Friday, October 14, 2011

BBF Wedding - Adlin Liana

Ye, saya akan review habis semua wedding yang saya pergi dalam turutan terbalik. HAHAHA. Apa-apa saja lah Yaty. Pfft

Saya lah punca kelewatan kami ke wedding Alia di Putrajaya. Mana tak lewatnya, pagi tu ada Gerko di sekolah. Lepas Gerko sambung dengan jamuan anak yatim sebab saya salah seorang AJK Khidmat Jiwa Murni. Memang murni weh, jiwa ini. Lepas tu Dak Yang kata orang air-cond nak datang pukul 3. HAHH???

Hampir-hampir tak pergi dah, call Fiena, buat drama air mata semua, lepastu saya dah bincang dengan AJK Khidmat Jiwa Murni semua, mereka bagi saya pelepasan tak perlu hadir jamuan anak yatim tu. SO, rushing balik rumah, dengan baju kurung tu saya kemas bilik bagi licin baru bergerak ke ke rumah Amy.

Habis, apa jadi dengan orang aircond? HAHA, Dak Yang yang jemput dan tunggu mereka buat kerja dalam bilik saya. Ecewahh, suka lettew dapat masuk bilik pengantin dulu.:P

Ok, habis dah kata-kata aluan. Over habis, kata-kata aluan saja nak banyak perenggan.

Dari rumah Amy, makan mi daging yang sedap bersama Uya, lepastu terus bergerak ke SACC untuk menjemput VIP Fira dan Suria dan kemudian bergeraklah kami berlima dalam viva comel Amy ke Putrajaya. Best oh.

Ok, ok nah, nak sidai gambar lah ni

Terus pergi tulis ucapan manis buat Alia
I love her guestbook deco. Sangat unik dan kreatif
Dah mintak izin dah nak tiru idea beliau
Alia halalkan. Huyehhhh !!!



Siap tulis terus poskan, nanti pengantin baca.

Memang deco guestbook Alia unik sangat. Tak tercapai dek akal ku. Dah la DIY, Alia, saya kagum dengan awak. Habis buat bising di depan, kami sambung buat bising di dalam hall pula. Alia dah sudah sanding time tu, tapi kami takda nak tuju ke Alia, kami tuju nasi. Laparr. Kihkih

US bersama pinggan yang sudah licin.

Makanan di kenduri Alia pun dap dap. Masha Allah, macam rasa nak tambah, tapi tiba-tiba ada jeritan batin, Hoi demok. Dietlah, nanti baju sendiri tak muat, takkan nak salahkan Alia T___T

Lepas perut kenyang baru suka hati nak cari pengantin. Kalau tak muka masing-masing macam apa tah. Waktu ni baru nampak Raden tengah makan dengan suami. Masa lapar tak nampak. Apa jenis perangai lah ni.
Tengah tunggu pengantin habis sembang dengan rakan taulan, tiba-tiba ada seorang gadis kecil molek datang tegur "Ni Hidayati kan?" Terus macam eh eh, budget famous ke apa tah *Pang!!!* HAHAHA. Fariza lah yang tegur itu. Jadi, rombongan BBF makin berkembang. Terus tuju pelamin sebab nak buat sesi tayang muka tanpa malu.

Pelamin Alia by Rico Rinaldi kalau tak salah
Simple dan cantik. Tak perlu pasu bunga besar rumah pun pelamin ini dah indah.
Dan saya paling cinta kan gambar di bawah ini

Heart baju Alia
Heart hand bouquet Alia
Heart make-up Alia.
Alia sendiri pun cantik.
Sama cantik sama padan both of you :)
Dan heart BBF semua,
Saya suka macam mana kita semua pandai bawa diri dan susun diri bagi molek dalam gambar. Sangat teratur dan seimbang. Ye, saya seorang sebelah sini sama dengan Lienda dan Fira di sebelah sana. KAHKAH. Dan motif saya pegang Fiena? Takda motif.

Photobooth Alia yang lenyap dari pandangan selepas gergasi-gergasi BBF semua sibuk nak bergambar, tapi Fira tak sabar-sabar nak lelapkan mata. We know awak baru balik kerja Fira. KIHKIH and nice meeting you Raden dan Fariza. 

Next time kita jumpa lagi di wedding BBF lain. kihkihkih.
Dah, boleh bersurai :)

10 feedback:

Cik Zimie said...

ahaks comel nye cerita anda ni yati.rasa nak cubit2 je yati ni.haha

kalau jadi g wed adawiyah nnt kite laga2 pipi keh?:p :p

Alia.A said...

hahaha. gelak je la keje aku bace entry ko ni yati. anyway thnks a lot! tak sbr nk attend wedding u. nk tgk guestbook. heeeeeee. psni bleh wat review wedding yati lak. yayyyy :)

aurikelsan said...

what!!!gergasi???!!

miss puteri said...

tak penah jumpa lagi u..hee.. btw lawak je baca entry u..gelak2 put baca,hee... update selalu ye!hee

Syima Syaz said...

kah kah kah...
kelakar lagi

kAseh Mir'Ha said...

yati..mn kad? x sabar nak dtg wedding yati. walaupun 12hb tu sy br naik pelamin, tp 13hb tetap nak jugak dtg wedding yati. hee~

Hidayati Farhan said...

zimie
hehehe, x dapat jumpa. xpe2, next time yeee :)

alia
yayy, haha, tp saye xde la peti pos tu semua, saya buat simple jek. ekekeke

suria
hahaha, semua kan gergasi sbb semua pakat2 nak diet

put
awk jauh, bila lah bole jumpe kan. hehehe

syima
nak bagi awk gelak byk2 :)

kaseh mirha
haha, saya baru nak pos next week. kumpul alamat mmg lambat la. hehe, da dpt semua baru pos. x saba nak jumpa awk

Fariza said...

sweet :) insyaAllah nanti kita jumpa lg kan. suka....

LisaLisut said...

ngade nk pegang2 fiena.tau lah couple hahahaha.best gile eh korg rmai2 dpt g wedding alia.sobs.apakan daya i pn bersanding jugak date tu huahuauha

.:shura shushi:. said...

uya mana??napa uya senyap je skang??

**tiba2 =)