesti sedap giler wahai yati.choc beryl boley beli mane2.hikhik saya tak sabar nak terjah kenduri kahwin mu!!

farah aminuddin said...

i suka kacang tumbuk! nak!! hehe

Cik Hazz said...

kek itu nampak sedaaaaap! nice idea ;D

StrewberiManis =) said...

yaty, kita nak 2-2 buleh?

ok, nah N tumbuk sedasss
HHAHAHA