Wednesday, October 12, 2011

30 Days Left

Memang hebat penangan dan dugaan nak berkahwin ni kan? Dulu kan saya asik terfikir, ala, kalau buat preps awal-awal, nanti dah dekat boleh rileks-rileks. Feeling bridezilla tu macam mane ha? Dugaan nak dekat akan kahwin makin hebat? Tak dapat imagine langsung.

Well, well, well sekarang hambik kau!!!

Tekanan memang super hebat sampai dah rasa nak habis dari seksa ni cepat-cepat. Dah tak sanggup nak duduk dalam situasi menekan ni lagi. 100 hari masih sanggup tunggu. Lagi 30 hari macam nak .....

Kau faham ke aku cakap apa? Aku sendiri pun tak faham apa yang aku cakap. Dugaan tu masa dulu tak timbul, bila dah dekat hari ni lah benda yang takda isu jadi isu. Haa, macam tu lah. Contoh, order dressing table colour putih, Ok, lega, dressing table dah order, kira dah settle. Alih-alih orang tu call cakap, eh, colour putih takda la, kelabu taik anjing je tinggal. Kan dah jadi isu. Tapi, tu contoh, dressing table saya memang warna putih. 

Kadang-kadang tu la, kita bersungguh-sungguh buat sesuatu benda tu biar sampai takkan ada masalah di kemudian hari. Alih-alih, bila ada pihak ketiga, keempat masuk campur, cerita dah jadi lain. benda tenang pun boleh berkocak. Arghhhhhhhhhhhh

Lagi 30 hari, lagi 30 hari. Lagi 30 hari korang akan hadap entry tak bermutu dan takda hujung pangkal macam ni. Bila penulis sudah berkepala angin dan mood swing. Eh, sudah dulu lah. Nak kena kemas bilik, esok dressing table yang colour putih tu nak masuk. Dia nak hantar tadi, tapi saya tak bagi, Kat rumah takda orang la. HAHAHA Mati lah kalau dia hantar tadi sebab bilik dah macam Titanic karam.

Esok kena pergi kursus lagi. Tak faham kan? Masa aku masih anak dara takda planning nak berkahwin, takda pula dia nak hantar aku ni kursus mana-mana, bila aku tengah  tak cukup masa, kaki dan tangan ni lah di hantarnya kursus ke ceruk mana tah. Habis dah satu hari yang berharga.

Itu pun menjadi salah satu punca aku makin tertekan T______T

13 feedback:

kAseh Mir'Ha said...

sama! tensen. dl time lg 4,5 bln xde plak nak cmpak sy pergi kursus. sekrang dah tinggal nyawa2 ikan masa ni..nak kena pergi kursus. Geram. dah la pergi kursus, balik nak kena wat report. bengang..!

*ok, lega sikit bleh dah jerit2 kat sni. hahaha

lind said...

sama la kita lagik sebulan ni stress dia sangat hebatt. nak buat apa pon tak tentu arah dah ni. last2 biar je terbengkalai macam tu

esok pon kena pegi kursus jugak haihh otak dah melayang kemana ni hehe

Syima Syaz said...

kalau baca blog kamu ni kalau tak gelak sorang2 mmg tak sah... feeling bridezilla pun still ada sense of humor... terbaek!!

eh eh dah 30hari je? bkn hari tu kita kira 100 hari? cepatnye masa.....

ok...goodluck dear..*hugs*

ain said...

doa byk2 moga dipermudahkan urusan. ameennn:)

zaradgreat said...

pehh. yaty.. kte plak rasa berdebar nih. macam mane? heheheheh

StrewberiManis =) said...

30 hari lagi?
perghhh cepat betul masa berlalu kan
Semoga semuanya berjalan dengan lancar dear
jangan stress2 ok :)

Miss Sunshine said...

hehehe... samelah kita yaty.. dah nak hujung2 sekolah ni.. macam2 nak kena buat, nak kejar silibus yang tak habis lagi.. adoi... berserabut kepala ni...

takpe yaty.. take it easy ok dear.. InsyaAllah semuanya akan ok..

~ mizzAmy ~ said...

lagi sebulan jer? mesti berdup-dap-dup-dap. tapi kan yati, since amy tgh x plan bila lg my wedding. i think, amy nak jd b2b yg plan wedding in 30days. boleh tak? hahahaha....

cik fiza said...

bersabarlah yati dear...
dugaan dtg dan pergi..
fizzie doakan yati tabah dan bjaya hadapi rintangan2 ni suma ngan jayanya.. aja2 fighting cikgu!!

Fariza said...

ada juga sikit tertekan. kena sabar byk2. :) x lama dh tu. hik3

cik asam jeruk said...

cyaiyok2 bride to be. u can do it!

::mai:: said...

sabar erk...doa byk2 mudah2 han smua d permudahkan.amin

LisaLisut said...

lg sebulan mmg cmtu.mcm ade je yg tak kene n tak cukup la apa la.layankan je :)