Saturday, October 22, 2011

Boys Over Flower is Over

Saya sememangnya siput.

Dulu lagi orang dah mengalami Demam Korea. Saya kental. Orang sibuk-sibuk nak balik petang cepat sebab nak kejarkan drama bersiri. Saya kental. Orang sibuk dengan K-POP. Saya kental. Malahan saya berasa aneh kenapa dan mengapa perlu sampai tergila-gila kan orang Korea, mahu travel ke Korea (yeah you sis Ezy) dan mahu melawat Jeju Island (Sumpah tak tahu pun kewujudan tempat ini).

Setelah beberapa tahun (pergh, kelembapan aku makan tahun. Bukan anak-anak punya lembab dah ni) Barulah hati ini tergerak mahu mencuba. Cuba tengok dulu, apa tah yang orang gila kan dengan drama Korea neh. Saya peminat Sinetron. Ok, dah lapuk. Boooo.

Ia nya bermula dari orang ramai yang LIKE MAADUU. Saya macam, apa jadah MAADUU neh? Tapi, dasar malas nak ambil tahu kan. Lantak situ. Hati kecil berkata, mungkin page untuk orang-orang yang membantah poligami (Sungguh cetek dan sempit pemikiran aku kan?) Ye lah, apa lagi yang kau boleh fikir kalau hari-hari pun kau nampak kawan perempuan kau LIKE MAADUU!!

Kemudian, saya nampak Hazlynda Kushairi (nama penuh lagi tu) post banyak-banyak kat wall pasal MAADUU. I was like, laaa, drama korea rupanya! Ok, kental. Lepastu Sis Ezy cerita yang dia ter-missed a few episod cerita apa tah, So, saya yang dungu tentang drama Korea ni cerita la kat beliau pasal MAADUU. Dia pun dah hooked up terus dengan MAADUU. Saya macam biasalah, kental kan? Last sekali my bestie Eca tanya, kat mana nak tengok drama Korea lagi eh sebab dekat Mysoju (Maaf kalau salah, saya kan buta Korea) ada yang tak boleh tengok. Saya pun laju saja sebut MAADUU.

Kau imagine, haku yang takda kaitan dengan Korea neh di tanya oleh orang-orang yang memang crazy over drama Korea.

Jadi, satu malam tu terdetik nak selongkar wall Lynda dan tanya kat beliau tentang drama Korea mana yang saya patut tonton. Jadi, Lynda dengan baik hati suruh pergi tengok BOYS OVER FLOWER dulu, dia kata biasakan diri dengan Hero hendsome Korea. Dalam hati yang degil ni challenge yang saya hanya akan mampu bertahan setengah episod saja dan tak mungkin Hero Korea boleh buat saya kata HENDSOMENYAAAA!!!

Kusangka panas sampai ke petang. Rupanya saya sudah termakan sumpahan. KAHKAHKAH.

Pagi ini saya sudah khatam 25 episod Boys Over Flower. Ye, dalam kesibukan majlis yang dah depan hidung ni, aku boleh habiskan tengok drama Korea. Waktu menonton adalah dari 3.00-5.30 pagi. Mabuk tak? Dan saya nak jerit HENDSOMENYAAAA JUN PYO tu!!!!!!!!!!!!!!


Saya tak tahu pun inilah Lee Min Ho yang selalu disebut-sebut oleh peminat Korean Drama. 

Tak boleh jambu lagi ke? HAHA

Ikut hati nak sidai gambar dia banyak-banyak kat sini. Tapi, sebelum ada yang muntah darah dan tak suka Drama Korea macam saya dulu-dulu, lebih baik saya berhenti di sini dulu.
And now am officially, kipas-susah-mati Min Ho *wink*

Terima kasih MAADUU  :)

5 feedback:

Sizzling Suzai said...

hehe..pminat korea da mai..tp honestly im not a fan of min-ho...huhu jgn marah n im not addicted k-drama,im just crazeeeyy over k-pop!! =))

Rilla said...

Rilla suka layan KDrama (ini adalah istilah yang merujuk kepada Drama Korea). Tapi KPop tak layan sangat.

Nanti dah kawen tengok Secret Garden ek? Or sekrang ni tengah tayang kat Astro channel 393 every weekend pukul 10 malam.

hazlynda kushairi said...

HAHAHA padan muke! Kan dah kate, Lynda pun mcm ni gak dulu kala.

Tapi dlm BOF, lynda suke Yoon Ji Hoo, nama asalKim Hyun Joong dari SS501 HAHAHAHA cool rilex je. Sekarang die rambut pendek, lagi meeeoowww!!

Lepas ni kalau ade masa atau after wedding tengok 49 days atau Secret garden pun best gak HAHAHA ;P

UyaRayza said...

yati..tgk love story in harvard plak..pastue tgk princess's hour..coffee prince..pastue tgk reality show yg plg best..nie wajib tgk family comes here..siyes2 klaka

Cik Hazz said...

ooooh.. i cuba mengontrol diri saat ini dr demam maaduu coz dulu dah terjebak. sekali sangkut, xbley stop nak tgk next episode smpai abis. waktu memula lyn kdrama few years back, tgk Full House (dvd) dr mlm jumaat & habis pg ahad. hahahaha..